Another update of Cherps Tanpa Nama...
yup...masih tiada nama untuk cherps ini...duhhh~
Kalau sape-sape yang ada idea, tolong cadangkan, eyh?
Haha...saya memang agak fail bab-bab cari name nie...eheh...
So...enjoy lah yer:)
LuvLuv Mucha~,
Popi Merah XD
Tepat pukul 6.00 pagi, Alia terjaga dari lena. Lena ayam sebenarnya. Dari malam tadi lagi mata terasa segar-bugar macam baru lepas terjun air sungai. Mai di sebelah dijeling cemburu. Lena kau tidur tak ingat orang sebelah ye. Kaki Mai yang elok landing atas kakinya ditolak tepi, perlahan. Bahu Mai digoyang lembut.
“Mai, subuh,” seperti yang dijangka, Mai sekadar
“...hmmm...” dan kalih badan membelakangkan Alia. Malas membuang masa, Alia
berlalu ke bilik air. Nanti baru kejut mak gajah pengsan ni.
Selesai subuh dan mengaji Quran barang se-page dua (pesan
Tok Yah wajib buat setiap hari) Alia tengok Mai dah hilang dari katil. Pergi
bilik air kut. Alia melipat telekung yang dah terlucut dari kepala dan sidai di
tempat tersedia. Elok kemas terletak, Alia berpaling mahu ke katil. Ikut niat
awal memang nak sambung tidur je. Tapi...
“Hoi, termenung apa?” tepukan di bahu mengejutkan Alia.
Pandangan kosong ditala pada Mai. “Daripada kau duk tenung muka aku macam nak
tembus, ada baiknya kau tolong aku masak dekat dapur. Aku rasa macam nak masak
nasi lemak pagi ni. Rasa semalam tok ada cakap dalam peti aih ada santan lebih.
Ikan bilis...” Mai terus mencicit sambil kaki dah mengatur langkah ke luar
bilik. Sedar Alia masih membatu, Mai patah balik. “Lekaih la, termenung pulak,”
pantas lengan Alia ditarik kuat. Alia sekadar menurut. Sebab memang sekarang
otaknya sibuk men‘digest’ perkara lain.
Tok Yah turun sesudah saja mereka selesai memasak sambal
nasi lemak. Alia sibuk potong timun. Sibuk meratah juga sebenarnya. Boleh kata
suku timun yang dipotong dah selamat masuk perutnya. Habis potong timun, teko
berisi air kopi tanpa gula di sisi ditarik dekat. Balang gula dicapai. Cermat
satu demi satu sudu gula dimasukkan ke dalam teko. Cukup lima sudu balang gula
ditutup dan disimpan di tempat asal. Sudu dicapai. Perlahan air kopi dikacau,
mahu melarutkan gula.
“Eh, awat hang tak siap lagi, Alia? Sat gi Arip mai mula
dok kelam kabut,” tegur Tok Yah, melabuhkan duduk berhadapan dengan Alia. Alia
tersentak. Tangan yang mulanya sibuk mengacau air kopi terhenti. Tak tahu harus
di‘explain’ macam mana situasinya kepada Tok Yah. Dalam terkulat-kulat tu,
kedengaran suara memberi salam dari luar.
“Tu panjang umoq, baru aku dok kata. Pi bukak pintu
Alia,” arah Tok Yah, mandatori. Alia garu kepala. Teragak-agak nak bangun. Air
kopi memang dah siap nak tunggu minum, memang tak ada alasan kukuh kalaupun terasa
nak lari. Dilangkah juga kaki ke depan. Sempat mencapai tudung dalam bilik.
Selak pintu utama dibuka. Tombol dipulas. Terjengul muka Arip. Dah kenapa
tiba-tiba nampak handsome pulak mamat ni pakai kemeja formal. Selalu pakai
t-shirt rabak je. Alia membatu. Arip yang baru perasan Alia yang buka pintu
jegil mata. Tengok Alia dengan seluar tidur gambar cupcakes comel-comel,
warna-warni. T-shirt lengan panjang Cookie Monster tengah sedap kunyah biskut
coklat. Dengan tudung berkedut + senget. Muka busuk tak pakai bedak.
“Kenapa tak siap lagi ni. Dah nak dekat pukul 8 ni,” walau
tak setinggi halilintar pun nada si Arip, Alia masih dapat sense aura membunuh
dalam suara itu.
“Hari ni kan Sabtu,” jawapan tak masuk akal terpacul dari
bibir Alia. Kenapa tak masuk akal? Sebab Alia sendiri sedia maklum pejabat si
Arip ni beroperasi 7 hari seminggu, 365 hari setahun, tanpa cuti weekend. Sebab
pekerja dia pun adik-beradik je dengan si Arip ni. Nak cuti bila-bila pon
boleh. Janji kerja jalan.
