And a very good day peeps:)
Patutnya this new series nak update weekend lepas.
Tapi tiba-tiba one of my old friend popped up.
Haha...dah gaya macam notification fesbuk pulak.
Okay...so we spent the whole weekend dgn berlayar di lautan memory lane. Eheh.
Makanya saya tak dapat nak update mahupun sambung cherita yang tergantung.
But still. Seperti yang dijanjikan di dinding mukabuku saya.
This is it.
Coup D'etat (dibaca ku-de-ta).
Kalau siapa yang hardcore pakcik rambut kuning tu (G-Dragon) mungkin familiar dengan perkataan pelik ni.
Memang inspired from lagu tu pun.
Walau cerita tersirat mungkin berbeza.
Whatever it is, hope you'll enjoy the story.
And yes, don't forget to leave your comments.
Love,
Popi Merah.
Beep!
Hey,
Riff baby! Umm...it’s Carl. You didn’t pick up your cell phone. Just wondering
how you’re doing. I’m really sorry about what happened that night. I was...out
of control. Ring me back whenever you’re ready, cupcakes. I’ll be waiting. Love
you, baby.
Beep!
Riff,
Lena’s here. Can you please tell Carl to stop asking me about you? He’s getting
on my nerves. See you at school darl. Toodles!
Beep!
Rifa
Aulia, you’re not picking up the phone again. Your Dad is furious. Call Maria
as soon as you get this message. You’re coming back to Malaysia in two weeks.
Maria already booked the flight ticket for you. And, please. Jangan buat hal
lagi. We had more than enough right now. Thanks to your sister. Bye.
Beep!
Elok pesanan ketiga tamat, senyum sinis terukis jelas di
muka. Tak sangka disambut pesanan dari mamanya sepulang dari berjogging tadi. Peluh
di dahi dikesat perlahan. Bahang mula terasa dek mentari negara barat yang mula
menyuluh terang melalui pintu slide di dapur. Hoodie pullover dibuka pantas,
hanya meninggalkan singlet turquoise lembut membaluti tubuh langsingnya. Rambut
panjang melepasi bahu, berjalur merah darah di sisi kiri rambut disebak ke
belakang, lemas. Ganggang telefon diangkat. Punat ditekan pantas, sudah dihafal
nombor yang mahu didail.
“Maria, it’s Riff...”
And I’m coming home.
***
“Are you sure, Malik? I mean, tak terburu-buru sangat ke?
Kita pun tak tanya lagi pendapat Rifa pasal hal ni,” ujar Datin Zara,
ragu-ragu. Dato’ Malik sekadar melepaskan keluhan keras.
“Habis tu? Nak biar dia terus macam tu? Tak ada arah tuju
hidup. Tahu nak berseronok saja. Plus, don’t you think this is a very good
opportunity for Megah Holdings?” Dato’ Malik mengukir senyum nipis. Bangga
dengan syarikatnya yang semakin pesat membangun. Dan usahasamanya dengan
syarikat milik Tan Sri Halim pasti akan membawa syarikatnya ke satu takuk yang
lebih tinggi. Terlepas tawa kecil dari dua ulas bibirnya. Datin Zara mengeluh
perlahan.
“At the end of the day, this is just about your company, kan?”
nadanya seperti berjauh hati. Dato’ Malik kerut dahi.
“Maksud awak?”
“For God’s sake, Malik! She’s your daughter! Our
daughter! Awak buat dia macam token yang boleh ditukar-tukar dengan syarikat
lain. Hanya demi sebuah kerjasama, Malik, for saying out loud!” naik seoktaf
suara si isteri. Dato’ Malik merengus kasar.
“Kalau dia anggap kita ni parents dia, she wouldn’t acted
that way dulu. She’ll behave more appropriately. Dia takkan malukan kita sampai
macam tu sekali,” tegas Dato’ Malik membangkang. Datin Zara tersenyum sinis.
“I bet you don’t even have the gut to tell Tan Sri Halim
kenapa Rifa is staying in US, right? Lima tahun, Malik, lima tahun. You sorok
dia dekat California. Just because she...”
“Zara!!!” bergema suara Dato’ Malik memenuhi kamar tidur
serba mewah itu. “Can we please drop the subject? Saya dah taknak dengar awak
ungkit-ungkit perkara tu depan saya. Malu saya dengar. Saya nak keluar. Malam
ni saya dinner di luar. Tak perlu tunggu,” sejurus berdentum pintu kamar mereka
ditutup kuat. Datin Zara termangu di atas katil. Kepala semakin berserabut
dengan rancangan gila suaminya.
No comments:
Post a Comment