Showing posts with label Series: CherpsTanpaNama. Show all posts
Showing posts with label Series: CherpsTanpaNama. Show all posts

Sunday, July 28, 2013

Cherps Tanpa Nama :) Part 10 (Final) - KAMI

Assalamualaikum!!!

New and final chapter!
Yay!
It is quite long.
So...take your time. Eheh.
Comments and critics are welcomed.
And thank you for sticking all way up till here.
May Allah bless all of you.
And for that certain someone, thanks for supporting me.
You're the BEST girlfriend I've ever had.
Thanks for dealing with my never-ending tantrums, stupid fights, overflowed tears.
Thanks for always being there when I need a shoulder to cry on because of some stupid things.
And thanks for keeping all my secret safe walaupun kadang-kadang kita rasa macam nak plaster mulut awak yang 'terbocor'. Eheh.
Thanks bud.
Ukhibukhifillah.
p/s : Nanti dah fly Tassie jangan lupa pos Tasmanian Devil ke Welly :)

Love,
PopiMerah.

          Majlis pertunangan yang meriah dengan kehadiran anak-anak kecil berkejaran, datin-datin kaya galak bergosip dan anak-anak dara menggedik tenung si teruna nampak hambar di mata Alia. Kebaya sendat yang tersarung di badan rasa nak dicarik halus. Pagi tadi penat berperang dengan mama. Ikut kepala keras wanita itu juga akhirnya. Sebab itu kebaya itu masih di badan. Kalau tak memang dah dihumban ke perdu pisang. Tudung juga sekadar cukup-cukup menutup leher. Rantai muatiara berlian tak payah cakaplah, berat tergantung di leher. Dan semua itu bertambah menyesakkan kepala. Menyerabutkan perut. Mak andam juga segera dihalau keluar elok sudah bersolek. Dia mahu berseorangan tika ini. Ikut hati memang dah lama kaki berlari meninggalkan banglo tiga tingkat itu. Tapi bila fikir malu mama dan papa, niat dimatikan terus. Memang cari nahas kalau buat macam tu.
Kecoh di luar malas mahu di ambil tahu. Tubuhnya dibaringkan di atas katil empuk. Mata dipejam. Istikharah yang cukup tujuh kali dilaksanakan termasuk tadi malam bagai tidak memberi petunjuk apa pun. Namun hati masih bersangka baik dengan Sang Pencipta. Mungkin ini yang terbaik buat aku. Mungkin ini yang perlu aku lalui untuk bahagia. Mungkin...mengeluh. Semakin banyak fikirannya cuba mencari hikmah, semakin kuat hati memberontak bebal. Mata dah terasa hangat. Dan butir jernih itu buat kesekelian kalinya mencemar pipi kemerahan itu. Sekuat mana ditahan, setabah mana berjalan, aku tetap tersungkur.    
***
“Assalamualaikum, Mai,”
“Wa’alaikumussalam. Kenapa tiba-tiba call aku ni?”
“Kau tahu rumah Alia kat mana?”
“Kenapa cari rumah dia?”
“Aku...aku ada benda nak pulang dekat dia...”
“La...dah kenapa hari ni jugak kau nak pulangkan? Besok-besok tak boleh ke?”
“Kenapa dengan hari ni? Dia pergi mana?”
“Dia nak bertunang,”
“What?!”
***
Jeritan Datin Syarifah Sofea menggegar kediaman tiga tingkat itu. Mata yang dipejam segera terbuka. Alia mengeluh. Apa lagi yang mama tak puas hati tu? Jam berukir cantik di dinding bilik ditenung mencari angka. 3.45 petang. Sudah lewat 15 minit. Sepatutnya majlis pertunangan berlangsung jam 3.30 petang tadi. Derapan yang kedegaran menghampiri biliknya memaksa Alia bangun dari pembaringan. Selendang putih yang elok tersadai di kepala katil dicapai dan dibalut ke tubuh, menutup lekuk badan sehabis baik. Pintu bilik terbuka dan wajah cemas Mak Mah tercengul.
“Alia, cepat. Turun bawah. Mama Alia...Dato’...Amar...dia...” ayat Mak Mah yang tunggang terbalik memeningkan kepala Alia. Langsung langkah diatur ke tingkat bawah. Dilihatnya mama sedang meronta-menjerit dalam pelukan papa. Di satu sudut pula Amar selekeh dengan kemeja berkedut dan slack, menunduk muka.
“Kau memang kurang ajar, kan? Perangai setan! Berambus! Aku takkan benarkan anak aku kahwin dengan kau! Berambus!” suara mama masih nyaring menyumpah seranah walaupun Dato’ Zulkiefli dah penat menenangkan isterinya.
“MAMA!!!” nyaring juga suara Alia melawan. Dan hingar-bingar itu seakan terhenti sendiri bila mereka sedar dengan kehadiran Alia di anak tangga terakhir. “Apa yang dah jadi ni?” mengendur sedikit suara Alia meminta penjelasan. Semua diam. Termasuk mamanya. Jelas kelihatan bahu mamanya turun naik menahan sabar.
“Bakal menantu kesayangan mama awak ni kena tangkap basah pagi tadi,” bersahaja Dato Zulkiefli menutur. Memang sejak dari awal lagi dia tidak berapa berkenan dengan pilihan isterinya. Tapi dia malas mahu masuk campur. Nanti anak sendiri beranak-pinak, dia juga yang bercerai-berai.
“Abang!!!” melengking suara Datin Syarifah Sofea. Geramnya pada si Amar belum surut, kini suaminya turut menambah minyak. “Saya tak kira. Amar, kau dengan kaum kerabat kau dipersilakan berambus dari rumah ni. Kau tak layak jadi menantu aku!” keras suara mama menghalau pergi Amar dan keluarganya.
“Habis tu, macam mana dengan perjanjian kita? Kau dah dapat bahagian kau, senang je kau nak lepas tangan, kan?” sinis balasan Amar mencuri perhatian hampir kesemua tetamu yang hadir termasuklah Alia sendiri.
“Perjanjian? Apa ni mama? Ada benda yang Alia tak tahu ke?” Alia mengatur langkah ke arah mamanya tapi terhenti separuh jalan sebaik sahaja melihat riak muka mamanya. Riak yang jelas menceritakan onar mama di belakangnya. Riak yang sama bila dia demam-demam mengurung diri dalam bilik mengulangkaji untuk SPM. Riak yang sama bila dia terpaksa bersengkang mata mencari jalan menaikkan jualan novelnya. Riak bersalah.
“Did little kitty got your tounge, Datin Syarifah Sofea? Why don’t you tell your dearest little princess, what have you done for your own sake?” bagaikan mencabar suara Amar berlagu. Tiada langsung rasa bersalah. Tajam Alia merenung mamanya.
“Apa mama buat belakang Alia? Cakap, ma. Apa mama buat?” desak Alia bertubi. Dari nada sinis lelaki itu sudah dapat diagak agenda mamanya disebalik pernikahan ini.
“You beloved mother, agreed to this wedding, if and only if, I granted her with one of Millenia Holdings subsidiary. And now that she’s officially owned that little company, senang je dia nak batalkan perkahwinan ni sesukahati. Kau ingat aku bodoh?!” tercungap Alia mendengar berita itu. Sanggup mama...
