Aaaa...nother updates! Yay! *clapclap*
Excited nak menghapdet.
Cerita dah nak kepenghujung...
Maybe in another two to three updates...
Hee~ tabley promise...
Nanti lajak lagi -_-"
Tapi apapun, enjoy. Leave comments. Thoughts. Ideas. Thanks.
Itu je:)
Love,
Popi Merah
“Nanti hang jangan lupa la na,
hantaq makanan tu kat Arip. Kebuloq kut sat gi dia tu,” pesan Tok Yah sebelum
menyarung kasut Bata berwarna coklat tua. Mai dah siap tunggu dalam kereta. Hon
dibunyikan dua tiga kali.
“Lekaihlah tuk oi...sat gi tak sempat nak cukuq jambui
baby nanti,” Mai separuh menjerit. Padahal kalau lambat pun bukan rambut baby
tu nak kena cukur habis dengan orang lain pun. Kalut je lebih.
“Ya..ya...nak mai la ni. Kalut sangat aih hang ni,” bebel
Tok Yah, mula menapak ke kereta. Seminit kemudian, Kelisa Mai dah meluncur laju
menuju ke jalan besar. Alia kembali masuk ke dalam rumah. Pintu dikunci.
Kepalanya serabut merancang aktivitinya pagi ini. Mula-mula kena kemas luggage,
petang nanti dah kena bertolak balik KL, bila Mai balik pada teman Tok Yah ke
kenduri akikah di kampung sebelah. Then kena masak lunch, nanti dalam pukul 12
tengahari kena naik basikal Tok Yah, hantar lunch dekat mamat kambing tu pula.
Mengada pagi-pagi telefon Tok Yah request hantar lauk lunch sebab kononnya
sibuk satu hari, nanti tak sempat keluar lunch. Tambah pulak bagi alasan, rindu
masakan home-made. Home-made kepala dia, suruhlah si Rania tu masak. Home-made
juga tu, bukannya dia pergi masak dekat hutan bakau ke apa. Mengada je lebih.
***
Alia melangkah masuk ke dalam pejabat dengan menjinjing
mangkuk tingkat di tangan kanan, dan termos air di tangan kiri. Sepi. Aik, dah
mana semua orang pergi ni? Alia menapak ke pantry. Terdengar suara Kak Melah
dan Rania sibuk bergelak tawa. Alahai, sibuk bergosip rupanya. Mana pergi bapak
kambing tu tak mengamuk pula. Kalau part aku tu, bagi tumpah kopi setitik pon dah
gaya macam aku siram kopi atas dia. Amboi, hiperbola melampau.
“Assalamualaikum,” sapa Alia. Tawa Kak Melah yang dah
macam langsuir kena geletek berhenti mendadak. Rania pula sekadar tersenyum
memandangnya.
“Eh, hang ka Alia. Kenapa tiba-tiba mai opis ni?” dengan
salam tak berjawab, Kak Melah laju bertanya pelik.
“Tok Yah suruh hantar lunch dekat Arip,” pendek Alia
menjawab, malas nak buang masa. Luggagenya masih ada yang belum selesai
dikemas.
“Laa...dia pi KL. Dia tak habaq kat hang ka?” bercantum
kening Kak Melah memandang Alia. Rania sekadar menjadi pemerhati.
“KL? Bila?” Alia dah berasa nak simbah kuah kari ikan
dalam mangkuk tingkat atas kertas-kertas kerja si Arip.
“Pagi tadi. Dalam pukui 8 macam tu la. Awat dia tak habaq
kat hang? Bukan selalu hang orang pertama yang dia cari ka kalau nak pi mana
pon. Time Nia jadi secretary pon dia tak kalut lagu tu,” Alia tarik sengih. Dah
aku kuli dia, memang aku tahu je lah mana si Arip tu nak pergi. Lagipun aku
serumah dengan Tok Yah. Senang nak bagitahu Tok Yah kalau cucu kesayangan dia
nie tiba-tiba kena outstation ke mana-mana. Kak Nia ni baru betul setiausaha
terhormat. Terlibat dengan urusan pejabat semata. Dekat situ pun memang dah
nampak sangat Arip melayan Alia sebagai apa. Orang gaji. Kuli. 24/7. Non-stop.
