Tuesday, June 25, 2013

Cherps Tanpa Nama :) Part 7

Assalamualaikum.
Sorry lambat update.
It's quite hard to manage two stories at the same time. Eheh.

#Gatal. Sapa suruh? Tamak!

Amboi...mulut! Cili baru tau!
Tengah ada idea, lajulah tulis.
Cuba kalau kering, mau meraung hantuk kepala kat skrin.
Okay. Merepek sangat dah ni.
So~ *drumroll* this is the 7th part...
Alahai...berjela pulak cerita dia.
It's okay.
Nak habis dah.
Maybe dalam 10 part.
Doakan begitu yaa...
Sebab nanti lagi mudah nak fokus pada Notasi Cinta :)

Btw, kalau ada masa lapang-free-percuma...
Jemput singgah dekat ilham.karangkraf.com.
Di situ tempat kedua curahan idea sy mengalir. Acewah.
Search Notasi Cinta. InshaAllah jumpa.

#Kalau tak jumpa?

Aiks? Hmm...mungkin awak salah taip. Haha.
Nah. Ambil ini link.

http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1367&idc=6558

#Kan senang kalau bagi awal-awal?

Saja nak bagi awak annoyed. Haha.
Okey. Itu saja. Enjoy lah yer :)

Love,
PopiMerah yang semakin Busy -_-"