“Sayang, mama tak bersalah. Dia yang umpan mama dengan helah dia tu sayang. Mama tak salah,” meluru Datin Syarifah Sofea mahu memeluk puterinya namun tubuh itu sekadar dingin membeku. Perlahan Alia menolak mamanya dan menjarakkan diri. Sungguh dalam hati memang dah tersangat remuk mengenangkan tindakan mamanya yang sanggup menjual puteri sendiri. Sayu pandangannya merenung mata hitam milik mama. Kabur. Sekabur kasih-sayangnya pada mama. Tiba-tiba rasa rindunya pada Tok Yah bertimpa datang. Tok Yah walau bukan darah dagingnya, tapi Tok Yah sayang dia macam Tok Yah sayang Mai. Tok Yah marah dia, macam Tok Yah marah Mai. Tok Yah peluk dia, macam Tok Yah peluk Mai. Rindunya pada tubuh tua itu. Rindunya pada gemersik suara serak yang sayu mengalun ayat suci saat mentari malu-malu memancar sinar. Rindunya pada bebelan mesra tatkala dirinya dilihat hanyut terleka. Rindunya pada Tok Yah.
“I...I don’t know you anymore...” pantas ayat itu meluncur sepantas air mata yang dingin mengalir membasahi pipi. Juga sepantas kaki yang melangkah pergi. Dari tapak-tapak kecil yang perlahan, Alia mula melangkah laju dan langsung berlari ke luar. Tidak mengendahkan mata-mata yang melihat, suara-suara yang memanggil, tangan-tangan yang menghalang. Dia mahu keluar dari situ. Dia lemas. Rimas. Dia cuma mahu ke teratak papan di hujung kampung itu. Dia cuma mahu bertemu dia si pemilik teratak.
***
Meter had laju yang sesekali mencecah angka 160 km/h itu dibuat tak peduli. Yang penting dia segera sampai. Kalau ada surat saman yang mengiringi pun dia cuma mampu terima. Telinganya peka mendengar setiap arahan yang dikeluarkan oleh telefon pintar. Mujur Mai berbaik hati mahu memberikan alamat rumah si Alia. Tak adalah susah nak mencari dengan bantuan telefon pintarnya. Kelajuan mula diperlahankan bila memasuki kawasan perumahan mewah itu. Khuatir terlepas simpang.
“In 50 metres, turn left, then turn right,” fasih suara mesin itu menyampaikan arahan.
“In 80 metres, turn right and you have reach your destination,” semakin menghampiri rumah Alia, semakin kuat hatinya bergendang. Istighfar dah lama bermain di bibir. Selawat dan doa juga tidak ketinggalan. Semoga dipermudahkan urusan. Semoga segalanya selamat. Elok stereng dipusing ke kanan, bayangan putih yang tiba-tiba melintas laju menyentak fikiran. Pantas kaki memainkan peranan menekan brek. Mujur sempat. Kalau tidak mahu jadi kes lain yang lagi parah. Wajah diangkat merenung makhluk yang cuba membunuh diri secara tidak sengaja itu. Mata berkaca. Pipi yang lencun. Dan mascara yang comot. Tapi wajah itu masih sangat dikenalinya. Pantas pintu kereta dibuka dan di melangkah keluar ke arah wanita berwajah sayu itu.
“Awak buat apa ni Alia?” nada keras yang keluar menyebakkan lagi dada Alia. Makin kuat tangisannya berlagu.
“Saya nak jumpa Tok Yah. Bawak saya jumpa Tok Yah,” mendayu suara itu meminta. Arip mengeluh.
“Majlis awak macam mana?” berkerut dahinya memikirkan apa yang sudah berlaku.
“Arip!” dari jauh suara yang melaung menarik perhatiannya. Maisarah laju melangkah keluar dari pagar rumah yang tidak berapa jauh dari situ.
“Mai, apa yang dah jadi? Kenapa Alia macam ni?” soal Arip pantas. Tidak tenang hatinya melihat wajah yang dulunya selalu ceria, menjadi keruh begini.
“Alia, kau tak boleh buat macam ni. Mama dengan papa kau risau. Kita balik dulu ya. Bincang elok-elok,” pujuk Mai lembut. Tangannya dah menarik lengan Alia, mahu menuju ke arah yang dia datang tadi. Arip termangu di situ. Penjelasannya masih tidak diperolehi.
“Saya nak pergi rumah Tok Yah. Kalau awak taknak bawak, saya boleh pergi sendiri!” marah Alia pada Arip. Mai dah tepuk dahi. Alia menarik lengannya dan mula menapak pergi. Baru Arip perasan Alia yang berkaki ayam memijak tar panas di tengah rembang itu. Sesekali terdengar desis dari bibir mungil itu.
“Dah, tak payah nak buat kerja gila. Masuk kereta saya hantar,” tegas arahan yang dikeluarkan. Hujung selendang Alia ditarik dan pintu Ferrari merah itu dibuka. “Masuk,” lagi sekali arahan veto itu dikeluarkan. Alia sekadar menurut. Selamat Alia melabuhkan punggung, Arip segera menutup pintu kereta.
“Aku bawak dia balik rumah Tok Yah. Kalau berkeras pun, bukan dia nak dengar. Nanti kau explain je dekat parents dia apa yang dah jadi. Apa-apa call aku. Aku pergi dulu. Assalamualaikum,” lima saat kemudian, Ferrari merah itu sudah meluncur laju meninggalkan Mai keseorangan.
***
Dua jam di dalam kereta cuma terisi dengan sayup desiran penghawa dingin dan deruman enjin kenderaan lain. Alia leka merenung keluar tingkap dan Arip tenggelam dalam pemanduannya. Sesekali matanya menjeling ke arah Alia. Ingin ditanya apa yang terjadi, tapi waras akal dah terlebih dahulu menghalang. Kalau ada adegan kejar-mengejar di tengah Lebuh Raya Utara Selatan ni, tak ke haru? Kereta dibelok memasuki simpang Hentian R&R Sg. Perak.
“Asar?” pendek soalan Arip sekadar dijawab dengan gelengan kepala. Arip mengangguk faham. Tengah cuti umum.
“Awak tunggu sekejap,” ujar Arip sebelum berlalu keluar dan hilang dicelahan orang ramai. Sejam menunggu membuahkan geram di hati Alia. Dah ke mana pulak mamat ni? Takkan pergi solat sampai sejam kut? Tengah sibuk mengutuk Arip dalam hati, ternampak tubuh sasa itu muncul dari balik orang yang bersesak dengan tangan yang penuh. Tangan kanannya memegang plastik Dunkin Donut dan tangan kirinya pula penuh dengan dua cawan berlogo DD di atas tray kertas. Pintu bahagian penumpang dibuka dan semuanya diserahkan pada Alia. Alia menyambut tanpa kata. Selesai menutup pintu kereta, Arip berlalu ke but belakang untuk mengambil sesuatu. Lima saat kemudian Arip sudah melabuhkan duduk di kerusi pemandu.
            “Nah, sejukkan?” Arip menghulurkan duvet di tangan. Teragak-agak Alia mencapai. “Dalam plastik DD ada wet tissues. Lap muka. Takkan nak jumpa Tok Yah muka comot-comot macam tu?” Alia mengangguk lemah. Suaranya hilang walau sekadar hendak mengiakan pun.
Selesai membersihkan muka, Alia kembali merenung keluar tingkat. Ferrari merah itu sudah lama meluncur di atas jalan. Perut yag terasa pedih, malas mahu dilayan. Mood makannya memang tak kunjung tiba sejak insiden tadi. Bunyi ‘kriukk’ yang tiba-tiba mencemar sunyi mengundang tawa kecil dari kerusi pemandu. Arip pantas memberi signal ke kiri, mahu berhenti di bahu jalan. Plastik berisi donut dicapai dari ribaan Alia. Sebiji donut bersalut gula halus dihulur pada Alia. Tapi sekadar menerima pandangan sepi gadis itu.
