Sunday, July 28, 2013

Cherps Tanpa Nama :) Part 10 (Final) - KAMI

Assalamualaikum!!!

New and final chapter!
Yay!
It is quite long.
So...take your time. Eheh.
Comments and critics are welcomed.
And thank you for sticking all way up till here.
May Allah bless all of you.
And for that certain someone, thanks for supporting me.
You're the BEST girlfriend I've ever had.
Thanks for dealing with my never-ending tantrums, stupid fights, overflowed tears.
Thanks for always being there when I need a shoulder to cry on because of some stupid things.
And thanks for keeping all my secret safe walaupun kadang-kadang kita rasa macam nak plaster mulut awak yang 'terbocor'. Eheh.
Thanks bud.
Ukhibukhifillah.
p/s : Nanti dah fly Tassie jangan lupa pos Tasmanian Devil ke Welly :)

Love,
PopiMerah.

          Majlis pertunangan yang meriah dengan kehadiran anak-anak kecil berkejaran, datin-datin kaya galak bergosip dan anak-anak dara menggedik tenung si teruna nampak hambar di mata Alia. Kebaya sendat yang tersarung di badan rasa nak dicarik halus. Pagi tadi penat berperang dengan mama. Ikut kepala keras wanita itu juga akhirnya. Sebab itu kebaya itu masih di badan. Kalau tak memang dah dihumban ke perdu pisang. Tudung juga sekadar cukup-cukup menutup leher. Rantai muatiara berlian tak payah cakaplah, berat tergantung di leher. Dan semua itu bertambah menyesakkan kepala. Menyerabutkan perut. Mak andam juga segera dihalau keluar elok sudah bersolek. Dia mahu berseorangan tika ini. Ikut hati memang dah lama kaki berlari meninggalkan banglo tiga tingkat itu. Tapi bila fikir malu mama dan papa, niat dimatikan terus. Memang cari nahas kalau buat macam tu.
Kecoh di luar malas mahu di ambil tahu. Tubuhnya dibaringkan di atas katil empuk. Mata dipejam. Istikharah yang cukup tujuh kali dilaksanakan termasuk tadi malam bagai tidak memberi petunjuk apa pun. Namun hati masih bersangka baik dengan Sang Pencipta. Mungkin ini yang terbaik buat aku. Mungkin ini yang perlu aku lalui untuk bahagia. Mungkin...mengeluh. Semakin banyak fikirannya cuba mencari hikmah, semakin kuat hati memberontak bebal. Mata dah terasa hangat. Dan butir jernih itu buat kesekelian kalinya mencemar pipi kemerahan itu. Sekuat mana ditahan, setabah mana berjalan, aku tetap tersungkur.    
***
“Assalamualaikum, Mai,”
“Wa’alaikumussalam. Kenapa tiba-tiba call aku ni?”
“Kau tahu rumah Alia kat mana?”
“Kenapa cari rumah dia?”
“Aku...aku ada benda nak pulang dekat dia...”
“La...dah kenapa hari ni jugak kau nak pulangkan? Besok-besok tak boleh ke?”
“Kenapa dengan hari ni? Dia pergi mana?”
“Dia nak bertunang,”
“What?!”
***
Jeritan Datin Syarifah Sofea menggegar kediaman tiga tingkat itu. Mata yang dipejam segera terbuka. Alia mengeluh. Apa lagi yang mama tak puas hati tu? Jam berukir cantik di dinding bilik ditenung mencari angka. 3.45 petang. Sudah lewat 15 minit. Sepatutnya majlis pertunangan berlangsung jam 3.30 petang tadi. Derapan yang kedegaran menghampiri biliknya memaksa Alia bangun dari pembaringan. Selendang putih yang elok tersadai di kepala katil dicapai dan dibalut ke tubuh, menutup lekuk badan sehabis baik. Pintu bilik terbuka dan wajah cemas Mak Mah tercengul.
“Alia, cepat. Turun bawah. Mama Alia...Dato’...Amar...dia...” ayat Mak Mah yang tunggang terbalik memeningkan kepala Alia. Langsung langkah diatur ke tingkat bawah. Dilihatnya mama sedang meronta-menjerit dalam pelukan papa. Di satu sudut pula Amar selekeh dengan kemeja berkedut dan slack, menunduk muka.
