Heyya.
Long time no see. Haha.
I was kinda busy with the uni thingy.
Need to kemas rumah also since I'm moving into a new house.
Need to set up everything. Need to masak sendiri tau sekarang ni.
Cayalah.
So I've been really busy with a lil of this, a lil of that...
So...that pretty much sums up my life.
Tapi nak buat macam mana kan.
Dah nama pun hidup. Haha.
And since I'm very, very, very far from home (and also I don't like to read news online...hmph...) I just got to know about the plane crash tragedy. Thanks to facebook, of course.
Let's pray for their safety.
Allah SWT sentiasa mengetahui yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
So, kita yang yang orang biasa-biasa ni, let just not meddle into that by making (what I think) stupid assumptions.
Macam mana dia boleh terhempas?
Kenapa dia terhempas?
Salah siapa dia terhempas?
Siapa dalang sebenar yang rancang dia terhempas?
Come on guys.
You're not even there, watching it crash by your very own eyes.
So please, let just leave it at that sampai kerajaan or any trustworthy party keluarkan kenyataan yang sebenarnya.
Eleh...kau ingat betul sangatlah statement diorang tu? Balaci je semua tu...
Pasti akan ada yang keluarkan kata-kata begini.
Kalau tak ada? Alhamdulillah. Akhirnya berubah jugak keyboard warriors dekat Malaysia ni.
Kalau ada? Then, there's only one thing that you should know, SUKA-HATI-AWAK-LAH.
It's your otak anyway.
Cuma jangan keluarkan spekulasi pelik-pelik yang cuma ada potensi untuk memburukkan keadaan yang sedia ada.
Ingat facebook tu bukan hak milik mutlak orang Malaysia je.
Warga negara lain yang lagi berbilang warna kulit, bahasa juga budaya pun ada.
What do you think their expectations will be about Malaysia?
Otak awak, awak fikir.
For me, yang saya mampu buat #PrayForMH370.
Okay. Back to business.
Here's the latest update for TCB.
Maaf rambles banyak-banyak sebagai mukadimah tadi.
Jangan sakit-sakit kepala.
Have a cuppa coffee.
Bye.
Salam angin sejuk,
RedPoppy.
Haikal Rifqi berjalan
santai tanpa arah tuju lewat tengahari itu. Bersama Canon di tangan, sesekali
pemandangan sibuk di tengah kota metropolitan itu disematkan di ruang memori
kameranya. Mujur saja waktu itu bilangan manusia tidak ramai. Kalau tidak, percuma
dia dihambur kerana berjalan lambat. Lensa Canon diacu lagi ke beberapa arah.
Klik.
Klik. Butang diketik. Ditala pula ke arah lain. Lama lensa Canonnya mati di
situ. Sebujur wajah kosong milik seorang gadis kurang sepuluh kaki di
hadapannya di zoom dekat. Kosong tanpa riak. Senyum. Tawa. Mahupun tangis atau
jelik. Kosong. Gadis itu berjalan terus ke arahnya. Sempat beberapa shot gambar
gadis itu diambil. Pada perkiraan Rifqi, kemungkinan untuk gadis itu
menghamunnya kerana mengambil gambar tanpa kebenaran agak tinggi. Tapi ternyata
tanggapannya salah. Gadis itu masih berjalan dengan riak yang kosong. Seperti berada
dalam dunianya sendiri. Sengaja dia berdiri di dalam laluan gadis itu.
Gadis
berwajah kosong itu semakin mendekat. Dan melanggar bahunya. Tunduk sedikit.
Sepatah kata maaf. Dan terus berlalu pergi. Rifqi menarik sengih. Mungkin
memang gadis itu punya dunianya sendiri. Langkah pantas diatur melebihi
beberapa tapak dari gadis tadi. Perbuatan seperti tadi diulang lagi. Dan lagi
sekali, gadis itu tunduk, memohon maaf dan terus berlalu pergi. Tanpa melihat
langsung wajahnya. Diulang lagi sekali. Dikejar gadis tadi, memintas jalannya,
dan berhenti di laluannya. Juga bahunya dilanggar. Ucapan maaf. Dan mula
melangkah pergi. Tapi kali ini, belum sempat gadis itu berlalu, Rifqi segera
menahan bahunya.
“Awak
sedar tak awak dah langgar saya tiga kali?” soalnya serius. Wajah cuba
dikelatkan menahan tawa.
“Huh?”
kosong. Masih seperti tadi. “Maaf,” dan terus berlalu pergi. Rifqi menarik
nafas dalam. Nampaknya sangat susah mahu menarik gadis itu dari dunianya. Tapi,
mengenal erti kalah, bukan Haikal Rifqi namanya. Segera langkah gadis itu
dituruti. Pergelangan tangannya dicapai dan ditarik membuntuti langkah
panjangnya.
“Jom
temankan saya makan,” yang peliknya, gadis itu langsung tidak membantah.