“Alia pun tak tau, Kak Melah. Kalau macam tu, tak apalah.
Alia ada bawa nasi dengan kari kepala ikan. Sayur brokoli campur cendawan
goreng. Kak Melah dengan Kak Nia makanlah ye,” Alia baru nak meletak mangkuk
tingkat atas meja bila Kak Melah menahan.
“Eh, kami dah makan dah Alia oi. Nia belanja tadi.
Kenyang lagi ni. Hang bawak balik je lah makanan ni. Sat gi duk sini pun buat
kenyang tong sampah ja,” balas Kak Melah tanpa penapis. Tercalar lagi hati si
Alia. Senyum di bibir cuba ditahan dari bertukar rupa. Bukan salah Kak Melah
yang nak dihambur dimarah bagai. Kalau ada orang yang boleh dipersalahkan,
orang itu sepatutnya Harith Daniel. Memang hidup suka bagi orang susah. Aku dah
tak kerja kat syarikat dia pun masih nak menyusahkan aku lagi. Mungkin aktiviti
‘menyusahkan Alia’ dah masuk dalam senarai harian yang wajib dia buat.
“Kalau macam tu, Alia balik dululah. Assalamualaikum,”
Alia segera berlalu keluar. Khuatir kalau duduk lama-lama dalam pantry boleh
menambah sakit hati dengan bicara bisa Kak Melah. Alia tahu Kak Melah memang
macam tu. Cakap ikut sedap mulut. Tapi dia maksud baik. Ayat je kasar. Alia
mengeluh. Kaki diatur melangkah ke pintu keluar. Belum sempat Alia menolak
pintu kaca tersebut, sudah ada tangan yang sedia membantu. Mata diangkat
merenung wajah putih bersih itu. Hangat seulas senyuman diberi.
“Thanks Kak Nia,” Alia berusaha lagi untuk ukir senyuman
ikhlas. Rasa muka dah kebas asyik kena senyum paksa je hari ni.
“Welcome. I walk you down the street. Kebetulan Kak Nia nak
menyinggah kedai depan tu kejap. Nak beli barang sikit. Boleh sembang-sembang,”
Rania berjalan seiringan dengan Alia yang sedang menolak basikal. Alia sekadar
mengangguk. Wajahnya dielakkan dari memandang muka Rania. Takut gadis baik itu
perasan riaknya yang agak keruh.
“You marah Harith?” soal Rania, hati-hati. Alia
tersentak. Laju otaknya memproses soalan.
“Marah? Err...tak adalah,” spontan jawapan standard itu
yang keluar. Walaupun hakikatnya hati memang membara je terpaksa naik basikal
pergi pejabat Arip. Memang jarak tak berapa nak jauh, tapi panas-panas begini,
memang saja nak bagi hati mendidihlahkan.
“Harith tak salah. Dia nampak kelam kabut sangat pagi
tadi. Padahal dari semalam lagi Kak Nia dah bagitahu dia. Harini kena pergi KL,
ada problem sikit dengan hotel yang selalu berurusan dengan kami. Boleh dia
cakap dia lupa. Semalam pun dia nampak macam zombie tak zombie je. Even kopi
dalam termos pun dia minum tak habis semalam. Jarang Kak Nia nampak dia macam
tu,” keluhan kecil terlepas dari bibir bersalut gincu soft pink itu. Alia dah
dapat agak kenapa Arip jadi macam tu. Kes marah tak habis lagilah tu. Marah
sakan ye pak cik tu sebab aku minta berhenti tiba-tiba. Sampai kopi yang aku
buat pun sudi tak sudi je dia hadap. Bertambah lagi sakit hati Alia.