“Kau memang kurang ajar, kan? Perangai setan! Berambus! Aku takkan benarkan anak aku kahwin dengan kau! Berambus!” suara mama masih nyaring menyumpah seranah walaupun Dato’ Zulkiefli dah penat menenangkan isterinya.
“MAMA!!!” nyaring juga suara Alia melawan. Dan hingar-bingar itu seakan terhenti sendiri bila mereka sedar dengan kehadiran Alia di anak tangga terakhir. “Apa yang dah jadi ni?” mengendur sedikit suara Alia meminta penjelasan. Semua diam. Termasuk mamanya. Jelas kelihatan bahu mamanya turun naik menahan sabar.
“Bakal menantu kesayangan mama awak ni kena tangkap basah pagi tadi,” bersahaja Dato Zulkiefli menutur. Memang sejak dari awal lagi dia tidak berapa berkenan dengan pilihan isterinya. Tapi dia malas mahu masuk campur. Nanti anak sendiri beranak-pinak, dia juga yang bercerai-berai.
“Abang!!!” melengking suara Datin Syarifah Sofea. Geramnya pada si Amar belum surut, kini suaminya turut menambah minyak. “Saya tak kira. Amar, kau dengan kaum kerabat kau dipersilakan berambus dari rumah ni. Kau tak layak jadi menantu aku!” keras suara mama menghalau pergi Amar dan keluarganya.
“Habis tu, macam mana dengan perjanjian kita? Kau dah dapat bahagian kau, senang je kau nak lepas tangan, kan?” sinis balasan Amar mencuri perhatian hampir kesemua tetamu yang hadir termasuklah Alia sendiri.
“Perjanjian? Apa ni mama? Ada benda yang Alia tak tahu ke?” Alia mengatur langkah ke arah mamanya tapi terhenti separuh jalan sebaik sahaja melihat riak muka mamanya. Riak yang jelas menceritakan onar mama di belakangnya. Riak yang sama bila dia demam-demam mengurung diri dalam bilik mengulangkaji untuk SPM. Riak yang sama bila dia terpaksa bersengkang mata mencari jalan menaikkan jualan novelnya. Riak bersalah.
“Did little kitty got your tounge, Datin Syarifah Sofea? Why don’t you tell your dearest little princess, what have you done for your own sake?” bagaikan mencabar suara Amar berlagu. Tiada langsung rasa bersalah. Tajam Alia merenung mamanya.
“Apa mama buat belakang Alia? Cakap, ma. Apa mama buat?” desak Alia bertubi. Dari nada sinis lelaki itu sudah dapat diagak agenda mamanya disebalik pernikahan ini.
“You beloved mother, agreed to this wedding, if and only if, I granted her with one of Millenia Holdings subsidiary. And now that she’s officially owned that little company, senang je dia nak batalkan perkahwinan ni sesukahati. Kau ingat aku bodoh?!” tercungap Alia mendengar berita itu. Sanggup mama...
“Sayang, mama tak bersalah. Dia yang umpan mama dengan helah dia tu sayang. Mama tak salah,” meluru Datin Syarifah Sofea mahu memeluk puterinya namun tubuh itu sekadar dingin membeku. Perlahan Alia menolak mamanya dan menjarakkan diri. Sungguh dalam hati memang dah tersangat remuk mengenangkan tindakan mamanya yang sanggup menjual puteri sendiri. Sayu pandangannya merenung mata hitam milik mama. Kabur. Sekabur kasih-sayangnya pada mama. Tiba-tiba rasa rindunya pada Tok Yah bertimpa datang. Tok Yah walau bukan darah dagingnya, tapi Tok Yah sayang dia macam Tok Yah sayang Mai. Tok Yah marah dia, macam Tok Yah marah Mai. Tok Yah peluk dia, macam Tok Yah peluk Mai. Rindunya pada tubuh tua itu. Rindunya pada gemersik suara serak yang sayu mengalun ayat suci saat mentari malu-malu memancar sinar. Rindunya pada bebelan mesra tatkala dirinya dilihat hanyut terleka. Rindunya pada Tok Yah.
