Assalamualaikum:)
My first fruity hand (buah tangan? Ahaks!) before I'm on hiatus for awhile. Yep. Hiatus.
#Derr, baru second entry dah hiatus cactus bagai?
I have final exam around the corner. Can't help it guys. Break jap so that I can give my fullest attention to the examination. Haih...
But~ do enjoy the short story.
Sorry if it doesn't hit your expectation. I wrote this when I was still in my lower secondary. Maka, paham-paham jelah yer...
It may be childish...but I guess maybe it just my way of seeing things:)
credit to : Laskar Pelangi by Nidji :)
credit to : Laskar Pelangi by Nidji :)
So, enjoy!
Dia seperti orang ‘bisu’.
Bukan tak boleh bercakap, tapi taknak. Ketika dia berusia sepuluh tahun,
ibubapanya meninggal dunia dalam satu kemalangan tragis. Dia nampak, depan mata dia sendiri, ibubapanya
dilanggar sebuah trak ketika mahu melintas jalan…semuanya begitu jelas sehingga
dia trauma. Trauma dengan kehidupan yang ternyata bukan selalunya indah. Dan
sejak itu, dia berubah menjadi pendiam. Dia tiada
kawan…langsung. Semua orang anggap dia freak.
Temannya cuma buku. Dia…Lily.
Tapi sejak lelaki itu hadir…everything’s changing. Tiada lagi sedih
menghantui, tiada lagi air mata yang mengalir, tiada lagi sepi yang bertebaran.
Yang ada cuma senyuman dan gelak ketawa. Di tepi padang itu…segalanya bermula. Lelaki itu dan
gitarnya…dan lagu itu, Laskar Pelangi…mengubah dunia Lily.
Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita...oh~
“Siapa nama kau?” lelaki itu menjeling sekilas sambil memetik gitar
di riba. Lily tersentak, tak sangka lelaki itu sedar dia sedang berdiri di belakangnya.
Lily membisu, seperti biasa. “Duduklah, aku Kim,” ujar lelaki itu lagi. Lily
masih membisu. Kim angkat kening. Bisu ke
budak ni…
“Wei,
tengok tu. Budak baru tu cakap ngan budak freak
tu la. Eii…macam mana la dia boleh layan si budak bisu tu,” teguran yang berupa
sindiran menjengah telinga Kim. Lily yang duduk di sebelahnya
cuma menundukkan kepala. Dah biasa…
“Kau…bisu? Sorry…aku tak tau,” Kim kembali menumpukan perhatian pada gitarnya.
Lily menggeleng perlahan. Mulutnya masih terkunci. “Lily ek…nama kau?” Lily
tertunduk memandang buku catatan di riba. Jelas tertulis Lily’s
di kulit buku. Tiba-tiba senyum kecil terukir di bibir. “Cantik kau senyum.
Tapi kenapa kau selalu muram? Sejak first
day aku kat sekolah ni, aku tak pernah tengok kau rapat dengan sesiapa. Selalu duduk sorang-sorang je…” gitar
dipetik melagukan korus lagu Laskar Pelagi. Lily humming mengikut rentak petikan gitar. “Kau suka lagu ni?” spontan
Kim bertanya. Lily mengangguk perlahan. Kim terus
memetik gitar melagukan melodi indah Laskar Pelangi.
Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah
syurga
Bersyukurlah pada yang Kuasa
Cinta kita di dunia…selamanya…
Dan sejak itu…Lily tidak lagi bersendirian. Kim sentiasa di sisinya.
Menemaninya tatkala gembira atau sedih, suka atau duka, gelak tawa atau tangis
hiba. Kim setia menunggu walaupun Lily tidak pernah berbicara. Maha sepatah
pun…langsung tidak pernah. Tapi dia tidak kisah…sebab Lily adalah kawannya. A good one. Kim tahu.
