Monday, June 10, 2013

Cherps Tanpa Nama :) Part 3

Assalamualaikum:) 
It has been a while...hehe...
Tengah holiday...
#Makanya belog pon holiday lah ye?
Eh. Tak. Tak. Tak.
Cuma tiada kesempatan mahu menyelit...hehe...
Maaf:)
So, inilah dia. Sambungan Cherps Tanpa Nama. Eheh.
Mohon enjoy.
Much Lova Lova,
Tired Popi Merah 
            “Aina Maisarah! Mangkuk punya member. Datang tak habaq,” Alia menerkam laju sebaik melihat batang tubuh Maisarah di ruang tamu rumah papan setingkat itu. Mai dah angkat kening.
            “Language, Alia Hanis. And since when did you speak accent Utara?” Alia sengih sampai ke telinga. Duduk sebulan dah naik muak dengar benda yang sama hari-hari, siap boleh hafal certain words lagi. Tambah-tambah selalu kene bebel dengan bapak kambing tu, mana tak brush up skill bahasa Utaranya.
            “Since aku rasa accent KL sangat mainstream,” juih bibir. Mai gelak sakan. Bunyinya macam masih merajuk kena tinggal sorang-sorang dengan Tok Yah. Tangan Alia ditarik untuk duduk di sebelahnya. Kemudian Mai tengok Alia dari atas-bawah-naik-atas-balik. Lengkap pakai kemeja plus slack. Belum kira tudung di kepalanya elok terpin merambu bagai.
            “Kau pergi mana pakai elok sangat ni? Mengorat Pak Ali ABC hujung simpang apa?” pantas jemari Alia menjalar mengetip isi lengan Mai. Berkerut muka cucu Tok Yah.
            “Aku penat-penat ni kau boleh cakap aku pergi mengorat orang tua tu. Memang standard perangai cucu Tok Yah macam ni ke hapa?” ayat hujung sekadar gumam perlahan. Melepas geram yang masih bersisa. Gila. Kerja dengan pak cik tu memang macam nak putus nyawa.
            “Hoi! Mengutuk macam aku duk sebatu. Mengapakah? Something happened?” dan elok itu kepala bersarung tudung Alia mendarat di bahu Mai. Letih betul hari ini. Semedang kena jadi kuli bapak kambing tu. Secretary dah ada balik pun macam tak bagi kesan apa je. Masih kopi Alia yang kena buat, dengan, “Alia, bawak tidbits sekali,” atau, “Alia, tolong setkan appointment dengan...”. Dah tu apa guna secretary lawa-lawa tercongok tepi bilik dia ni? Hiasan meja? Memang tunggu masa je la nak kena gulai mamat kambing tu.
            “Aliaaa...” meleret suara Mai memanggil. Kepala Alia kembai tengak, bersedia untuk bangun.
            “I wanna take shower, solat Maghrib pun belum, nanti Tok Yah bising. Then I wanna have some rest. Malam sikit kita sembang, kay? We have all night long. Kau dengarlah puas-puas nanti,” Alia dah melangkah masuk ke bilik. Mai ternganga. Letih sangat ke? Kemana je budak ni merayap? Dengan kemeja segala? Mai garu kepala.
            “Al...right,” teragak-agak balasan Mai. Suit yourself, housemate.
***
            Alia tenung kipas yang melekat di siling. Kalau mata dia ada kuasa telekinetik, kipas tu memang dah tercabut dan terapung macam tekopter Doraemon. Peristiwa tadi siang berputar kembali di ruang minda. Wajah manis gadis sopan bertudung merah jambu petang tadi seperti mengganggu ketenangan hati. Seminggu bekerja banting tulang jadi kuli separuh rela dekat office si Arip a.k.a Harith Daniel, baru tadi wajah putih bersih itu muncul dengan senyuman ayu. Dengan sekadar sapaan, “Assalamualaikum,” suara lembut itu ternyata bisa mengubah surrounding dari kejung-beku-dingin (sebab Alia baru lepas kena bebel dengan pak cik kambing) kepada aman-damai-bahagia. Muka Kak Melah yang selama  ni dia nampak biasa-biasa saja, jadi bersinar berseri bila nampak si gadis bertudung merah jambu. Wajah Arip yang tegang berkerut seribu di dahi, terus tenang tersenyum kecil.
            “You’re here,” walaupun pendek balasan dari Arip, namun jelas kemesraannya. Tiba-tiba Alia rasa macam budak kecil yang kena sisih dengan kawan sekelas sebab ada budak hot yang baru masuk kelas.
            “Kan Nia dah cakap, Nia cuti seminggu je. Mana boleh cuti lama-lama. Nanti you juga yang serabut pening kepala,” tawa kecil sambil tutup mulut. Ayu. Dan sebagai penulis yang berkaliber, Alia sendiri tahu serta akui gadis yang membahasakan diri sebagai Nia itu memang sangat sesuai untuk dijadikan heroin kisah cinta.
