I don't have any solid
So, I can just say sorry--
Without further ado, I present you the fourth chapter of Coup D'etat.
Enjoy.
Love,
“Morning,
everyone!” ceria Rifa mengumumkan ketibaannya di ruang makan pagi itu. Puan Sri
Dahlia yang baru hendak mencedok nasi goreng ke dalam pinggan suaminya, Tan Sri
Halim tersengih senang. Bik Tina yang sedang menyusun cawan air turut menarik
senyum .
“Mummy
dengan Tina je yang ada ni , Rifa sayang . Baba tengah bersiap di atas tu. Rayyan
mana ? Tak turun lagi?” Rifa mengambil tempat di hadapan ibu mertuanya.
“Ha’ah
mummy. Anak mummy tu bersiap mengalahkan perempuan . Nak pergi mall je pun,”
bersahaja Rifa membalas dengan sengihan panjang. Kotak jus oren dicapai dan
gelas kaca di hadapannya dipenuhkan.
“Mall?
Bukan hari ni Rayyan dah mula kerja ke? Thought he’s only taking leaves for one
week,” terhenti gerak tangannya menyenduk nasi goreng ke pinggan .
“Yeah.
But I need to buy something,” balas Rifa selamba . Kerut hairan di wajah ibu
mentuanya malas mahu dipedulikan.
“Morning,
my,” sapa Rayyan sambil tangan ligat membetulkan letak duduk tali leher biru
tuanya.
“Mummy
je ?” sindir Rifa dengan mulut yang sengaja dimuncungkan . Mummy dah menggeleng
kepala dengan telatah anak-menantunya.
“Morning,
Rifa,” dingin . Rifa menahan sengih sinis. Jus oren disisip sedikit. Rayyan
mengambil tempat bersebelahan dengan isteri-tak-relanya.
“Cakap
tak masuk office. Kenapa pakai formal ni?” soalan dari mummynya menarik kening
Rayyan membentuk kerutan.
“Siapa
cakap ? Rayyan...” belum pun sempat Rayyan menghabiskan bicara, jemari Rifa
selamat mendarat di atas lengannya.
“Kan
semalam you cakap nak teman I pergi mall. Lupa?” mata dipicingkan merenung
Rayyan. Rayyan mendekatkan sedikit badannya ke arah Rifa. Muka kemerahan menahan
geram.
“Kau jangan cari pasal boleh tak? Aku ada mesyuarat penting pagi ni. Don’t you dare...”keras bisikannya
dipotong selamba oleh si isteri.
“Kau jangan cari pasal boleh tak? Aku ada mesyuarat penting pagi ni. Don’t you dare...”
“Abang ,
you don’t have to say sorry to me, dear. Sayang faham . Lagi pun abangkan dah
seminggu tak masuk kerja. Setakat temankan sayang pergi mall, Pak Mat pun boleh
buat. Kan?” senyuman tawar diukir sambil sudu dibawa berlari menolak nasi
goreng di dalam pinggan.
“Rayyan,
tak baik buat Rifa macam tu. Temankan sekejap . Bukan bersehari pun. After lunch
ke , Rayyan masuklah office,” saran mummynya pula . Rayan menarik nafas, menahan
sabar. Faham dengan permainan yang cuba diaturkan oleh Rifa.
“But,
mum, I have...”
“Betul
cakap mummy kamu tu . Kamu tu baru kahwin, buat cara baru kahwin. Bukan fikir
kerja saja 24 jam sehari,” selit Tan Sri Halim yang entah bila dah tercongok
sebelah isterinya. Rayyan mengeluh berat. Nampaknya dia berada diambang
kekalahan.
“Fine,”
sepatah dibalas menandakan dia sudah malas mahu beradu kata. Fed-up.
“Itulah ,
lain kali , kalau berjanji , make sure boleh fulfil. Jangan aci angguk gaya orang
mabuk. Kan dah tersepit . Banyak kali dah baba pesan,” sambung Tan Sri Halim
lagi. Rayyan tersenyum sinis. Janji ? Bila masa minah ni pernah tanya aku pun,
aku taktau. Nikan pulak berjanji bagai. Keras hatinya memberontak .
“Tak
apa, baba . We all know how mindless Rayyan could be if he’s sleepy, right mummy ?”
sengih manja dihadiahkan pada si ibu mertua.
“Sleepy
tak sleepy, dah janji , jalan je . Rifa , kalau lain kali Rayyan buat macam ni
lagi dekat Rifa, just send in your report. Tahulah apa baba nak ajar budak ni,”
Rifa tersengih manja. Dalam hati dah bersorak riang. Setelah seminggu
berkahwin, cubaan pertamanya mengenakan Rayyan menjadi.
“Sure,
baba . Okeylah . Rifa nak naik ambil beg. Abang tunggu sekejap ya,” berlari-lari
anak Rifa menaiki tangga dan terus masuk ke dalam kamar ‘pengantin’nya. Tawa
dihambur sepuas hati. Perut ditekan menahan senak.