“Nak saya suapkan ke?” laju Alia menggeleng. Segera donut itu dicapai dan digigit kecil. Lima minit, selesai satu donut. Arip sekadar memerhati. Perutnya kenyang melihat selera Alia melahap si donut bulat. Perasan ada sisa jem strawberry di tepi bibir Alia. “Awak...” panggilnya sebelum menunjuk pada tepi bibirnya sendiri. Alia kelam kabut mengesat tapi masih ada kesan yang tertinggal. Jenuh Arip menunjuk dekat sepuluh kali, masih juga ada yang tersisa. Sudahnya...
“Awak lap je mulut awak dengan wet tissue tu. Confirm hilang,” rengus Arip. Penat menunjuk tempat, tak hilang-hilang jugak. Alia tergelak kecil sebelum melakukan apa yang disuruh Arip. Bersih. Licin. Comot-less.
“Awak tahu, kalau bakal-tunang-tak-jadi saya, dia dah lap sendiri pakai jari dia, tak heran pun nak bagitahu dulu,” perlahan tapi masih jelas di pendengaran Arip.
“Itu yang membezakan saya, dengan dia,” pendek balasan Arip sebelum keretanya mula bergerak membelah lebuh raya PLUS.
***
            Tepat jam 9 malam, teratak papan itu mula kelihatan di mata Alia. Belum pun sempat Arip mematikan enjin, Alia dah terlebih dulu meluru ke muka pintu. Salam diberi, pintu diketuk. Bertalu-talu. Gaya macam pintu rumah tu boleh hilang sekelip mata. Sayup kedengaran suara Tok Yah membebel dari dalam. Alia tersenyum. Mata terasa hangat. Elok pintu terbuka, Alia memeluk erat tubuh tua Tok Yah yang masih bertelekung. Kepalanya disembam ke bahu Tok Yah. Terkedu sekejap orang tua itu.
            “Eh, Alia. Awat ni? Apa dah jadi?” kecoh Tok Yah bertanya. Risau pula hatinya melihat keadaan Alia.
            “Rindunya Alia dekat Tok Yah,” bertalu-talu wajah penuh kedutan itu dicium. Langsung tak menjawab pertanyaan tadi. “Alia nak duduk sini lagi, boleh Tok Yah?” serak suara itu bertanya. Tok Yah sekadar mengangguk dengan muka yang jelas penuh dengan tanda tanya. Wajah tenang Arip juga tidak menceritakan apa-apa. Ketika Alia sibuk mandi dan menukar baju, sempat juga Tok Yah menyoal siasat Arip. Tapi hampa. Arip juga macam keliru dengan apa yang terjadi. Sudahnya orang tua itu terpaksa tunggu hingga Alia selesai membersihkan diri baru dia boleh bertanya.
***
            Pintu bilik yang diketuk menyedarkan Alia dari lamun. Air mata yang masih mengalir diseka laju. Senyuman dilemparkan pada Tok Yah. Keras. Kejung. Tawar. Dienjakkan sedikit tubuh ke hujung katil, memberi ruang pada Tok Yah untuk melabuhkan duduk disebelahnya.
            “Awat duk sedih sorang-sorang ni? Tak mau cerita dekat tok ka?” lembut jemari tua itu mengelus pipi Alia yang masih basah dengan air mata. Alia menarik nafas. Dalam. Dan dihembus keluar. Sepertinya masalah boleh terbang pergi dengan hembusan kuat itu.
            “Mama nak jual Alia, tok,” serentak ayat itu meluncur, air matanya kembali mengalir laju. Fakta yang sangat, sangat menyakitkan hatinya. Menyesakkan dadanya. “Apa pun yang Alia buat untuk dia selama ni, dia tak pernah hargai. Dia cuma anggap Alia macam alat untuk dia capai apa yang dia nak. Dia tak pernah anggap Alia ni macam anak dia. Apa salah Alia? Alia dah buat semua yang dia suruh. Alia dah cuba penuhi semua yang dia minta. Tapi dia tetap macam tu. Salah ke tok, kalau Alia nak benci dia? Salah ke?” lencun baju Tok Yah menyerap air mata Alia bersama sedu-sedannya. Belakang badan gadis itu diusap perlahan. Ingin menenangkan. Dadanya turut merasa sebak mendengar suara hati anak gadis itu. Wajah ceria yang selama ini tersenyum riang rupanya menyimpan seribu duka. Dilayan begitu oleh ibu sendiri, siapa yang sanggup?
            “Sayang, dengaq ni tok nak habaq. Ibu tu, buruk lagu mana pun dia, dia tetap ibu kita. Dia yang mengandungkan kita. Lahiaqkan kita. Susukan, jaga elok-elok. Awat nak benci kat dia, sayang? Sakit tau, nak bersalin kat anak tu. Bukan semua orang larat nak buat lagu tu,” air mata yang masih mengalir diseka lembut. Nanar hatinya melihat wajah sayu itu. “Alia ingatkan, tok cerita dulu. Nabi Muhammad S.A.W. ulang tiga kali, Ummi, Ummi, Ummi, lepaih tu baru baginda kata Abi. Sebab tu kita tak boleh benci ibu kita, buruk macam mana pun dia tu. Sebab dia ibu kita,” sambung Tok Yah lagi.
            “Tapi Alia...” ayatnya tergantung. Tok Yah mengangguk faham. Mengerti rasa sakit yang Alia pendam selama ini.
            “Mama Alia tu pun manusia jugak, sayang. Dah nama pun manusia, memang akan selalu buat silap. Tapi itu tak bermakna kita boleh nak buang dia lagu tu saja. In sha Allah, doa banyak-banyak dekat Allah. Supaya dibukakan pintu hati mama Alia. Diberi hidayah olehNya. Itukan jauh lagi baik pada Alia duk benci dekat mama Alia sendiri. Nanti kalau mama Alia dah takdak, dekat sapa Alia nak panggil mama lagi? Mama Alia ada sorang ja tau. Pergi yang tu, tak dak mai dah yang lain. Satu saja,” lembut jemari tua itu mengusap rambut Alia. Alia angkat muka. Ada betulnya cakap Tok Yah, tapi hatinya yang sakit, macam mana? Bukan sekejap dia bertahan dengan onar mama. 24 tahun. Dan rasanya, sabarnya sudah sampai ke pengakhiran.
            “Sat, Tok Yah nak tunjuk dekat hang satu benda,” Tok Yah bangun dari birai katil dan menuju ke almari usang di sudut bilik. Album gambar berwarna biru muda dikeluarkan dari laci almari dan dia kembali mengambil tempat di sisi Alia. Album berkulit tebal itu dibuka perlahan dan gambar seorang wanita ayu berbaju kurung yang sedang mengendong bayi tersenyum ceria. Gambar itu ditatap sebentar sebelum diserahkan pada Alia.
            “Itu arwah ibu Arip,” sendu suara itu memberitahu. Alia tersenyum kecil melihat gambar itu. Terasa kasih-sayang yang melimpah ruah dari pandangan mata wanita muda itu. Hangat. “Dia menigggal masa Arip umoq 2 tahun. Barah otak,” Alia perasan mata Tok Yah yang berkaca menahan tangis. Perlahan tubuh tua itu dipeluk erat.
            “Arip, tak pernah cerita apa-apa pun dekat Alia,” Alia masih memakukan pandangan pada gambar wanita itu.

