Thursday, December 19, 2013

The Caged Bird 3

Assalamualaikum awak-awak semua!
Sorry lambat update TCB.
This week sibuk sikit.
The upcoming weeks juga mungkin sibuk. 
So the following updates may be a little bit late.
Maybe once per week. Or twice. Depends.
Sorry sangat-sangat.
Got some stuff going around.
Whatever it is, eres the third chapter of TCB.
Hope you guys enjoy reading it.

Love,
Popi Merah.

           Kotak kayu coklat berukir awan larat diselangi bunga-bunga kecil di atas meja ruang tamu itu ditenung kosong. Puas digeledah almari di bilik ibu tadi baru terjumpa dengan kotak legap sederhana besar itu. Tapi hatinya teragak-agak mahu membuka penutup kotak di hadapannya. Pelbagai jenis kemungkinan terbit di ruang fikiran. Yang baik. Yang buruk; pastinya dah dulu timbul. Keluhan demi keluhan terlepas dari bibir. Kata-kata Dr. Haris masih terngiang-ngiang di cuping telinga.
            “Awak kena buat keputusan cepat, Cik Dira. Her condition is getting worse by day. Rawatan kimo pun macam dah tak memberi sebarang kesan. We can’t keep increasing the dosage. The only way is to remove the tumor. Awak faham, kan?” wajah serius doktor muda itu bermain di ruang mata. Dira mengeluh. Lagi. Dan lagi. Walau dia tahu keluhan itu cuma mampu membuang karbon dioksida dari parunya, bukan masalah yang membebani fikirannya. Jauh sekali mengubati penyakit ibunya. Mulut masih ringan juga melepaskan keluhan.
            Akhirnya kotak kayu itu dicapai lemah. Perlahan penutupnya dibuka. Bunyi keriuk engsel kecil itu menandakan kotak itu sedah lama tidak berusik. Kesan karat juga jelas dilihat bertempek di situ. Mengisi ruang dalamnya sekadar beberapa keping foto, sekeping kad hari jadi dan sehelai kertas lusuh yang tertulis beberapa baris ayat yang kelihatannya seperti alamat rumah. Dira mencapai kepingan foto dan dibelek satu persatu. Gambar dua orang wanita. Seorang yang agak berumur tetapi agak bergaya. Dan seorang lagi berwajah muda dengan senyuman yang sangat dikenali Dira. Persis ibu wajahnya. Juga sengihan lebar itu. Dan kerut mata saat bibirnya ditarik panjang melebar. Mereka berdua kelihatan mesra berpelukan di dalam hampir setiap gambar. Berlatar belakangkan rumah agam yang tersergam megah seperti istana raja.
            Kemudian Dira mencapai pula kad hari jadi yang sudah kusam bertukar warna. Berhati-hati, kepingan kad lusuh itu dibuka. Sebaris ayat yang kemas tercatit di dada kad dibaca perlahan.
Meski seluruh dunia berjalan pergi, aku akan kekal bernafas jika kau setia di sisi.
Tengku Sharifah Faridah Tengku Syed Mansor.
            Semakin berkerut dahi Dira cuba memahami. Siapa Tengku Sharifah Faridah? Adakah wanita berumur di dalam gambar itu? Apa hubungannya dengan ibu? Kertas kecil yang bertulis alamat rumah dicapai pula. Lokasi yang beralamat di Kajang itu ditenung dalam. Gaya identiti misteri si pemilik rumah beralamat itu mampu muncul secara magiknya di atas kertas berwarna kuning lusuh di tangannya. Benaknya semakin sempit dengan pelbagai jenis soalan. Siapa? Apa? Mengapa? Bila? Sesak.
            Dentingan jam di dinding sebanyak tiga kali menganggu konsentrasi Dira. Jam sudah menginjak ke angka tiga. Mujur esok Dira tiada kelas pagi. Isi kotak tadi kembali dimasukkan ke tempat asalnya. Mata mula terasa berat menahan kantuk. Malas mahu melangkah ke bilik, akhirnya Dira terlelap di ruang tamu. Tidur bertemankan nyanyian cengkerik dan dengung manja si nyamuk. Juga harapan hati supaya hari esok masih ada untuknya dan ibu. Harapannya. Harapan si anak buat ibunya.
***
            Pintu gerbang tinggi melangit itu di pandang kagum. Cukup mewah dengan urai kerawang bunga dan daun bersalut cat emas. Kepala cuba dijenguk-jenguk ke dalam, meninjau dari kejauhan rumah agam yang berdiri megah di sebalik water fountain di tengah laman. Gambar dari beg galas dikeluarkan. Sekilas latar belakang gambar itu cuba dibanding tengok dengan yang di hadapan mata. Hampir sama. Cuma warna cat rumah dan landskap tamannya sudah banyak berubah. Rumah agam di hadapannya tampak lebih mewah.
