Wednesday, May 15, 2013

Cherps Tanpa Nama :) Part 1


Assalamualaikum!

Exam is OVER!!! 
Okey, tipu je. I still have one paper. Programming. *sakitkepala*
Tapi, tiba-tiba terasa nak saharing-sharing my latest cherps (meaning : cerpen).
But this is only the first part.

#Ada berapa part total?

Eh, awak! Hi :) hehe
Tak sure ada berapa part sebenarnya. eheh
Depends...
Maybe 3...or 4...
Probability nak jadik 5 juga pretty high...
Doa-doa semoga cepat habis :)

Pardon my sentence structure. Kalau terasa pusing pening koma ke hapa.
Just my way of expressing things.
I'm not good in BM, apatah lagi BI.
So, saya just tulis apa yang hati saya suruh tulis.
Hati saya memang diktator.
Degil tak cukup tanah. Okey, merepek.

Tajuk dia, taktahu lagi. Sebab cerita juga baru halfway.
Hati masih berahsia tentang endingnya. Ceit...
Whatever it is...enjoy! ENJOY! EnJoY! *gedikjap*

Sorry-sorry. Mood excited nak habis final. Hewhew...

Love Much,

Overly-excited PopiMerah :)
  
            Skrin laptop yang memaparkan mukasurat kosong Microsoft Words tiba-tiba menjadi gelap, berganti dengan wajah ceria kanak-kanak berusia 2 tahun tersengih nakal memakai spek Hello Kitty. Juga colourful bubbles yang indah berterbangan menutupi wajah ceria kanak-kanak tersebut. Alia mengeluh.
            “Oit, buat apa?” sapa si sahabat, Mai melabuhkan duduk di kerusi sebelahnya. Alia garu kepala yang berlapikkan tudung. Serabut.
            “Kira bintang,” spontan jawapan sarkastik Alia di tengah-tengahari buta itu.
            “Matahari tu, kau kiralah sepuluh kali pun tetap ada satu je,” Mai teguk air. Alia tutup muka. “Writers block lagi?” Alia alih tangan dari muka. Tudung dah menyenget macam baru lepas kena langgar taufan. Langsung dibiar saja.
            “Writers block? Jauh pen dari kertas. Idea untuk storyline pun samar-samar lagi,” adu Alia gaya itik patah muncung. Mai tergelak kecil.
            “Kahwin paksa? Jodoh aturan? Bukan cerita macam tu tengah hot ke sekarang? Hmm?” Alia angkat kening. Amboi, ustazah ni dah pandai layan novel jiwang ke?
            “Sejak bila kau pandai nak kahwin bagai ni? Lagipun, benda tu dah commonlah Mai. Gaduh, baik. Lepas tu gaduh balik. As a writer, aku pun dah naik muak tulis cerita macam tu,” Alia dongak ke langit. Mencari idea yang sudi hinggap di kepala. Deadline novelnya kali ini sudah ditetapkan lagi tiga bulan. Kerja dengan Kak Longnya memang perah otak. Kerja aci nak laju je. Kalau otak macam Uni-fi bolehlah tahan. Ini nak cari idea pun semput, manatah lagi nak tulis novelnya dalam masa tiga purnama. Oh my! Mohon sangat Kak Longnya bisa mengerti.
            “Then, buatlah cerita yang tak common,” senang jawapan yang terlontar dari bibir Mai. Alia terasa nak goncang kepala Mai kalau-kalau ada idea yang boleh tergolek keluar.
            “Kau nak suruh aku buat cerita pasal alien invade bumi ke hape?” Mai ketawa kecil. Ada ke situ pula simpangnya. Mai geleng kepala.
            “Why not kau buat novel yang boleh sentuh hati your readers?” Alia kerut dahi. Berbelit sungguh bicara Ustazah Maisarah tengahari ini.
            “Sentuh...hati?” Alia masih kabur. Mai mengukir senyum di bibir.
            “Remind me again why you chose PopiMerah as your nama pena?” soalan Alia berbalas dengan soalan juga.
            “Sebab...aku nak semua orang ‘addict’ dengan karya aku. I want my readers to experience love through my novels. Bunga popi is indeed a type of drug, kan? Addictive, that’s what I want my novel to be,” Alia tersenyum dengan angannya.
            “Niat kau tak salah. Tapi kalau niat kau dipercantikkan lagi dengan sentuhan Islam, InshaAllah, urusan kau akan lebih dipermudahkan,” lembut saranan Mai menyapa telinga. Alia tersentak. Semakin jelas kerutan di dahi.
            “Tapi...aku...” katanya mati di situ. Keluhan yang berganti. Mai masih tersenyum. Faham dengan kondisi sahabatnya yang bukan berlatar-belakangkan keluarga yang terlalu alim. Sekadar sederhana ilmu agamanya. Apa yang diajar di sekolah, itu yang diamalkannya. Alhamdulillah, pegangan agamanya walau tak sehebat alim ‘ulama tetapi masih mampu memandu diri di jalan Allah S.W.T.  
            “Kau?” Mai cuba mengorek kata-kata yang tertimbus di hati sahabatnya.
            “Don’t you think I’m too young to write all those stuffs? Aku tak nak bercakap perkara yang aku tak tahu hujung pangkalnya,” Alia beralasan. Dan Mai masih juga tersenyum.
            “Umur kau berapa?” Mai menyandar santai.
            “24,” perlahan Alia memberi jawapan.
            “Aku?” Mai pejam mata, menyelesakan diri.
            “Pun 24,” makin perlahan jawapannya.
            “My, my, tua sudah rupanya diri ini,” gurau Mai mengundang tamparan lembut di bahunya.
            “Kau lain. Profession kau memang ustazah,” Alia masih memberi alasan.
            “Pembetulan Cik Alia Najla. Aku BELAJAR ilmu agama. That’s why aku bekerja sebagai ustazah, untuk tabur kembali apa yang aku dah kutip. Bukan lahir je dekat dunia ni terus pandai mengaji Quran, tarbiyah orang sana-sini tau. Aku belajar, dan aku sebarkan. Sebab Nabi Muhammad S.A.W. sendiri bersabda ‘Sampaikanlah apa yang kamu dapat dari ku walau satu ayat sekalipun, dan ceritakanlah apa yang sampai kepada kamu dari hal Bani Israel dan tidak ada salahnya kalau kamu tidak ceritakan. Dan ingatlah, sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyediakan tempatnya dalam neraka.’ Dari Abdullah bin 'Amr ra. Hadis riwayat Bukhari dan Tirmizi,” Alia termangu mendengar hujah temannya. Hilang sudah alasan yang bertebaran dalam otaknya sebentar tadi. “Kau tak tahu, boleh belajar. It is never too late or too early for something like this. Aku ada, boleh-boleh saja aku tolong guidekan apa yang patut. Tapi ingat ya, aku cuma boleh tolong masakkan lunch untuk kau saja. Sama ada kau nak makan, atau biar makanan tu basi, it’s totally up to you,” berlapik Mai memberikan analoginya. Alia menunduk. Sepertinya sedang berfikir.

