Late updates. I know. Pfft. Sorry.
Kinda busy right now.
New semester.
New azam.
New updates :) Yep.
The so-called cherps is quite long.
Sorry again. Eheh.
Overflowed ideas. It can't be helped.
Tapi endingnya masih kabur.
Getting the clearer pictures, but still, can't be put into solid words.
May takes some time. Mohon sabar.
Whatever it is. Enjoy~
And comments and critics are much appreciated. So please, do leave something. Hehe.
Much Love,
Popi Merah
“Aku nak balik. This time, for
real,” Mai hampir jatuh katil.
“Kenapa tiba-tiba je ni?” Alia bersila atas katil,
sebelah Mai. Hujung sarung bantal dipintal-pintal.
“Sebab...”
“Sebab apa?” gesa Mai.
“Aku rasa...macam dah...” hujung bantal makin pantas
dipintal.
“Weyh...betul-betullah. Main sekat-sekat pula,” laju je
tapak tangan Mai melayang ke bahu Alia. Menyeringai Alia menahan sakit. Muka
cemberut ditarik.
“Sabarlah. Kau ingat senang ke aku nak put into words.
Aku rasa...aku dah ja...” mendayu intro lagu Six Degree of Separation – The
Script menghentikan bicara Alia. Nama je Ustazah Maisarah, lagu dalam handphone
memang tak ada gaya ustazah langsung. Ada lah dalam satu dua lagu Raihan
terselit dekat celah-celah The Script dengan Imagine Dragons. Tiga empat kerat
lagu Maher Zain terkepit dalam antara P!nk dengan Demi Lovato. Haru sungguh
ustazah sorang ni.
“Kacau je. Time-time macam ni lah jugak nak telefon,”
bebelan Mai berterusan sampai matanya terpaku pada skrin telefon. Terangkat
kening melihat nama si pemanggil. Matanya berlari pula mencari wajah Alia yang
mati kata di atas katil. “Assalamualaikum,” teragak Mai memberi salam. “Sihat,
Alhamdulillah. Aunty?” angguk-angguk. “Oh, ada. Dia ada kerja sikit. Aunty nak
cakap dengan dia?” senyum serba-salah. “Jap eh,” telefon dibawa jauh sedikit
dari mulut.
“Alia, kau tak cerita dekat mak kau ke nak datang sini?”
bisik Mai. Telefon dah dihulur ke arah Alia. Alia sekadar membalas dengan menjungkitkan
kedua belah bahunya. Telefon bersambut.
“Ma...”
“Alia pergi mana mama telefon masuk voicemail?” terus
tanpa simpang mamanya bertanya.
“Err...bateri habis...” teragak Alia menjawab.
“Hmm...patutlah...” begitu saja balasan mama. Alia tahan
rasa. Nampak sangat for the past few weeks mama langsung tak menelefonnya.
Kalau tak, mesti mama cakap, “Takkan sampai sebulan Alia tak charge-charge lagi
telefon tu?”. Mama memang tak tahu dia dah lama menumpang di rumah Tok Yah.
Bukan Alia tak nak bagitahu, sebelum pergi ada je dia telefon mamanya, tapi cik
Voicemail yang setia menjawab. Masa dekat rumah Tok Yah pon ada je dia telefon.
Dalam-dalam kena perli dengan inche kambing yang tak ada hati tu pun, dia masih
menelefon, tapi cik Voicemail juga yang menjawab. Rasa-rasanya ada nak dekat 30
voicemails yang dia dah tinggal untuk mamanya. Dan kalau cik Voicemail tu
manusia berhati murni, mesti dia dah cakap, “Sabar ek Alia, mama kau memang
sibuk je semedang. Buang masa je kau tinggal 100 voicemails pun,”.
“Kenapa mama call tiba-tiba ni?” Alia baring melunjur.
Rasa lenguh pula tiba-tiba.
“Hai, mama nak call anak mama pun tak boleh?” mata Alia
berpusing ikut arah putaran kipas. Mesti ada benda yang mama nak minta ni, Alia
berkira-kira sendiri.
“Alia ada leaves few messages in your voicemail. Have you
checked?” soalan berbalas soalan. Terdiam kejap talian di belah sana. Belumlah
tu, desis hati kecilnya.
“Hmm...mama ada benda nak bincang dengan Alia. When will
you be coming back?” tutup kes. Mama memang selalu begitu. Bila ada je benda
yang buat dia rasa dia salah, dia akan cepat ubah topik.
“Alia...tak tahu lagi,” tahan nafas. Jujur dia cakap,
memang dia rasa sangat serabut nak fikir pasal bapak kambing yang tiba-tiba
boleh buat otak dia jadi tepu untuk fikir benda lain. Dan sekarang bertambah
dengan mama yang tiba-tiba call cakap nak bincang benda penting. Bala baru ke?
“Alia balik esok,” walaupun bersuara lembut, tapi Alia
tahu itu memang spesies arahan mandatori. “Before 8 mesti dah ada dekat rumah.
Tomorrow night, don’t be late,” tegas lagi suara lembut itu menyanyi di cuping
Alia.
“Ada guest nak datang ke?” Alia kalih membelakangkan Mai
yang khusyuk duk curi dengar dia tengah sembang apa dengan mama.
“Bakal menantu mama nak datang,” zapp!!! Tanpa selindung
mama memberitahu. Alia dah tercungap. Bakal menantu? Anak mama aku dengan Kak
Long je lah. Kak Long dah selamat menikah tahun lepas. Aih, takkan laki aku
kot?
“Apa mama merepek ni?” Alia dah mula pakai nada suara ‘Alia-malas-nak-melayan-kerenah-mama’.