“Jawapan jenis apa tu?” sinis. Alia telan liur.
“Jenis nak mintak timbang rasa,” Alia tunduk.
“Jangan buang masa boleh tak? Banyak lagi kerja dekat
office tu yang belum settle. Main-main pula dia ni,” dan jawapan si Arip bagaikan
menjadi trigger factor yang kembali memanaskan hati si Alia.
“Kak Nia kan ada? Saya pun dulu tolong ganti dia je,”
pedas lagi pantas balasan Alia.
“Rania ada banyak lagi kerja penting yang dia kena buat.
Awak kerja je la sementara dulu. Nanti bila semua dah okey, awak duduklah rehat
puas-puas. Lagipun awak dibayar, kan?” memang jawapan Arip macam sengaja mengundang
tapak kaki Alia. Sementara? Apa dia ingat aku ni kuli yang kalau rasa banyak
sangat kerja ‘tak penting’ belum settle, dia boleh arah panggil sesukahati,
lepas tu bila dah siap, halau macam tu je? Kepala lutut nak? Alia genggam
tangan. Kesabaran cuba dicari korek dari setiap sudut hati. Kalau ikut logik
hati memang kepala lelaki ni dah elok duduk bawah anak tangga. Tarik nafas. Lepas.
Sabar. Sabar sebahagian daripada iman. Sabar. Istighfar.
“Habis tu awak ingat Kak Nia je ada banyak kerja penting.
Saya? Novel tu baru separuh jalan siap. Saya datang sini sebab nak siapkan
novel tu, bukan nak makan gaji dekat syarikat awak. Gaji saya yang tak seberapa
ni masih mampu nak tanggung makan-minum saya. I’ve a lot more to do rather than
bancuh a cup of coffee for you, Mr. Harith Daniel,” turun naik nafasnya menahan
geram. Sabarnya si Alia cuma mampu menahan dia dari buat sebarang aksi yang boleh
mematah-riukkan tulang anak teruna orang. Tapi mulut masih lancar menembak
peluru. Arip terkedu. Ayat yang sama yang dia ucapkan semalam kepada Alia.
Terasa macam ada yang menampar kotak kesedaran dirinya. Keluhan terlepas dari
bibirnya. Bukan dia sengaja cakap macam tu semalam. Dah memang kerja tu
penting. Dan cuma Rania yang boleh membantu. Sebab Rania juga lepasan jurusan
yang sama sepertinya. Master in Business Administration. Dan terasa macam ada
sebab lain yang buat dia nak paksa si Alia untuk stay in the company, walaupun
sekadar jadi tea lady.
“I’m...sorry,” cuma itu yang mampu diucap. Alia pejam
mata. Nak menurunkan suhu hati.
“Look, saya bukan nak jadi kurang ajar, lupa budi ke apa,
tapi Kak Nia is back and she’s way better than me. I can see that. At least dia
tak akan hangatkan pagi-pagi awak sebab terpaksa membebel tak henti. Dia tahu
apa yang dia kena buat tanpa awak perlu sibuk nak buang air liur arah itu ini.
Dia kenal awak. You guys speak the same jargon. Awak cuma akan buang duit untuk
gaji saya jadi tukang bancuh kopi semata. Kak Nia can do that for you. Saya dah
penat okey, layan kerenah awak hari-hari,” Alia rasa nak hantuk kepala dekat
dinding. Kenapa dia rasa macam tengah cakap, “Damn you Harith Daniel, what is
so good about that girl? Can’t you see me?”, kuat-kuat dengan sepenuh jiwa
dekat Arip.
“Teruk sangat ke kerja dengan saya sampai awak nak back
out tiba-tiba ni?” perlahan tapi cukup untuk buat Alia rasa nak meraung dekat
situ sebab lelaki tu macam tak faham apa-apa pun. Mungkin dia cuma faham bahasa
kambing. Mungkin Alia kena belajar bahasa kambing untuk communicate effectively
dengan dia. Mungkin Alia cuma patut pergi je dari hidup dia.
“Yup,” angguk.
“Okey, then. I’m sorry. You’re free to go,” pandang
tempat lain. Alia berundur perlahan. Tak perasan Tok Yah menghampiri dari
belakang.
“Ha...ni awat duk bersembang kat luaq ni. Alia, tak pi
opis ka?” tanya Tuk Yah. Di tangannya ada bekas makanan dan termos air. Alia
geleng perlahan. Wajah Arip di anak tangga paling bawah dijeling sekilas.
