Assalamualaikum!!!
Update! Update! Update!
Sorry lambat.
Sorry jugak kalau cerita macam dah boring sikit.
Sorry kalau rasa macam 'eh, baru hengko ingat nak hapdet? Ingat dah lupa password belog'.
Sorry untuk everything.
So...this is it :) Enjoy.
Btw, kalau agak-agak tak paham speaking Utara, mohon tanya pak cik Google, comment kat bawah, ataupun tanya rakan-rakan yang terer speaking Utara. Tengs:)
Love Much Much Much,
Popi Merah
“Assalamualaikum, Tuk. Assalamualaikum,” Mai separuh menjerit memberi salam pada rumah papan setingkat di hadapan mereka itu. Perjalanan meletihkan hampir 5 jam itu terasa berganda melihat keadaan rumah papan itu. Rumah papan yang confirm takde air-cond. Dengan nyamuk gergasi yang macam kebulur tak pernah jumpa darah orang. Alia pantas bermain aci tepuk-sampai-penyek dengan nyamuk. Mai di sebelah yang masih galak memberi salam juga terasa macam nak ditepuk sehingga penyek. Agak-agaklah member serumah ni pun, takkan nak hantar aku attend sekolah pondok kut? Alia membebel dalam hati.
“Wa’alaikumussalam. Hang ka, Aina Maisarah? Aku ingat sapa la tadi. Hingaq sangat duk bagi salam. Aku duk kat dapuq tadi. Tu yang tak dengaq tu,” Alia terlopong. Wajah seorang nenek tua berkain batik, baju kedah, lengkap bertudung sarung tutup dada muncul dengan bahasa alien yang terasa asing di telinga. Jangankan satu ayat, sepatah kata pun belum tentu dia dapat translate dengan betul. “Mai, mai, naik lekaih. Senja-senja ni bukan elok duk kat luaq. Mai, mai. Toksah duk segan sangat,” ramah wanita yang dapat diagak sudah melepasi 70-an itu menjemput masuk. Alia sekadar mengekor. Mai laju menapak masuk. Dan Alia masih juga bertepuk-tampar dengan nyamuk.
“Ni, kawan hang ni sapa nama tak tau. Duk diam ja. Bisu ka?” zapp! Alia tersengih. Amboi tuk, pedasnya. Pantas Alia menyua tangan, mahu bersalam. Elok usai mencium tangan, wanita tua tersebut menarik Alia ke dalam pelukannya. Hangat. Erat. Alia terasa nak menangis. Rasa macam dah lama je mama tak peluk dia.
“Kawan cheq ni pemalu tuk oi. Alia nama dia,” terang Mai. Berlagak seperti pengurus si Alia. Tuk kembali mengambil jarak dengan Alia. Namun tangannya masih mesra memegang jemari Alia.
“Maaflah tuk. Alia...” ayatnya berhenti di situ. Hilang idea mahu beralasan apa. Ikut hati memang dah terasa nak sembur Mai depan-depan sebab sanggup hantar dia ke sekolah pondok ni. Eh, ye ke sekolah pondok? Alia garu kepala.
“Awat tah yang duk tergharu-gharu tu. Ghumah aku ni nyamuk banyakla. Kutu aku tak tau la kut dok ada melekat celah mana ka,” Mai dah terkekeh ketawa. Aish, budak ni, aku sekeh baru tau. Alia paksa senyum kayu.
“Eh, lupa aku nak kenalkan. Alia, ni mak tok aku. Puan Hajah Fauziah Haji Ghazali. Orang panggil Cikgu Yah. The best teacher in the world. Guaranteed. Kau nanti duduk elok-elok tau dengan tuk aku,” Mai sudah bergerak ke sebelah tuknya seraya memeluk manja bahu orang tua tersebut. Kepalanya dilabuhkan di bahu Tuk Yah. Manja. “Tuk, ni esok-esok, tuk tolong tengok-tengokkan Alia ni na. Dia ni sebenaqnya nak mai belajaq dengan tuk,” Mai dah macam budak tadika baru dapat kawan baru, excited buka mulut mengenai kedatangan mereka yang sebenarnya.