Dituruti juga langkah lelaki itu walaupun tidak langsung dikenalinya.
Langkahnya diatur ke arah kafe yang berdekatan. Kerusi ditarik dan gadis tadi
didudukkan.
Sepuluh
minit berlalu. Minuman yang sampai sekejap tadi masih tidak berusik. Rifqi tekun
merenung wajah tanpa riak itu. Masih kosong seperti tadi. Soalan yang diaju
juga perlahan dibawa pergi angin lalu. Tiada balasan. Penat bertanya akhirnya
Rifqi ikut diam. Sesekali jemarinya berlari mengetik cari gambar-gambar menarik
di celahan memori Canonnya. Getaran yang tiba-tiba mengisi ruang sepi itu
mengganggu konsentrasinya. Pantas matanya mencari punca gangguan. Baru
terperasan objek kuning dalam genggaman gadis di hadapannya. Telefon bimbit.
Mata si gadis turut tertala di situ.
“Awak…taknak
angkat telefon?” diam.
“Do
you want me to answer that for you?” juga diam.
Sudahnya
getaran itu mati sendiri. Dua saat kemuadian kembali bergetar. Persisten.
“Ada
orang pernah cakap dekat saya, kalau betul-betul taknak jawab any calls, we
should consider turning off the phone. At least tak ganggu orang lain, or in
your case, kebaskan tangan menahan vibrate tu,” ayatnya dihabiskan dengan tawa
kecil.
“Keep
your nosy nose out of my business,” ayat pertama yang keluar dari bibir itu
berbaur amaran. Rifqi menahan senyum.
“So,
you’re still not answering the call? Tak kesian dekat boyfriend tunggu lama?”
duga Rifqi dengan senyum sinis.
“I
said keep your nose outta my business!!!” keras suaranya menarik perhatian
beberapa pelanggan lain. Rifqi sekadar mengangkat tangan memohon maaf. Masuk
kali ketiga telefon kuning itu bergetar, Rifqi segera merampas dari genggaman
si gadis.
“What
the…”
“Wow…siap
delete number. Quite a fight, eh?” deretan nombor di dada skrin diperhatikan.
Emoticon hijau ditolak ke tepi. Panggilan bersambung. Telefon dilekapkan ke
telinga. Gadis tadi dah beriak bengang.
“Helo,
Cik Dira? Saya ni, Zila, secretary Tengku,” senyap. Rifqi terkedu. Zila?
“Helo?
Cik Dira? Dengar tak?” deheman perlahan menjawab pertanyaan itu.
“Err…saya…kawan
Dd…Dira. She’s…currently not available. Ada apa?” gapaian dari jemari Dira
ditepis ke tepi. Mujur saja Dira tidak terang-terangan menjerit amuk di situ.
“Oohh…tolong
sampaikan pada Cik Dira, Nendanya mahu dia segera pulang ke rumah. Urgent.
Mengenai ibunya,” terang suara di hujung talian. Ringkas. Rifqi telan liur.
Nenda?
“Baiklah…err…Cik
Zila, nanti saya beritahu Dira,” Rifqi cuba mengawal riak wajah. Kenapa
nama-nama tadi begitu mesra ditelinga. Takkanlah…mustahil!
Dira yang tiba-tiba menyentak lengan bajunya mematikan
lamun. Rifqi kembali sedar melihatkan wajah garang gadis di hadapannya itu.
Dira. Bertubi-tubi persoalan menerjah kotak fikirannya. Namun disedapkan hati
yang semuanya sekadar kebetulan. Sekadar nama. Mustahil pemiliknya orang yang
sama, kan?
Matanya kembali memfokus ke arah imej gadis tadi yang
sedang memegang cawan kosong dengan wajah merah padam. Baru terasa cairan sejuk
yang mengalir membasahi dadanya. Turut tempiasnya membasahi Canon kesayangan.
“The hell you’re doin’ man…” telefon milik Dira spontan
dicampak ke atas meja. Mulut dah kumat-kamit menghambur geram. Tisu di atas
meja menjadi mangsa tangan rakusnya. Canon kesayangan yang diutamakan dulu.
Habis jadi korban semut hitam dek air manis nanti. Nasib baik perempuan yang
membuat pasal, kalau lelaki memang dah selamat dilipat lapan gamaknya.
“Saya yang patut tanya soalan tu. Awak ingat awak siapa
suka-suka hati nak jawab telefon saya? Kawan? Boyfriend? Suami? I don’t even
know your name,” tajam matanya menatap wajah bengang Rifqi. Rifqi yang tadinya
lincah membersihkan kameranya mula beradu pandang dengan Dira. Tisu entah
dicampak ke mana. Canon sudah ditolak tepi. Nafas dihela berat.
“It’s Rifqi and saya pun cucu Nenda. Puas hati?”
menarik sangat... dah cetak atau blum. pls update.. nak buat koleksi, in sha allah...
ReplyDelete