“I’m serious, young lady. Damn serious. Esok bakal
menantu mama, Amar Hakimi Dato’ Halim akan dinner dekat Villa Chempaka. Make
sure you’re early and find something decent
to wear,” perkataan decent itu ditekan kuat. Decent mengikut kamus Datin
Syarifah Sofea a.k.a mamanya ialah dress mahal yang harganya mencecah ribuan
ringgit hasil rekaan pereka yang punya nama gah. Itu maksudnya ‘something
decent to wear’. Bukan blouse biasa dari butik biasa yang direka oleh pereka
biasa.
“Amar? Macam mana mama kenal dia?” jantungnya dah skip a
beat. Bercamtum terus kening Mai mendegar nama Amar meluncur laju dari bibir
Alia.
“Family dia datang meminang semalam. And I said yes. Alia
pun memang dah kenal dengan Amar, kan? So, there should be no problem,” tenang
suara mama mengocak kesabaran Alia.
“And you didn’t even ask my opinion,” Alia dah duduk
tengak atas katil. Mai angkat kening. Hati dah dapat sense something wrong
somewhere melihatkan muka kelat si Alia, ditambah dengan suara tertahan macam
lagi sikit nak sembur api.
“You know him, Alia. He said that you guys are together
for almost a year,” bidas mama. Alia dah rasa nak menangis. That stupid guy is
a total jerk!
“Were mama, were. Itu cerita tiga bulan lepas. Now he’s
nothing more than just a stranger. You should’ve asked me first,” suara cuba
ditahan supaya tidak lebih meninggi lagi. Sedar dia sedang berlawan kata dengan
mama yang hampir putus nyawa nak melahirkan dia dulu.
“I don’t care. He’s a good man. From a great family. He
has a great background and you gonna marry him no matter what. Fullstop,”
senafas mama menutur. Alia mati kata. ‘Great family’ dalam kamus mama pula
bermaksud kaya, punya darjat, bukan setakat kerani cabuk makan gaji. Dan bila
mama cakap ‘Fullstop’ maksudnya memang titik. Noktah. Tiada koma, titik
bertindih, bracket ke hapa. Memang titik semata.
“Fine,” balas Alia lemah. Terus butang merah ditekan
tanpa pamitan. Air liur ditelan. Nafas cuba diatur kembali.
“So...what’s up? Everything’s...good?” soal Mai teragak.
“Aku...nak balik,”
***
“Are you sure?” wajah serabut Alia ditenung lembut.
Nampak macam kes berat je.
“Damn sure,” serius Alia membalas. Satu lagi keluhan
terlepas dari bibirnya. Tambah lagi berat di otaknya untuk fikir jalan keluar.
Tak cukup dengan bapak kambing tu, mama pun nak join the club juga. Eh...sejak
bila bapak kambing tu jadi satu masalah pada otak Alia? Alia geleng kepala
pula. Sempat je otaknya nak merewang ke lain. Mai dah garu kepala tengok
perlakuan si sahabat. Ni karang meroyan tengah-tengah malam naya aku.
“Kau okey tak ni?” Mai memegang lembut bahu Alia.
“Amar...”
“Amar?”
“Dia masuk meminang aku semalam,”
“What?”
“And...my mom said yes,”
“Kerja gila,”
“Mai, kalau killing tu dah jadi culture dekat Malaysia
ni, memang dah lama si Amar tu tertimbus dalam tanah,” datar Alia menutur.
Serabut. Memang sangat serabut. Satu-satunya jalan yang dia nampak ialah
melenyapkan Amar dari muka bumi ni; bunuh Amar. Tapi tu sama macam menempah
tarikh ke tali gantung. Dan, dia memang tak berani pun. Amar tu anak manusia,
bukan anak nyamuk. Apa hak yang dia ada untuk tarik nyawa makhuk Allah tu?
“Habis tu, kau nak balik bila? Tok Yah tau?” Alia kembali
baring dan Mai ikut sama.
“Belum. Aku tak cakap apa pun lagi. Aku kena balik esok.
Kira esok aku ikut kau balik KL teruslah,” Alia mula menyusun rancangannya
untuk esok. Otaknya berkira-kira menyediakan skema jawapan untuk soalan-soalan
mamanya nanti.
“Dah tu, bilanya kau nak cakap dekat Tok Yah? Terkejut
kambing orang tua tu nanti,” seloroh Mai, cuba menceriakan suasana. Tapi nampak
sangat canggungnya. Sebab Alia masih buat muka orang tertelan asam kelubi.
Senyum segaris sekadar ambil hati pun tiada.
“Kejap lagi. Baru pukul 9. Tok Yah pukul 11 malam karang
baru dia masuk tidur,” jawab Alia malas-malas.
“Sekarang je lah. Jangan dilengah-lengah. Nanti lain
jadinya,” nasihat Mai. Alia bangun dari baring. Bersedia untuk keluar bertemu
Tok Yah. Belum sempat Alia memulas tombol pintu, Mai bersuara lagi, mematikan
langkah Alia. “Kau betul dah tak berkenan dengan Amar tu? I mean, it’s a good
thing dia terus jumpa dengan your mom and discuss about this matter. Mungkin
dia memang serius dengan benda ni. Siapa tahu kalau-kalau he’s changing for
good? Don’t you want to give it a second thought, Alia? Plus, korang kan hampir
bercinta dulu? I don’t think it’s that hard for you to accept him,” luah Mai.
“Aku...dah tak ada hati dengan dia,” ...hati aku dengan
orang lain. Tapi orang tu...
“Okay,” Mai angguk.
“O...kay...” dan Alia berlalu keluar mencari Tok Yah.
No comments:
Post a Comment