Salam Ramadhan Kareem. Salam dunia blogger. Acewah.
Ramadhan dah sampai.
Ahlan Wasahlan kita ucapkan pada beliau:)
So now, it's totally our responsibility to make the best out of it.
Jangan lupa kumpul pahala banyak-banyak.
Minta ampun dari Allah S.W.T.
Juga minta rahmat Allah S.W.T.
Ingat! Kita masuk syurga bukan sebab pahala seciput yag kita duk gagah kumpul tu.
Tapi solely sebab rahmat serta ihsan Allah S.W.T.
Bear that in mind.
Oh, ya!
New update. Hehe.
Yang ni second last update.
Update lepas ni InshaAllah final chaptre.
Moga-moga Allah permudahkan:)
So, baca-baca juga. Semoga ada point penting yang diserap masuk ke minda.
Dan jangan lupa doakan saudara kita di Mesir.
Berat ujian yang Allah titipkan buat mereka.
Semoga dipermudahkan, InshaAllah.
Salam Ramadhan Kareem.
Semoga amalan kita di bulan barakah ini berlipat ganda melimpah ruah. Hehe.
Love,
Popi Merah.
Alia tersandar kepenatan di dinding lorong kecil laluan ke basement parking. Penat main aci lari-menyorok dengan Amar. Ni mampus kalau mama dapat tahu. Silap-silap 7 hari 7 malam kena perintah berkurung dalam bilik. Alia kembali meng-usha line. Kantoi dengan mamat psiko tu memang sia-sia je buat drama Hindustan hari ini. Setelah diyakini line selamat lagi tenang, terus Alia keluar dari persembunyiannya. Langkah diatur ke arah pintu masuk shopping mall yang terletak bersebelahan dengan blok tempat butik pengantin tadi. Pergi jalan-jalan dulu lagi bagus, balik rumah jenuh bersoal-jawab dengan mama nanti. Elok masuk dalam shopping mall, deru penghawa dingin menyejukkan sedikit hati yang masih hangat ditengah rembang itu. Kaki laju melangkah masuk ke dalam salah sebuah butik pakaian. Blouse lengan pendek dibelek. Tag harga ditarik. RM 69.90. Terangkat kening. Dibanding pula dengan kemeja baggy berlengan panjang di rak bersebelahan. RM 49.90. Garu kepala. Ikut logik akal, patut baju yang pakai banyak kain, lagi mahal harga. Ni dah macam terbalik pula. Kalau dulu langsung tak pernah terfikir dek logik akal. Entah kenap sekarang tiba-tiba jadi isu pulak.
“Yes, Miss? How can I help you?”
ramah tukang promote menyapa Alia. Kus semangat. Nasib baik tak terlepas kedua
baju yang elok di tangannya. Kalau tak, memang jadi pengelap lantai sebelum
waktunya. “Miss? Which one do you want?” tegur promoter itu lagi. Alia senyum
kecil.
“No. I...I rasa baju ni macam dah
tertukar tag harga,” ujar Alia seraya menyerahkan kedua-dua baju kepada si
promoter dan segera berlalu pergi. Terkulat-kulat wanita kecil molek itu
mendengarkan ayat si Alia. Alia pula dengan bahagianya berlalu mencari kedai makan.
Lapar pulak rasa perut ni. Tadi gatal tak menyempat nak makan dekat rumah. Tapi
kalau makan dekat rumah bukan berselera sangat pun. Putus selera kut ada.
Chatime! Pantas matanya mengesan kedai kecil berwarna ungu itu. Dapat layan
Mango Au Lait ni sedap jugak. Belum sempat kaki nak menapak ke arah mamat leng
chai penjaga kaunter, baru perasan kelibat Amar yang menapak ke arah yang sama.
Masak. Lari Alia lari. Alia perasan yang Amar dah perasankan dia yang ada di
situ, dan tentunya Amar juga macam dah perasan yang dia dah perasankan Amar.
Dengan penuh lagak perasannya, Amar mengubah langkah mengejar Alia dan Alia
pula cuba melarikan diri dengan penuh perasaan. Pening kejap dengan adegan yang
penuh dengan perasaan perasan ini. Eheh.
“Alia! Wait!” bingit suara Amar
memanggilnya dibuat tuli. Makin pantas gerak kaki mengatur langkah dicelah
orang ramai. Mata yang asyik menjengah ke belakang macam dah hilang perhatian
ke depan. Bukk!!! Dah memang masa ni pulak nak buat adegan rempuh-merempuh
orang ramai secara dramatiknya. Pantas Alia bangkit berdiri dan bersedia untuk berlari
sebelum...
“Awak!” terasa tangan dicekam kuat
oleh hamba Allah yang dirempuhnya tadi.