            “Cik, cik cari siapa?” garau suara seorang pak cik tua lengkap berseragam pengawal keselamatan menegur dengan wajah cemberut. Dira tersengih serba-salah dengan peluh yang semakin merenik di dahi. Rambut yang semakin panjang sudah tersanggul tinggi. Jurai-jurai beberapa anak rambut yang berselirat di dahi malas mahu diambil kisah.
            “Ini rumah Tengku Sharifah Faridah, kan?” soalnya kembali. Pak cik tua tadi dah merengus kasar. Kelihatannya seperti kurang senang dengan kehadiran Dira di situ.
            “Cik ni cari siapa sebenarnya?” soalan tadi berulang lagi sekali. Cuma kali ini cukup diperasakan dengan nada jelek. Dira masih cuba mengukir senyum manis.
            “Saya nak jumpa dengan Tengku Sharifah Faridah. Dia ada di rumah?” lembut Dira menyusun kata, tidak mahu menyinggung hati si lelaki tua yang sudah sedia jengkel dengannya.
            “Dia tak ada,” ujarnya kasar sebelum mula menyusun langkah menjauhi Dira.
            “Pak cik! Pak cik! Bila dia balik? Saya perlu jumpa dia hari ni jugak. Penting. Ada perkara yang perlu saya tanya pada dia, pak cik,” Dira sudah separuh merayu. Sia-sia saja dia datang ke situ jika kehadirannya cuma untuk dihalau pergi.
            “Kau pun sama! Berapa kali aku nak cakap? Kalau kau nak temuramah, pergi pejabat Dato’. Buat appointment. Yang kau mencari sampai ke rumah, apahal? Menyusahkan orang betul. Sudah. Pergi sebelum aku panggil polis,” baran si pak cik mengikat lidah Dira dari terus menari meluah kata. Sudahnya dia terduduk keletihan di hadapan gerbang tinggi itu. jam di pergelangan kanan dijeling sekilas. Sudah jam satu suku tengahari. Perut semakin galak berkeroncong. Ditambah pula dengan bajunya yang semakin lencun menyerap peluh di tengahari rembang itu. Sekejap lagi sudah masuk waktu solat zohor. Mana pula mahu dicari masjid di tengah lot perumahan elit ini. Kalau ada pun pasti jauh berbatu. Itu pun kalau jumpa. Kalau sesat? Bertambah lagi bala di bahu.
            Rasa menyesal mula merangkak masuk ke dalam hati Dira. Keputusan mengejut untuk menjejaki Tengku Sharifah Faridah nampaknya bukan satu keputusan yang baik. Terpacak mengukur jalan di tempat asing tanpa teman cukup membuatkan Dira mahu berguling meraung di atas jalan tar kehitaman itu. Kalau dia buat shif tambahan di Cafe Lil’ Bean, dah sah-sah dia dapat duit poket lebih untuk belanja bulan ini. Tapi itu ceritanya kalau dia tidak gatal kaki menjejak ke situ. Sekarang ceritanya dia sudah siap berdiri di hadapan pintu gerbang tinggi ini. Suka atau tidak, dia harus berjumpa juga dengan empunya nama Tengku Sharifah Faridah itu. Nak atau taknak, dia harus bertikhtiar sesuatu bagi menampung kos pembedahan untuk ibunya.
            Dira berulang-alik berjalan di hadapan pintu gerbang. Pak cik garang tadi sudah menghilang ke dalam. Malas mahu melayannya mungkin. Jam sudah menginjak ke angka dua. Cahaya mentari semakin terik menyimbah menambah bahang di tanah bumi. Kelaparan semakin galak mengetuk dinding perut. Pedih. Dalam sibuk menunduk mengira batu di tepi jalan, deruman enjin kereta mengejutkan Dira.
Mercedes Kompressor hitam berkilat memberi signal mahu membelok masuk ke dalam pintu gerbang tinggi itu. Pantas Dira terlebih dahulu menahan kereta mewah itu dari berlalu masuk ke dalam. Cermin tempat duduk belakang diketuk perlahan, memberi isyarat supaya diturunkan. Elok cermin tingkap diturunkan, terpacul wajah elegan seorang wanita dalam lingkungan hujung 30-an. Yang pastinya, wajah itu langsung berlainan dengan wajah di dalam gambar dari kotak kayu itu.
“Awak ni siapa?” soal wanita itu dengan memek pelik di muka.