           “Aku...” Alia angkat kepala, memandang terus ke wajah bersih Mai.

           “Fikirkan dulu?” Senyum. “Aku doakan yang terbaik untuk sahabat aku yang seorang ini. Okeylah, aku nak masuk dalam dulu. Lunch belum masak lagi ni. Harap ke kau, makan kertas cecah dakwat printer jawabnya aku,” Mai menolak kerusinya kebelakang dan mengatur langkah ke pintu rumah. Alia masih keras di atas kerusi. Sebelum melangkah masuk, Mai berpaling kembali ke arah Alia.

            “Alia,” panggilnya sedikit kuat. Alia memandang kosong. “Kalau kau nak sentuh hati orang, kau kena sentuh hati kau dulu,” pendek dan ringkas pesanan akhir sahabatnya itu. Alia memandang skrin laptop yang masih penuh dengan colourful bubbles.


             ‘Hati aku?’ ... 
***

              Petang itu angin sepoi bahasa. Matahari macam malu-malu nak tunjuk rupa walau hakikatnya penunjuk jarum jam masih belum pun melepasi angka empat. Kesempatan itu Alia guna pakai dengan efisiennya, melepak di tempat semalam, tapi kali ini tanpa laptopnya. Dia mahu memikirkan cadangan yang diberikan oleh Maisarah semalam.

             “Termenung?” sapa Mai. Baru pulang dari kerja, mungkin. Alia masih termenung. Kehadiran Mai dengan briefcase kembung berisi buku latihan murid dipandang sepi. Tiba-tiba Nokia 3310nya menjerit. Oh my, terhentak jantung I. Amar. Sungguh manusia itu tidak pernah mengerti. Atau lupa kali pesanannya? Alia memandang sayu ke arah Mai, minta bantuan.

