Phew!
Akhirnya.
4th chapter.
Sory sgt2 buat yg lama menunggu...
Mmg sgt2 busy.
Oke...tipu.
Die lambat sebab busy, dengan writer block yang seskati je datang xberjemput, campur urusan-urusan lain yang tak berapa nak penting tapi sengaja dipentingkan.
So...tu yang buat ting tong sikit. Eheh.
Makanya...mohon enjoy dengan sepenuh hati. Acewah! Haha.
Love,
Popi Merah.
“Fathia Adira?” suara serak wanita mencuri tumpuan Dira dari hidangan yang bersusun penuh di atas meja makan panjang itu. Tengkuknya seperti terkunci dari berpaling ke belakang. Senafas diambil dan dihembus keluar sebelum kepalanya diberanikan berpusing mencari pemilik suara tadi. Pandangan disambut dengan renungan tajam dari seorang wanita tua berkot bulu mewah. Familiar dengan wajah itu, Dira melepaskan keluhan lega. Lega kerana akhirnya dapat juga bertemu empat mata dengan wanita di dalam foto milik ibunya. Senyuman nipis lekas diukir, memaniskan muka.
“Saya, Tengku Sharifah Faridah?” teragak-agak sebaris
nama itu disebut. Kurang pasti kata ganti diri apa yang perlu digunapakai. Elok
mata mereka bertentang, aura terkejut dapat dikesan dari riak wajah Tengku
Faridah.
“Fathia Adira Mohd Fikri?” lagi sekali namanya meniti di
bibir berkedut seribu itu. Kali ini nadanya lebih lembut.
“Iya Tengku, saya yang nak jumpa...”
“Panggil Nenda, sayang,” wajah tegas yang tiba-tiba
bertukar rupa mengejutkan Dira. Mata tua yang sedikit berair mengundang lagi
seribu persoalan dalam fikiran serabutnya.
“Nn...nenda? Tapi saya...” ayatnya termati sendiri.
Kurang pasti mahu disambung dengan tutur yang bagaimana. Penat mencari jawapan,
Dira sekadar tersengih menutup malu. Dari detik mereka mencapai kutleri di tepi
pinggan sehinggalah selesai menikmati pencuci mulut, tiada satu suara pun yang
mengisi ruang makan itu. Kekok. Pelik.
Usai makan malam, Tengku Faridah dan Dira mula bertapak
ke ruang tamu. Makan malam yang diharap dapat membongkar seribu satu persoalan
cuma tinggal harapan. Otak yang laju menyusun soalan beku begitu sahaja elok
mata bertentang lurus dengan renungan Tengku Faridah. Sudahnya Dira sekadar
diam menelan nasi di pinggan. Sofa empuk yang pastinya diimport dari luar
negara menjadi mangsa henyakan tubuh tua Tengku Faridah. Dira masih tegak
berdiri di sisinya, segan mahu melabuhankan duduk selagi tidak diajak.
“Duduk, Fathia,” nada tegas bersulam senyum tawar dihulur
bibir tua itu. Dira sekadar mengikut arahan. Perlahan duduknya dilabuhkan di
kerusi bertentangan dengan Tengku Faridah. Liur ditelan buat penghilang debar.
“So, Zila told me that you have something to show me,”
monoton Tengku Faridah membuka bicara. “What is it?” teh pudina yang baru
dihidangkan disisip sedikit. Segar. Kelam kabut Dira menyelongkar beg sandang
yang diheret sejak petang tadi. Kotak kayu milik ibunya dikeluarkan. Perlahan
tutupnya dibuka. Bunyi keriuk engsel mengisi ruang sunyi diantara mereka.
Kepingan foto dicapai dan diserahkan kepada Tengku Faridah.
“Saya tak bermaksud nak kacau hidup Tengku tiba-tiba
macam ni. But ibu needs your help. We...need your help,” ayat yang dikarang
sejak petang tadi dihambur terus. Rasa malu yang mula menebal dikikis pantas.
“What kind of help?” wajah diangkat dari menatap foto di
tangan.
“Duit. We need money,” sebaris ayat itu begitu berat
meluncur dari bibir mungil milik Dira. Tidak pernah diajar papa dan ibunya
untuk meminta-minta harta orang seperti ini.
“Awak tahu siapa saya, Fathia Adira?” beserta soalan itu,
satu renungan tajam menikam mata Dira. Bibir digigit menahan debaran di hati.
Air mata sedaya upaya cuba diempang dari meluncur turun ke pipi.
“Saya...saya tahu siapa saya. Even kalau saya melutut pun,
saya tahu saya tak layak meminta-minta macam ni dengan Tengku. Dan mungkin juga
hubungan antara Tengku dan ibu cuma sekadar satu memori silam. But please, demi
ibu, demi hubungan baik Tengku dengan ibu dulu, tolong ringankan beban ibu. She
suffered enough. Saya sanggup buat apa saja. Saya sanggup bekerja dengan
Tengku. I’ll pay for every single cent yang saya pinjam. Saya janji,” hangat.
Dira mengelap rakus cairan yang mula melimpah keluar membasahi pipinya. Ego
yang sudah senipis kulit bawang masih cuba dipertahankan supaya tidak terus rabak
terkoyak.
“She didn’t tell you anything, kan?” ayat yang lebih
berupa kenyataan itu menjentik kembali rasa ingin tahu yang semakin terkubur
dek renungan tajam Tengku Faridah tadi.
“Bagitahu apa?”
“Siapa Nenda yang sebenarnya...”
***
“Bonda tak benarkan! If you ever see him again, you’re no
longer my daughter!” nyaring suara itu memenuhi ruang istirahat berdinding kaca
itu. Rimbunan bunga segar yang tertanam di balik dinding kaca sudah tidak mampu
mengendurkan suasana tegang itu.
“No, bonda. Lisa dah penat dengan bonda. With all your
endless rules. Lisa bukan robot bonda. You can’t control me like how you’re being
controlled by arwah Nenda Shitah. This is my life and I’m going to do what I’m
supposed to do,” pantas langkah diatur mahu segera berlalu keluar dari situ.
“Maria Elisa! You’re aware of what you’re walking away
from, right?” nada tegas soalan yang diutarakan menarik sengih di pinggir bibir
wanita bernama Maria Elisa itu.
“Yes, I’m walking away from your ‘cage’, bonda. And I’m
not coming back,”
No comments:
Post a Comment