“I...I don’t know you anymore...” pantas ayat itu meluncur sepantas air mata yang dingin mengalir membasahi pipi. Juga sepantas kaki yang melangkah pergi. Dari tapak-tapak kecil yang perlahan, Alia mula melangkah laju dan langsung berlari ke luar. Tidak mengendahkan mata-mata yang melihat, suara-suara yang memanggil, tangan-tangan yang menghalang. Dia mahu keluar dari situ. Dia lemas. Rimas. Dia cuma mahu ke teratak papan di hujung kampung itu. Dia cuma mahu bertemu dia si pemilik teratak.
***
Meter had laju yang sesekali mencecah angka 160 km/h itu dibuat tak peduli. Yang penting dia segera sampai. Kalau ada surat saman yang mengiringi pun dia cuma mampu terima. Telinganya peka mendengar setiap arahan yang dikeluarkan oleh telefon pintar. Mujur Mai berbaik hati mahu memberikan alamat rumah si Alia. Tak adalah susah nak mencari dengan bantuan telefon pintarnya. Kelajuan mula diperlahankan bila memasuki kawasan perumahan mewah itu. Khuatir terlepas simpang.
“In 50 metres, turn left, then turn right,” fasih suara mesin itu menyampaikan arahan.
“In 80 metres, turn right and you have reach your destination,” semakin menghampiri rumah Alia, semakin kuat hatinya bergendang. Istighfar dah lama bermain di bibir. Selawat dan doa juga tidak ketinggalan. Semoga dipermudahkan urusan. Semoga segalanya selamat. Elok stereng dipusing ke kanan, bayangan putih yang tiba-tiba melintas laju menyentak fikiran. Pantas kaki memainkan peranan menekan brek. Mujur sempat. Kalau tidak mahu jadi kes lain yang lagi parah. Wajah diangkat merenung makhluk yang cuba membunuh diri secara tidak sengaja itu. Mata berkaca. Pipi yang lencun. Dan mascara yang comot. Tapi wajah itu masih sangat dikenalinya. Pantas pintu kereta dibuka dan di melangkah keluar ke arah wanita berwajah sayu itu.
“Awak buat apa ni Alia?” nada keras yang keluar menyebakkan lagi dada Alia. Makin kuat tangisannya berlagu.
“Saya nak jumpa Tok Yah. Bawak saya jumpa Tok Yah,” mendayu suara itu meminta. Arip mengeluh.
“Majlis awak macam mana?” berkerut dahinya memikirkan apa yang sudah berlaku.
“Arip!” dari jauh suara yang melaung menarik perhatiannya. Maisarah laju melangkah keluar dari pagar rumah yang tidak berapa jauh dari situ.
“Mai, apa yang dah jadi? Kenapa Alia macam ni?” soal Arip pantas. Tidak tenang hatinya melihat wajah yang dulunya selalu ceria, menjadi keruh begini.
“Alia, kau tak boleh buat macam ni. Mama dengan papa kau risau. Kita balik dulu ya. Bincang elok-elok,” pujuk Mai lembut. Tangannya dah menarik lengan Alia, mahu menuju ke arah yang dia datang tadi. Arip termangu di situ. Penjelasannya masih tidak diperolehi.
“Saya nak pergi rumah Tok Yah. Kalau awak taknak bawak, saya boleh pergi sendiri!” marah Alia pada Arip. Mai dah tepuk dahi. Alia menarik lengannya dan mula menapak pergi. Baru Arip perasan Alia yang berkaki ayam memijak tar panas di tengah rembang itu. Sesekali terdengar desis dari bibir mungil itu.
“Dah, tak payah nak buat kerja gila. Masuk kereta saya hantar,” tegas arahan yang dikeluarkan. Hujung selendang Alia ditarik dan pintu Ferrari merah itu dibuka. “Masuk,” lagi sekali arahan veto itu dikeluarkan. Alia sekadar menurut. Selamat Alia melabuhkan punggung, Arip segera menutup pintu kereta.
“Aku bawak dia balik rumah Tok Yah. Kalau berkeras pun, bukan dia nak dengar. Nanti kau explain je dekat parents dia apa yang dah jadi. Apa-apa call aku. Aku pergi dulu. Assalamualaikum,” lima saat kemudian, Ferrari merah itu sudah meluncur laju meninggalkan Mai keseorangan.