22 tahun lepas...
            “Baba! I’m home! Baba!” suara anak kecil riuh memanggil sang ayah kedengaran dari tingkat bawah. Seorang lelaki segak berkot hitam bergegas laju ke arah anak kecil yang masih segak beruniform sekolah dengan beg yang tersandang di bahu.
            “Tuan muda, Tuan ada di taman luar, sedang minum petang bersama tetamu,” ujar lelaki itu mesra. Beg di bahu anak kecil itu segera diambil dan diserahkan pada seorang gadis lengkap berpinafore hitam-putih. Ceria anak kecil itu berlari menuju ke arah taman yang terletak bersebelahan dengan villa tiga tingkat itu.
            “Baba!” riuh lagi suara itu menjerit.
            “Danny, jangan lari. Jatuh nanti,” suara garau itu menasihati lembut. Segera tubuh kecil itu diraih ke dalam pelukan.
            “Baba, baba. Tadikan, mama Amel datang sekolah. Sebab Amel demam. That’s why mama dia jemput dia balik. Mama dia cantik, baba,” petah anak kecil itu bercerita. Babanya sekadar tekun mendengar sambil mengangguk-angguk. “Tapi baba, why masa Danny demam, Uncle Farid yang jemput Danny? Boleh tak lepas ni, ibu yang jemput Danny? Mesti kawan Danny semua cakap ibu cantik,” semangat Danny memberi cadangan. Babanya terdiam. Tidak tahu balasan bagaimana yang harus diberikan pada si kecil.
            “Comelnya anak you. Come here. Come to aunty sayang,” suara lembut seorang wanita menyapa. Danny merapatkan diri pada babanya, takut.
            “Uh...sorry. Danny, kenalkan, ni Aunty Amy. She’s going to be your ibu soon,” tubuh kecil Danny ditolak perlahan ke arah Aunty Amy.
            “But ibu is prettier than her. She’s not ibu! I don’t want her!” protes Danny. Kakinya dihentak kasar.
            “Harith Daniel!!!”
***
            Dulang yang berisi seteko kopi dan dua biji cawan ditatang berhati-hati ke arah pangkin depan rumah papan Tok Yah. Kelihatan Arip santai membaca surat khabar. Alia serba-salah. Sejak sampai di rumah Tok Yah seminggu lepas, dia memang  tidak pernah bercakap lagi dengan Arip. Matanya melilau mencari Tok Yah. Beria tadi Tok Yah menyuruhnya membancuh kopi. Teringin minum katanya. Tapi sekarang dah menghilang ke mana pula.
            “Tok Yah pergi rumah Tok Usu, melawat orang sakit,” ujar Arip, perasan dengan Alia yang tertinjau-tinjau mencari sesuatu. Nasib baik tak terlepas dulang di tangan. Perlahan langkah diatur ke arah pangkin, dulang selamat mendarat di hadapan Arip. Pantas tangan menuang kopi yang masih berasap tipis ke dalam cawan. Niat dalam hati nak terus berlalu pergi seusai menuang kopi, tapi belum sempat kaki menapak, Arip dah terlebih dulu menyuruhnya duduk. Limi minit berlalu tanpa ada suara yang berbicara.
            “Kalau tak ada benda nak cakap, saya ma...”
            “Are you okay?” datar Arip memotong. Matanya lurus memandang ke jalan tar. Alia terdiam. Berat keluhan terlepas.
            “I’m...good. Sorry susahkan awak hari tu,” jemarinya bermain dengan bucu tudung. Kekok.
            “It’s okay. Benda kecil je,” kemudian diam lagi. Arip termenung mencari kata.
            “Okeylah. Saya nak masuk dulu. Nak masak,” baru dua langkah Alia menapak, Arip dah bangkit mengejar bersama sampul di tangan.
            “Nah!” sampul di tangan disua ke arah Alia. “Lain kali jangan pandai-pandai guna nama orang lain jadi watak novel tanpa kebenaran,” dingin suaranya menutur kata. Alia tersentak. Come again?
            “Bila masa saya guna nama awak? Jangan perasan boleh tak?!” naik satu level suaranya. Mencari pasal tak kira masa sungguh mamat kambing ni.
            “Are you...sure?” wink! Kenyitan nakal dihadiahkan untuk Alia sebelum Arip melangkah masuk ke dalam. Sebelum menapak masuk, Arip berjeda di muka pintu.
            “Salin baju kurung. Lagi sepuluh minit turun. Lambat, saya masuk bilik awak,” ugutnya sebelum berlalu masuk. Alia tarik muka menyampah. Sempat lagi nak mengarah orang tu. Tapi baju kurung? Dia nak bawa aku pergi mana? Nasib baik Mai datang hantar baju, laptop, harta karun semua. Kalau tak, tak pasal-pasal kena pinjam baju Tok Yah. Tambah dengan perangai tak tentu mamat kambing tu lagi. Double bala.
            Selesai menyalin baju, Alia duduk melepak dekat pangkin, menuggu Arip. Lima minit berlalu, baru nampak batang hidung Arip dengan tikar dikepit lengan kiri dan dua Yassin di tangan kanan, lengkap bersongkok. Alia tersentak. Dah tahu ke mana tujuannya Arip petang itu. Langkah perlahan diatur ke arah kereta. Suasana masih kekok seperti tadi. Sepanjang perjalanan, Alia sekadar merenung ke luar tingkap, menikmati suasana kampung. Elok sampai saja ke tanah perkuburan, Arip menapak keluar bersama tikar tadi dan Yassin tanpa sepatah kata. Alia cuma mengekor dari belakang.
            Arip berhenti betul-betul di tepi kubur yang bersih tanpa sebarang rumput liar. Cuma beberapa keping daun kering tersadai di tepi batu nisan. Itupun, segera dibersihkan oleh Arip. Tikar dibentangkan dan Arip menyerahkan Yassin ke arahnya. Sepuluh minit kemudiannya cuma kedengaran dua suara berlagu sayu membaca Yassin. Sesekali bacaan Arip tersekat. Berganti dengan deheman perlahan, menghilangkan suara serak. Alia perasan mata Arip yang berkaca. Dan bibir yang sesekali dikemam menahan sendu. Sehabis membaca doa, Arip merenung ke arah nisan kubur itu. Lama. Hampir lima minit berlalu, Arip tiba-tiba bangun. Alia ikut berdiri. Alia sekadar diam memerhatikan Arip yang sibuk menggulung tikar. Selesai menggulung tikar, Arip kembali merenung ke arah nisan tadi. Matanya jelas terlukis seribu kesedihan.
            “I don’t know what sorts of problem you’re having with your mom, but...you should be very grateful to have her. At least, you still have one. I just have a woman who said she truly loves me, but push me away whenever I needed her. You’re way luckier than you thought,” Arip mengukir senyum kecil.
            “I...um...I’m sorry to hear what happened to your mom. Tok Yah ada cerita, and I know it wasn’t easy,” Alia turut ikut merenung ke arah nisan yang berukir emas itu.
            “And it’s harder to beg for other woman’s motherly love. Saya tak salahkan baba sebab kahwin lain. He deserves to be loved again. It’s just the fact that he’s maybe forgetting ibu, sometimes hurt me,” Arip merenung tepat ke mata Alia. Dan pertama kali Alia melihat ekspressi Arip yang begitu terluka. Kalau tiada agama yang membataskan, mahu dipeluk erat tubuh itu dan dipujuk bagai anak kecil. Kerana lelaki di depannya itu kelihatan seperti kanak-kanak  lelaki yang sangat rapuh.
            “Look, after this, I’m going to call my mom and clear things up. And I think, you should do the same. Maybe, he still remember your ibu. And maybe, my mama always think of the best for me. It’s just they don’t know how to express those feelings. Okay?” Arip mengangguk perlahan. Dan Alia tersenyum senang. Walaupun perjalanan pulang itu masih sunyi seperti tadi, tapi udaranya tidak setegang tadi. Alia masih merenung ke luar tingkap, menikmati suasana kampung. Kampung yang telah banyak mengubah hidupnya. Mendewasakan dirinya. Mematangkan perasaannya. Dan Alia bersyukur diberi peluang menapak ke situ. Sekilas wajah Arip di tempat pemandu dijeling. Wajah itu sedang tersenyum fokus ke arah jalan. Nafas lega dilepaskan. Everything started to get better. Everything started to feel better. And it will.
***
Setahun kemudian...
Beberapa patah kata yang terakhir ditaip laju. Jam hampir yang menginjak ke angka satu dijeling buat kali yang keseribu kalinya. Elok noktah terakhir terpapar di skrin laptop, tangan diangkat tinggi, menggeliat menghilangkan sengal sendi. Teras tubuh dipeluk dari belakang. Alia menepuk lembut jemari yang mengusap perut kempisnya, geli.
“Remember what I said last week, sayang? About how drinking Nescafe at one o’clock in the morning may have bad effects on our baby in your belly,” kedengaran serak suara tegas itu mengingatkan dirinya. Alia tersengih bersalah.
“Alah. One last chapter. Dah habis pun. Baby pun tak kisah. Kan sayang, kan?” jemari lembut mengusap perut. “Eh, did I woke you up? Sorry pumpkin,” suara sengaja dimanjakan. Bulat mata si suami.
“Berapa kali nak cakap, stop calling me pumpkin. It sounds...awkward,” pipi montel Alia dicubit geram.
“Sorry. Terlupa. I should have call you little handsome goatie,” laju telunjuknya mencuit hidung si suami. Masih ingat idea gila suaminya yang tiba-tiba cakap nak simpan goatee ala-ala Chombi. Tapi belum sampai sebulan, habis dicukurnya semua. Rimas katanya. Semangat tahi ayam sungguh.
“Alia Hanis Zulkiefli, I thought we’re over those things,” Alia tahan ketawa. Keluar dah aura merajuk dia tu.
“But I really miss your goatee, Tengku Harith Daniel,” perlahan Alia berdiri dan memeluk erat tubuh Arip. Lima bulan lepas, mereka selamat diijabkabulkan. Dua bulan lepas, doktor mengesahkan ada benih yang membesar di dalam rahimnya. Dan InshaAllah, bulan ini, dia akan mengeluarkan novelnya yang terbaru.
K.A.M.I.
Kami (神) yang bermaksud Tuhan.
Kami yang berdiri atas nama keluarga.
Alia dan mamanya.
Danny dan babanya.
Juga papa yang setia di sisi.
Tok Yah di teratak hujung kampung.
Juga Mai yang masih gagah mengemudi arah.
Tapi yang melihat di atas, Dia yang berkuasa ke atas seluruh semesta.
D.I.A adalah K.A.M.I.
            Begitu hikayatnya Alia Hanis dan Harith Daniel berakhir. Hikayat yang bercerita seribu duka, diadun dengan seribu bahagia. Kerana itu adalah hidup. Kalau boleh dizahirkan dalam bentuk persamaan matematik;
Life     =      1/2 happy + 1/2 sad
            Dan kalau boleh dibicarakan dalam sastera, life is indeed a bed of roses. Mungkin kita bisa tenggelam dalam haruman menggodanya, tapi sesekali akan ada duri yang mencucuk menyedarkan diri. Bahawa hidup sememangnya begitu. There’re ups and downs. It depends on how we enjoy our life. To the fullest. But still led by The One. InshaAllah.