“Rania dah ada, tuk. Alia dah tak payah pi opis lagi,”
tenang jawapan yang keluar dari mulut Arip. Alia lepas nafas. Sesak. Kenapa
tiba-tiba rasa sesak ni? Kenapa tiba-tiba rasa sakit hati? Memang kau dah
menyampah pun kan tengok muka si Arip ni, kan Alia? Ke ada sebab lain?
“Alia pi dapuq dulu na tuk,” Alia pamit. Rasa makin
pening duk hadap muka Arip. Rasa macam nak baling kerusi-meja-tv dekat mamat
kambing tu. Sebab dia tak faham. Faham apa Alia? Apa yang Arip tak faham? Apa
yang kau cuba nak buat dia faham? Suara hatinya dah terjerit-jerit berperang
sakan.
Yang aku dah mula ada feeling dekat dia?
Hantuk kepala.
***
Termos yang cuma suku terisi dengan air kopi itu ditenung
lama. Jam dah menginjak ke angka empat. Baru sempat nak bernafas kejap lepas
puas ber‘video conference’ dengan orang nun jauh di New Zealand. Harry
Winchester si pengembala lembu. Usaha-sama dengan syarikat Harry bagi menternak
baka lembu terbaik di kampungnya pula. Masih dalam proses pembuatan kertas
kerja and so on. Tersenyum bila teringat si Harry yang sibuk bertanya tentang
Susanne si secretary. Memang selalu pun begitu. Tak sah kalau tak tanya pasal
Susanne dia tu. Rania yang ayu tersenyum itu dipanggil Susanne dek kerana
wajahnya yang persis Susanne Sundfor, si penyanyi Norwegian. Apa-apa je
la. Termos kopi di atas meja kembali mencuri perhatian. Masih ada suku.
“Harith? Done with the video conference?” terjengul wajah
ayu Rania dari balik pintu. Harith tersentak. Matanya beralih pula pada Rania.
“Huh? Yeah. Baru je selesai,” senyum kecil.
“Okay. By the way, want some coffee? You look awful. It
might help a little,” saran Rania bila melihat wajah lesu Arip. Kaki mula
melangkah masuk ke dalam bilik pejabat.
“No thanks. Coffee I ada lagi sikit,” muncung dituju arah
termos di atas meja.
“Coffee bila ni?” Rania kerut dahi. Serasanya, dari pagi
tadi Arip memang tak ada minta tolong buatkan kopi. Katanya dah dibawa bekal
dari rumah Tok Yah. Takkan tak habis lagi?
“Pagi tadi,” pendek jawapan Arip menambah kerutan di dahi
Rania. Pelik. Selalu satu hari mahu lima cawan kopi si Arip ni balun. Tapi hari
ni satu termos pun sampai ke petang masih ada baki.
“Takkan tak habis lagi kopi pagi tadi? Selalu laju je you
minum. You don’t like the taste? Nak Nia bancuhkan yang lain ke?” usul Rania
pula. Laju Arip menggeleng.
“Tak. The coffee is good. Everything’s fine. I je yang
tak sempat minum. Sibuk sangat,” Rania angguk juga, walau memang terang lagi
bersuluh jawapan tu tak masuk akal.
“Tak apalah. Kalau macam tu Nia keluar dulu. You have
some rest ya,” Rani berlalu ke luar. Arip tarik nafas panjang. Lepas. Sebunya
masih terasa. Sibuk sampai tak sempat minum kopi? Hei, budak kecik pun tahu
bezalah alasan boleh pakai dengan alasan boleh ke laut. Kopi itu memang sengaja
ditinggal berbaki hingga ke petang, supaya dia masih dapat minum kopi yang
sama. Kopi air tangan si Alia. Seminggu minum kopi yang sama, memang dia dah
cukup kenal dengan air tangan Alia. Pekat, tapi tak pahit. Tak manis sangat
tapi berlemak. Tiptop. Kalau dulu mungkin latte, atau macchiato dari Starbuck
yang menjadi kegilaannya, tapi sekarang cuma kopi Alia. Kalau habis kopi dalam
termos itu, dia dah tak boleh nak jerit, “Alia, coffee,” sebab kalau dia jerit
pun cuma Rania je yang akan masuk dengan muka pelik. Semua pekerjanya (Rania
dan Kak Melah je pun) memang dah sedia maklum Alia tak akan masuk pejabat dah.
Dia dah berhenti. Alia dah berhenti.
Kepala perlahan dijatuhkan ke atas meja.
Tarik nafas.
Lepas.
Tarik.
Lepas.
Apa yang kau nak sebenarnya ni Harith? Kau sedar tak
kerja tengah bertimbun sekarang ni?
Aku nak Alia. Eh...tak. Kopi Alia sebenarnya. Eheh.
p/s : please...please...please...leave a comment:) & thanx for reading:)
No comments:
Post a Comment