***
Dua jam di dalam kereta cuma terisi dengan sayup desiran penghawa dingin dan deruman enjin kenderaan lain. Alia leka merenung keluar tingkap dan Arip tenggelam dalam pemanduannya. Sesekali matanya menjeling ke arah Alia. Ingin ditanya apa yang terjadi, tapi waras akal dah terlebih dahulu menghalang. Kalau ada adegan kejar-mengejar di tengah Lebuh Raya Utara Selatan ni, tak ke haru? Kereta dibelok memasuki simpang Hentian R&R Sg. Perak.
“Asar?” pendek soalan Arip sekadar dijawab dengan gelengan kepala. Arip mengangguk faham. Tengah cuti umum.
“Awak tunggu sekejap,” ujar Arip sebelum berlalu keluar dan hilang dicelahan orang ramai. Sejam menunggu membuahkan geram di hati Alia. Dah ke mana pulak mamat ni? Takkan pergi solat sampai sejam kut? Tengah sibuk mengutuk Arip dalam hati, ternampak tubuh sasa itu muncul dari balik orang yang bersesak dengan tangan yang penuh. Tangan kanannya memegang plastik Dunkin Donut dan tangan kirinya pula penuh dengan dua cawan berlogo DD di atas tray kertas. Pintu bahagian penumpang dibuka dan semuanya diserahkan pada Alia. Alia menyambut tanpa kata. Selesai menutup pintu kereta, Arip berlalu ke but belakang untuk mengambil sesuatu. Lima saat kemudian Arip sudah melabuhkan duduk di kerusi pemandu.
            “Nah, sejukkan?” Arip menghulurkan duvet di tangan. Teragak-agak Alia mencapai. “Dalam plastik DD ada wet tissues. Lap muka. Takkan nak jumpa Tok Yah muka comot-comot macam tu?” Alia mengangguk lemah. Suaranya hilang walau sekadar hendak mengiakan pun.
Selesai membersihkan muka, Alia kembali merenung keluar tingkat. Ferrari merah itu sudah lama meluncur di atas jalan. Perut yag terasa pedih, malas mahu dilayan. Mood makannya memang tak kunjung tiba sejak insiden tadi. Bunyi ‘kriukk’ yang tiba-tiba mencemar sunyi mengundang tawa kecil dari kerusi pemandu. Arip pantas memberi signal ke kiri, mahu berhenti di bahu jalan. Plastik berisi donut dicapai dari ribaan Alia. Sebiji donut bersalut gula halus dihulur pada Alia. Tapi sekadar menerima pandangan sepi gadis itu.
“Nak saya suapkan ke?” laju Alia menggeleng. Segera donut itu dicapai dan digigit kecil. Lima minit, selesai satu donut. Arip sekadar memerhati. Perutnya kenyang melihat selera Alia melahap si donut bulat. Perasan ada sisa jem strawberry di tepi bibir Alia. “Awak...” panggilnya sebelum menunjuk pada tepi bibirnya sendiri. Alia kelam kabut mengesat tapi masih ada kesan yang tertinggal. Jenuh Arip menunjuk dekat sepuluh kali, masih juga ada yang tersisa. Sudahnya...
“Awak lap je mulut awak dengan wet tissue tu. Confirm hilang,” rengus Arip. Penat menunjuk tempat, tak hilang-hilang jugak. Alia tergelak kecil sebelum melakukan apa yang disuruh Arip. Bersih. Licin. Comot-less.
“Awak tahu, kalau bakal-tunang-tak-jadi saya, dia dah lap sendiri pakai jari dia, tak heran pun nak bagitahu dulu,” perlahan tapi masih jelas di pendengaran Arip.
“Itu yang membezakan saya, dengan dia,” pendek balasan Arip sebelum keretanya mula bergerak membelah lebuh raya PLUS.
***
            Tepat jam 9 malam, teratak papan itu mula kelihatan di mata Alia. Belum pun sempat Arip mematikan enjin, Alia dah terlebih dulu meluru ke muka pintu. Salam diberi, pintu diketuk. Bertalu-talu. Gaya macam pintu rumah tu boleh hilang sekelip mata. Sayup kedengaran suara Tok Yah membebel dari dalam. Alia tersenyum. Mata terasa hangat. Elok pintu terbuka, Alia memeluk erat tubuh tua Tok Yah yang masih bertelekung. Kepalanya disembam ke bahu Tok Yah. Terkedu sekejap orang tua itu.
            “Eh, Alia. Awat ni? Apa dah jadi?” kecoh Tok Yah bertanya. Risau pula hatinya melihat keadaan Alia.