Hampir lima bulan Lily berkawan dengan Kim. Lelaki
itu tidak pernah jemu bercakap. Di tepi padang ,
dibawah sepohon pokok yang rendang menjadi port
mereka ‘bersembang’. Tentang isu semasa, perihal sekolah, tentang diri, tentang
segalanya…di situ…bersama gitar. Walaupun cuma Kim yang buka mulut, walaupun
cuma Kim yang becok bercerita…tapi dia langsung tak kisah. Pernah juga terdetik
di hati Lily…tidak bosankah lelaki itu melayannya? Tidak penatkah lelaki itu
menemaninya? Tidak pernah disuarakannya. Disimpan di sudut hati sekemas-kemasnya.
Cukuplah lelaki asing itu sudi berteman dengannya. Siapa dia untuk
mempertikaikan kerelaan lelaki itu? Dia tak layak…langsung tak layak…
Hari ini, seperti biasa…Lily mengatur langkah ke port mereka. Seperti
selalu. Dengan senyuman yang makin mekar di bibir, dengan hati yang makin penuh
dengan bunga bahagia. Tapi…apa yang ditunggu tidak muncul. Mana Kim pergi? Dua
jam menunggu membuatkan Lily makin gelisah. Hatinya nekad menelefon Kim. Nombor
telefon yang tertulis di buku catatannya didail di public phone. Tiada jawapan. Mana Kim pergi? Persoalan itu
menghantui Lily. Adakah Kim sudah bosan dengan dirinya? Sudah jelak dengan
sikapnya? Sudah mengalah dengan dirinya? Lily mengeluh.
Sejak hari itu, Kim tidak hadir ke
sekolah. Seminggu…dua minggu…tiga minggu…Lily mengalah. Mungkin Kim sama sahaja dengan orang lain.
Berteman dengannya atas dasar simpati. Atau pun Kim sudah muak dengan si ‘bisu’
ini. Sudah muak dengan kesunyian yang dibawa oleh Lily.
Lily mengeluh lagi. Tepi padang itu bagaikan kosong
tanpa kehadiran Kim. Lily rindu sangat dekat Kim. Kenapa Kim buat Lily macam
ni? Salah ke kalau Lily ‘bisu’? Salah ke kalau Lily enggan berbicara? Kalau
dulu Kim tak kisah, kenapa baru sekarang…baru sekarang Kim mengalah? Kenapa
bila Lily dah mula terbiasa baru Kim nak undur diri?
Lily tersentak apabila bahunya
disentuh. Airmata diseka laju. Kepala dipaling kebelakang. Seyuman hangat itu
menyapa pandangan. Kim?
“Hei,
tak sedar pun aku datang. Ingat kat balak ek? Jauh
termenung,” airmata Lily kembali mengalir. Namun bibirnya tetap mengukir
senyum. Walaupun hambar. “Sheesh, apa
nangis-nangis ni? Tak malu la kau ni,” Kim ketawa. Tapi kedengaran canggung.
Lily perasan. Wajah itu tidak ceria seperti dulu lagi. Pucat lesi. Tak bermaya. “Sorry
dah lama tak datang sekolah. Aku…aku ada hal,” Kim melabuhkan punggung di
sebelah Lily. Lily tersenyum kecil. Takpe…Lily
tak kisah asalkan Kim masih ingat dekat Lily. Kim mengeluh. Gelisah yang
mula terbang kini kembali bertandang. Keluhan Kim seperti membawa maksud yang
dalam. Kim berpaling menghadap Lily. “Kau…kau memang betul-betul…bisu ke?”
soalan Kim menyentak hati Lily. Langsung tak pernah disangka Kim akan bertanya
soalan yang sebegitu rupa. Lily bingkas bangun.
Mungkin benar telahan hatinya. Kim
dah berubah. Dia bukan Kim yang dulu. Mungkin selama tiga minggu mereka tidak
bersua muka membuatkan Kim berfikir tentang mereka. Tentang hubungan mereka
yang ternyata…tiada kebaikannya. Kim pantas menarik tangan Lily. Dia terkejut
dengan respon yang ditunjukkan oleh Lily. Sumpah tidak terniat di hatinya untuk
melukakan Lily. Masa yang memaksanya bertanyakan soalan begitu kepada Lily.
Masa yang semakin pendek, suntuk.
“Sorry…aku
tak bermaksud nak…lukakan hati kau. Aku…cuma…aku…” kepalanya makin sakit.
