Double update!
Bonus sebab dah lama tak hapdet.
Hope you guys enjoy reading this.
Love,
PopiMerah.
“Aku terima nikahnya,
Rifa Aulia binti Malik dengan mas kahwin RM 1000.00, tunai...” anggukan sah
beserta tahmid Alhamdulillah dari orang ramai yang memenuhi ruangan masjid itu
menandakan Rifa Aulia Dato’ Malik sudah selamat menjadi isteri kepada Rayyan
Naufal Tan Sri Halim.
Tapi itu cerita petang tadi. Malam itu Rifa dah siap bersila
di atas katil dengan baju tidur kebangsaannya, singlet kelabu dan sweatshorts
hitam. Langsung malas mengambil kira kehadiran suaminya. Suami yang langsung
tak pernah bertemu muka dengannya sehinggalah petang tadi. Pintu bilik yang
dibuka dari luar langsung tidak mengganggu perhatiannya pada telefon pintar
ditangan. Sesekali sengihan menghiasi bibir. Lucu dengan update-update temannya
di California sana.
Sebentar
hati terasa bagai ditampar rasa terkilan kerana tidak dapat berkongsi dengan
teman-temannya di California tentang status barunya. Malas mahu memperbesarkan
perkara yang cuma bakal mengkelam-kelibutkan lagi fikirannya. Tambahan nanti
kalau Carl bermata hijau lumut tu dah mula ambil port. Silap hari bulan terpacak
lelaki itu di depan rumahnya. Nahas dikerjakan papa.
“Ehem...” deheman kasar dari sisi katil mematikan
perhatian Rifa dari skrin telefon. Namun pandangan masih dipakukan di tempat
yang sama. Selang tiga saat, Rifa meletakkan telefonnya di atas katil dan
berdiri menghadap Rayyan. Boleh tahan tinggi mamat ni. Bisik hati kecilnya.
Matanya yang separas dengan pangkal leher Rayyan diangkat tinggi mencari anak
mata coklat cair suaminya. Seulas senyuman diukir manja. Terganggu dengan jarak
mereka yang agak rapat, Rayyan menapak sedikit ke belakang.
“Look, aku kahwin dengan kau bukan atas kerelaan sendiri.
I was forced into this marriage. Kalau tak, daddy taknak wariskan Sutera Emas
pada aku. That company is everything to me. Nyawa aku. Sebab tu aku sanggup
kahwin dengan kau. So, I hope you’re not looking forward into this marriage,
okay? Once I have Sutera Emas in my hands, I’ll let you go. But for the time
being, bear with me. Lagi satu, kalau aku dengar kau cerita bukan-bukan dekat
daddy or mummy, atau dengan parents kau sekalipun, siap kau!” ayat terakhirnya
berbaur ugutan. Rifa menundukkan sedikit wajahnya, cuba menahan riak dari
berubah. Kalau diikutkan hati memang dah terguling tergolek dia ketawa depan
lelaki itu. Ayat nak habis drama. Dia ingat dia watak utama novel apa? Perasan.
“So, you’re this kind of person, ey?” wajah diangkat
perlahan. Merenung tajam wajah sombong Rayyan. Hilang senyuman di wajah Rayyan
berganti dengan sengihan sinis dibibir Rifa.
“The kind of people who would do everything it takes to
get what they want. Interesting,” setapak Rifa mendekatkan diri, setapak Rayyan
menjauh ke belakang.
“Sayangnya, that is not how it works with me, honey. You
need ME, to get your hands on Sutera Emas. But I need nothing from you,
sugarplum. Doesn’t it sound...a little bit...unfair, to you?” kening diangkat
sebelah. Senyuman semakin panjang ke telinga. Rayyan terkedu. Tindakan Rifa
langsung lari perancangan asalnya.
“Ss..so?” Rifa hampir bersorak gembira mendengar getar
suara Rayyan.
“Don’t worry Rayyan Naufal. I’ll keep my mouth shut. Mark
my words. But...” Rayyan telan liur, langsung fikiran perempuan di hadapannya
tak dapat dibaca. “But as long as you’re willing to follow everything that I
say. And by everything, I mean every single thing. So, are you in?” Rayyan
menyumpah dalam hati. Pandai betul perempuan di hadapannya memutar balikkan
keadaan. Sepatutnya dia yang mengugut Rifa Aulia. Bukan sebaliknya!
“But of course, you boleh je turn down my offer and kiss
Sutera Emas goodbye. Totally up to you, sayang,” Rayyan semakin melangkah ke
belakang sementelah Rifa terus mengasaknya ke depan. Sudahnya dia tersandar di
dinding, dengan Rifa yang rapat di hadapannya.
“Kau?” Rayyan melontar soalan yang melebarkan lagi
sengihan Rifa. Penceraian mereka bermaksud terlerainya usahasama antara Megah
Holdings dan Sutera Emas. Bukan syarikat papa Rifa saja yang bakal mengalami
kerugian, tapi syarikatnya turut terjebak sama. Tapi, mustahil Rifa tahu semua
tu, kan?
“Me? Eheh...” Rifa melepaskan tawa kecil. Kelucuan.
“Trust me, Rayyan. I, personally, got nothing to lose,” ringkas balasan Rifa,
penuh dengan maksud tersirat. Rayyan tersentak.
“How about Megah Holdings?” lagi kuat ledakan tawa Rifa.
“Do I look like someone who would give a damn on whatever
happens to that stupid company?” soalan Rifa semakin mendebarkan Rayyan. Dia
belum cukup mengenali perempuan itu untuk kenal antara gurau senda dan serius
maut Rifa Aulia. Tapi nampaknya Rifa Aulia di hadapannya tidak nampak seperti
sedang bermain-main.
“You tak takut company yang papa you tubuhkan dengan
penat lelah dia, hancur macam tu je?” riak terkejut jelas terlukis di muka
Rayyan. Rifa tersenyum sinis.
“Dengan penat lelah dia jual anak dia sendiri? Wow...I’m
very touched,” jemari menekan pelipis perlahan. “You seriously tak tahu what’s
going on in my family, kan? Do you possibly know why I was sent to US five
years ago?” kepala diteleng ke kiri. Menanti jawapan Rayyan. Namun riak pelik
yang ditunjukkan oleh Rayyan semakin menggeletek hatinya. “Oh my, this should
be very interesting,” ulas Rifa ceria.
“That’s enough for now. Don’t want to drive you up the
wall in just one night. You should get some sleep, Rayyan. We’re going to have
so much fun from now on,” ujar Rifa beserta senyuman penuh muslihat. Kaki dah
melangkah menjauhi Rayyan sebelum lelaki itu kembali menarik lengannya. Kasar.
Rifa merenung tajam muka suaminya. Senyum sinis masih melekat di muka.
“Apa maksud kau? What are you up to Rifa Aulia?” keras
nadanya bertanya. Rifa menjuling mata.
“Don’t you get it, sweetie pie? You are my new pet. And
I’m your new...” kaki dijengket sedikit, mendekatkan bibirnya ke telinga
Rayyan. “...master. That is something that we should celebrate, right? Goodnight,
handsome,” kucupan hangat dihadiahkan di pipi Rayyan sebelum Rifa berlenggang
ke katil. Lampu bilik dimatikan. Tubuh dihayun ke atas katil. Melodi Coup
D’etat dialun perlahan dengan senyuman masih dibibir. Masih dapat dilihat bayang
tubuh Rayyan yang tegak kaku di tempat tadi.
This is my Coup D’etat.