Tuesday, January 21, 2014

The Caged Bird 6

Assalamualaikum!
TCB 6.
Makin malas nak menulis intro panjang2. Haha.
Kbai!

Love,
Popi Merah.


            Pintu dewan bedah ditenung bagai terlihat-lihat kelibat ibunya dibedah oleh para doktor. Sesekali juntaian air mata dihapus-seka. Tengku Faridah yang diam di tepi malas mahu diendahkan kewujudannya. Hati tidak putus-putus mengait rantaian doa buat ibu yang bertarung nyawa di dalam. Elok kaki melangkah masuk tadi, Dr. Haris dah siap menunggu di hadapan bilik ibunya. Bilik B-01.
            “She’s getting worse. Dia dalam keadaan koma sekarang,” tanpa sebarang mukadimah, terus kata-kata itu menyinggah di telinganya. Mata terasa berpinar gelap. Tangan mula menggagau mencari penampung badan. Terasa ada tangan yang melingkar di bahu.
            “Doktor, just do whatever it takes to save my daughter. Saya akan bayar. Berapa pun saya akan bayar, doktor. Please, save her,” dan kata-kata Tengku Faridah yang membuatkan ibu terbaring pasrah di dalam dengan kepala dibelahbuka. Sejam. Dua jam. Tiga jam. Keadaan yang semakin sunyi bertambah tegang. Dira memejam rapat matanya. Ya, Allah. Tolong ibu Ya Allah. Hanya Engkau yang mampu. Rabbi yassir wa la tu’assir. Rabbi tammim bil khayr. Ayat itu diratib-baca berulang kali.
            Pintu dewan bedah yang terbuka tiba-tiba menghentikan degupan jantungnya. Dengung suara para doktor di dalam dan jururawat yang kelam-kabut berlari keluar melemaskan deria telinga. Pantas Dira bangun dari duduk dan menuju ke arah pintu yang cuma tiga langkah dari tempat duduknya.
            “Macam mana ibu saya? Nurse! Doktor?!” soalannya bagai angin lalu yang menyapa telinga-telinga kakitangan hospital yang sedang sibuk menjalankan tugas. Respon yang diberi sekadar, “Maaf, cik,” atau “Sila beri laluan cik,” juga “Sebentar ya cik,” dan terus mereka berlalu pergi.
“Saya nak masuk! Saya nak tengok ibu saya!” Dira mula bertindak agresif dan meluru ke dalam. Tengku Faridah yang dari tadi sekadar memerhati, mula kaget.
            “Fathia!” panggilannya langsung tidak dipedulikan si cucu. Usahanya dan seorang lagi jururawat untuk menahan Dira dari masuk ke dalam juga tidak berhasil. Sudahnya, tubuh wanita tua itu ditolak kasar ke tepi. Berjaya meloloskan diri, Dira terpaku melihat tubuh Puan Maria yang terbaring kaku di atas katil bedah dikelilingi beberapa orang doktor. Bingit mesin disekeliling ibu juga terasa mencucuk tajam gegendang telinga. Riuh suara doktor memberi arahan semakin mendebarkan rasa.
            “Ibu!” dan serentak tubuhnya terasa direntap keluar. Elok tubuhnya selamat menjejak keluar dari bilik pembedahan, pintu segera ditutup dan dikunci rapat.   
            “Ibu! Buka pintu ni! Aku cakap buka! Aku nak jumpa ibu! Ibu!!!” Dira menghentam kuat pintu dewan pembedahan. Tengku Faridah cuba menenangkan cucunya. Belakang badan Dira digosok lembut.
            “Sabar sayang, mengucap banyak-banyak. Fathia tak boleh buat macam ni, sayang,” sebak di dada cuba ditahan. Sayu mendengarkan tangisan Dira. Sakit lagi hatinya melihatkan keadaan tenat puterinya di dalam dewan bedah itu.
            “No! I need to see her. Let me see her, please,” Dira memujuk rayu nendanya pula. Sepertinya wanita tua itu punya kuasa saja mahu membenarkan cucunya masuk ke dalam.