            “Tahu tak pe Nia oi. Harap ke budak ni, memang semedang je kena sound dengan bos,” Kak Melah dah mencelah sambil ligat menjeling ke meja sebelah. Mengutuk akulah tu, desis Alia. Tapi bibirnya dah terlebih dulu mengukir sengih serba-salah pada Nia.
            “Oh, awak yang ganti Nia seminggu ni ya? Terima kasih. Sorrylah susahkan awak. Nia kena teman ibu di HKL. Ibu kena buat minor surgery. Biasalah, sakit kencing manis,” masih tersenyum.
            “Eh, takpe. Sikit je,” walau hakikatnya memang Alia lagi sikit nak cakap, ‘Apahal kau cuti lama sangat? Kau tau tak aku dah separuh mati layan majikan kau yang gila kambing ni?’.
            “Rania Mardhiyah, secretary Harith,” Nia hulur tangan, mahu bersalam dengan Alia. Harith? Eheh...masih belum biasa dengan nama glamour lelaki itu.
            “Alia...Alia Hanis,” salam bersambut. Mak aih, lembutnya tangan dia.
            “Done? Come Rania, I’ve something to discuss with you. Pasal...” Arip dah melangkah nak masuk bilik sambil menceceh tak habis dengan Rania yang mengekor dari belakang. Dan macam biasa, sebelum tubuh sasanya hilang di balik pintu pejabat, Arip berhenti.
            “Alia, coffee for two and bring some tidbits,” ringkas lagi membakar hati Alia arahan dari Arip.
            “Eh, kalau you nak coffee, Nia pun boleh buatkan. Memang selalu Nia yang buatkan your coffee, kan? Kalau dulu Nia tak ada, bolehlah you susahkan Alia. But now, I’m here at your service, Sir Harith Daniel,” sela Rania, tersenyum lembut. Alahai, kalau aku lelaki pun aku boleh cair dengan kakak tudung pink ni, Alia dah garu kepala.
            “No, Rania. Biar Alia yang buat. You’ve a lot more to do rather than bancuh a cup of coffee for me. Alia, cepat sikit,” dan tubuh itu terus hilang ditelan pintu kayu pejabatnya. Alia masih beku di tempatnya. Ayat Arip berulang main di otak. Dah memang aku tak ada kerja lainlahkan nak tolong dia bancuh kopi semata.
            Keluhan kasar terlepas dari bibir Alia. Memori siang tadi cuba dibuang jauh-jauh. Skrin laptop ditatap tanpa minat. Novel baru siap separuh jalan. Terganggu kejap kerja menulisnya dek kerana menolong Arip di pejabatnya. Itupun lelaki itu masih marah-marah gaya dia memang pekerja tetap di pejabat lelaki itu. Memang dia diberi gaji, tapi bila fikir balik, duit royalti yang dia dapat pun tak habis makan lagi kalaupun dah terdesak sangat nak cari kerja lain. Boleh je kalau Alia nak berehat dari menulis, say for two to three years. Memang takkan habis pun duitnya. Dengan belanja ‘biasiswa’ yang Pa&Ma masukkan monthly lagi. Tapi memang dia dah cuba niat dari awal, tolong Arip dengan ikhlas. Tok Yah sendiri cakap, “Allah akan mudahkan urusan hamba-Nya yang memudahkan urusan hamba yang lain,”. Atas dasar tu je pun dia sudi nak tolong. Tolong ringankan beban Arip yang tengah serabut sebab secretary dia minta cuti last minute. Tapi memang harapanlah Arip tu nak mudahkan kerja dia. Bagi kerja melampau-lampau. Kadang sampai tak cukup tangan-kaki nak buat. Surat berkajang. Appointment bersusun. Kopi bercawan. Belum masuk tugas nak tolong sapu-lap-bagi-berkilat meja dalam bilik pejabat kecilnya lagi. Dan Arip hanya cakap, “No, Rania. Biar Alia yang buat. You’ve a lot more to do rather than bancuh a cup of coffee for me. Alia, cepat sikit,” samalah macam nak cakap, “Daripada kau duduk goyang kaki tak buat kerja apa, baik kau pergi bancuh kopi kat aku, Alia,”. Memang dia kecil hati. Memang dia terasa. Sebab Arip campak dia kat tepi bila Rania datang muncul diri. Sebab Arip macam dah tak nampak dia sebab Rania terlalu berkilau sampai habis silau semua mata. Sebab Alia dah mula rasa she doesn’t belong there anymore. Untuk seminggu yang dia rasa terisi dengan mulut bighit Kak Melah. Untuk seminggu yang dia rasa Arip bebel 24/7 kat dia saja. Untuk seminggu yang dia jadi teman gossip Kak Melah. Untuk seminggu yang dia rasa dah boleh tahan dengan perangai tak serupa orang si pak cik kambing. Hilang macam tu je bila Rania Mardhiyah datang. Bila gadis bertudung merah jambu datang.
          Alia tutup muka.
          Jealous?
          Pfft. Kau gila apa Alia?

No comments:

Post a Comment