“Belajaq apa cheq oi. Tuk bukan pandai sangat pun. Kira-kira pon dah merangkak dah la ni,” dengan senyuman Tuk Yah menutur. Mungkin kaum kerabat si Mai ni memang gemar menarik sengih. Alia ikut tersenyum malu.
“Dia nak belajaq jadi manusia...”
Dan senyum lagi.
***
“Assalamualaikum. Tuk, oo tuk...” pintu rumah diketuk dua-tiga kali. Lama baru kedengaran selak dibuka dari dalam.
“Waalaikumussalam. Haa...Arip. Lambat hang mai. Malam baru nak nampak batang hidung hang. Ingat tak mau mai dah,” panjang intro Tuk Yah yang masih bertelekung sebaik sahaja nampak wajah keletihan si Arip. Baru sudah Maghrib kali.
“Sorry tuk. Sweetheart Arip hilang tadi. Jenuh pi caghi merata baru jumpa,” ujar Arip separuh merungut. Langkah diatur ke dalam.
“Combi ka? Awat, dia pi mana?” Tuk Yah dah melabuh duduk di sebelah Arip.
“Pi jumpa jantan mana tah, kat kampung sebelah. Dia curang dengan Arip tuk,” sayu suara Arip mengadu. Tuk dah gelak sakan.
“Hang tak bagi dia makan sedap, dia pi la caghi boipren lain,” Arip tarik muncung. Ada je tuk ni nak kenakan dia. “Ni duk sibuk dengan si Combi ni, hang dah Maghrib ka dak lagi ni?” jarum panjang jam dah menuding ke angka sepuluh. 7.50 malam.
“Of course la belum tuk. Arip dari kandang ni. Ambik susu kat tuk. Tadaa...” tiga botol kaca penuh berisi susu kambing ditayangkan di depan Tuk Yah. Tuk Yah dah bagi pandangan maut. Gila cari pasal nak dekat pukul lapan Maghrib pun tak setel lagi. Arip telan liur. Sedar dengan kesalahan diri. Namun, sungguh. Dia memang sangat sibuk dengan kambing-kambingnya hari ini. Langsung-langsung tiada masa. Tengahari tadi pun sekadar menghadap roti Gardenia dua keping. Nasib.
“Hang pi solat lekaih. Satgi dengan botoi-botoi ni sekali aku suruh hang telan satgi,” Tuk Yah dah jegil mata. Arip dah laju bangun dan menapak ke dapur. “Susu tu hang buh ataih pagha. Satgi si Mai tu ingat apa ka, pi lempaq buang pulak,” arah Tuk Yah sebelum Arip sempat pergi jauh.
“Ai, ai, tuk. Eh, ni lupa nak tanya. Mai anak Mak Njang balik ka? Patut Arip nampak kegheta depan tu. Ingat kegheta sapa la tadi,” sempat lagi Arip nak sambung berbual. Saja nak mengusik tuknya yang memang sedia maklum cukup alergi dengan orang yang suka mengamalkan procrastination of solat. Dalam bahasa pasarnya, kerja duk solat gajah. Pantang.
“Hang ni satgi aku piat telinga mau? Peghangai macam budak tak baliaq,” bebel Tuk Yah, dah bangun dari duduk. Cepat-cepat Arip menapak ke dapur. Bimbang dipiat telinga. Memang malu kalau sepupunya si Mai nampak dia kena piat telinga dah tua-tua gajah ni. Tuk Yah kembali masuk ke dalam biliknya setelah aman melihat Arip hilang ke dapur.
