Thursday, December 12, 2013

Coup D'etat 2

Assalamulaikum lovelies sekalian!
And salam sejahtera :)
Disebabkan CD dapat feedback yang sangatlah best from the readers...
So this is the second part...
Tapi pendek je. Sorry.
The third part might be a lil bit longer.
InshaAllah.
And thanks for the endless support.
May Allah bless all of you.

Love.
Popi Merah


Mata-mata yang bulat memandang pelik di KLIA malas mahu diambil pusing. Masih belum berubah nampaknya rakyat Malaysia. Masih sibuk nak menyelak kain orang lain. Masih gagah nak menjuling mata menjeling orang lain. Troli yang penuh menanggung dua buah bagasi besar dan beberapa beg kertas ditolak perlahan. Hoodie yang menutup kepala dikemaskan, menutup separuh muka. Headphone kemas menekup kedua belah telinga, berdentum dengan Coup D’etat – GD. Entah sejak dua tiga minggu ni telinga dah sedap didendang dengan suara pak cik berambut kuning telur itu. Pengaruh Jenny Kim, si teman dari Korea pastinya. Peminat setia si naga bersuara merdu itu.
            Coup d’etat. Seizure of power. Rampasan kuasa.
            Coup. Seize. Rampas.
            Sengihan semakin melebar. Semakin sinis.
            This game is just starting people. Ain’t gonna end any soon.
***
            Dentingan sudu dan garfu di meja makan mengisi sunyi malam itu. Sesekali Datin Zara menjeling anak gadisnya yang duduk setentang. Rambut hitam berjalur merah di sisi kiri. Wajah sedikit pucat keletihan. Bersinglet hitam dengan cardigan putih gaya jala ikan. Sangat berlainan dengan gayanya lima tahun yang lepas. Gaya heavy metal siap berlipstik ungu bagai. Lega sedikit hatinya. Deheman Dato’ Malik mengejutkan Datin Zara dari terus merenung Rifa. Pantas pandangannya ditala pula pada si suami di kepala meja.
            “Papa nak kahwinkan Rifa dengan anak kawan papa,” senafas ayat tanpa nada itu meluncur keluar. Sudu yang baru hendak menyuap ke mulut tergantung di udara. Rifa mengukir senyum nipis.
            “Sure,” balas Rifa, gaya baru setuju nak teman papanya ke annual dinner syarikat. Kemudian kembali meneruskan suapan yang terhenti tadi seperti tiada apa-apa yang berlaku.
            “Rifa,” meleret suara mamanya kerisauan. Rifa memberhentikan suapannya.
            “Yes, ma?” sahutnya seperti biasa. Mata ditala tepat memandang kosong mamanya.
            “Are you sure? Ini bukan perkara main-main, sayang,” lembut Datin Zara cuba berdiplomasi. Senang sangat Rifa bersetuju dengan cadangan papanya. Takkan jetlag sampai effect ke otak kut?
            “Am I even allowed to say ‘no’?” soalan berupa sindiran dilontar beku ke arah Datin Zara. Sunyi sekejap ruang makan itu dari sebarang bunyi. Ketawa kecil terlepas dari bibir Rifa. “I’m done,” ujarnya sambil meletakkan sudu dan garfu ke dalam pinggan. Kerusi ditolak ke belakang, bersedia untuk bangun.
            “Rifa Aulia!” bergetar ruang makan itu dipenuhi suara keras milik Dato’ Malik. Datin Zara mencapai lengan suaminya yang cuba bangkit dari kerusi.
            “You, sudahlah tu. Rifa tu budak lagi. You can’t put too much pressure on her,” nasihat Datin Zara lembut. Dato’ Mali kembali duduk, namun matanya masih tajam terpaku pada sengihan sinis Rifa.

            “Kids, ey?” berlagu suara Rifa dengan sengihan sinis sebelum dia berjalan naik ke biliknya. Datin Zara menggeleng lemah. Tidak dapat langsung dibaca gerak fikiran anak gadisnya. Dan perkataan terakhir anaknya tadi cukup menghantar amaran yang Rifa Aulia kini bukan Rifa Aulia lima tahun yang lepas. Rifa Aulia kini lebih sukar difahami. Lebih payah didekati.

No comments:

Post a Comment