             “Apa?” Mai jeling skrin Nokia di atas meja kayu tersebut. Lagi? Pantas telefon bimbit temannya dicapai. Butang hijau ditekan. “Assalamualaikum,” lembut tapi tegas.

             “Wa...wa’alaikumussalam. Alia?” ragu-ragu si pemanggil bertanya.

             “No. This is Maisarah speaking. Ada apa ya Encik Amar call Alia?” lurus tanpa belok Mai terus bertanya.

             “I want to speak to Alia. Where is she? Kenapa awak yang angkat telefon dia?” jelas kejengkelannya pada nada suara itu. Mai juling mata. Laki macam ni nak buat suami? Suruh si Alia kahwin dengan gembala kambing di kampungnya lagi bagus.

            “Ada je depan saya ni. Dia yang suruh saya angkat phone call Encik Amar. Dia rasa kurang selesa bercakap dengan encik. Lepas ini saya harap Encik Amar tak akan telefon, mesej mahupun berjumpa dengan teman saya sekiranya tiada benda yang penting. Itu sahaja, kalau tiada apa-apa lagi, saya letak telefon dulu. Assalamualaikum,” click! Talian dimatikan. Alia masih termenung di tepinya.

            “Dia masih contact kau?” Mai letak nokia kembali ke tempatnya. Alia mengeluh.

            “Aku dah cakap banyak kali. But he won’t listen. Nasib baik dia tak serbu datang sini. Haru aku kalau macam tu,” Mai dah tersandar lesu di kerusi sebelah Alia. Dia tahu kisah cinta Alia dan Amar. Bertemu di pesta buku. Berkenalan. Dan bercinta? Tak...hampir sahaja. Sikap Amar yang terlalu terbuka telah menutup hati Alia. Open-minded katanya. Pegang tangan tak kira masa. Berpeluk cium tak kira tempat. Perkara biasa katanya. Kata Alia pula sebaliknya. Sudahnya Alia runsing sendiri.

            “Habis tu, macam mana?” Mai tutup muka. Tiba-tiba rasa mengantuk. Tidur petang-petang memang sedap. Syaitan dah mula main bisik-bisik. Pantas dibalas dengan istighfar.

            “Lari rumah?” Alia dah mula masuk mode gilanya. Mai kalih pandang ke arah housematenya. Tawa kecil terlepas dari bibirnya. Alia...Alia...

            “Kau ingat dia ayah kau yang nak mengamuk gila-gila kalau anak dara dia lari rumah?” Alia cebik.

            “Sekurang-kurangnya dia tak boleh cari aku. Aku rasa runsing. Penat. Rasa pack sangat, dengan novel lagi, hamba Allah tu lagi. Tapi...rasa kosong tu masih ada. Aku rasa macam telur burung kasuari yang dah kena tebuk,” Mai bantai gelak dengar analogi gila si Alia. Ada ke pulak telur burung kasuari? Tapi logiknya masih ada. Keras di luar, tapi dalamnya kosong. Hatta hantuk ke kepala sekalipun belum tentu telur tu yang akan pecah dulu. Tapi, KOSONG. Mai kembali senyum mesra. Lucunya sudah hilang.

            “I know the best place for you to stay sepanjang kau jadi pelarian ni. But...” ayatnya tergantung di situ.

            “But?” Alia angkat kening. Berdebar dengan idea Mai.

            “But, no facebook, twitter, instag apa benda yang kau duk hadap tu. Senang cerita, no handphone’s allowed. Sepanjang kau di sana. Kau cuma boleh bawak laptop je. For your novel, of course. Broadband pun strictly forbidden,” tu dia jawapan Maisarah. Alia melopong. Kepala yang tak gatal tiba-tiba terasa gatal.

             “Nokia baling anjing ni pun not allowed?” Alia buat muka kesian.

             “Kau nak lari rumah ke tak ni?” Alia angguk laju. “Then, problem is solved,” senyum. Mai angkat kaki, mahu masuk ke dalam. Nak mandi, lekit di badan terasa dah sangat. “No worries babe, telefon rumah ada je, cuma...” Alia jungkit kening. Memang niat Mai petang ni nak main gantung-gantung ayat ke?

             “Nothing. Aku masuk dulu. Toodles!” Mai hilang di balik pintu.

             ‘Lari dari rumah?’

            ‘Seriously, Alia? Haih...’

             Gila.
A/N : Story tiada kaitan dengan yang bernyawa, pengsan, koma, titik. Sekadar medium bagi hati untuk berkata-kata:)

No comments:

Post a Comment