“Risau betul Kak Nia dengan Arip, kan?” tiba-tiba
terpacul soalan yang buat Alia nak tampar mulut sendiri. Tapi, soalan itu
dibalas dengan tawa kecil.
“He’s my bestfriend. What else could I say,” lain macam
bunyi ayat tu pada pendengaran Alia. Tanpa dipinta, muncul satu spekulasi di
kepala otak si Alia. Harap-harap salah. Harap-harap salah. Doa Alia tak
berhenti. Tapi hati masih terasa gatal nak bertanya.
“Kak Nia...suka dia? I mean...in a way that you want to
make him as your husband,” straight tanpa simpang, road-block mahupun sekatan
Kastam. Langsung mati langkah Rania. Alia ikut berhenti. Dia pula yang rasa
berdebar nak tahu jawapan Rania.
“I...I don’t know. It’s almost 5 years since we first
met. Kak Nia takut dia anggap Kak Nia not more than just a friend,” sah. Memang
Kak Nia suka dia. Menangis lagi hati Alia. Langkah mereka hampir sampai di
kedai yang dituju. Alia terus membisu. Hatinya berperang. Dia nampak cara Arip
pandang Kak Nia. Cara Arip cakap dengan Kak Nia. Cara Arip layan Kak Nia. Jauh
beza dengan dirinya. Kalau dengan dia, kasar je cakap. Dengan Kak Nia, lembut
semedang. Kalau dengan dia, tenung macam mata nak keluar laser. Dengan Kak Nia,
macam nak keluar bunga-bunga cinta. Dahlah Alia, yang kau serabut nak fikir hal
ni kenapa, tu, mama dah siap tunggu kat rumah tu kau nak jawab apa? Skema
jawapan pun kau tak buat lagi. Dah sibuk nak cari masalah baru.
“Kak Nia cubalah cakap dengan Arip. Alia rasa Arip macam
suka dekat Kak Nia juga. Muka dia happy je bila Kak Nia masuk pejabat balik.
Dengan Alia muka selalu cemberut je,” ketawa palsu. “Okeylah Kak Nia. Dah
sampai kedai. Alia balik dulu ya. Jumpa lagi. Assalamualaikum,” Alia pantas
melabuhkan duduk di atas seat basikal dan kaki bersedia atas pedal. Elok salam
bersambut, Alia mengayuh pergi. Tak toleh belakang. Sebab air mata dah
bertakung tunggu nak jatuh je. Alia nak balik. Alia taknak datang sini dah.
Alia nak balik. Alia nak balik.
***
Tepat jam 4.50 petang Arip muncul di pejabat dengan muka
kepenatan marathon keliling kampung. Perut yang lapar malas dipedulikan.
Seleranya macam mati sejak kes semalam. Kes dengan Alia. Hari ni tiada kopi
Alia. Kosong rasa hidup. Walaupun sempat teguk latte sampai dua cawan, ketagih
kopinya seakan belum mahu hilang. Mengeluh. Itu je yang dia tahu buat sejak
pagi tadi. Sampai kena tegur dengan manager hotel tadi. Malu sekejap. Nasib
baik masalah dah selesai dengan jayanya. Hilang satu masalah.
“Eh, you. Nia ingat you nak spend a night dekat KL. Tak
penat ke ulang alik KL-Penang?” tegur Rania yang baru keluar dari pantry.
Terkejut tengok Arip yang dah macam mayat hidup.
“Okey je. I tader mood nak stay lama-lama dekat KL,”
balas Arip pendek.
“Oh, tadi Alia ada datang. Dia bawa lunch for you. You
didn’t tell her that you’re going to KL, eyh?” soal Rania. Dia perasan mata
Arip macam berkilau bila dia mention nama Alia. Sangsi kejap rasa hatinya
dengan apa yang diberitahu Alia tadi. ‘Harith suka aku? Betul ke?’ desis hati
kecilnya.
“God. I totally forgot about that. Pagi tadi I call Tok
Yah, minta hantarkan lunch sebab I rasa macam malas nak keluar lunch dengan
kerja bertimbun macam tu. I lupa I kena pergi KL pagi tadi,” mengeluh lagi.