Genggaman tangannya makin longgar. Pandangannya makin gelap, kelam. Semuanya
bertukar kabur dan…hitam…
Lily membuka matanya perlahan. Silau
cahaya mentari menyakitkan mata. Samar-samar wajah itu menyapa pandangan.
Ceria. Sayup-sayup kedengaran korus Laskar Pelangi. Kim sedang asyik memetik
gitar. Bibirnya pula menutur lirik penuh perasaan sambil badan diayun ke kiri-kanan
mengikut rentak lagu. Menarilah dan terus
tertawa…Lily tersenyum kecil. Teragak-agak Lily memanggil nama Kim. Walau dunia tak seindah syurga…Kim? Tak dengar ke Lily panggil ni? Kim…Bersyukurlah pada yang Kuasa…tiba-tiba
bayangan Kim hilang berganti kegelapan yang mula menelan. Petikan gitar juga
semakin perlahan…dan terus hilang…cinta
kita di dunia…selamanya…meninggalkan Lily
termangu sendiri.
Lily terkejut apabila seseorang
menepuk pipinya berkali-kali. Badannya automatik ditegakkan.
“Maaf ya, dik. Tak boleh tidur di sini. Emm…adik yang
hantar budak lelaki tu tadikan?” jururawat itu bertanya lembut. Lily mengangguk
laju. “Dia dah sedar. Adik boleh melawat dia sekarang. Mari ikut saya,”
jururawat tersebut membawa Lily ke wad yang menempatkan Kim. Cikgu Natrah, guru
yang berbaik hati membantu Lily menghantar Kim ke hospital tadi, sedang
bercakap sesuatu dengan Kim yang terbaring lesu di atas katil. Apabila sedar
kehadiran Lily, perbualan mereka terhenti. Cikgu Natrah meminta diri untuk
menghubungi ibubapa Kim dan menguruskan beberapa prosedur yang lain. Jururawat tersebut pula pergi membuat kerjanya yang belum selesai, meninggalkan
Lily bersama Kim.
“Hei…janganlah
sedih. Takde papela. Aku okey
je…” Kim menutur lesu. Mukanya semakin pucat. Lily
sedaya-upaya cuba
menahan airmata daripada mengalir. Tapi tak mampu. Dulu, semasa kematian
ibubapanya juga dia seperti ini. Segalanya disimpan sendiri. Dia tak pernah cakap
dengan sesiapa pun. Walaupun dengan Tok Wan yang setia membelanya sejak
kematian ibubapanya. Sebab dia tahu, Tok Wan pun sedih, macam dia juga. Dia
taknak bebankan orang lain. Dia tak suka. “Kau okey ke ni? Aku yang sakit pulak
risau tengok kau. Haha…” Kim ketawa hambar. Sesekali memicit kapalanya yang
terasa berdenyut.
“Kim…Lily minta maaf,” perlahan
suara kecil Lily menyapa gegendang telinga Kim. Kim tersentak. Namun senyuman
mula terukir.
“Kau…suara kau…sedap,” Kim mencari
kata. Lily tersenyum kelat mendengar respon Kim. “First time aku dengar kau cakap. Aku gembira sangat. At least, permintaan terakhir aku dah jadi
kenyataan,” walaupun perlahan, telinga Lily tetap dapat menangkap.
“Maksud Kim?” nafas Lily bagaikan
terhenti. Hatinya mengatakan ada sesuatu yang buruk bakal terjadi.
“Sebenarnya, Kim dah tak lama kat
dunia ni. Mula-mula Kim ingat Kim akan sembuh, tapi…nampaknya Kim menaruh
harapan yang terlalu tinggi. Final stage…barah
otak. Siapa yang boleh survive?” Kim
berjeda.
“Kim tak pernah bagitahu…” airmata
Lily mengalir semakin laju. Suaranya tenggelam timbul.
“Sebab kalau Kim bagitahu…Lily pun
akan layan Kim macam semua orang layan
Kim. Diorang bagi Kim harapan palsu. Cakap Kim boleh sembuh, everything’s gonna be just fine…Kim dah
muak dengar kata-kata tu. Hakikatnya, Kim still
dekat sini jugak. Kim still kena
telan pil-pil tu semua. They never try to
understand me. Apa yang diorang tau buat cuma bagi harapan palsu. Dan bila
Kim tau yang Kim takkan pernah sembuh. It
hurts like hell!” Kim tewas sebagai lelaki. Airmata yang ditahan tumpah
juga. Malunya sudah hilang. Egonya menyurut sama seperti harapannya.