“Sorry, tak sengaja. I have...”
...to go. Ayat dah termati bila bertemu mata dengan jejaka berkemeja merah hati
lengkap bertali leher putih di hadapannya ini. Telan liur. Now, what?
“Alia!” suara yang semakin mendekat
menyedarkan Alia yang babak kejar-mengejarnya dengan Amar masih belum selesai.
Wajah keliru jejaka di depannya dipandang sebelum beralih pada Amar yang cuma
sepuluh langkah dari mendekatinya. Jejaka yang perasan gerak sorotan mata si
Alia turut menala pada arah yang sama. Dari jauh nampak seorang lelaki mengah
mengejar sambil menjerit-jerit nama Alia.
“Jom!” Alia hampir sujud menyembah bumi bila terasa lengannya
dah ditarik laju oleh jejaka tadi ke suatu arah. Butik pakaian yang agak sesak
dengan orang ramai dirempuh masuk sebelum sehelai baju dicapai dari rak
pakaian. Kemudian Alia diseret pula ke fitting room. Nasib baik giliran mereka
cuma selepas ini. Namun dada masih berdebar, mata masih melilau ke luar. Alia
yang dah perasan Amar yang berdiri tercongok-congok depan butik kecut perut.
Masak! Hangus! Hangit!
“Your turn, sir,” elok tag yang
tertulis nombor satu berada dalam genggaman, Alia ditolak masuk ke dalam.
“Saya panggil nanti baru keluar,”
arah jejaka tersebut sebelum dia hilang ditelan bilik kecil dua dari luar itu.
Lima minit termenung dalam fitting room kecil itu terasa macam lima minit yang
paling lama dalam hidupnya. Nak dicuba baju yang digapai oleh jejaka tadi
memang dalam mimpilah. Singlet kelabu bercorak tengkorak hitam itu dipandang
dengan hujung mata. Nampak sangat mamat tu aci capai je apa yang sempat. Tak ke
sadis tengok orang pakai sikit punya sopan macam dia masuk butik mahal macam ni
semata-mata nak cuba singlet tengkorak tersebut. Luar alam sungguh. Dua minit
menanti, baru kedengaran ketukan pintu.
“He’s gone,” pendek ayat yang diucap
suara garau itu menenangkan kembali derap jantungnya yang macam marathon satu
shopping complex tersebut. Pintu fitting room segera dibuka. Terperasan dengan
pandangan pelik tukang jaga fitting room tadi, jejaka tersebut buat-buat tanya.
“Okey ke baju?” Alia rasa nak
tergelak terguling. Singlet diangkat tinggi dihadapkan ke wajah jejaka yang
bertanya soalan.
“Singlet macam ni, nak buat kain
buruk dekat rumah Tok Yah pun tak cukup syarat, Tengku Harith Daniel,” sindir
Alia pedas. Terlepas tawa kecil dari wajah serius itu. Alia segera menapak ke
luar sebelum berhenti pada pekerja yang menjaga fitting room tersebut. Tag dan
singlet tengkorak itu bertukar tangan.
“Do you want to take this, miss?”
mesra yang dibuat terasa meloyakan usus serta perut Alia. Alia sekadar
menggeleng dengan senyum kecil. Arip setia mengekor dari belakang.
“Awak taknak beli apa-apa?” tanya
Arip belum pun sempat kaki melangkah keluar dari kedai. Alia menggeleng laju.
Ikut hati memang dah nak cabut dulu. Kalau tadi kena kejar dengan Amar sesaknya
lain, kini berdua denga lelaki ini, sesak lain pula yang menjelma. Haila hati.
Tenanglah anda sebentar. Tuan awak nak bernyawa secara normal pun payah ni.
“Jom minum dulu, nak?” pelawa Arip
dengan muka gaya Chombi nak pujuk tuan bagi dia makan rumput. Alia mengangguk
lemah. Nak ditolak, lelaki ni dah tolong selamatnya dia tadi. Tak ke macam beri
susu dibalas susu masam kalau ditolak mentah-mentah je? Disebabkan kejadian aci
kejar Hindustan yang terjadi tadi, dua-dua bersetuju untuk mencari restoran di
luar saja. Supaya aksi tidak diingini seperti tadi dapat dielakkan. Duduk dalam
Ferrari merah itu baru terasa macam lelaki sebelah yang memandu itu bukan Arip
sang pengembala yang dikenalinya dulu. Dia nampak lebih karisma. Tegas.
Berpendirian. Handsome. Okey Alia, dah terlebih melimpah dah pujian yang kau
curah ni.