Rasanya harini dia penat mengeluh je.
“Harith, I’ve...”
“I nak balik rumah Tok Yah. Anything, you just call me,
okay?” kelam-kabut Arip kembali menapak keluar. Enjin kereta dihidupkan dan
kereta laju meluncur ke rumah Tok Yah. Mesti lunch tadi Alia yang masak. Sebab
Tok Yah memang dah cakap awal-awal dia ada kenduri akikah pagi ini. Jadi
kemungkinan untuk Alia yang masak sendiri agak tinggi. Tiba-tiba, perut yang
mula-mula rasa lapar tak lapar bergendang lagu Avenged Sevenfold-Afterlife.
Makin laju pedal minyak ditekan. Cepatlah sampai. Cepatlah sampai.
***
“Alia balik dulu ya tuk. Terima kasih sudi tumpangkan
Alia kat sini. Alia gembira sangat dapat belajar macam-macam dengan tuk.
Halalkan makan minum Alia ya. Kalau ada masa, Alia datang lagi. Tapi tuk jangan
katup pintu pulak,” seloroh Alia. Air mata cuba ditahan sehabis mungkin. Nanti
meraung kat sini, tak ke haru sekampung.
“Merepek hang Alia. Awat aku nak katup pintu. Cucu aku
balik, aku bukak luaih-luaih. Nanti hang mai lagi la na. Mai sorang pon takpa
aih, tinggai Maisara ni duk kalut sangat dengan kerja dia tu,” sempat lagi Tok
Yah membebel pada Mai. Alia dah tersedu-sedan sebelah Tok Yah. Tubuh tua itu
dirangkul erat. Tak pasti jika kakinya akan menjejak rumah papan itu lagi atau
tidak. Dengan kisah mamanya, cerita ‘bakal’ suaminya lagi, dan hikayat si
pengembala kambing, dia tak pasti jika dia masih mampu ke mari lagi. Jadi tubuh
tua itu dipeluk erat. Buat bekalan rindu kelak.
“Dah lah Alia. Bukan tak boleh datang lagi. Nanti aku
bawa kau datang lagi, eh?” pujuk Mai pula. Alia cuma mampu mengangguk dengan
sedu yang masih bersisa. Buat kali terakhir, tangan penuh kedutan itu disalam,
pipi rebeh itu dicium, tubuh kering itu dipeluk. Lama. Terasa bahunya ditepuk
perlahan, baru Alia melepaskan. Senyuman paksa-sayu-sedih diukir.
“Balik dulu tuk. Assalamualaikum,” dan Alia mahu
bersegera masuk ke dalam kereta, tapi sempat ditahan Tok Yah.
“Ni, nanti sat. Arip tau dak hang nak balik KL dah ni?”
Alia tersentak mendengarkan nama itu. Perlahan kepalanya digeleng. “Hang tak
mau tunggu dia ka? Tadi hang pi pejabat dia bukan jumpa pun kan,” tanya Tok Yah.
Teragak, Alia menggeleng perlahan.
“Tak apalah tuk. Alia kena balik cepat. Ada hal dekat KL.
Nanti kirim salam pada dia ya. Alia pergi dulu. Jom Mai,” kelam kabut Alia
minta diri. Kalau boleh memang dia taknak jumpa dah dengan insan empunya nama
Harith Daniel itu. Sampai bila-bila pun. Elok dua-dua dah masuk kereta, Mai
membunyikan hon dua kali sebelum keretanya meluncur keluar dari perkarangan
rumah Tok Yah. Selamat tinggal Tok Yah. Selamat tinggal Tengku Harith Daniel.
Selamat tinggal Kak Nia. And also Kak Melah. Juga La Chevre. Selamat tinggal
Penang.
Kalau kita
tak jumpa lagi, tak apa, kan?
the end atau ada sambungan lagi ? O.o
ReplyDeleteAda sambungannya. Masih dalam pembikinan:) Thanks for reading.
Delete