           Arip parking betul-betul depan rumah Tok Yah. Pantas enjin dimatikan dan Arip bergegas ke muka pintu. Salam diberi kuat. Entah kenapa hatinya macam rasa kurang enak bila tengok kereta Mai dah lesap dari laman rumah Tok Yah. Lima saat kemudian pintu dibuka. Terjengul Tok Yah dari balik pintu.
            “Wa’alaikumussalam. Arip. awai hang balik. Bukan hang pi KL ka?” Arip segera menapak masuk. Matanya melingas ke kiri-kanan. Sunyi. Selalu petang-petang bukan Alia selalu layan sinetron dekat TV ke?
            “Hah? KL? Oh...haah. Tapi Arip tak tidoq sana. Malaih,” pendek jawapannya. Tubuh direbahkan di atas kerusi. Takkan dia dah balik?
            “Hah, ni. Lupa nak habaq. Alia dah balik,” zapp! “...kirim salam...” ayat tu macam peluru riffle yang laju terbang ke jantungnya, “...ada kerja...” ...sakitnya... “...tak boleh tunggu hang balik...” ...rasa sesak tiba-tiba. Dan ayat seterusnya dia dah tak dengar sebab dia dah terlebih dulu memotong cakap-cakap Tok Yah.
            “Arip lapar,” out of topic langsung. Riak beku. Macam tak ambil kisah bila Alia dah balik.
            “Lapaq? Hang ni la. Haru sungguh. Sampai ke sudah hang tak baik dengan si Alia tu na. Punya baikla budak tu, duk tolong hang, hang buat mau tak mau ja dengan dia,” dah mula dah sesi mari-bebel-tentang-Alia. Arip tutup muka. Rasa bersalah bergunung tak payah cakap. Dahlah dia belum minta maaf elok-elok lagi dengan Alia. Duit gaji pun satu sen Alia belum tuntut lagi. Masalah. Masalah. Dah mana pula nak cari minah tu. Nombor telefon dia pun tak ada. Alamat apatah lagi. Garu kepala. “Hah. Tu awat dok tergaru-garu tu. Gatai nak menikah dah lah tu. Ada budak baik lagu Alia tu hang tolak macam tu ja. Padan muka. Tu, lauk kat dapuq. Alia yang masak sebelum dia balik tadi. Pi makan lekaih,” Arip tarik senyum kecil. Apalah kaitan garu kepala dengan gatal nak menikah? Tok Yah ni memang suka buat spekulasi hangat. Perlahan Arip bangun dari duduk dan melangkah ke dapur. Mangkuk tingkat dan termos masih elok tak berusik di atas meja makan. Maybe Alia tak sempat nak unpack lauk tak bersentuh itu kembali masuk ke dalam kuali. Maybe she was so busy with her stuff sampai tak menyempat langsung nak tunggu dia balik rumah Tok Yah baru nak bertolak pergi. Maybe Alia dah benci meluat sesangat sampai another minute spend dekat rumah Tok Yah ni pun dia dah rasa sangat membazir. Now, now. Why don’t  you just eat and forget about this thing, Harith Daniel? Is she that special to you? Is she?
***
            Kereta Mini Cooper merah hadiah papanya lepas dia berjaya grad dulu dah dekat 10 minit terparkir elok depan pagar rumah. Jam lagi 15 minit nak merangkak pergi ke pukul 8 malam. Sebelum datang ke banglo tiga tingkat itu, sempat dia berhenti solat Maghrib di masjid berdekatan, tahu bila kaki dah jejak rumah tu memang harapanlah mama nak biar dia duduk lepak sorang-sorang, tanpa kena bebel. Dan atas alasan itu jugalah, kaki terasa berat nak menapak masuk hatta jarak sekadar tujuh langkah kaki. Pagar rumah yang tiba-tiba terbuka mengejutkan Alia. Mesti Mak Mah dah perasan kehadiran Mini Cooper merah itu. Nak tak nak, Alia menekan pedal minyak dan kereta perlahan melungsur masuk ke dalam, berhenti elok di antara Hummer papanya dan Porche mamanya. Elok terbuka pintu kereta, Mak Mah dah lebih dulu menyapa. Tangan tua itu disalam dan dikucup lembut, hormat. Kadang-kadang Alia rasa Mak Mah itu lebih bersifat ke‘mama’an daripada mamanya sendiri. Mak Mah yang tolong bela dia dari kecil. Bagi makan- minum. Cuci kencing-berak. Sapu losyen-bedak. Alia tersenyum hambar.
            “Jom, masuk. Mama Alia dah tunggu dekat ruang makan,” Mak Mah menarik lembut lengan Alia. Rindunya pada Alia memang dah menggunung bertimbun. Dan satu-satunya alasan dia tetap setia di banglo mewah ini cuma Alia. Alia yang sudah dianggap seperti anak sendiri. Alia yang penat dididik dijaga dari kecil. Alia Hanis Dato’ Zulkiefli.
            “Tetamu yang mama jemput dah sampai?” Alia masih membatu tak berganjak. Seram terasa mahu melangkah ke dalam. Ikut hati memang Alia nak masuk balik dalam Mini Coopernya dan memecut laju kembali ke rumah sewanya. Takut. Berpeluh dahi. Menggeletar lutut. Berdebar jantung.
            “Belum lagi. Masih dalam perjalanan. Tapi rasanya patut dah sam...” belum pun sempat Mak Mah habis berbicara, deruman enjin kereta kedengaran di luar pagar. Alia kalih pandang. Honda CR-Z menyapa mata. “Panjang umur, dah sampai pun,” ujar Mak Mah ceria. Mungkin seronak melihat ramai tetamu pada hari ini. Selalu memang dia duk tengok kerusi dan meja di rumah saja. Penghuni lain sibuk berlari ke hulu ke hilir mencari harta.
            “Mak Mah, Mak Mah masuk dulu. Alia nak jumpa kejap dengan dia,” sopan Alia meminta dengan mata masih terarah pada pintu pagar. Derap nafas mula berlari. Otak laju menyusun isi yang mahu dihambur pada lelaki tak faham bahasa itu.
            “Jangan lama sangat. Tak elok dilihat orang,” masih sempat Mak Mah member nasihat sebelum menapak ke dalam. Alia keras di situ. Matanya tajam melihat setiap gerak-geri makhluk Allah yang keluar dari perut Honda putih itu.
            “Sayang, you’re here. I miss you damn much! Where have you been, sayang? Penat I cari you,” senafas Amar menutur. Jemari Alia cuba diraih. Gagal. Alia lebih pantas menyembunyikannya di belakang badan. Muka statik tidak beriak. Kaku.
            “What are you trying to do, Amar?” keras Alia bertanya. Nafas tertahan. Sabar menipis.
            “Sayang. Look, I love you. I want to marry you. Ini yang you nak since we met, kan?” kali ini bahu Alia pula yang mahu dipegang. Langsung tidak diberi peluang. Alia mengambil selangkah ke belakang.
            “Amar. I don’t love you. I don’t want to marry you. Apa yang I nak is for you to leave me alone,” tegas Alia membalas. Amar memang tak faham bahasa. Masakan sungguh dia mahu kalau sampai ke ceruk Pulau Pinang dia gagah melarikan diri. Gila tak faham bahasa. Bahasa planet mana dia pakai ni?
            “Apa yang you merepek ni? Family kita dah jumpa pun. Kita tunang minggu depan. Susah sangat ke nak terima fact tu? You jangan nak buat kerja gila!” walaupun nada masih terkawal, siren amaran macam dah berbunyi lantang. Alia telan liur.
            “I tak nak. Kenapa you susah nak faham?!” Alia membalas sama keras.
            “Kenapa? Sebab mamat pengembala kambing tu?” sinis pertanyaan Amar. Alia terkedu. Mana Amar tahu pasal Arip? Amar mengintip dia ke? Melampau!
            “Macam mana kau tahu pasal dia?” berubah terus rentak percakapan Alia. Memang sungguh mencabar kesabaran permainan makhluk Tuhan ini.
            “Cool, lady. Yang gelabah sangat kenapa ni? Takut your mom tahu pasal dia? You know her well and what she’s capable of, kan? So, are you in or not?” Alia dah rasa nak rebah ke lantai. Apa salah Arip? Kenapa perlu dilibatkan dia dalam permainan gila ni?
            “Don’t you dare telling her anything about him. Or else...” ayat termati di situ. Jelas, memang tiada apa yang dapat dipertaruhkan untuk menyelamatkan diri. He wins. The victory is his. Makin melebar sinis senyuman di bibir Amar.
            “Or else what, sayang?” Alia pejam mata. Ya Allah, sakitnya hati. Mengapa perlu ada insan begini dalam jalan cerita hidupku? Atas motif apa dia buat semua benda ni?
            “I hate you,” separuh berbisik kata itu terluah dari bibirnya. Mata panas menahan kolam yang semakin penuh. “I hate you and forever will,” tajam matanya merenung ke dalam mata hitam berkilat si Amar.
             “Love you too, sayang. And forever will....”

2 comments:

  1. nice.. miss writer , bila nak letak tajuk ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheh...thanks:) tajuk masih dalam pertimbangan. xtau nak letak tajuk apa sbnarnya. any idea? hehe

      Delete