Elok memijak lantai dapur, mata segera ditala ke arah para yang dimaksudkan tuknya. Para yang terletak berdekatan dengan pintu bilik air. Namun matanya lebih pantas mengesan kelibat lain. Seorang gadis. Elok berdiri depan pintu bilik air, berkemban dengan kain batik. Rambutnya paras pinggang kelihatan masih basah dari balik tuala yang menutup kepala. Arip pantas membuang pandangan ke arah lain. Jaga pandangan Arip, bukan mahram tu. Istighfar. Dapat dirasakan gadis itu turut tergamam dengan kehadirannya.
“Sorry,” gumam Arip perlahan sebelum botol berisi susu di tangan diletakkan atas meja makan dan Arip berlalu keluar dari dapur. Lupa terus bebelan mak toknya selepas peristiwa tadi. Lupa juga pada pesanan mak toknya tentang tempat penyimpanan susu kambing itu. Kaki laju diatur ke luar rumah. Enjin motor dihidupkan. Vroom...laju motor kapcainya membelah kegelapan malam. Maghrib di rumahlah jawabnya.
“Kyahhh!!!!” sampai ke luar dengar jeritan si Alia. Arip kerut dahi.
Bala.
***
Mai yang sedang elok terlentang atas katil melayan novel islamiknya tersentak. Meroyan apa perempuan ni jerit malam-malam ni. Mau kena sound dengan mak tok nanti. Mai malas-malas bangun dari pembaringan dan menapak ke dapur. Mulutnya kumat-kamit macam baca jampi serapah.
“Alia, agak-agaklah kalau nak test vocal pun. Setakat lipas dua-tiga ekor tu, kau pijak Innalillah la makhluk tu,” bebel Mai belum pun sempat matanya melihat susuk Alia. Dan elok matanya hinggap pada Alia yang duduk bersimpuh ayu depan pintu bilik air, bulat matanya.
“Kau apahal weh? Okey tak ni?” Mai meluru ke arah sahabatnya yang bagai terketar nampak hantu.
“Ni awat yang duk hingaq maghrib-maghrib ni? Alia, awat? Nampak jebon ka apa?” celah pula suara mak tok yang jelas ke-‘irritate’-annya.
“Ada...lelaki...masuk...Alia...dia...” serentak itu matanya terasa kabur. Laju air matanya mengalir macam empangan baru lepas kena bom. Mai terkedu. Lelaki? Siapa?
“Jantan? Arip ka? Astaghfirullah. Aku lupa nak habaq kat dia, hang mai dengan Aina Maisarah. Dia buat apa-apa dak kat hang?” Alia yang masih terkejut tenggelam dalam dunianya. Sedangkan adik-beradik lelakinya pun belum pernah tengok dia berkemban, inikan pula lelaki tadi. Entah budak kampung ceruk mana entah. Alia terasa nak meletup.
“Takpa kut tuk. Ghasanya tadi depa terserempak ja kut. Tu yang Alia terkejut tu. Arip pun takdak dah. Dia pun dah balik ghumah dia kut. Tak pa, esok Mai pi tanya kat dia,” Tuk Yah mengangguk perlahan. Hatinya masih terasa kesal dengan kecuaian diri. “Dah Alia. Jom. Masuk bilik. Nanti demam pulak kau malam-malam ni,” Mai menarik tangan Alia dan memapahnya ke bilik. Tuk Yah dah kembali hilang ke biliknya.
“Mai,” Mai angkat kening. Dah ni suara gaya baru lepas kena dera ni apahal?
“Aku nak balik,”
Mai tepuk dahi.
Alia minta simpati.
Ah...sudah.
***
“Maisarah...” separuh merengek Alia berbisik di sebelah sahabatnya. Bimbang telinga tua Tuk Yah menangkap. Maisarah baru sudah letak beg pakaiannya ke dalam but kereta. Buat kesekian kalinya, Mai mengeluh panjang. Haru budak sekoq ni la. Aku sekeh baru tau.