“I
hope this will teach him enough. Silaplah kalau nak cari pasal dengan aku.
Memang silap besar!” bebel Rifa di hadapan cermin solek. Berpuas hati dengan
penampilan ringkasnya, sling beg di tepi meja solek dicapai. Sebelum kaki
diatur menjauhi cermin, matanya merenung lama refleksi bayang di dalam cermin.
Perlahan jemarinya dilarikan ke sisi kiri rambutnya. Hitam . Tiba-tiba rindu
mahu mengenakan hair crayon seperti dulu. Merah . Hijau . Ungu . Dan kadang-kadang
biru. Ikut moodnya ketika itu. Tapi sekarang ... ahh ! Malas mahu difikirkannya
lagi. Rencananya harus diteruskan. Biar tahu rasa manusia-manusia yang cuma
reti berlagak hebat itu.
***
Kaki
diatur mengikut rentak hati. Berjalan terus tanpa arah tujuan. Kalau terasa ada
yang menarik perhatian, dimatikan langkah. Kalau tidak, terus diatur. Rayyan
yang mengekori dari belakang sudah berbakul sumpah seranah tertadah dalam hati.
Cakap macam gaya ada barang penting nak cari, bila dah sampai macam tak ada
arah tujuan pula. Memang cari pasal betul. Batang tubuh Rifa yang kini elok
terpacak di butik Kitschen dikerling sekilas. Isterinya sedang ralit membelek
oversized bat wing bertampal dengan berlian membentuk tengkorak. Rayyan tepuk
dahi. Apa punya taste bini aku pakai ni . Kepala digaru perlahan .
“Are
you buying this?” pandangan jelik dilontarkan ke arah batwing ala-ala punk itu .
“Kenapa ?
Tak suka?” tanpa nada Rifa membalas.
“Yup,
I don’t like it,” pendek jawapannya . Rifa tersengih sinis .
“So?
Bukan I nak suruh you pakai, I yang nak pakai,” jemarinya berlari pada outwear
seperti jala ikan pula.
“You’re
my wife. You should listen to me,” tegas suara Rayyan membantah . Geram di hati
semakin mencanak naik.
“I
tak tahu pulak parents I jodohkan I dengan fashion advisor. Kalau macam tu dah
awal-awal I kenalkan mama dengan papa dekat my friend from US tu . He has a very
good sense in fashion,” jelas di pendengarannya rengusan kasar si suami . Hati
dah menjerit riang. Memang aku saja bagi darah kau naik hari ni Rayyan Naufal.
Rasakan .
“This
is not about fashion, Rifa Aulia. You tak malu ke pakai baju-baju tak cukup
kain macam ni? Ke you memang suka nak tayang dekat semua orang? Are you really
that cheap?” ujar Rayyan menyindir . Wajahnya tersuging senyum sinis. Tapi
sekadar disambut dengan tawa kecil dari bibir Rifa.
“See… this
is why I rasa berat sangat nak balik Malaysia. You guys and your endless
judgements. Pakai terbukak sikit, jalang. Pakai jarang sikit , cheap. Habis tu
kalau pakai menutup macam you ni, baik sangatlah? Taraf Tuhan sampai boleh
jugde orang? Is it like that my dearest husband?” mati senyum di bibir Rayyan.
“Kalau macam tu, senangnya nak masuk syurga,” bisik Rifa keras sebelum berlalu
pergi. Hatinya puas dapat membidas cakap si suami.
“Apa
masalah you ni sebenarnya, Rifa Aulia?” sedar-sedar Rayyan dah mengejar ke
depan dan menarik kasar lengan Rifa. Geram hatinya dengan tuduhan semberono
Rifa terhadapnya. Dia cuma mahu menegur. Rifa isterinya, takkan nak dibiarkan
macam tu saja. Nanti tak pasal-pasal berat bahunya memikul dosa si isteri
sekali. Ke cara menegurnya yang salah? Arghhh !!!
“I
pulak yang kena? You yang tiba-tiba bash I tak tentu pasal, tiba-tiba you nak
salahkan I balik ,” Rifa cuba menarik kembali lengannya . Pedih yang menjalar
dibuat tak peduli. Juga pandangan orang sekeliling. Dia sudah lama lali .
“Kalau
kau setakat ajak aku datang sini sebab nak bergaduh, baik balik je. Menyusahkan
orang tau tak?!” keras kata-kata Rayyan menampar gegendang telinga Rifa,
mematikan segala pergelutannya.
“Fine,
kita balik,” pendek balasan dari Rifa sebelum merentap lengannya dan terus
menapak ke pintu utama. Menyusahkan ? Rifa tersenyum sendiri. Dah lama perkataan
itu tak dijamah telinganya .
No comments:
Post a Comment