            “Rindunya Alia dekat Tok Yah,” bertalu-talu wajah penuh kedutan itu dicium. Langsung tak menjawab pertanyaan tadi. “Alia nak duduk sini lagi, boleh Tok Yah?” serak suara itu bertanya. Tok Yah sekadar mengangguk dengan muka yang jelas penuh dengan tanda tanya. Wajah tenang Arip juga tidak menceritakan apa-apa. Ketika Alia sibuk mandi dan menukar baju, sempat juga Tok Yah menyoal siasat Arip. Tapi hampa. Arip juga macam keliru dengan apa yang terjadi. Sudahnya orang tua itu terpaksa tunggu hingga Alia selesai membersihkan diri baru dia boleh bertanya.
***
            Pintu bilik yang diketuk menyedarkan Alia dari lamun. Air mata yang masih mengalir diseka laju. Senyuman dilemparkan pada Tok Yah. Keras. Kejung. Tawar. Dienjakkan sedikit tubuh ke hujung katil, memberi ruang pada Tok Yah untuk melabuhkan duduk disebelahnya.
            “Awat duk sedih sorang-sorang ni? Tak mau cerita dekat tok ka?” lembut jemari tua itu mengelus pipi Alia yang masih basah dengan air mata. Alia menarik nafas. Dalam. Dan dihembus keluar. Sepertinya masalah boleh terbang pergi dengan hembusan kuat itu.
            “Mama nak jual Alia, tok,” serentak ayat itu meluncur, air matanya kembali mengalir laju. Fakta yang sangat, sangat menyakitkan hatinya. Menyesakkan dadanya. “Apa pun yang Alia buat untuk dia selama ni, dia tak pernah hargai. Dia cuma anggap Alia macam alat untuk dia capai apa yang dia nak. Dia tak pernah anggap Alia ni macam anak dia. Apa salah Alia? Alia dah buat semua yang dia suruh. Alia dah cuba penuhi semua yang dia minta. Tapi dia tetap macam tu. Salah ke tok, kalau Alia nak benci dia? Salah ke?” lencun baju Tok Yah menyerap air mata Alia bersama sedu-sedannya. Belakang badan gadis itu diusap perlahan. Ingin menenangkan. Dadanya turut merasa sebak mendengar suara hati anak gadis itu. Wajah ceria yang selama ini tersenyum riang rupanya menyimpan seribu duka. Dilayan begitu oleh ibu sendiri, siapa yang sanggup?
            “Sayang, dengaq ni tok nak habaq. Ibu tu, buruk lagu mana pun dia, dia tetap ibu kita. Dia yang mengandungkan kita. Lahiaqkan kita. Susukan, jaga elok-elok. Awat nak benci kat dia, sayang? Sakit tau, nak bersalin kat anak tu. Bukan semua orang larat nak buat lagu tu,” air mata yang masih mengalir diseka lembut. Nanar hatinya melihat wajah sayu itu. “Alia ingatkan, tok cerita dulu. Nabi Muhammad S.A.W. ulang tiga kali, Ummi, Ummi, Ummi, lepaih tu baru baginda kata Abi. Sebab tu kita tak boleh benci ibu kita, buruk macam mana pun dia tu. Sebab dia ibu kita,” sambung Tok Yah lagi.
            “Tapi Alia...” ayatnya tergantung. Tok Yah mengangguk faham. Mengerti rasa sakit yang Alia pendam selama ini.
            “Mama Alia tu pun manusia jugak, sayang. Dah nama pun manusia, memang akan selalu buat silap. Tapi itu tak bermakna kita boleh nak buang dia lagu tu saja. In sha Allah, doa banyak-banyak dekat Allah. Supaya dibukakan pintu hati mama Alia. Diberi hidayah olehNya. Itukan jauh lagi baik pada Alia duk benci dekat mama Alia sendiri. Nanti kalau mama Alia dah takdak, dekat sapa Alia nak panggil mama lagi? Mama Alia ada sorang ja tau. Pergi yang tu, tak dak mai dah yang lain. Satu saja,” lembut jemari tua itu mengusap rambut Alia. Alia angkat muka. Ada betulnya cakap Tok Yah, tapi hatinya yang sakit, macam mana? Bukan sekejap dia bertahan dengan onar mama. 24 tahun. Dan rasanya, sabarnya sudah sampai ke pengakhiran.