“Chill la teman. Tak sampai sehari kau duk sini, dah nak give up. Ini ke Alia Hanis yang aku kenal ni. Yang berani tak cukup tanah ni?” provoke Mai. Alia dah macam nak kepit kepala si Maisarah dengan pintu kereta. Supaya sahabatnya faham betapa malunya rasa hati ketika itu.
“Aku nak balik...” namun hanya itu yang mampu keluar. Mai geleng kepala.
“Aku taknak kau menyesal kalau balik sekarang. By the way, yang semalam tu, cousin aku. I know him too well to say anything bad about him. Aku guarantee dia tak akan buat benda bukan-bukan dekat kau. Dia cucu kesayangan tuk tau. Ada dia berani nak buat hal dengan tuk. Silap haribulan dia dengan kambing-kambing dia kena sembelih,” Mai geli perut. Tak dapat bayang rupa si Arip kena piat telinga dengan Tuk Yah.
“Kambing?” Alia ternganga. Aku dah cakap dah. Confirm mamat kampung ceruk hutan punya.
“Haah. Kerja dia jaga kambing,” Mai mula sibuk menarik bakul rotan berisi buah rambutan dan manggis yang mahu di bawa pulang. Musim buah-buahanlah katakan.
“Pengembala kambing?”
“Sort of. Eh...okeylah. Aku chow dulu. Takut sampai rumah lambat,” Mai menapak ke arah Tuk Yah. Tangan tua itu di salam, cium. Pipi berkedut itu pula menjadi mangsa lipbalm melekit yang tersalut di bibir Mai. Dapat dilihat dari jauh Tuk Yah dah kesat pipi guna tudung yang tersarung di kepala dengan mulut terkumat-kamit membebel. Alia senyum kecil. Iri melihat kemesraan mereka. Kemudian Mai kembali menapak ke arahnya bersama Tuk Yah. Tubuh Alia dirangkul mesra.
“Take care okay sahabat? Grab apa yang sempat. May Allah ease. Any problem, call je aku. Pakai telefon rumah okey? Ukhibukifillah, Alia Hanis. Assalamualaikum,” Mai memboloskan diri ke dalam kereta. Hon dibunyikan dua kali sebelum Kelisa kuning-hitam itu meluncur laju meninggalkan Alia sendiri dengan Tuk Yah.
‘Wa’alaikumussalam,’ cuma hati yang menjawab. Tubir mata terasa panas. Dada terasa sesak. Sentuhan hangat di bahu menyedarkan Alia. Mata dikedip beberapa kali, menyingkir air mata. Nanti risau pulak hati orang tua ni.
“Mai, masuk dalam lekaih. Panaih ni. Luhuq pun nak masuk dah ni,” Tuk Yah dah melangkah masuk ke dalam. Mungkin hati tua itu sudah biasa ditinggalkan. Sebab itu rasanya sudah sebati. Alia mengekor Tuk Yah dari belakang. Sesekali matanya dikalih ke arah jalan raya. Berharap Mai akan berubah fikiran dan membawanya pulang. Dan harapan akan terus menjadi harapan kalau tiada yang merealisasikannya. Alia mengeluh. Lagi.
***
Sudah hampir seminggu Alia menetap bersama Tuk Yah. Sungguh, kalau kereta ada depan mata, memang dah lama dia cabut balik ke Gombak. Sayangnya, yang ada cuma basikal tua milik arwah suami Tok Yah. Ya, segalanya masih berstatus harapan. Namun seminggu itu, banyak perkara yang dapat dia belajar dari Tuk Yah. Tapi banyak lagi yang makan hati. Si pengembala kambing tu memang kerja nak cari pasal je hari-hari. Mak Tuk pula macam sebelahkan sangat si mamat kampung tu. Memang hangit kalau sebulan macam ni.
“Eh, awak reti masak nasi tak ni? Lembik,”
“Cik Alia, awak perap tak daging ni? Bau hamis dia tak hilanglah,”
“Awak ni anak dara apa asyik lepak tengok TV je?”
“Cik Alia...”
“Awak...”