Wednesday, July 10, 2013

Cherps Tanpa Nama :) Part 9 - DIA

Assalamualaikum:)

Salam Ramadhan Kareem. Salam dunia blogger. Acewah.
Ramadhan dah sampai.
Ahlan Wasahlan kita ucapkan pada beliau:)
So now, it's totally our responsibility to make the best out of it.
Jangan lupa kumpul pahala banyak-banyak.
Minta ampun dari Allah S.W.T.
Juga minta rahmat Allah S.W.T.
Ingat! Kita masuk syurga bukan sebab pahala seciput yag kita duk gagah kumpul tu.
Tapi solely sebab rahmat serta ihsan Allah S.W.T.
Bear that in mind.
Oh, ya!
New update. Hehe.
Yang ni second last update.
Update lepas ni InshaAllah final chaptre.
Moga-moga Allah permudahkan:)
So, baca-baca juga. Semoga ada point penting yang diserap masuk ke minda.
Dan jangan lupa doakan saudara kita di Mesir.
Berat ujian yang Allah titipkan buat mereka.
Semoga dipermudahkan, InshaAllah.
Salam Ramadhan Kareem.
Semoga amalan kita di bulan barakah ini berlipat ganda melimpah ruah. Hehe.

Love,
Popi Merah.

     Alia tersandar kepenatan di dinding lorong kecil laluan ke basement parking. Penat main aci lari-menyorok dengan Amar. Ni mampus kalau mama dapat tahu. Silap-silap 7 hari 7 malam kena perintah berkurung dalam bilik. Alia kembali meng-usha line. Kantoi dengan mamat psiko tu memang sia-sia je buat drama Hindustan hari ini. Setelah diyakini line selamat lagi tenang, terus Alia keluar dari persembunyiannya. Langkah diatur ke arah pintu masuk shopping mall yang terletak bersebelahan dengan blok tempat butik pengantin tadi. Pergi jalan-jalan dulu lagi bagus, balik rumah jenuh bersoal-jawab dengan mama nanti. Elok masuk dalam shopping mall, deru penghawa dingin menyejukkan sedikit hati yang masih hangat ditengah rembang itu. Kaki laju melangkah masuk ke dalam salah sebuah butik pakaian. Blouse lengan pendek dibelek. Tag harga ditarik. RM 69.90. Terangkat kening. Dibanding pula dengan kemeja baggy berlengan panjang di rak bersebelahan. RM 49.90. Garu kepala. Ikut logik akal, patut baju yang pakai banyak kain, lagi mahal harga. Ni dah macam terbalik pula. Kalau dulu langsung tak pernah terfikir dek logik akal. Entah kenap sekarang tiba-tiba jadi isu pulak.
            “Yes, Miss? How can I help you?” ramah tukang promote menyapa Alia. Kus semangat. Nasib baik tak terlepas kedua baju yang elok di tangannya. Kalau tak, memang jadi pengelap lantai sebelum waktunya. “Miss? Which one do you want?” tegur promoter itu lagi. Alia senyum kecil.
            “No. I...I rasa baju ni macam dah tertukar tag harga,” ujar Alia seraya menyerahkan kedua-dua baju kepada si promoter dan segera berlalu pergi. Terkulat-kulat wanita kecil molek itu mendengarkan ayat si Alia. Alia pula dengan bahagianya berlalu mencari kedai makan. Lapar pulak rasa perut ni. Tadi gatal tak menyempat nak makan dekat rumah. Tapi kalau makan dekat rumah bukan berselera sangat pun. Putus selera kut ada. Chatime! Pantas matanya mengesan kedai kecil berwarna ungu itu. Dapat layan Mango Au Lait ni sedap jugak. Belum sempat kaki nak menapak ke arah mamat leng chai penjaga kaunter, baru perasan kelibat Amar yang menapak ke arah yang sama. Masak. Lari Alia lari. Alia perasan yang Amar dah perasankan dia yang ada di situ, dan tentunya Amar juga macam dah perasan yang dia dah perasankan Amar. Dengan penuh lagak perasannya, Amar mengubah langkah mengejar Alia dan Alia pula cuba melarikan diri dengan penuh perasaan. Pening kejap dengan adegan yang penuh dengan perasaan perasan ini. Eheh.
            “Alia! Wait!” bingit suara Amar memanggilnya dibuat tuli. Makin pantas gerak kaki mengatur langkah dicelah orang ramai. Mata yang asyik menjengah ke belakang macam dah hilang perhatian ke depan. Bukk!!! Dah memang masa ni pulak nak buat adegan rempuh-merempuh orang ramai secara dramatiknya. Pantas Alia bangkit berdiri dan bersedia untuk berlari sebelum...
            “Awak!” terasa tangan dicekam kuat oleh hamba Allah yang dirempuhnya tadi.
            “Sorry, tak sengaja. I have...” ...to go. Ayat dah termati bila bertemu mata dengan jejaka berkemeja merah hati lengkap bertali leher putih di hadapannya ini. Telan liur. Now, what?
            “Alia!” suara yang semakin mendekat menyedarkan Alia yang babak kejar-mengejarnya dengan Amar masih belum selesai. Wajah keliru jejaka di depannya dipandang sebelum beralih pada Amar yang cuma sepuluh langkah dari mendekatinya. Jejaka yang perasan gerak sorotan mata si Alia turut menala pada arah yang sama. Dari jauh nampak seorang lelaki mengah mengejar sambil menjerit-jerit nama Alia.
            “Jom!” Alia  hampir sujud menyembah bumi bila terasa lengannya dah ditarik laju oleh jejaka tadi ke suatu arah. Butik pakaian yang agak sesak dengan orang ramai dirempuh masuk sebelum sehelai baju dicapai dari rak pakaian. Kemudian Alia diseret pula ke fitting room. Nasib baik giliran mereka cuma selepas ini. Namun dada masih berdebar, mata masih melilau ke luar. Alia yang dah perasan Amar yang berdiri tercongok-congok depan butik kecut perut. Masak! Hangus! Hangit!
            “Your turn, sir,” elok tag yang tertulis nombor satu berada dalam genggaman, Alia ditolak masuk ke dalam.
            “Saya panggil nanti baru keluar,” arah jejaka tersebut sebelum dia hilang ditelan bilik kecil dua dari luar itu. Lima minit termenung dalam fitting room kecil itu terasa macam lima minit yang paling lama dalam hidupnya. Nak dicuba baju yang digapai oleh jejaka tadi memang dalam mimpilah. Singlet kelabu bercorak tengkorak hitam itu dipandang dengan hujung mata. Nampak sangat mamat tu aci capai je apa yang sempat. Tak ke sadis tengok orang pakai sikit punya sopan macam dia masuk butik mahal macam ni semata-mata nak cuba singlet tengkorak tersebut. Luar alam sungguh. Dua minit menanti, baru kedengaran ketukan pintu.
            “He’s gone,” pendek ayat yang diucap suara garau itu menenangkan kembali derap jantungnya yang macam marathon satu shopping complex tersebut. Pintu fitting room segera dibuka. Terperasan dengan pandangan pelik tukang jaga fitting room tadi, jejaka tersebut buat-buat tanya.
            “Okey ke baju?” Alia rasa nak tergelak terguling. Singlet diangkat tinggi dihadapkan ke wajah jejaka yang bertanya soalan.
            “Singlet macam ni, nak buat kain buruk dekat rumah Tok Yah pun tak cukup syarat, Tengku Harith Daniel,” sindir Alia pedas. Terlepas tawa kecil dari wajah serius itu. Alia segera menapak ke luar sebelum berhenti pada pekerja yang menjaga fitting room tersebut. Tag dan singlet tengkorak itu bertukar tangan.
            “Do you want to take this, miss?” mesra yang dibuat terasa meloyakan usus serta perut Alia. Alia sekadar menggeleng dengan senyum kecil. Arip setia mengekor dari belakang.
            “Awak taknak beli apa-apa?” tanya Arip belum pun sempat kaki melangkah keluar dari kedai. Alia menggeleng laju. Ikut hati memang dah nak cabut dulu. Kalau tadi kena kejar dengan Amar sesaknya lain, kini berdua denga lelaki ini, sesak lain pula yang menjelma. Haila hati. Tenanglah anda sebentar. Tuan awak nak bernyawa secara normal pun payah ni.
            “Jom minum dulu, nak?” pelawa Arip dengan muka gaya Chombi nak pujuk tuan bagi dia makan rumput. Alia mengangguk lemah. Nak ditolak, lelaki ni dah tolong selamatnya dia tadi. Tak ke macam beri susu dibalas susu masam kalau ditolak mentah-mentah je? Disebabkan kejadian aci kejar Hindustan yang terjadi tadi, dua-dua bersetuju untuk mencari restoran di luar saja. Supaya aksi tidak diingini seperti tadi dapat dielakkan. Duduk dalam Ferrari merah itu baru terasa macam lelaki sebelah yang memandu itu bukan Arip sang pengembala yang dikenalinya dulu. Dia nampak lebih karisma. Tegas. Berpendirian. Handsome. Okey Alia, dah terlebih melimpah dah pujian yang kau curah ni.
