New updates.
I'm not sure how long this stories gonna be.
So, just bear with me, okay! XD
And I've already tagged all my posts, so it'll be much easier for you guys.
Oh...don't forget to leave some comments after you're done.
Thanks!
Love,
PopiMerah.
“Tengku Adib Fayyadh,”
dingin suara serak itu menyapa. Langkah Tengku Adib termati belum sempat pun
menapak ke anak tangga pertama. Mata manjeling tubuh perempuan tua yang santai
membaca surat khabar di ruang tamu. “You’re late. How many times...”
“Kalau nenda tak ada apa-apa yang penting nak cakap, Adib
naik dulu,” potongnya malas. Lelah bermesyuarat dari pagi tadi masih bersisa.
Belum termasuk beban kerja yang bertimbun sampai terpaksa dibawa pulang, kepala
malas mahu dirunsingkan dengan bebelan nendanya pula.
“Nenda tak habis cakap lagi. Where do you think you’re
going, young man?” tegas suara Tengku Faridah berbaur amaran. Tengku Adib
mengeluh berat. Sudahnya dia sekadar mengunci mulut di sisi tangga. Sunyi diisi
dengan bunyi cengkerik menyanyi riang diluar rumah agam itu. “Dah bisu? I’m
asking you, Tengku Adib Fayyadh, dah tak pandai nak menyahut ke?” suara naik
seoktaf. Kesabaran hati tuanya makin menipis.
“Why don’t you do all the talking, nenda, I’ll listen.
Like I always do,” beku tanpa sebarang riak. Tanpa sebarang nada. Tengku
Faridah mendengus kasar.
“Nenda tak pernah ajar cucu nenda berkurang ajar. Where’s
your manner, Adib Fayyadh?” surat khabar dah dicampak ke meja di hadapannya.
Geram.
“Of course, you just teach us on how to manage the
company, nenda. You’ve done a great job here,” balas Tengku Adib datar. “If
there’s nothing else, excuse me,” kaki mula mendaki anak tangga. Tengku Faridah
mengukir senyum sinis. Perangai cucunya yang satu itu tak ubah seperti
perangainya dahulu. Degil. Sinis. Keluhan dilepaskan berat. Dada kiri yang
tiba-tiba terasa menyengat diurut perlahan.
“Siti!”
***
“Ibu dah sedar?” ceria Dira menyapa Puan Maria yang
terlantar lemah di atas katil hospital. Anggukan balasan si ibu memekarkan lagi
senyuman Dira. “Ibu nak minum?” tanyanya pula. Gelengan perlahan pula menjadi
jawapan. “Do you need anything? Shoud I call Doc Haris to check up on you?”
Dira sudah bersedia mahu bangun dari duduknya, namun jemarinya dicapai lembut
Puan Maria.
“Ibu okey, sayang,” serak suara Puan Maria beralasan.
Dira kembali duduk. Jemari ibunya digenggam kemas dan dicium lama.
“Lain kali ibu jangan takutkan Dira macam tadi. Pendek
nyawa anak ibu ni nanti,” Dira cuba begurau. Hambar. Cuma senyuman kecil yang
terukir di bibir Puan Maria.
“I’m sorry, princess,” Puan Maria menepuk perlahan lengan
puterinya. Dira memaksa senyum. Kata-kata Dr. Haris masih kuat terngiang
ditelinganya. Otak laju mengira di mana harus mencari duit sebanyak itu.
Seratus ribu ringgit. Bukan seratus ringgit. Bukan seribu ringgit. Kalau dalam
masa sesingkat ini, cuma lintah darat yang terlintas di fikiran. Tapi itu dah termasuk
dalam senarai mencari bala. Lagipun kedudukan kewangannya sudah cukup goyah
dengan bil rawatan ibu dan belanja harian mereka dua beranak. Nak ditambah lagi
dengan hutang, silap haribulan mahu kudung dua tangannya. Nasib baik duit
simpanan arwah papa masih berbaki beberapa ribu di dalam bank. Itupun haruslah
dia berjimat cermat untuk belanja rawatan kanser ibu. Dengan ubatnya, kimoterapi
lagi. Bibir bawah diketap menahan sayu.
“Dira dengar tak ibu cakap ni? Senyap je,” Puan Maria
mengelus lembut pipi anaknya. Terkebil-kebil Dira memandang wajah pucat Puan
Maria.
“Ibu cakap apa tadi?” kelam-kabut Dira kembali bertanya.
Puan Maria tersenyum kecil. Anaknya jarang termenung, lagi-lagi kalau ada orang
sedang bercakap dengannya. Hati ibu Puan Maria dah dapat mengesan kesusahan anaknya
menanggung beban. Soalan Dira dijawab dengan gelengan lemah.
“Ibu nak buah? Sekejap Dira potongkan buah ya,” Dira
berlalu ke meja kecil di sisi katil Puan Maria. Dua biji epal dicapai. Pisau
kecil di dalam laci diambil. Kaki mula mengatur langkah ke pintu bilik, mahu ke
bilik air mencuci buah.
“Dira,” panggil Puan Maria perlahan. Langkah kaki Dira
membeku. Muka dipaling ke katil Puan Maria, mencari wajah ibunya.
“Hmm?”
“Kotak kayu dalam laci meja solek ibu. If anything ever
happens to me, find that wooden box,” ujar Puan Maria dengan senyuman nipis.
Jantung Dira terasa seperti berhenti berdegup. Namun digagahkan senyuman buat
si ibu.
“Nothing...nothing
is going to happen to you, ibu,” Dira menarik nafas panjang. Dada terasa sesak.
“You’ll be just fine,” senyum dan terus berlalu keluar. Usai menutup pintu
bilik, Dira tersandar lemah.
If
anything ever happens to you, ibu, mungkin nak bernafas pun Dira dah tak mampu.
***
Epal yang dah siap dibasuh dibawa melangkah kembali ke
bilik yang menempatkan Puan Maria. Sesekali berselisih dengan jururawat, Dira
melontar senyum tanpa gula. Derap kaki yang melangkah lemah semakin
diperlahankan. Nafas ditarik dalam. Belum pun sempat Dira menghembus keluar
nafas di dada, bunyi kaca berderai dari bilik B-01 memecah sunyi.
“Ibu!!!”
Epal dah tergolek ke lantai.
Derap kaki semakin laju menghampiri.
Bingit suara Dr. Haris memberi arahan.
Juga tindakan tangkas para jururawat menjalankan tugas.
Tapi Dira masih berdiri di situ.
Memandang kosong ke arah katil ibu yang sibuk dikerumuni
doktor dan jururawat.
Ini bukan kali pertama ibu jadi begitu.
Ini bukan kali pertama ibu tercungap mencari nafas
seperti itu.
Ini bukan kali pertama ibu dilihat menderita meminta
nyawa.
Dira terduduk lemah.
Tahu dia tak mampu menolong.
Tahu dia sekadar mampu melihat.
Juga
berdoa.
Berdoa.
Dan
terus berdoa.
Ibu, kalau boleh Dira
tanggung walau separuh dari sakit ibu, I’ll do anything for that, ibu.
Anything. Ya Allah, bantulah ibuku Ya Allah. She’s the strongest woman I’ve
ever met. Please, don’t let her leave me, Ya Rabb. Please.