Hampir setengah jam dalam kereta, baru Ferrari
merah itu berhenti di hadapan pintu masuk utama hotel yang dah dapat diagak
bertaraf lima bintang. Jockey segak berkemeja putih dan vest kelabu-hitam sedia
membuka pintu dan mengambil kunci kereta dari Arip. Lagak macam dah biasa
datang sini. Alia sekadar mengekor. Walaupun mama dan papa orang ternama, tapi
dia sendiri dah lama tak menjejak ke hotel-hotel ternama seperti ini. Hidupnya
lebih selesa meminggir diri dari kehidupan orang-orang kaya. Sesak. Plastik.
Penuh dengan kepura-puraan. Mereka menapak ke arah coffee house dan mencari
ruang yang agak tersorok dari hingar orang ramai. Tak sampai lima saat, waiter
dah sedia datang mencicit membawa menu.
“Tengku,” senyum. Hulur menu. Okey, sah mamat ni
dah selalu datang sini.
“Awak nak makan apa?” Alia turut sama membelek
menu. Tas tangan dan envelope yang terasa melenguhkan peha dialih ke kerusi
sebelah.
“Mango Lassi,” pendek jawapanku. Kempunan nak minum
Mango Au Lait dekat Chatime tadi. Dapat Mango Lassi pun jadi la.
“Fail jawab soalan. Saya tanya nak makan apa?”
berulang lagi soalan dan kali ini beserta sindiran. Mamat ni, kalau aku hempuk
dengan menu kertas keras ni mahu bisu seminggu.
“Hati goreng hangit dengan jantung rebus ada?” dah
terkedu si pelayan nak menjawab. Dah kata coffee house, celah mana pulak nak
dicekaunya jantung pisang dengan hati tu. Arip dah tergelak besar. Nasib baik
meja tersorok. Kalau tak memang air dalam pasu kecil atas meja ni selamat
terserap masuk kemeja merah lelaki itu.
“It’s okay. I want latte. Thanks,” dah dapat
pesanan, pelayan tadi berlalu pergi bersama menu di tangan. Senyap kejap meja
itu berlatar-belakangkan sayup hingar pelanggan yang lain.
“Kenapa balik tak bagitahu?” pendek soalan Arip
cukup buat Alia tarik senyum sinis.
“Perlu ke?” pendek juga balasannya. Kedengaran
keluhan terlepas dari Arip. Memang terbakar dalam bila cakap dengan perempuan
hati kering ni.
“As a guest, yes. Bukannya susah pun nak tunggu
saya balik. Duit gaji pun awak tak...” ayat Arip dengan pantasnya dicantas oleh
Alia. Panas hati bertambah terik bila Arip macam konon kisahkan sangat
kepulangan dia ke Kuala Lumpur.
“Look Tengku Harith Daniel, kalau duit gaji tu yang
you runsingkan sangat, tak perlu rasanya. I halalkan semuanya. You simpan je
duit tu. Tak pun you sedekah dekat mana-mana orang yang perlu. Lagi bagus
daripada you fikir macam mana nak sibuk-sibuk bagi I duit tu. And FYI, I tetamu
nenek you. So, sama ada I nak balik KL, or stay dekat Penang, is none of your
business. Hubungan kita sekadar majikan dengan pekerja. And since I’m no longer
working for you, Tengku, you’re nothing more than just a mere stranger to me.
Thanks for helping me earlier. And I think I should leave now,” tas tangan
segera dicapai. Rasa tak betah nak duduk menghadap muka mamat ni lama-lama.
Setakat nak cakap pasal duit gaji yang tak seberapa tu, lagi sanggup rasanya balik
menghadap bebelan mama di rumah. Arip pantas menahan. Lengan blouse Alia
dicapai. Mata mengisyaratkan Alia duduk kembali.
“Alia, you are mad at me. Why?” tegas Arip
bertanya. Kata ganti diri yang berubah buat dia rasa yakin Alia cuba wujudkan
barrier antara mereka. Tembok. Sempadan.
“Dah bila masa pulak I marah dekat you? Memang dari
awal lagi kita kenal atas dasar majikan dan pekerja. Susah sangat ke you nak
faham?” nada cuba dikawal. Jantung yang dah hilang rentak menyukarkan lagi
keadaan. Kalau boleh diberitahu apa yang terjadi dekat lelaki depannya ini
memang dah lama dia buat. Cumanya dia yakin, things will get upside down kalau
lelaki ini tahu perkara sebenar. Ke dia cuma buat tak kisah? Entahlah. Alia
runsing sendiri.
“Then why are you using, I and you? You are trying
to run away, kan? Kenapa?” ulas Arip. Alia buat muka beku.
“The question is not ‘Why am I running away from
you?’, but, ‘Why I need to stick around with you?’. Dan I cuma nampak satu je
jawapannya. Nothing. Dan kenapa I tukar ganti nama diri tu, sebab memang I
cakap macam ni dengan semua orang. Who are you to questioned me? Please Tengku.
