Tuesday, July 2, 2013

Cherps Tanpa Nama :) Part 8

Assalamualaikum!!!

Part 8. Phew.
Saya tau lambat.
Sorry banyak-banyak.
Last weekend ada program.
I went to TeenAce 2013 organized by Langit Ilahi.
It was a very oh-sem program.
Dua hari je. Tapi memang best tahap tak ingat.
I met many Muslim teenage icons.
Antaranya Sudara Hilal Asyraf, Amin Idris, Aisyah Syakirah, Adibah Awang, Anwar Hadi and many, many more.
Highlight ---> sahabat kita dari US, Brother Fatih Seferagic.
Ada juga speakers from Langit Ilahi sendiri.
It was very inspiring.
Kami diajar menjadi teenager yang menyuarakan pendapatnya.
Bukan remaja yang, "Saya budak kecik lagi, makanya kena duduk diam-diam dekat ceruk mana-mana sambil kira berapa tahun lagi baru boleh nak jadi dewasa."
We were taught how to be a grown up. Matang sebelum usia.
InShaAllah, ada masa dalam minggu ni, I'll write a post regarding TeenAce.
Nak berkongsi dengan remaja luar sana yang turut punya potensi yang besar.

"Saya percaya semua remaja mempunyai potensi yang besar." - Brother Hilal Asyraf, CEO of Langit Ilahi
"Wanna dream? Dream BIG!" - Amin Idris
"Just DO it!" - Ustaz Hasrizal
"It's our responsibility to develop our potential and make the best out of it." - Anwar Hadi
"Hidup ini harus kaya dengan kerja-kerja besar, cita-cita tinggi dan usaha keras tanpa henti." - Bro Hamzah of Langit Ilahi
"Life is about making choices." - Ustaz Hasrizal

Ukhibukhifillah :)
PopiMerah

     Helaian-helaian kertas elok bercetak yang baru keluar dari mulut printer disusun cermat kemudian dimasukkan ke dalam sampul coklat. Siap sudah novelnya tiga perempat. Kak Longnya sibuk bising mahukan manuskrip setakat yang dia dah pulun buat. Ikut kata Kak Long, jadi kahwin tak bermakna boleh delay hantar manuskrip. Perjanjian masih berjalan. Alia merenung kosong sampul di tangan, beralih pula pada pakaian di badan. Skirt maxi biru turquoise dipadankan bersama blouse lepas punggung paisley turquoise-pink. Kemudian tudung bawal Akel baby blue menjadi penghijab rambut. Tudung pemberian Tok Yah. Tudung bidang 50 pertama yang pernah tersarung dikepalanya. Lepas bahu. Tutup dada. Labuh di belakang. Bukan seperti tudung-tudung sebelumnya yang pernah membelit kepalanya. Tudung cukup syarat untuk ‘balut’ aurat. Zaman dahulukala punya cerita. Zaman sebelum Tok Yah masih seorang stranger kepadanya. Zaman baju cukup-cukup lepas pinggang seluar. Zaman seluar melekat ke kaki gaya konon dia punya kaki terkurus di dunia. Zaman dia yang dulu.
            Tapi kenapa bila dia dah sehabis daya belajar menjadi ‘hamba’, semua macam go against dengan arus yang cuba diharungi? Kenapa Amar tiba-tiba datang hadirkan diri? Bukan nak cakap dia terlalu baik untuk manusia spesies Amar, tapi kalau dah diri sendiri pun masih tenggelam timbul menongkah arus, wajarkah dia memaut pada yang terpesong? Amar masih seperti dulu. Bebas. Jalan yang Amar ingin jejaki jalan yang samar. Bukan dia kedekut tidak mahu mengajak lelaki itu bersama di jalanNya, tapi dengan iman serapuh ini, mungkin sekerat jalan pun dia sudah mengah minta nyawa. Sebagai isteri, dia tidak mampu. Juga tidak yakin dengan dirinya. Tapi kalau itu yang dah tertulis, apa kuasa yang dia ada untuk mengubah? Teringat tazkirah pendek Tok Yah antara waktu Maghrib-Isya’.
                Daripada Abu al-’Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a., beliau berkata: Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran- lembaran telah kering (dakwatnya).

            “Dalam hadis tu, dah jelaih kata kita ni hidup kena mintak tolong dengan Allah. Kot ada la orang nak peniaya kita, kalau Allah kata ‘Dak! Hampa tak boleh buat lagu tu,’ takkan boleh depa duk buat merepek kat kita, selagi Allah kata lagu tu. Ceghita kita ni, Allah dah tulih awai-awai dah. Hang dengaqkan ayat terakhir tu dia habaq apa, ‘Pena-pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering,’. Makna kata, apa yang dah Allah tulih untuk kita, memang takkan beghubah. Tapi kita, sebagai hamba Allah, kenalah berusaha. Kalau kata hang pi duk tengah jalan, duk habaq kata kegheta takkan tindih hang, memang mati katak lagu tu ja la. Yang kita tau, Allah dah tetap semua benda untuk kita. Yang kita tak tau, apa yang Allah dah tetapkan untuk kita. Sebab tu kita kena berusaha. Tapi kalau dapat had yang tak baik pun, tok sah dok menyumpah habih kat orang keliling. Terima ja dengan hati yang redha. Memang kita duk rancang macam-macam. Tapi kita jangan lupa, Allah S.W.T. pun duk merancang sama, dan Dialah sebaik-baik perancang.”