“Cik...”
“What?!” naik seoktaf sudah tahap suaranya. Bebola matanya sudah mencerun tajam menikam sepasang mata coklat cair itu. Sejak insiden minta-maaf-tak-berapa-nak-ikhlas tempoh hari sebab kes lelaki misteri masuk rumah, makin galak si Arip ni mengacaunya. Lebih kepada meng-complaint sebenarnya. Ada saja yang Arip sakit mata-hati-jiwa tengok dia buat. Sabarnya dah menipis macam kulit bawang yang kena rendam dengan cuka.
“Macam ni cara cakap dengan tuan rumah?” Arip angkat kening. Alia ketap bibir. Terlepas sudah. Keluhan terzahir.
“Sorry. Tak berniat. Ya? Ada apa?” kembali sopan suaranya. Sedar dengan kedudukan diri.
“Siap. Petang ni pergi kandang,” ringkas lagi padat arahan Arip. Tapi itulah yang menyentap bronchi si Alia bagai nak putus. What the?!
“Macam ni cara layan tetamu?” cuba dikawal sinisnya sebaik mungkin. Harapan.
“Orang yang datang ziarah melebihi tiga hari, bukan tetamu dah namanya,” dush! Sedas dah terlepas ke muka Alia. Ali ketap bibir. Arip senyum senang.
“10 minit. Lambat. Tinggal,” arahan mandatori tanpa kompromi.
“Cakap pergi petang karang,” masih gentar membidas. Arip garu kepala. Kemudian lurus jarinya menala ke arah jam dinding. Lima minit ke pukul empat.
“Awak nak tunggu Combi mati kebulur ke baru awak nak pergi?” das kedua dah terlepas. Alia muka macam nak makan orang. Combi! Combi! Kalau kutahu mana satu kambing dia yang nama Combi tu, aku sembelih buat sup bagi dia makan. Baru rasa macam hidup Bawang Merah sikit. Eh, tak. Mungkin Bawang Busuk, untuk kes-kes terpencil seperti ini.
“Tunggu apa lagi tu? Cepat. Nanti Combi tunggu,” gesa Arip. Dan buat kesekian kalinya berbakul umpatan meniti di hati si Alia. Memang gemuk dengan dosa je lah aku duduk dekat sini.
“Dasar diktator spesies kambing,”
“Apa?”
“Nothing,”
Dan Alia pantas berlalu ke bilik.
***
“Alia, kan?” sapa seorang wanita badan sedang-sedang, umur dalam 30-an mungkin. Berbaju kurung bunga-bunga kecil ringkas dengan tudung menutup kepala. Juga senyum mesra di bibir. Alia sengih serba-salah. Mamat diktator dah tinggalkan Alia sendiri selepas cakap,
“Tempat awak,” menunjuk ke satu kerusi kosong sebelah meja kakak pakai baju kurung bunga-bunga kecil itu. Dan terus masuk ke dalam bilik. Macam ni gaya nak mintak tolong. Memang aku cari Combi kesayangan dia sampai dapat.
“Alia, dengar tak akak cakap apa ni?” bahu Alia disentuh lembut bila tengk gadis tu tenung pintu pejabat Arip bagai nak tembus.
“Hah? Dengar, dengar,” Alia jawab sambil lewa. Tapi memang dia dengar kakak itu cakap ‘apa ni’. Haha. Itu saja yang masuk ke otaknya.
“Jadi nanti Alia cari document tu dalam computer atas meja tu, lepas tu edit apa yang patut, terus hantar pada Arip ya,” arah Kak Melah, dia dah perkenalkan diri tadi.
“Edit? Nak edit apa?” Alia muka blur. Kak Melah kerut dahi.
“Tengoklah kalau ada salah eja ke, tatabahasa ke, apa ke. Kata dengar apa yang akak cakap tadi,” Alia tarik sengih. Kantoi terang-terangan.