Hampir setengah jam dalam kereta, baru Ferrari merah itu berhenti di hadapan pintu masuk utama hotel yang dah dapat diagak bertaraf lima bintang. Jockey segak berkemeja putih dan vest kelabu-hitam sedia membuka pintu dan mengambil kunci kereta dari Arip. Lagak macam dah biasa datang sini. Alia sekadar mengekor. Walaupun mama dan papa orang ternama, tapi dia sendiri dah lama tak menjejak ke hotel-hotel ternama seperti ini. Hidupnya lebih selesa meminggir diri dari kehidupan orang-orang kaya. Sesak. Plastik. Penuh dengan kepura-puraan. Mereka menapak ke arah coffee house dan mencari ruang yang agak tersorok dari hingar orang ramai. Tak sampai lima saat, waiter dah sedia datang mencicit membawa menu.
“Tengku,” senyum. Hulur menu. Okey, sah mamat ni dah selalu datang sini.
“Awak nak makan apa?” Alia turut sama membelek menu. Tas tangan dan envelope yang terasa melenguhkan peha dialih ke kerusi sebelah.
“Mango Lassi,” pendek jawapanku. Kempunan nak minum Mango Au Lait dekat Chatime tadi. Dapat Mango Lassi pun jadi la.
“Fail jawab soalan. Saya tanya nak makan apa?” berulang lagi soalan dan kali ini beserta sindiran. Mamat ni, kalau aku hempuk dengan menu kertas keras ni mahu bisu seminggu.
“Hati goreng hangit dengan jantung rebus ada?” dah terkedu si pelayan nak menjawab. Dah kata coffee house, celah mana pulak nak dicekaunya jantung pisang dengan hati tu. Arip dah tergelak besar. Nasib baik meja tersorok. Kalau tak memang air dalam pasu kecil atas meja ni selamat terserap masuk kemeja merah lelaki itu.
“It’s okay. I want latte. Thanks,” dah dapat pesanan, pelayan tadi berlalu pergi bersama menu di tangan. Senyap kejap meja itu berlatar-belakangkan sayup hingar pelanggan yang lain.
“Kenapa balik tak bagitahu?” pendek soalan Arip cukup buat Alia tarik senyum sinis.
“Perlu ke?” pendek juga balasannya. Kedengaran keluhan terlepas dari Arip. Memang terbakar dalam bila cakap dengan perempuan hati kering ni.
“As a guest, yes. Bukannya susah pun nak tunggu saya balik. Duit gaji pun awak tak...” ayat Arip dengan pantasnya dicantas oleh Alia. Panas hati bertambah terik bila Arip macam konon kisahkan sangat kepulangan dia ke Kuala Lumpur.
“Look Tengku Harith Daniel, kalau duit gaji tu yang you runsingkan sangat, tak perlu rasanya. I halalkan semuanya. You simpan je duit tu. Tak pun you sedekah dekat mana-mana orang yang perlu. Lagi bagus daripada you fikir macam mana nak sibuk-sibuk bagi I duit tu. And FYI, I tetamu nenek you. So, sama ada I nak balik KL, or stay dekat Penang, is none of your business. Hubungan kita sekadar majikan dengan pekerja. And since I’m no longer working for you, Tengku, you’re nothing more than just a mere stranger to me. Thanks for helping me earlier. And I think I should leave now,” tas tangan segera dicapai. Rasa tak betah nak duduk menghadap muka mamat ni lama-lama. Setakat nak cakap pasal duit gaji yang tak seberapa tu, lagi sanggup rasanya balik menghadap bebelan mama di rumah. Arip pantas menahan. Lengan blouse Alia dicapai. Mata mengisyaratkan Alia duduk kembali.
“Alia, you are mad at me. Why?” tegas Arip bertanya. Kata ganti diri yang berubah buat dia rasa yakin Alia cuba wujudkan barrier antara mereka. Tembok. Sempadan.
“Dah bila masa pulak I marah dekat you? Memang dari awal lagi kita kenal atas dasar majikan dan pekerja. Susah sangat ke you nak faham?” nada cuba dikawal. Jantung yang dah hilang rentak menyukarkan lagi keadaan. Kalau boleh diberitahu apa yang terjadi dekat lelaki depannya ini memang dah lama dia buat. Cumanya dia yakin, things will get upside down kalau lelaki ini tahu perkara sebenar. Ke dia cuma buat tak kisah? Entahlah. Alia runsing sendiri.
“Then why are you using, I and you? You are trying to run away, kan? Kenapa?” ulas Arip. Alia buat muka beku.
“The question is not ‘Why am I running away from you?’, but, ‘Why I need to stick around with you?’. Dan I cuma nampak satu je jawapannya. Nothing. Dan kenapa I tukar ganti nama diri tu, sebab memang I cakap macam ni dengan semua orang. Who are you to questioned me? Please Tengku. Enough is enough. I ada banyak lagi kerja nak buat, banyak lagi benda kena fikir. Duduk sini melayan you cuma buang masa I je. I pergi dulu. Assalamualaikum,” kali ini gerak langkah dibiar saja oleh Arip.
Rasa bersalah memang dah lama menjalar, tapi tidak dilayan. Kalau betul pun dia confess pada Arip perasaan sebenar dia, apa yang dia dapat? Suka? Gembira? Sakit? Perit? Dia belum cukup kuat untuk mempertaruhkan sesuatu yang tidak pasti. Sekurang-kurangnya kalau Arip tak terlibat sama, kerjanya jadi lebih mudah untuk memujuk mama membatalkan perkahwinan gila ini. Kalau Arip terlibat sama, tak ke bertambah gila kerja yang perlu diselesaikan? Itupun kalau Arip punya rasa yang sama seperti dia, kalau tak? Tak pasal-pasal cucu teruna Tok Yah jadi mangsa habuan mama yang tak menentu tu.
TIba-tiba terasa dejavu. Memang dah selalu sangat masalahnya dengan mama menjadi serumit ini. Kalau dulu keputusan trial SPM menjadi isu. Gara-gara dapat 1B, seminggu dia terpaksa bertapa di dalam bilik menghadap buku semata-mata. Jangankan keluar rumah, keluar bilik pun dah berjela berkajang kena bebel dengan mama. Dan result SPMnya cemerlang gemilang terbilang. A+ lurus. Bangga mama mencanang pada kawan sepersatuannya. Dia yang merana sebulan dulu menghadap buku sampai termuntah hijau.
Teringat juga kes selepas tamat belajar dulu. Mama beria suruh dia belajar Accountancy, digagah juga menghadap nombor-nombor yang serupa cacing meliut-lentok kena palu. Selesai belajar jenuh merayu ke mama meminta jadi penulis sepenuh masa. Kononnya masih belum bersedia bekerja di syarikat papa. Sebulan pula mama mogok suara dengannya. Sampai kena pujuk dengan Kak Long yang sama keras dengan mama, baru mama nak bagi peluang. Itu pun kalau novel pertamanya mampu menjadi bestseller di Malaysia. Memang berpeluh ketiak mula-mula nak bertapak tu. Tapi berkat usaha tak tidur malam, sibuk duk perah otak, selamat novel sulungnya mendaki carta teratas di Popular dan MPH. Senyap sekejap mama dari bebelnya.
Cuma kali ini Alia mati akal bagaimana mahu memujuk mamanya. Kalau ditolak mentah-mentah, haruslah dia mempersembahkan bakal menantu untuk mamanya yang jauh lebih baik dari Amar si kasanova menjalar tu. Tapi siapa? Hati dah mencadang satu nama, tapi memang akal waras dah awal-awal menolak ke sudut paling hujung. Kalau lelaki itu setuju hendak menolongnya, mungkin boleh propose pada Guinness World Records untuk masukkan dalam buku edisi terbaru mereka. Bala. Bala. Bala.
***
            Sampul coklat berisi kertas setebal satu inci itu dicapai malas. Kaki menapak ke arah katil dan tak sampai satu saat, katil dah melendut menerima impak badannya. Tangan cekap menjalankan tugas mengeluarkan isi sampul. Baris-baris ayat di muka depan dibaca sekali lalu.
D.I.A
Ini cerita tentang dia yang menghuni teratak papan di hujung kampung.
Juga cerita dia yang setia di kandang mencari makan.
Tidak lupa dia yang gigih menunjuk arah menjadi kompas.
Tapi cuma DIA yang mampu mengubah. Cuma DIA tempat berserah.
by : PopiMerah
            Bibir pantas mengukir senyum. Dah dapat diagak ‘dia-dia’ yang tertera di muka depan manuskrip novel itu. Pasti kelam-kabut si Alia pergi tadi sampai tertinggal barang. Sengih lagi. Sehelai demi sehelai kertas itu dibaca isinya. Sekejap tersengih. Sekejap serius. Sekejap terbahak-bahak. Novel itu ibarat diarinya di rumah papan Tok Yah. Cuma masih tercari-cari siapa hero di dalam novel separuh siap itu. Sampai saja pada satu baris ayat, jantungnya bagai berhenti berdetak.