            Dan mungkin saja jalan ini yang Allah kehendakkan dia untuk lalu. Malam tadi dengan relanya Alia bangun qiam. Sebelum ini di rumah papan usang itu bukannya tak ikhlas dia ikut cakap Tok Yah yang gerak bangun qiam, tapi bisikan halus suruh masuk balik berkubang atas katil memang jelas lagi nyata dan menyebabkan hatinya separuh rela untuk buat. Sebab tu lepas habis je solat witir, terus dia lompat atas katil balik sementara menunggu subuh. Tapi malam tadi memang dengan rela hatinya dia bangun malam dan sempat beristikharah meminta petunjuk.

            “Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan, (1:5),” pesan Mai bila dia menangis-nangis call malam tadi lepas dinner dengan mama dan Amar. Dan itu yang dia cuba buat. Ketukan di pintu mematikan lamun yang dah jauh terbang dari mengingati Tok Yah ke cucunya si Mai. Tersentak kejap. Mesti mama. Lepas nafas. Sesak. Rasa yang sama seperti semalam. Pagi ini sepatutnya dia keluar bersama Amar. Pergi butik pengantin untuk fitting session bagi baju engagement party hujung minggu ini, juga baju untuk akad nikah dan wedding day lagi dua bulan. Dan Kak Long sempat menyelit suruh singgah hantar manuskrip novelnya yang dah dua pertiga siap.

            “Alia, turun sekarang. Amar is here,” jerit mama dari luar.

            “Be right there, ma,” balas Alia, turut separuh menjerit. Kedengaran bunyi tapak kaki menjauh pergi. Pasti mama dah ke bawah dulu melayan bakal menantu kesayangan. Lagi sekali baju di badan ditilik. Mesti mama tengok pelik bila dia pakai macam ni. Dulu bila dia mula pakai tudung pun macam-macam mama dah soal. Kenapa tiba-tiba pakai? Perlu ke? Tak rimas ke tutup-tutup segala ni. Dan statement paling tak tahan sekali, “You look outdated, dear,” walau diucap dengan nada lembut, tapi lajunya menusuk ke hati memang pedih. Tapi Alia cuma senyum dan cakap, “Okey je lah mama. Lagi pun, kawan-kawan Alia semua pakai tudung. Segan Alia sorang je tak pakai,” alasan yang memang kalau ikut Hukum-Hidup-Sebagai-Alia-Hanis tak boleh pakai langsung. Alia Hanis tak ikut orang. Alia Hanis ikut kepala dia saja. Kecuali kalau mama dah pakai kuasa veto. Memang kejap je dia dah melayangkan bendera putih. Tapi bila dia dah belajar Allah itu berganda lagi besar dari mamanya, hukum apa pun semua dia tolak tepi, kecuali hukum Allah. Dulu sekadar cover apa yang teragak nak buat, tapi bila fikir balik, kalau nak menyelam, baik biar sampai ke dasar, kalau nak makan, baik biar sampai kenyang.

            Perlahan langkah diatur keluar bilik, menapak menuruni anak tangga, terus ke meja makan bila dengar suara bergelak ketawa di situ. Elok mama nampak kelibatnya, berhenti terus gelak bahagianya. Amar yang perasan turut berpaling ke arah Alia. Terangkat keningnya.

            “Alia nak pergi mana pakai macam ni?” serius suara mama, sama macam wajah kurang senangnya. Alia tersengih serba-salah.

            “Bridal boutique la. Ada fitting session, kan?” balas Alia memandang lembut ke dalam mata mama. Sejuklah mama. Sejuklah mama.

            “Pakai macam ni? Are you kidding me? Tudung tu yang besar sangat kenapa? You look messy, tahu tak?” bidas mama. Alia telan liur. Alahai. Terima je lah mama oi.

            “Mama, dah lambat ni. Appointment is at 11 a.m. kan? Sekarang dah 10.15 pagi. Lambat nanti. Jom Amar,” Alia cepat-cepat melangkah ke mama, salam tangan, cium pipi dan berlalu keluar mencari kasut. Amar ditinggal begitu saja. Baik lari dulu sebelum mama suruh naik tukar baju yang lebih ‘kemas’. Dalam seminit dua tunggu di luar, baru nak nampak batang hidung si Amar. Tapi mama tak ada. Selamat. Mungkin mama ada kerja yang perlu dibuat. Dalam kereta Alia cuma menyepi. Tangan dah sorok siap-siap di balik envelope berisi manuskrip. Beg tangan sebesar alam memang dah elok diletak antaranya dengan Amar. Nanti kalau ada yang merayap mencari memang dia hempuk je dengan begnya yang boleh tahan berat tu.