“Oh...dengar je. Kalau macam tu, Alia buat sekarang,” Alia melabuh duduk pada tempat sementaranya. Pantas tangan melarikan mouse, mata mencari dokumen yang dimaksudkan. Jumpa. Ikon diklik dua kali. Terpapar kertas kerja hapa entah. Alia sekadar baca sekali lalu. Beberapa perkataan yang typo dibetulkan pantas. Banyak jugaklah. Kelam kabut betul siapa yang buat paperwork ni. Telefon berdering. Sekali. Dua kali. Tiga kali dering. Alia paling muka dari skrin komputer. Meja sebelah menjadi sasaran. Kosong. Kemana pulak pergi Cik Melah kita ni? Punggung diangkat, melangkah pantas ke arah telefon di meja Kak Melah.
“Hello,” garau suara dari sebelah sana menyapa.
“Er...” mata berlari laju di meja Kak Melah mencari nama syarikat. Lokek-lokek company ni mesti ada nama jugakkan? Bullseye. “Hello. Syarikat La Chèvre Sdn. Bhd.,” eh, apa ke pelik nama syarikat mamat ni. Betul ke ni nama syarikat dia? Kalau salah ni mati aku. Alia garu kepala.
“Yes, may I speak to Harith Daniel please,” speaking London pulak dah. Harith Daniel? Siapa pula beliau itu. Salah company ke dia ni telefon. Tambah lagi pening dikepalanya.
“Sorry sir. There’s no one here named Harith Daniel. I think you got the wrong numbe...” zapp! Ganggang terlepas dari tangan. Melaun mana yang bersivik sangat ni aci rampas ganggang mengikut perasaan suka hatinya. Elok pusing, terus muka terasa pijar menerima renungan tajam si Arip. Gaya kau-memang-nak-cari-pasal sudah gah terserlah di mukanya.
“Harith Daniel speaking,” jatuh rahang. Bapak kambing ni reti cakap homputeh? HomaiGod. “Oh...nahh! She’s a new staff. Susanne is on leave today,” angguk-angguk. Gelak. “Yeah sure. Can’t wait to see you too, dude,” gelak lagi. “Sure...sure. Tomorrow, 6 p.m., Royal Penang Hotel. Noted. See you soon. Bye,” letak ganggang dan terus berlalu. Sebelum masuk biliknya kembali, Arip bersuara.
“Mana paperwork yang Kak Melah suruh buat tu?” suara masih cool walau Alia rasa berbahang je mamat tu dengan silapnya tadi.
“Ad...ada...dalam...err...tak print lagi,” dah aku kenapa tergagap pulak dengan bapak kambing ni, bukannya bapak rimau pun.
“On my table, before 5. Lambat awak balik jalan kaki. And, make sure you got my name right this time,” Alia tahu lelaki itu senyum sinis sebelum berlalu masuk ke pejabatnya. Walaupun Alia sekadar menatap belakang lelaki itu, dia tahu. Sebab sebelum ni pun, kalau dah begitu nadanya, memang kompom senyum sinis je yang dia reti ukir. Sama nada macam bila tok yah asyik sokong dia memanjang. Nada aku-menang-padan-muka-kau. Alia ketap bibir. Memang sungguh aku sembelih Combi kesayangan dia tu nanti. Kembali ke tempat duduknya, Alia teringat pesanan maut lelaki tadi, “...make sure you got my name right this time,” nama dia. Pantas page kertas kerja di-scroll down. Mencari page yang ada nama penuh CEO syarikat bernama pelik ini a.k.a Ari si bapak kambing. Jumpa.
Tengku Harith Daniel bin Tengku Hisham Zulkifli.
Ternganga.
Siapa kau sebenarnya?
Glosari (eceh.)
Hingaq - hingar/bising
Pagha - para/some sort of almari punya compartmentlah
Cheq - saya
Kegheta - kereta
Baliaq - baligh
Jebon - spesies hantu
Luhuq - Zohor
No comments:
Post a Comment