            “...I do love him, so much, tapi mungkin dia dah jumpa sesuatu yang lebih bersinar sampai dia dah tak nampak aku. Harith Daniel takkan pernah nampak aku...”

Tuesday, July 2, 2013

Cherps Tanpa Nama :) Part 8

Assalamualaikum!!!

Part 8. Phew.
Saya tau lambat.
Sorry banyak-banyak.
Last weekend ada program.
I went to TeenAce 2013 organized by Langit Ilahi.
It was a very oh-sem program.
Dua hari je. Tapi memang best tahap tak ingat.
I met many Muslim teenage icons.
Antaranya Sudara Hilal Asyraf, Amin Idris, Aisyah Syakirah, Adibah Awang, Anwar Hadi and many, many more.
Highlight ---> sahabat kita dari US, Brother Fatih Seferagic.
Ada juga speakers from Langit Ilahi sendiri.
It was very inspiring.
Kami diajar menjadi teenager yang menyuarakan pendapatnya.
Bukan remaja yang, "Saya budak kecik lagi, makanya kena duduk diam-diam dekat ceruk mana-mana sambil kira berapa tahun lagi baru boleh nak jadi dewasa."
We were taught how to be a grown up. Matang sebelum usia.
InShaAllah, ada masa dalam minggu ni, I'll write a post regarding TeenAce.
Nak berkongsi dengan remaja luar sana yang turut punya potensi yang besar.

"Saya percaya semua remaja mempunyai potensi yang besar." - Brother Hilal Asyraf, CEO of Langit Ilahi
"Wanna dream? Dream BIG!" - Amin Idris
"Just DO it!" - Ustaz Hasrizal
"It's our responsibility to develop our potential and make the best out of it." - Anwar Hadi
"Hidup ini harus kaya dengan kerja-kerja besar, cita-cita tinggi dan usaha keras tanpa henti." - Bro Hamzah of Langit Ilahi
"Life is about making choices." - Ustaz Hasrizal

Ukhibukhifillah :)
PopiMerah

     Helaian-helaian kertas elok bercetak yang baru keluar dari mulut printer disusun cermat kemudian dimasukkan ke dalam sampul coklat. Siap sudah novelnya tiga perempat. Kak Longnya sibuk bising mahukan manuskrip setakat yang dia dah pulun buat. Ikut kata Kak Long, jadi kahwin tak bermakna boleh delay hantar manuskrip. Perjanjian masih berjalan. Alia merenung kosong sampul di tangan, beralih pula pada pakaian di badan. Skirt maxi biru turquoise dipadankan bersama blouse lepas punggung paisley turquoise-pink. Kemudian tudung bawal Akel baby blue menjadi penghijab rambut. Tudung pemberian Tok Yah. Tudung bidang 50 pertama yang pernah tersarung dikepalanya. Lepas bahu. Tutup dada. Labuh di belakang. Bukan seperti tudung-tudung sebelumnya yang pernah membelit kepalanya. Tudung cukup syarat untuk ‘balut’ aurat. Zaman dahulukala punya cerita. Zaman sebelum Tok Yah masih seorang stranger kepadanya. Zaman baju cukup-cukup lepas pinggang seluar. Zaman seluar melekat ke kaki gaya konon dia punya kaki terkurus di dunia. Zaman dia yang dulu.
            Tapi kenapa bila dia dah sehabis daya belajar menjadi ‘hamba’, semua macam go against dengan arus yang cuba diharungi? Kenapa Amar tiba-tiba datang hadirkan diri? Bukan nak cakap dia terlalu baik untuk manusia spesies Amar, tapi kalau dah diri sendiri pun masih tenggelam timbul menongkah arus, wajarkah dia memaut pada yang terpesong? Amar masih seperti dulu. Bebas. Jalan yang Amar ingin jejaki jalan yang samar. Bukan dia kedekut tidak mahu mengajak lelaki itu bersama di jalanNya, tapi dengan iman serapuh ini, mungkin sekerat jalan pun dia sudah mengah minta nyawa. Sebagai isteri, dia tidak mampu. Juga tidak yakin dengan dirinya. Tapi kalau itu yang dah tertulis, apa kuasa yang dia ada untuk mengubah? Teringat tazkirah pendek Tok Yah antara waktu Maghrib-Isya’.
                Daripada Abu al-’Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a., beliau berkata: Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran- lembaran telah kering (dakwatnya).

            “Dalam hadis tu, dah jelaih kata kita ni hidup kena mintak tolong dengan Allah. Kot ada la orang nak peniaya kita, kalau Allah kata ‘Dak! Hampa tak boleh buat lagu tu,’ takkan boleh depa duk buat merepek kat kita, selagi Allah kata lagu tu. Ceghita kita ni, Allah dah tulih awai-awai dah. Hang dengaqkan ayat terakhir tu dia habaq apa, ‘Pena-pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering,’. Makna kata, apa yang dah Allah tulih untuk kita, memang takkan beghubah. Tapi kita, sebagai hamba Allah, kenalah berusaha. Kalau kata hang pi duk tengah jalan, duk habaq kata kegheta takkan tindih hang, memang mati katak lagu tu ja la. Yang kita tau, Allah dah tetap semua benda untuk kita. Yang kita tak tau, apa yang Allah dah tetapkan untuk kita. Sebab tu kita kena berusaha. Tapi kalau dapat had yang tak baik pun, tok sah dok menyumpah habih kat orang keliling. Terima ja dengan hati yang redha. Memang kita duk rancang macam-macam. Tapi kita jangan lupa, Allah S.W.T. pun duk merancang sama, dan Dialah sebaik-baik perancang.”

