Assalamualaikum :)
Ehem, ehem.
Hi.
Ni nak habaq awai-awai.
This is not a post on the final chapter of Cherps Tanpa Nama or officially named DIA.
This is just...a post.
On TEENACE :)
Pernah berjanji sebelum ini.
Makanya wajiblah ditepati.
Walaupun lambat. Eheh.
Sorry.
Busy with stuff. Tuto. Quizzes. Classes. Stuff.
Alasan. Sorry again.
TEENACE atau nama saintifiknya Teenager Award, Convention & Exhibition was organized by Langit Ilahi on 29th and 30th June 2013. It was a very inspiring event sebab ramai teenager icons were invited and it was just AWESOME. Nuff said :)
Dan kalau nak ditulis satu persatu points yang dah dikutip, memang dua posts belum tentu habis.
So, I'm going to highlight certain part je.
Macam part bila Hilal Asyraf, the CEO of Langit Ilahi punya slot.
He did mention lots of brilliant points about teenagers.
He said, every single teenager in this world, has their own potential :)
There was this one point yang buat saya rasa, "Lol! True story."
It was something about how some of the elders kept restraining the youngsters from developing themselves.
Pernah dengar ayat, "Eh, kau diamlah. Kau kecik lagi. Apa tahu?" or "Eh, kau ingat kau dah cukup besar nak cakap macam tu?" Pfft.
Dude, please.
Dan kalau remaja itu membesar menjadi 'manusia dalam tempurung', nak letak salah dekat bahu siapa?
Parents dia? Dia sendiri? Siblings dia?
Bila fikir balik, memang logik kalau para remaja dekat Malaysia ni tak aware dengan current issue di Mesir, Palestin, or Turki.
Sebab mereka rasa mereka masih kecil.
Sebab mereka diberitahu yang mereka masih kecil.
I've been in their shoes.
Wasn't good at all.
Lepas tu, Brother Hilal ada juga cakap pasal tugas kita di dunia ni.
Wajib ingat.
51:56.
2:30.
By hook or by crook.
Sebab itu apa yang define kita atas muka bumi ni.
Kalau tak, korek tanah, kambus diri sendiri.
Bak kata Brother Izzat Roslan, "Must be hard-wired in our head." {You guys must check out his YouTube Channel. It's Izzat Roslan. He makes oh-sem videos!}
Then the most inspiring thing that Brother Hilal asked was, "Who are we in 5 years time?"
Second time saya dengar soalan tu, first time masa saya attend his talk dekat UIA, and he asked the exact same question; I was quite speechless jugak time tu. Eheh.
Soalan yang senang, jawapan cukup susah. Bagi saya.
Dalam skema jawapan, no such thing as "I want to be an engineer," atau, "I nak jadi doc. Duit banyak you," or "Aku rasa nak kerja cuci toilet je,".
Siapa kita? Apa contribution kita pada Islam? Matlamat? Perghh. Rasa tercekik kejap dengar soalan macam tu.
Dia bagi contoh Sultan Muhammad Al-Fateh. Telan liur. Usamah bin Zaid. Kepala berasap.
Nak tahu sumbangan mereka? Google sendiri :)
Sebab kalau kita hidup sekadar makan, tidur, belajar (bagi yang masih student), makan, tidur, belajar, kita sama macam ROBOT. Sekurang-kurangnya robot dah laksanakan tugas yang dah diprogram padanya dengan efisien. Kita? Yup. Tanda soal banyak-banyak di situ.
Kemudian, datang pula ikon Amin Idris yag mengajar saya, "Dreaming is not a crime."
Katanya;
"If you have a dream, and you tell someone else, and they said your dream is not crazy, then you haven't dream BIG enough."
Be a dreamer. Tapi make sure kerja juga jalan.
Ikut hukum alam. Kalau awak tak suap nasik masuk mulut, jangankan nak hilang lapar, kenyang pun jauh sekali.
Habis Amin Idris, berganti dengan Ustaz Hasrizal yang menyatakan degil itu tidak salah jika pada jalan yang betul. He did make a point, though. Remaja sekarang ramai yang degil, tapi pada benda yang salah. Pfft. Terasa sendiri. Eheh.
Masuk pulak slot forum. Moderator, Aisyah Syakirah, panel; Adibah Awang, Anwar Hadi juga Imam Muda Asyraf.