            “Senyap je?” soal Amar. Mata sesekali menjeling ke sebelah. Cantik. Tapi lagi cantik kalau tanpa hijab yang menutup itu. Senyum. “Look, you don’t have to force yourself if you don’t want to do this,” makin panjang ayatnya. Alia senyum sinis.

            “Do I have any other choice? Kalau I refuse to accept all this, apa jaminannya ‘that’ guy will stay out of trouble?” mata di depan. Sakit hati nak melihat senyum Amar. Takut nanti ada yang hilang gigi, lebam mata.

            “Well, that’s the price. Everything comes with a price, dear,” jawab Amar santai. Alia dah rasa nak hantuk kepala senget si Amar ke stereng kereta. Kut boleh sedar diri.

            “Just shut up and drive,” lantas kepala dipaling memandang keluar tingkap. Tengok kereta lagi bagus dari menghadap makhluk Tuhan sebelah ini.Lima belas minit berlalu dengan dingin dan beku. Elok kereta berhenti, Alia terus menapak keluar dan masuk ke butik. Disambut seorang amoi cina. Christine Chia. Tertulis dengan warna emas mewah berlatar belakangkan silver di nametagnya.

            “Hi, I’m Christine Chia. Just call me Christ. You must be Miss Alia, nice to meet you,” salam. Senyum. Walaupun tak ikhlas. Walaupun rasa nak lari balik rumah. Alia terus ke fitting room dan Amar mengekor dari belakang. Tiga persalinan yang masih elok dalam beg baju diserahkan pada Alia.

            “You put this on first, then when you’re ready, just call me,” tersengih-sengih amoi cina itu menunjukkan arah ke bilik persalinan. Amar menanti di ruang menunggu yang tersedia dengan pelbagai bridal mags. Alia terus menapak ke dalam fitting room yang memang luas gaya sepuluh orang punya bilik persalinan. Butik mewahlah katakan. Berapa ribu pula mama habis untuk sapasang dress saja. Membazir. Satu persatu zip beg dibuka. Elok isi terserlah, terbuntang biji mata. Yang satu dress kembang style kemban penuh manik di dada dengan 3D flora memenuhi dari pinggang ke kaki baju. Kemudian, ada sepasang baju kebaya moden yang jelas jarang tembus ke dalam dipakai dengan korset putih bersulam benang silver. Yang ketiga lagi terasa nak rebah. Dress ala-ala gaya wedding dress Bella Swan dalam Breaking Dawn part I. Memang elok berlengan panjang, tapi belakang jarang minta ampun banyak-banyak. Dan melihatkan potongan ketiga-tiga dress ni memang sah melekat ke badan tanpa perlu dicuba-try-test pakai pun. Hati yang sedia panas dah bertambah membara. Pantas disauk ketiga-tiga baju dan pintu bilik persalinan dibuka.

            “Dah? Lajunya you...” mati ayat di situ bila elok angkat mata tengok wajah Alia yang memang semasam asam kelubi cecah cuka. Juga melihat blouse yang sama masih tersarung di tubuh itu. Juga beg berisi dress yang elok dipegang. “Kenapa tak salin lagi ni?” angkat kening.

            “Pembalut nangka jauh lagi sopan dari baju-baju yang kau suruh aku pakai ni. You want to marry a slut, that is totally up to you. But I’m not turning into one, so go to hell with these dresses!” dress-dress tak cukup kain dilempar terus ke muka Amar. Beg tangan dan envelope dicapai dan terus berlalu keluar. Christ yang menjengah terkulat-kulat tengok Alia yang kelam-kabut menapak keluar. Amar cuba mengejar tapi bila saja keluar dari butik, Alia dah hilang dari mata. Rengus kasar terlepas. Sumpah seranah dah berlagu dalam hati. Dan dia terus pamit tanpa permohonan maaf pun pada amoi cina tadi.  

4 comments:

  1. you went to teenace? wow! bestnya. teringin sangat nk pergi tapi takde transport. huhu. ada ramai team langitilahi , aisyah syakirah , and bro hamzah. oh yeah , fatih seferagic too. tapi mesti lagi best kalau ada aiman azlan. ameen misran ada tak ? poem dia best (Y) anyway , nice cherps. share2 lah ilmu dari teen Ace tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup:) InshaAllah there will be an update on TeenAce. Ingat nak buat last weekend. But then, there was a lil prob on the internet connection. Dah masuk weekdays ni memang busy sikit. But I'll try my best:) InshaAllah there will always be next time. Joinlah Langit Ilahi Community. Byk xtvt yang best:)

      Delete
    2. Ermm , tulah.. Ingatkan nk join but Mesti takboleh join sngt aktiviti2nya coz parents confirm tak bagi. Almaklumlah , under ege.. Hehhe , so , rugi jer bayar yuran tu

      Delete
    3. It's okay dear. Niat baik InshaAllah dipermudahkan. End of August nanti ada Konvensyen Bidadari di Putrajaya. Mungkin awk boleh join yang ini:) Ni link dia http://event.thebidadari.com/ :)

      Delete