            “Sat, Tok Yah nak tunjuk dekat hang satu benda,” Tok Yah bangun dari birai katil dan menuju ke almari usang di sudut bilik. Album gambar berwarna biru muda dikeluarkan dari laci almari dan dia kembali mengambil tempat di sisi Alia. Album berkulit tebal itu dibuka perlahan dan gambar seorang wanita ayu berbaju kurung yang sedang mengendong bayi tersenyum ceria. Gambar itu ditatap sebentar sebelum diserahkan pada Alia.
            “Itu arwah ibu Arip,” sendu suara itu memberitahu. Alia tersenyum kecil melihat gambar itu. Terasa kasih-sayang yang melimpah ruah dari pandangan mata wanita muda itu. Hangat. “Dia menigggal masa Arip umoq 2 tahun. Barah otak,” Alia perasan mata Tok Yah yang berkaca menahan tangis. Perlahan tubuh tua itu dipeluk erat.
            “Arip, tak pernah cerita apa-apa pun dekat Alia,” Alia masih memakukan pandangan pada gambar wanita itu.

22 tahun lepas...
            “Baba! I’m home! Baba!” suara anak kecil riuh memanggil sang ayah kedengaran dari tingkat bawah. Seorang lelaki segak berkot hitam bergegas laju ke arah anak kecil yang masih segak beruniform sekolah dengan beg yang tersandang di bahu.
            “Tuan muda, Tuan ada di taman luar, sedang minum petang bersama tetamu,” ujar lelaki itu mesra. Beg di bahu anak kecil itu segera diambil dan diserahkan pada seorang gadis lengkap berpinafore hitam-putih. Ceria anak kecil itu berlari menuju ke arah taman yang terletak bersebelahan dengan villa tiga tingkat itu.
            “Baba!” riuh lagi suara itu menjerit.
            “Danny, jangan lari. Jatuh nanti,” suara garau itu menasihati lembut. Segera tubuh kecil itu diraih ke dalam pelukan.
            “Baba, baba. Tadikan, mama Amel datang sekolah. Sebab Amel demam. That’s why mama dia jemput dia balik. Mama dia cantik, baba,” petah anak kecil itu bercerita. Babanya sekadar tekun mendengar sambil mengangguk-angguk. “Tapi baba, why masa Danny demam, Uncle Farid yang jemput Danny? Boleh tak lepas ni, ibu yang jemput Danny? Mesti kawan Danny semua cakap ibu cantik,” semangat Danny memberi cadangan. Babanya terdiam. Tidak tahu balasan bagaimana yang harus diberikan pada si kecil.
            “Comelnya anak you. Come here. Come to aunty sayang,” suara lembut seorang wanita menyapa. Danny merapatkan diri pada babanya, takut.
            “Uh...sorry. Danny, kenalkan, ni Aunty Amy. She’s going to be your ibu soon,” tubuh kecil Danny ditolak perlahan ke arah Aunty Amy.
            “But ibu is prettier than her. She’s not ibu! I don’t want her!” protes Danny. Kakinya dihentak kasar.
            “Harith Daniel!!!”
***
            Dulang yang berisi seteko kopi dan dua biji cawan ditatang berhati-hati ke arah pangkin depan rumah papan Tok Yah. Kelihatan Arip santai membaca surat khabar. Alia serba-salah. Sejak sampai di rumah Tok Yah seminggu lepas, dia memang  tidak pernah bercakap lagi dengan Arip. Matanya melilau mencari Tok Yah. Beria tadi Tok Yah menyuruhnya membancuh kopi. Teringin minum katanya. Tapi sekarang dah menghilang ke mana pula.
            “Tok Yah pergi rumah Tok Usu, melawat orang sakit,” ujar Arip, perasan dengan Alia yang tertinjau-tinjau mencari sesuatu. Nasib baik tak terlepas dulang di tangan. Perlahan langkah diatur ke arah pangkin, dulang selamat mendarat di hadapan Arip. Pantas tangan menuang kopi yang masih berasap tipis ke dalam cawan. Niat dalam hati nak terus berlalu pergi seusai menuang kopi, tapi belum sempat kaki menapak, Arip dah terlebih dulu menyuruhnya duduk. Limi minit berlalu tanpa ada suara yang berbicara.