Ada satu soalan yang ditanya audience pada IM Asyraf, menarik. Sebab persoalan itu memang dah lama terkubur dalam kepala otak.
Maksud ayat : "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan? Amat besarlah kebenciannya di sisi Allah SWT - kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan." (61 : 2-3)
Soalan : Maksud sebenar ayat?
Jawapan : Ayat ini ditujukan pada orang yang beriman, yang sedia tahu hukum Allah. Tapi selalu orang salah faham kata, kalau kita jahat tak payah ajar orang buat baik. Dah macam misconcept dekat situ, kan?
Sebab tu orang cakap belajar itu kena berguru. Nanti ada yang jadi Ayah Pin, Mak Butang, Abang Peniti nanti. Eheh.
Ada juga speaker dari LI sendiri. Bro Hamzah.
"Hidup ini harus kaya dengan kerja-kerja besar, cita-cita tinggi dan usaha keras tanpa henti." - Bro Hamzah.
Highlight paling cerah sekali pada brother putih melepak dari US; Fatih Seferagic. A very handsome young boy. Sebab apa saya cakap boy, sebab dia baru 18 tahun. Saya lagi tua. Eheh.
He gave a brief talk about his life in US and stuff. Tapi accent Masha-Allah, tergeliat otak nak hadam.
Tapi masih boleh diterima akal.
Dan masa Q&A session itu, ada yang bertanya;
Apa perasaan dia bila dilayan macam artis bila datang Malaysia? Bila baca comment dekat Instag, Fb mahupun Twitter yang kadang-kadang tak tercapai dek akal yang sihat untuk ditulis begitu pada laman sosial yang sangat terbuka tu.
Sekali tengok gaya macam dia datang Malaysia ini untuk buat konsert. Macam Jong Kook. Macam Running Man. Eheh.
Jawapannya, dia tak ada pilihan. Benda datang package. So, dia terpaksa terima. Walaupun dekat US dia tak dilayan begitu. Di US dia sekadar pelajar Muslim biasa. Bukan artist. Penyanyi. Mahupun pelakon.
Lepas tu, banyaklah huraian dia. Saya pun tak berapa nak ingat.
Nak details; click sini.
Pada pendapat saya pula, tak salah nak tergila-gilakan si Fatih ni. Maksud tergila-gila di sini adalah menyukai beliau bukan semata-mata sebab suara beliau yang merdu, ditambah dengan otak beliau yang penuh dengan hafalan ayat Quran. In other words, "Aku suka mamat ni sebab dia handsome." Sebab perasaan tu, Allah yang bagi. Nak elak sembunyi bawah selimut pun, tak ke mananya. Tapi, what matter the most is HOW we handle those feelings. For speaking out loud, they're not some sort of Korean artist yang nak datang buat konsert dekat Malaysia. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab ada yang dah melabel sampai ke tahap macam itu sekali. Rasa nak timbus kepala dalam tanah, join burung kasuari (?).
Ada adabnya nak berkomunikasi dengan orang macam mereka. Bukan dengan "aww-ing" or "alaa~" atau apa-apa saja bunyi yang pelik-pelik. Comment pun bertapis lah dik oi. Ada pergi komen benda merepek dekat status update dia. Tak ke pelik kawan tu fikir. Haih.
Tapi, overallnya, Mr.Seferagic sangat friendly. Macam remaja biasa. Macam kita.
Dan kucing dia sangat comel. Nama dia Cookie. Haha.
Okey. Panjangnya. Kalah karangan PMR you~
Conclusionnya, apa yang saya dapat dari TeenAce ialah;
Life is about making choices.
Success or failure?
Good or bad?
To do it or not to do it?
Yes or no?
Totally up to you.
Keywordnya ---> Saya mahu:)
Sebab kalau awak taknak, orang paksa-ugut pun tak guna.
Sebab awak TAKNAK. No points.
Makanya itu saja untuk kali ini.
Sorry kalau boring sikit.
Saya memang slow sikit part nak bagitau orang ni. Eheh.
May Allah bless all of us.
Happy fasting.
Salam Ramadhan Mubarak.
Love,
PopiMerah.
Love it ♥ i love the point of ' manusia bawah tempurung' 'robot' 'dreaming is not a crime' ... very true. Sngt setuju tntg tu. Maksud tersirat dia sngt bnyk and quiet sinis. Hehehe :-D
ReplyDelete