Enough is enough. I ada banyak lagi kerja nak buat, banyak lagi benda kena
fikir. Duduk sini melayan you cuma buang masa I je. I pergi dulu.
Assalamualaikum,” kali ini gerak langkah dibiar saja oleh Arip.
Rasa bersalah memang dah lama menjalar, tapi tidak
dilayan. Kalau betul pun dia confess pada Arip perasaan sebenar dia, apa yang
dia dapat? Suka? Gembira? Sakit? Perit? Dia belum cukup kuat untuk
mempertaruhkan sesuatu yang tidak pasti. Sekurang-kurangnya kalau Arip tak
terlibat sama, kerjanya jadi lebih mudah untuk memujuk mama membatalkan
perkahwinan gila ini. Kalau Arip terlibat sama, tak ke bertambah gila kerja
yang perlu diselesaikan? Itupun kalau Arip punya rasa yang sama seperti dia,
kalau tak? Tak pasal-pasal cucu teruna Tok Yah jadi mangsa habuan mama yang tak
menentu tu.
TIba-tiba terasa dejavu. Memang dah selalu sangat
masalahnya dengan mama menjadi serumit ini. Kalau dulu keputusan trial SPM
menjadi isu. Gara-gara dapat 1B, seminggu dia terpaksa bertapa di dalam bilik
menghadap buku semata-mata. Jangankan keluar rumah, keluar bilik pun dah
berjela berkajang kena bebel dengan mama. Dan result SPMnya cemerlang gemilang
terbilang. A+ lurus. Bangga mama mencanang pada kawan sepersatuannya. Dia yang
merana sebulan dulu menghadap buku sampai termuntah hijau.
Teringat juga kes selepas tamat belajar dulu. Mama
beria suruh dia belajar Accountancy, digagah juga menghadap nombor-nombor yang
serupa cacing meliut-lentok kena palu. Selesai belajar jenuh merayu ke mama
meminta jadi penulis sepenuh masa. Kononnya masih belum bersedia bekerja di
syarikat papa. Sebulan pula mama mogok suara dengannya. Sampai kena pujuk
dengan Kak Long yang sama keras dengan mama, baru mama nak bagi peluang. Itu
pun kalau novel pertamanya mampu menjadi bestseller di Malaysia. Memang
berpeluh ketiak mula-mula nak bertapak tu. Tapi berkat usaha tak tidur malam,
sibuk duk perah otak, selamat novel sulungnya mendaki carta teratas di Popular
dan MPH. Senyap sekejap mama dari bebelnya.
Cuma kali ini Alia mati akal bagaimana mahu memujuk
mamanya. Kalau ditolak mentah-mentah, haruslah dia mempersembahkan bakal
menantu untuk mamanya yang jauh lebih baik dari Amar si kasanova menjalar tu.
Tapi siapa? Hati dah mencadang satu nama, tapi memang akal waras dah awal-awal
menolak ke sudut paling hujung. Kalau lelaki itu setuju hendak menolongnya,
mungkin boleh propose pada Guinness World Records untuk masukkan dalam buku
edisi terbaru mereka. Bala. Bala. Bala.
***
Sampul coklat berisi kertas setebal
satu inci itu dicapai malas. Kaki menapak ke arah katil dan tak sampai satu
saat, katil dah melendut menerima impak badannya. Tangan cekap menjalankan
tugas mengeluarkan isi sampul. Baris-baris ayat di muka depan dibaca sekali
lalu.
D.I.A
Ini cerita tentang dia yang
menghuni teratak papan di hujung kampung.
Juga cerita dia yang setia di
kandang mencari makan.
Tidak lupa dia yang gigih
menunjuk arah menjadi kompas.
Tapi cuma DIA yang mampu
mengubah. Cuma DIA tempat berserah.
by : PopiMerah
Bibir pantas mengukir senyum. Dah
dapat diagak ‘dia-dia’ yang tertera di muka depan manuskrip novel itu. Pasti
kelam-kabut si Alia pergi tadi sampai tertinggal barang. Sengih lagi. Sehelai
demi sehelai kertas itu dibaca isinya. Sekejap tersengih. Sekejap serius.
Sekejap terbahak-bahak. Novel itu ibarat diarinya di rumah papan Tok Yah. Cuma
masih tercari-cari siapa hero di dalam novel separuh siap itu. Sampai saja pada
satu baris ayat, jantungnya bagai berhenti berdetak.
“...I do love him, so much, tapi
mungkin dia dah jumpa sesuatu yang lebih bersinar sampai dia dah tak nampak
aku. Harith Daniel takkan pernah nampak aku...”
No comments:
Post a Comment