            “I’m so sorry sayang. Let the doctors do their job. Kita tunggu ya sayang. Come,” tubuh Dira ditarik perlahan dan didudukkan kembali. Sesekali sedu terlepas dari bibir Dira. Tangisan yang cuba ditahan seperti enggan berhenti. Hatinya kembali melagukan zikir. Tenanglah hati. Sabarlah jiwa. Ibu tak apa-apa. Ibu okey. Allah tolong ibu. Bisiknya meyakinkan diri yang mula goyah. Suku jam berlalu. Tiada tanda-tanda pintu itu bakal terbuka lagi. Dira kekal merenung pintu putih itu. Sesaat. Dua saat. Dan terbuka perlahan. Dr. Haris melangkah keluar sambil menarik-buka penutup muka dan sarung tangannya yang penuh dengan kesan darah. Darah ibu. Dira segera bangun meluru ke arah doktor yang jelas terlukis kelelahan pada wajahnya.
            “Doktor, macam mana dengan anak saya?” Tengku Faridah dah terlebih dulu bersuara. Dr. Haris merenung tepat ke anak mata Dira. Sepi.
            “I’m sorry, Tengku, Cik Dira. There’s nothing more we could do. We’ve done our best, but we still couldn’t save her. We’re so sorry for your loss,” elok telinganya menangkap perkataan terakhir itu, derianya semua terasa seperti mati. Jelas dimatanya Dr. Haris yang masih cuba menerangkan sesuatu. Juga nenda yang tersedu menahan tangis-raungnya. Tapi langsung telinga tidak dapat menangkap apa-apa. Nil. Mulutnya seakan terbisu mahu membalas. Air matanya seperti kekeringan mahu mengalir. Sudahnya dia cuma berdiri merenung kosong ke wajah doktor sehingga lelaki itu berlalu pergi. Lama dia terdiam seperti itu. Cuba menyusun apa sebenarnya yang telah berlaku. Tangisan tadi yang sayup-sayup di telinga mula terasa jelas. Tangisan nenda. Bahu mula terasa basah. Hangat. Hangat air mata. Juga hangat pelukan. Perlahan tubuh nendanya ditolak menjauh. Wajah yang basah dengan air mata itu ditenung kosong. Sekosong perasaannya sekarang. Sekosong otaknya sekarang. Terasa wajahnya diusap lembut.
            “Fathia, I’m so sorry. This is all my fault. Nenda patut cari ibu dan Fathia dari awal lagi. So that nothing of this could ever happened in your life. In our life. Nenda patut redha dengan apa saja keputusan ibu Fathia dulu. I should have stop her back then,” ujar Tengku Faridah diselangi esak tangisnya.
Pap! Pedih tangan tua itu ditepis kasar.
“But you didn’t,” datar nadanya. Kosong riaknya. Tengku Faridah terdiam kaku.
Setapak, dua, Dira mengundur menjauhinya. Dan terus berjalan pergi. Pergi dari mata wanita berketurunan Tengku itu. Pergi dari mimpi ngeri itu. Pergi dari kisah hidup yang perit itu.
***
Tapak kaki diatur menelusuri kaki lima itu. Melalui deretan kedai-kedai runcit. Bangunan tinggi mencakar langit. Tapak pembinaan ditinggalkan terbiar. Tapi langsung tak diambil peduli arah tuju derap langkahnya. Asalkan dia terus berjalan. Asalkan dia terus menjauhi semua yang baru terjadi. Asalkan dia bisa lari.
Dalam renggang manusia di lewat tengahari itu, terasa bahunya terlanggar seseorang. Kepala ditundukkan sedikit.
“Maaf,” sepatah dan terus berlalu. Tanpa memandang langsung pemilik bahu tadi.
Lagi lima enam langkah, terasa bahunya ditempuh lagi. Seperti tadi. Tunduk.
“Maaf,” dan terus berlalu.
Dan lagi sekali. Terlanggar. Tunduk.
“Maaf,” tapi kali ini, belum sempat dia berlalu pergi, bahunya ditahan.
“Awak sedar tak awak dah langgar saya tiga kali?”
“Huh?”

No comments:

Post a Comment