“Saya...saya cari Tengku Sharifah Faridah. Saya ada benda nak tanyakan pada dia. Dia ada tak?” senafas Dira menutur kata. Wajah berona pelik di hadapannya semakin berkerut.
“Maaf, kalau awak nak menjalankan sebarang temuramah, sila datang ke Astana Cemara Holdings. Kami tak...” belum sempat wanita tadi menghabiskan ayatnya, Dira dah terlebih dulu memotong.
“Tak. Bukan. Saya datang sebab gambar ni,” gambar mesra dua orang wanita yang berpelukan diserahkan kepada wanita yang masih selesa ditiup angin sejuk dari penghawa dingin kereta. Bulat matanya menatap figura yang gembira tersenyum di dalam foto di tangannya.
“Mana awak dapat gambar ni?!” naik seoktaf suaranya. Dira garu kepala yang mula gatal dibasahi peluh. Otak mencari kata bagi menjawab pertanyaan wanita itu. Tak tahu ceritanya harus bermula dari mana.
“Ibu...ibu yang beri,” ujarnya teragak-agak. Desah nafas wanita di dalam kereta jelas kedengaran pada pendengaran Dira.
“It’s okay. Masuk dulu. Kita berbincang di dalam. Panas kat luar ni,” pintu kereta dibuka dari dalam dan wanita itu menginjak ke dalam sedikit, memberi ruang untuk Dira mengambil tempat. Senyuman nipis dihadiahkan buat pertama kalinya kepada Dira. Elok pintu kereta ditutup, perlahan Mercedes hitam itu meluncur ke dalam. Dira leka memerhatikan water fountain yang dikelilingi beberapa jenis pokok bunga yang dia kurang pasti spesiesnya. Cantik. Sejuk mata memandang. Pasti Tengku Sharifah Faridah itu bukan orang sebarangan. Tengok pintu gerbang tadi saja sudah dapat diagak.
“Jemput masuk,” ujar wanita tadi. Kali ini nadanya kedengaran lebih mesra. Elok Dira melabuhkan duduk di sofa antik di ruang tamu, dua orang wanita pertengahan umur lengkap memakai seragam pembantu rumah muncul dari balik pintu kecil di satu sudut.
“Cik Zila perlukan apa-apa?” salah seorang dari pembantu rumah mula membuka suara. Dira sekadar diam memerhati.
“Saya nak jus oren...and Dira? Awak nak minum apa?” perhatian berubah pada Dira yang duduk setentang dengannya. Dira tersengih segan.
“Saya tak kisah...err...Cik Zila,” Dira berkira-kira sendiri dalam otaknya. Serba-salah mahu memanggil cik pada wanita itu. Entah betul, entahkan tidak gelaran yang diberi. Takkan wanita ini masih belum berpunya lewat umur begini. Ahh! Dira. Sibuk kau nak kisahkan hidup dia. Hidup ibu kau yang belum tentu di hospital tu yang patut kau fikirkan. Jalan harus dicari supaya empunya nama Tengku Sharifah Faridah itu mahu membantunya nanti.
“Okay. So, tell me...awak ni siapa sebenarnya? Kenapa awak tiba-tiba cari Tengku Faridah? Apa niat awak sebenarnya datang sini?” bertalu-talu soalan yang dihambur. Dira terkelu mencari jawapan. Bingung mahu dimulai dari mana ceritanya. Dia sendiri pun tidak pasti apa hubungan ibunya dengan Tengku Sharifah Faridah itu.
“Ssa...saya...” telefon Cik Zila yang tiba-tiba menyanyi rancak menghentikan bicara Dira. Cik Zila memberi isyarat sebentar sebelum berlalu untuk menjawab panggilan. Sesekali Dira perasan mata Cik Zila yang menjeling ke arahnya sambil mulut terkumat-kamit membalas cakap dengan pihak di sebelah sana. Hampir lima minit, Cik Zila kembali duduk di hadapannya.
“Tengku Faridah ada meeting penting petang ni. So, dia tak dapat nak jumpa awak sekarang. Tapi inshaAllah, tonight she’ll be having dinner with you. But for the mean time, awak boleh berehat dalam bilik tetamu. Nanti saya suruh Siti tunjukkan. Siti!” laungnya ke arah pintu kecil tadi. Tak sampai seminit, salah seorang pembantu rumah tadi dah kelam kabut berkejar ke ruang tamu.
“Ya, Cik Zila?” ujarnya siap menerima arahan dari Cik Zila.
“Awak tunjukkan bilik tetamu pada cik...” pandangannya dialih tiba-tiba ke arah Dira. Baru sedar dia masih belum tahu nama gadis yang tiba-tiba muncul di hadapan istana Tengku Faridah hari ini.
“Ahh...Dira. Fathia Adira Mohd Fikri...” 

No comments:

Post a Comment