            “Kalau tak ada benda nak cakap, saya ma...”
            “Are you okay?” datar Arip memotong. Matanya lurus memandang ke jalan tar. Alia terdiam. Berat keluhan terlepas.
            “I’m...good. Sorry susahkan awak hari tu,” jemarinya bermain dengan bucu tudung. Kekok.
            “It’s okay. Benda kecil je,” kemudian diam lagi. Arip termenung mencari kata.
            “Okeylah. Saya nak masuk dulu. Nak masak,” baru dua langkah Alia menapak, Arip dah bangkit mengejar bersama sampul di tangan.
            “Nah!” sampul di tangan disua ke arah Alia. “Lain kali jangan pandai-pandai guna nama orang lain jadi watak novel tanpa kebenaran,” dingin suaranya menutur kata. Alia tersentak. Come again?
            “Bila masa saya guna nama awak? Jangan perasan boleh tak?!” naik satu level suaranya. Mencari pasal tak kira masa sungguh mamat kambing ni.
            “Are you...sure?” wink! Kenyitan nakal dihadiahkan untuk Alia sebelum Arip melangkah masuk ke dalam. Sebelum menapak masuk, Arip berjeda di muka pintu.
            “Salin baju kurung. Lagi sepuluh minit turun. Lambat, saya masuk bilik awak,” ugutnya sebelum berlalu masuk. Alia tarik muka menyampah. Sempat lagi nak mengarah orang tu. Tapi baju kurung? Dia nak bawa aku pergi mana? Nasib baik Mai datang hantar baju, laptop, harta karun semua. Kalau tak, tak pasal-pasal kena pinjam baju Tok Yah. Tambah dengan perangai tak tentu mamat kambing tu lagi. Double bala.
            Selesai menyalin baju, Alia duduk melepak dekat pangkin, menuggu Arip. Lima minit berlalu, baru nampak batang hidung Arip dengan tikar dikepit lengan kiri dan dua Yassin di tangan kanan, lengkap bersongkok. Alia tersentak. Dah tahu ke mana tujuannya Arip petang itu. Langkah perlahan diatur ke arah kereta. Suasana masih kekok seperti tadi. Sepanjang perjalanan, Alia sekadar merenung ke luar tingkap, menikmati suasana kampung. Elok sampai saja ke tanah perkuburan, Arip menapak keluar bersama tikar tadi dan Yassin tanpa sepatah kata. Alia cuma mengekor dari belakang.
            Arip berhenti betul-betul di tepi kubur yang bersih tanpa sebarang rumput liar. Cuma beberapa keping daun kering tersadai di tepi batu nisan. Itupun, segera dibersihkan oleh Arip. Tikar dibentangkan dan Arip menyerahkan Yassin ke arahnya. Sepuluh minit kemudiannya cuma kedengaran dua suara berlagu sayu membaca Yassin. Sesekali bacaan Arip tersekat. Berganti dengan deheman perlahan, menghilangkan suara serak. Alia perasan mata Arip yang berkaca. Dan bibir yang sesekali dikemam menahan sendu. Sehabis membaca doa, Arip merenung ke arah nisan kubur itu. Lama. Hampir lima minit berlalu, Arip tiba-tiba bangun. Alia ikut berdiri. Alia sekadar diam memerhatikan Arip yang sibuk menggulung tikar. Selesai menggulung tikar, Arip kembali merenung ke arah nisan tadi. Matanya jelas terlukis seribu kesedihan.
            “I don’t know what sorts of problem you’re having with your mom, but...you should be very grateful to have her. At least, you still have one. I just have a woman who said she truly loves me, but push me away whenever I needed her. You’re way luckier than you thought,” Arip mengukir senyum kecil.
            “I...um...I’m sorry to hear what happened to your mom. Tok Yah ada cerita, and I know it wasn’t easy,” Alia turut ikut merenung ke arah nisan yang berukir emas itu.
            “And it’s harder to beg for other woman’s motherly love. Saya tak salahkan baba sebab kahwin lain. He deserves to be loved again. It’s just the fact that he’s maybe forgetting ibu, sometimes hurt me,” Arip merenung tepat ke mata Alia. Dan pertama kali Alia melihat ekspressi Arip yang begitu terluka. Kalau tiada agama yang membataskan, mahu dipeluk erat tubuh itu dan dipujuk bagai anak kecil. Kerana lelaki di depannya itu kelihatan seperti kanak-kanak  lelaki yang sangat rapuh.