“I’m
sorry. Lily tak tau. Lily…” Kim meraup wajahnya. Satu keluhan terzahir dari
bibirnya.
“Never
mind. It’s not your fault. Kim yang overreacted.
Lagi pun semua orang akan mati. It’s just
the matter of time. Lambat…atau cepat. Itu je…” Kim tersenyum nipis. “By the way, Kim nak cakap yang Kim rasa
seronok sangat dapat kawan dengan Lily. ‘Bersembang’ dengan Lily. The best moment I’ve ever had. Kim
takkan pernah lupakan semua tu. And
Kim harap, bila Kim dah takde nanti, Lily takkan pernah lupakan Kim and our friendship,” Lily angkat muka
menghadap Kim. Airmatanya masih laju mengalir. Lily mengangguk lemah. “Promise me to move on with your life, be happy
and never turn back, ‘kay? Befriend with everybody, jangan duduk
sorang-sorang macam dulu. Boleh?” Kim tersenyum. Hambar.
“Lily janji, tapi Kim jangan cakap
macam tu. Lily tak puas lagi cakap dengan Kim. Kim, please…jangan tinggalkan Lily. I’ve
lost my parents, I can’t lose you too,” Lily teresak bagaikan anak kecil.
“Sorry…Kim…,”
Kim menjadi sesak nafas tiba-tiba. Dadanya turun naik. Mukanya menjadi semakin
pucat. Lily menjerit memanggil doktor. Semuanya bertukar menjadi kelam kabut.
Semuanya berlaku begitu pantas dan apabila Lily tersedar, semuanya sudah
berakhir. Kim’s gone. Forever…Al-Fatihah…
3 bulan
kemudian…
Lily termenung di tepi padang . Tempat dia dan
Kim selalu lepak. Kaki dilunjurkan sambil bersandar pada sebatang pokok yang
semakin merendang. Gitar Kim terletak elok di ribanya. Gitar kapok itu
diserahkan sendiri oleh mama Kim padanya. Katanya, Kim pasti mahu gitar itu
sentiasa di samping Lily. Sebagai pengganti diri yang telah pergi. Lily hanya
menerima separuh rela. Ingin sekali menyimpan sebagai kenangan abadi, tetapi
separuh hatinya menolak mengenang kecewa di hati bahana pemergian Kim. Namun
ditabahkan hati, dikuatkan diri menerima dugaan yang hadir. Takdirnya sudah
begini, siapa dia untuk menolak? Hanya hamba yang lemah tanpa kuasa. Tanpa
kekuatan.
Bunyi ranting kayu patah mengejutkan
Lily dari lamunan yang makin tidak berpenghujung. Tanpa mangalihkan kepala ke
belakang, Lily menutur bicara, menegur empunya diri. Hati diikhlaskan dengan
niat berteman, amanat Kim, harus dipenuhi.
“Siapa nama kau?” perlahan suara
Lily menyapa. Tiada jawapan. “Aku Lily, duduklah,” Lily mengalih pandang ke
kanan bila terasa ada tubuh yang melabuhkan punggung di sebelahnya, agak jauh
sedikit. Lelaki? Mata meliar melihat sebarang tanda pengenalan diri. <name: Len> Jelas tertulis pada buku
nota di ribanya. Ada
jugak lelaki nama Len. Maybe, he just another me. I mean, another ‘past’ me…
Sekian, Terima Kasih :)
Love Much,
Popi Merah yang Stress -_-"
A/N : And yes, don't forget to drop your comments below:) Cheers!
Nice one, redpopi.. :) saw ur comment at my blog so I decided to jenguk2 ur blog and found this Lily and Kim.. A sad story.. Btw, I'm Aepy Aoki. :)
ReplyDeleteThanks for raeding Aepy:) Btw, i've read U-TURN. Immediately fall in love. Haha. Keep up the good work! And thanks again:)
Delete