Tuesday, December 3, 2013

The Caged Bird 2

Assalamualaikum!
Hadeylaa...
Sorry for the late update.
Just came back from this awesome camp.
InshaAllah kalau jemari rajin nak berkejar menaip, I'll do some updates on that particular camp.
Maybe. Eheh.
So, this is the second chapter, the third update.
Enjoy and do leave some comments after you're done.

Love,
Popi Merah.

           Meja yang kotor dengan kesan titisan air berwarna dilap menggunakan kain lembap. Sesekali spray di tangan kiri ditala ke arah meja, buat kotoran degil yang enggan tanggal. Walau kedua tangan sibuk menyelesaikan kerja, otak dah terbang jauh ke hospital. Bilik B-01. Bilik ibu. Senario semalam bermain galak memenuhi ruang kepala. Kata Dr. Haris, itu kali kedua ibunya mengalami cardiac arrest. Kegagalan jantung mengepam darah ke anggota penting. Kata Dr. Haris lagi ibunya semakin tenat. Sesak lagi dadanya semalam. Serabut lagi kepalanya mencari jalan.
            Dira mula melangkah ke meja sebelah. Kerjanya masih belum selesai. Habis kelas hari ini, terus dia bergegas ke Cafe’ Lil Bean. Mencari duit tambahan. Malam baru dia berkejar ke hospital, melawat ibu pula. Dr. Haris tidak membenarkan ibunya pulang ke rumah seperti selalunya. Sekurang-kurangnya sehingga rawatan kimoterapi hujung minggu ini. Itupun kalau keadaan ibunya tidak semakin merosot.
            “Watch it!” rengus kasar suara seorang perempuan dan pedih di tangan menyedarkan Dira dari lamunan panjang. Perlahan wajahnya diangkat mencari pemilik suara. Baru perasan dua biji cawan kopi yang dah selamat tergolek di hujung kaki. Isinya dah elok mengalir mencemar jubin lantai. Wajah perempuan bergaya mewah di hadapannya dipandang dengan riak bersalah.
            “Maaf, saya...” belum pun habis kata maaf ditutur, suara perempuan itu dah terlebih dulu memotong.
            “That’s why I tak suka minum dekat cafe low class macam ni. Menyusahkan betul!” rungutnya pada pemuda segak berkot di sebelahnya.
            “Maaf, saya tak sengaja. Baju cik...dah kotor. Ni sapu ta...”
            “Shuh. Awak tak rasa sapu tangan awak akan lagi merosakkan baju saya ke?” sinis. Tangan Dira yang cuba mengelap kesan kopi di bajunya ditepis keras. Jelingan tajam diberikan pada Dira sebelum perempuan itu melangkah pergi. Kelam-kabut lelaki berkot tadi menurut.
            Dira tersenyum kecil. Terasa seperti mahu mentertawakan diri sendiri. Ibu, kalau kita kaya, agak-agak Dira jadi macam dia jugak ke?
***
            “Adib,” suara cuba dilenggok semanja mungkin. Tubuh langsingnya didaratkan di atas kerusi berhadapan dengan lelaki berkot kelabu yang asyik dengan longgokan fail di atas meja. Tiada reaksi. Tangan dipanjangkan mencuit hidung si jejaka.
            “Hana,” suaranya bergetar amaran. Muka dipalingkan sedikit, kurang selesa dengan perilaku sepupunya. Tengku Farhana Danielle ketawa kecil. Dapat diagak reaksi Tengku Adib dengan usikannya.
            “Itulah, I panggil, you taknak layan. Look what I brought for you,” cawan kopi dari kafe kegemaran Tengku Adib diunjuk perlahan ke arah tuan empunya cawan. Senyuman kecil dari Tengku Adib melegakan sedikit hati Tengku Hana. Tengku Adib mencapai cawan kopi yang jelas bertampal dengan lambang Cafe Lil’ Bean.
            “Penat I beratur tau. Lepas tu, ada pulak pelayan mana tiba-tiba langgar I, habis tumpah dekat baju I. She even tried to wipe the coffee stain using her worn out hanky. Eww...disgusting!” kejadian di cafe tadi meluncur keluar beserta dengan tawa sinis. “Tak pasal-pasal I kena beratur balik,” muka kesian dipamerkan di hadapan Tengku Adib. Padahal tadi dia sekadar menyuruh si Kamal, pembantu peribadinya, untuk membeli ganti caramel latte yang dah selamat tumpah ke lantai. Malas mahu mengotorkan lagi kasutnya ke tempat-tempat seperti itu. Kalau bukan kerana caramel latte di cafe itu merupakan kegemaran Tengku Adib, nak menjeling cafe kecil itu pun belum tentu dia mahu.
            “Lain kali tak perlu menyusahkan diri belikan untuk I,” dingin Tengku Adib membalas. Caramel latte disisip sedikit. Riak wajah masih beku. Kehangatan caramel latte langsung tidak memberi kesan. Cawan kopi diletak jauh dari kertas-kertas yang bersepah di atas meja. Takut tertumpah.
            “Sikitnya you minum. Selalu macam tak cukup. Kenapa? Tak sedap?” tanya Tengku Hana, kemudian menyisip sedikit dari cawan kopi miliknya. Sedap lagi latte di Dome. “Itulah, I pun tak faham apa yang you...”
            “Hana, I busy ni. Apa-apa nanti kita cakap dekat rumah, boleh?” pertanyaan berupa ayat menghalau secara sopan dituturkan. Kepala terasa makin berserabut dengan kehadiran Tengku Hana di situ. Tengku Hana terdiam sesaat. Bibir bawah digigit geram.
            “Fine. I balik. See you at home then,” tuturnya sebelum melangkah pergi. Tengku Adib yang kembali memfokuskan pandangan ke arah fail di atas meja semakin menyebalkan hati. Sudahnya pintu pejabat Tengku Adib dihempas kasar. Protes.
            Dentuman pintu pejabatnya sekadar membuahkan senyum kecil di bibir Tengku Adib. Masak dengan perangai sepupunya yang berangin tak kira masa. Cawan kopi dari Cafe Lil’ Bean dipandang kosong.

            Kenapa tak rasa macam biasa caramel latte hari ini? Orang lain ke yang buat? Pekerja baru? Keluhan dilepaskan perlahan. Hati tadi dah girang melihat cawan kopi dari Cafe Lil’ Bean yang dibawa Tengku Hana langsung surut elok aroma caramel latte memenuhi rongga mulutnya. Kalau selalu caramel latte dari cafe itu yang menceriakan harinya, tapi kali ini bukan. Mata diubah tala ke arah cermin tingkap. Hari yang mendung di luar terasa makin mendung. Dan mula renyai membasahi cermin pejabatnya.

3 comments: