Friday, July 26, 2013

The Choices.

Assalamualaikum!

Late night posto! Haha.
Tiba-tiba rasa macam cahaya ilham turun mencurah nak mengapdet blog malam ni.
Rajin tiba-tiba.
Mungkin sebab memang dah fated saya rajin nak menulis.
Sebab Allah dah gerakkan hati ini.
Ada sebabnya.
Ada hikmahnya.

Tajuk besar malam ini.

CHOICES!

Yup! Keputusan. Decision. Kata putus. Whatever you call it.
The thing yang boleh buat your life a complete different story kalau benda yang dipilih itu lain.
Emphasize di situ, KALAU.
You see, when people use the word 'kalau' for past things, means, it will never happen again.
Ever.
Itu yang kita susah nak faham.
Dan itu skop yang sudah dikecilkan pada malam ini.

I had this little talk with my friend. Tadi.
She was walking down the memory lane and somehow missing all those good moments she ever had during her 'zaman kanak-kanak'.
Semua orang pun pernah rasa macam tu.
Even me.
You know, those precious time with your friends.
Partner in crimes.
Kawan merayap setaman.
We all had those good time.
Dan kadang-kadang masa untuk kita decide the best for our future life datang lebih cepat dari yang kita expect.
Untuk ignore dan buat dono gitu saja memang tak boleh.
We just have to make up our mind and deal with it.

Ingat lagi, lepas habis PMR, the first thing that I said was, "Aku tak nak ada apa-apa hubungan dengan Sains lagi!!!".
Unfortunately, I still stuck with those crappy stuff sampai sekarang. *pening*
Back then, I decided to just get into some cool boarding school, and make some friends, and just be somebody that I want.
It ain't breezy, I tell ya.
It was harder than I imagine it would be.
That certain 'somebody' that I want to be, my parents were against it.
Memang sedih-pedih-terluka.
Lepas beberapa sesi memberus with Board of Directors (which is my mak-mak sedara yang coolio belaka), memang hati serious rasa fedap. 
Because I was being force into something yang pada hemat pandangan saya, a total mess.
Dan sebab nak sedapkan hati semua orang, saya pun apply masuk this one boarding school. 
Memang sekolah ini ada merata ceruk (serious dekat ceruk) Malaysia. 
Sebab isi borang pun separuh rela, memang aci pilih je ceruk mana pun.
Dah tak kisah. 
Long story short, I was accepted. Tapi bukan pada tempat yang saya apply tadi.
Dan hari keluar result tu, parents lagi eksaited dari tuan punya diri.
Saya rasa macam emotionless je.
Tak happy. Tak sedih. Emotionless.
Dalam hati memang dah terasa nak menolak.
Tapi bila tengok parents dah terlebih eksaited, I was speechless.
Tak sampai hati.
Terus terang cakap, saya bukan jenis anak belatuk yang kerja nak mengangguk even bila parents dah keluar arahan mandatori pun.
But when it come to this thing, rasa lembut hati je nak ikut. 
Kuasa Dia. Alhamdulillah.
Hidup je dua tahun bergelut-berguling dekat dalam 'penjara' tu.
Sambung lagi dalam bidang yang memang tak tercapai dek akal waktu kecik-kecik dulu untuk masuk "List Bidang yang Nak Dilompat-masuk".
Yup. Masih melibatkan sains.
Panjang rupanya jodoh kami. Eheh.

Tapi bila fikir balik.
Boleh je saya turn down offer masuk boarding school tu.
Boleh je nak hampakan both of my parents.
Boleh je nak berkeras untuk struggle jadi "that somebody".
Boleh je nak berlagak dengan kepala sendiri.
Cuma jalan ceritanya pasti berbeza.
Mungkin jalan ceritanya tak sebaik sekarang.
Mungkin juga jalan ceritanya tak sesusah sekarang. Pfft.
Mungkin saja jalan ceritanya lebih ekstrim.
Nobody knows.

Jadi.
Apa perlunya berfikir nak pecah kepala?
Apa perlunya bersedih mengenangkan impian lama?
Mungkin Allah S.W.T. memang dah tetapkan ini yang terbaik.
He knows the best. Untuk hamba-hambaNya.
Accept. And make the best out of it. The rest will come later.

Lagi pun, we always have those 'little secretive reason' yang buat kita terima je apa yang dah jadi even benda tu kita rasa yang paling disaster pernah jadi.
Me?
Duh...it won't be a secret anymore if I tell you. Hee~

Tapi yang pastinya, whatever that have happened to me, memang dah cukup bersyukur dah.
Walking along this path sure ain't easy-breezy. 
But as long as I got myself altogether in one piece dan juga Dia di atas sana, InshaAllah, masih je lagi bernyawa.

So, pointnya malam ini. Simple saja.

Live. Love. Laugh.

Tapi ingat;
Memang orang cakap, "Sky is the limit".
Tapi kita patut sedar, manusia memang tak mampu nak hidup dekat angkasa kalau setakat pakai t-shirt dengan denim semata.
Know your limit. And never step over it.

"Barang siapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barang siapa dikehendakiNya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman." (6:125)

Akhir kata;
Make a right choice. Macam mana?
Minta padaNya.
Dia Maha Mengetahui.

"...Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padaha itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (2:216)

Love,
PopiMerah.

No comments:

Post a Comment