            “Look, after this, I’m going to call my mom and clear things up. And I think, you should do the same. Maybe, he still remember your ibu. And maybe, my mama always think of the best for me. It’s just they don’t know how to express those feelings. Okay?” Arip mengangguk perlahan. Dan Alia tersenyum senang. Walaupun perjalanan pulang itu masih sunyi seperti tadi, tapi udaranya tidak setegang tadi. Alia masih merenung ke luar tingkap, menikmati suasana kampung. Kampung yang telah banyak mengubah hidupnya. Mendewasakan dirinya. Mematangkan perasaannya. Dan Alia bersyukur diberi peluang menapak ke situ. Sekilas wajah Arip di tempat pemandu dijeling. Wajah itu sedang tersenyum fokus ke arah jalan. Nafas lega dilepaskan. Everything started to get better. Everything started to feel better. And it will.
***
Setahun kemudian...
Beberapa patah kata yang terakhir ditaip laju. Jam hampir yang menginjak ke angka satu dijeling buat kali yang keseribu kalinya. Elok noktah terakhir terpapar di skrin laptop, tangan diangkat tinggi, menggeliat menghilangkan sengal sendi. Teras tubuh dipeluk dari belakang. Alia menepuk lembut jemari yang mengusap perut kempisnya, geli.
“Remember what I said last week, sayang? About how drinking Nescafe at one o’clock in the morning may have bad effects on our baby in your belly,” kedengaran serak suara tegas itu mengingatkan dirinya. Alia tersengih bersalah.
“Alah. One last chapter. Dah habis pun. Baby pun tak kisah. Kan sayang, kan?” jemari lembut mengusap perut. “Eh, did I woke you up? Sorry pumpkin,” suara sengaja dimanjakan. Bulat mata si suami.
“Berapa kali nak cakap, stop calling me pumpkin. It sounds...awkward,” pipi montel Alia dicubit geram.
“Sorry. Terlupa. I should have call you little handsome goatie,” laju telunjuknya mencuit hidung si suami. Masih ingat idea gila suaminya yang tiba-tiba cakap nak simpan goatee ala-ala Chombi. Tapi belum sampai sebulan, habis dicukurnya semua. Rimas katanya. Semangat tahi ayam sungguh.
“Alia Hanis Zulkiefli, I thought we’re over those things,” Alia tahan ketawa. Keluar dah aura merajuk dia tu.
“But I really miss your goatee, Tengku Harith Daniel,” perlahan Alia berdiri dan memeluk erat tubuh Arip. Lima bulan lepas, mereka selamat diijabkabulkan. Dua bulan lepas, doktor mengesahkan ada benih yang membesar di dalam rahimnya. Dan InshaAllah, bulan ini, dia akan mengeluarkan novelnya yang terbaru.
K.A.M.I.
Kami () yang bermaksud Tuhan.
Kami yang berdiri atas nama keluarga.
Alia dan mamanya.
Danny dan babanya.
Juga papa yang setia di sisi.
Tok Yah di teratak hujung kampung.
Juga Mai yang masih gagah mengemudi arah.
Tapi yang melihat di atas, Dia yang berkuasa ke atas seluruh semesta.
D.I.A adalah K.A.M.I.
            Begitu hikayatnya Alia Hanis dan Harith Daniel berakhir. Hikayat yang bercerita seribu duka, diadun dengan seribu bahagia. Kerana itu adalah hidup. Kalau boleh dizahirkan dalam bentuk persamaan matematik;
Life     =      1/2 happy + 1/2 sad
            Dan kalau boleh dibicarakan dalam sastera, life is indeed a bed of roses. Mungkin kita bisa tenggelam dalam haruman menggodanya, tapi sesekali akan ada duri yang mencucuk menyedarkan diri. Bahawa hidup sememangnya begitu. There’re ups and downs. It depends on how we enjoy our life. To the fullest. But still led by The One. InshaAllah.

2 comments:

  1. apa jadi dgn perjanjian mama alia dgn ex tunang dia tu ? then , mama alia dah berubah ke ? buat lah SE , sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah. Tapi tak janji. Sbb skrg dah start cherps baru. Maybe weekend ni akan upload the first part:)

      Delete