            Dan mungkin saja jalan ini yang Allah kehendakkan dia untuk lalu. Malam tadi dengan relanya Alia bangun qiam. Sebelum ini di rumah papan usang itu bukannya tak ikhlas dia ikut cakap Tok Yah yang gerak bangun qiam, tapi bisikan halus suruh masuk balik berkubang atas katil memang jelas lagi nyata dan menyebabkan hatinya separuh rela untuk buat. Sebab tu lepas habis je solat witir, terus dia lompat atas katil balik sementara menunggu subuh. Tapi malam tadi memang dengan rela hatinya dia bangun malam dan sempat beristikharah meminta petunjuk.

            “Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan, (1:5),” pesan Mai bila dia menangis-nangis call malam tadi lepas dinner dengan mama dan Amar. Dan itu yang dia cuba buat. Ketukan di pintu mematikan lamun yang dah jauh terbang dari mengingati Tok Yah ke cucunya si Mai. Tersentak kejap. Mesti mama. Lepas nafas. Sesak. Rasa yang sama seperti semalam. Pagi ini sepatutnya dia keluar bersama Amar. Pergi butik pengantin untuk fitting session bagi baju engagement party hujung minggu ini, juga baju untuk akad nikah dan wedding day lagi dua bulan. Dan Kak Long sempat menyelit suruh singgah hantar manuskrip novelnya yang dah dua pertiga siap.

            “Alia, turun sekarang. Amar is here,” jerit mama dari luar.

            “Be right there, ma,” balas Alia, turut separuh menjerit. Kedengaran bunyi tapak kaki menjauh pergi. Pasti mama dah ke bawah dulu melayan bakal menantu kesayangan. Lagi sekali baju di badan ditilik. Mesti mama tengok pelik bila dia pakai macam ni. Dulu bila dia mula pakai tudung pun macam-macam mama dah soal. Kenapa tiba-tiba pakai? Perlu ke? Tak rimas ke tutup-tutup segala ni. Dan statement paling tak tahan sekali, “You look outdated, dear,” walau diucap dengan nada lembut, tapi lajunya menusuk ke hati memang pedih. Tapi Alia cuma senyum dan cakap, “Okey je lah mama. Lagi pun, kawan-kawan Alia semua pakai tudung. Segan Alia sorang je tak pakai,” alasan yang memang kalau ikut Hukum-Hidup-Sebagai-Alia-Hanis tak boleh pakai langsung. Alia Hanis tak ikut orang. Alia Hanis ikut kepala dia saja. Kecuali kalau mama dah pakai kuasa veto. Memang kejap je dia dah melayangkan bendera putih. Tapi bila dia dah belajar Allah itu berganda lagi besar dari mamanya, hukum apa pun semua dia tolak tepi, kecuali hukum Allah. Dulu sekadar cover apa yang teragak nak buat, tapi bila fikir balik, kalau nak menyelam, baik biar sampai ke dasar, kalau nak makan, baik biar sampai kenyang.

            Perlahan langkah diatur keluar bilik, menapak menuruni anak tangga, terus ke meja makan bila dengar suara bergelak ketawa di situ. Elok mama nampak kelibatnya, berhenti terus gelak bahagianya. Amar yang perasan turut berpaling ke arah Alia. Terangkat keningnya.

            “Alia nak pergi mana pakai macam ni?” serius suara mama, sama macam wajah kurang senangnya. Alia tersengih serba-salah.

            “Bridal boutique la. Ada fitting session, kan?” balas Alia memandang lembut ke dalam mata mama. Sejuklah mama. Sejuklah mama.

            “Pakai macam ni? Are you kidding me? Tudung tu yang besar sangat kenapa? You look messy, tahu tak?” bidas mama. Alia telan liur. Alahai. Terima je lah mama oi.

            “Mama, dah lambat ni. Appointment is at 11 a.m. kan? Sekarang dah 10.15 pagi. Lambat nanti. Jom Amar,” Alia cepat-cepat melangkah ke mama, salam tangan, cium pipi dan berlalu keluar mencari kasut. Amar ditinggal begitu saja. Baik lari dulu sebelum mama suruh naik tukar baju yang lebih ‘kemas’. Dalam seminit dua tunggu di luar, baru nak nampak batang hidung si Amar. Tapi mama tak ada. Selamat. Mungkin mama ada kerja yang perlu dibuat. Dalam kereta Alia cuma menyepi. Tangan dah sorok siap-siap di balik envelope berisi manuskrip. Beg tangan sebesar alam memang dah elok diletak antaranya dengan Amar. Nanti kalau ada yang merayap mencari memang dia hempuk je dengan begnya yang boleh tahan berat tu.

            “Senyap je?” soal Amar. Mata sesekali menjeling ke sebelah. Cantik. Tapi lagi cantik kalau tanpa hijab yang menutup itu. Senyum. “Look, you don’t have to force yourself if you don’t want to do this,” makin panjang ayatnya. Alia senyum sinis.

            “Do I have any other choice? Kalau I refuse to accept all this, apa jaminannya ‘that’ guy will stay out of trouble?” mata di depan. Sakit hati nak melihat senyum Amar. Takut nanti ada yang hilang gigi, lebam mata.

            “Well, that’s the price. Everything comes with a price, dear,” jawab Amar santai. Alia dah rasa nak hantuk kepala senget si Amar ke stereng kereta. Kut boleh sedar diri.

            “Just shut up and drive,” lantas kepala dipaling memandang keluar tingkap. Tengok kereta lagi bagus dari menghadap makhluk Tuhan sebelah ini.Lima belas minit berlalu dengan dingin dan beku. Elok kereta berhenti, Alia terus menapak keluar dan masuk ke butik. Disambut seorang amoi cina. Christine Chia. Tertulis dengan warna emas mewah berlatar belakangkan silver di nametagnya.

            “Hi, I’m Christine Chia. Just call me Christ. You must be Miss Alia, nice to meet you,” salam. Senyum. Walaupun tak ikhlas. Walaupun rasa nak lari balik rumah. Alia terus ke fitting room dan Amar mengekor dari belakang. Tiga persalinan yang masih elok dalam beg baju diserahkan pada Alia.

            “You put this on first, then when you’re ready, just call me,” tersengih-sengih amoi cina itu menunjukkan arah ke bilik persalinan. Amar menanti di ruang menunggu yang tersedia dengan pelbagai bridal mags. Alia terus menapak ke dalam fitting room yang memang luas gaya sepuluh orang punya bilik persalinan. Butik mewahlah katakan. Berapa ribu pula mama habis untuk sapasang dress saja. Membazir. Satu persatu zip beg dibuka. Elok isi terserlah, terbuntang biji mata. Yang satu dress kembang style kemban penuh manik di dada dengan 3D flora memenuhi dari pinggang ke kaki baju. Kemudian, ada sepasang baju kebaya moden yang jelas jarang tembus ke dalam dipakai dengan korset putih bersulam benang silver. Yang ketiga lagi terasa nak rebah. Dress ala-ala gaya wedding dress Bella Swan dalam Breaking Dawn part I. Memang elok berlengan panjang, tapi belakang jarang minta ampun banyak-banyak. Dan melihatkan potongan ketiga-tiga dress ni memang sah melekat ke badan tanpa perlu dicuba-try-test pakai pun. Hati yang sedia panas dah bertambah membara. Pantas disauk ketiga-tiga baju dan pintu bilik persalinan dibuka.

            “Dah? Lajunya you...” mati ayat di situ bila elok angkat mata tengok wajah Alia yang memang semasam asam kelubi cecah cuka. Juga melihat blouse yang sama masih tersarung di tubuh itu. Juga beg berisi dress yang elok dipegang. “Kenapa tak salin lagi ni?” angkat kening.

            “Pembalut nangka jauh lagi sopan dari baju-baju yang kau suruh aku pakai ni. You want to marry a slut, that is totally up to you. But I’m not turning into one, so go to hell with these dresses!” dress-dress tak cukup kain dilempar terus ke muka Amar. Beg tangan dan envelope dicapai dan terus berlalu keluar. Christ yang menjengah terkulat-kulat tengok Alia yang kelam-kabut menapak keluar. Amar cuba mengejar tapi bila saja keluar dari butik, Alia dah hilang dari mata. Rengus kasar terlepas. Sumpah seranah dah berlagu dalam hati. Dan dia terus pamit tanpa permohonan maaf pun pada amoi cina tadi.