TCB 6.
Makin malas nak menulis intro panjang2. Haha.
Kbai!
Love,
Popi Merah.
Pintu dewan bedah ditenung bagai terlihat-lihat kelibat ibunya
dibedah oleh para doktor. Sesekali juntaian air mata dihapus-seka. Tengku
Faridah yang diam di tepi malas mahu diendahkan kewujudannya. Hati tidak
putus-putus mengait rantaian doa buat ibu yang bertarung nyawa di dalam. Elok
kaki melangkah masuk tadi, Dr. Haris dah siap menunggu di hadapan bilik ibunya.
Bilik B-01.
“She’s getting worse. Dia dalam keadaan koma sekarang,”
tanpa sebarang mukadimah, terus kata-kata itu menyinggah di telinganya. Mata
terasa berpinar gelap. Tangan mula menggagau mencari penampung badan. Terasa
ada tangan yang melingkar di bahu.
“Doktor, just do whatever it takes to save my daughter.
Saya akan bayar. Berapa pun saya akan bayar, doktor. Please, save her,” dan
kata-kata Tengku Faridah yang membuatkan ibu terbaring pasrah di dalam dengan
kepala dibelahbuka. Sejam. Dua jam. Tiga jam. Keadaan yang semakin sunyi
bertambah tegang. Dira memejam rapat matanya. Ya, Allah. Tolong ibu Ya Allah.
Hanya Engkau yang mampu. Rabbi yassir wa la tu’assir. Rabbi tammim bil khayr.
Ayat itu diratib-baca berulang kali.
Pintu dewan bedah yang terbuka tiba-tiba menghentikan
degupan jantungnya. Dengung suara para doktor di dalam dan jururawat yang
kelam-kabut berlari keluar melemaskan deria telinga. Pantas Dira bangun dari
duduk dan menuju ke arah pintu yang cuma tiga langkah dari tempat duduknya.
“Macam mana ibu saya? Nurse! Doktor?!” soalannya bagai
angin lalu yang menyapa telinga-telinga kakitangan hospital yang sedang sibuk
menjalankan tugas. Respon yang diberi sekadar, “Maaf, cik,” atau “Sila beri
laluan cik,” juga “Sebentar ya cik,” dan terus mereka berlalu pergi.
“Saya
nak masuk! Saya nak tengok ibu saya!” Dira mula bertindak agresif dan meluru ke
dalam. Tengku Faridah yang dari tadi sekadar memerhati, mula kaget.
“Fathia!” panggilannya langsung tidak dipedulikan si
cucu. Usahanya dan seorang lagi jururawat untuk menahan Dira dari masuk ke
dalam juga tidak berhasil. Sudahnya, tubuh wanita tua itu ditolak kasar ke
tepi. Berjaya meloloskan diri, Dira terpaku melihat tubuh Puan Maria yang terbaring
kaku di atas katil bedah dikelilingi beberapa orang doktor. Bingit mesin
disekeliling ibu juga terasa mencucuk tajam gegendang telinga. Riuh suara
doktor memberi arahan semakin mendebarkan rasa.
“Ibu!” dan serentak tubuhnya terasa direntap keluar. Elok
tubuhnya selamat menjejak keluar dari bilik pembedahan, pintu segera ditutup
dan dikunci rapat.
“Ibu! Buka pintu ni! Aku cakap buka! Aku nak jumpa ibu!
Ibu!!!” Dira menghentam kuat pintu dewan pembedahan. Tengku Faridah cuba
menenangkan cucunya. Belakang badan Dira digosok lembut.
“Sabar sayang, mengucap banyak-banyak. Fathia tak boleh
buat macam ni, sayang,” sebak di dada cuba ditahan. Sayu mendengarkan tangisan
Dira. Sakit lagi hatinya melihatkan keadaan tenat puterinya di dalam dewan
bedah itu.
“No! I need to see her. Let me see her, please,” Dira
memujuk rayu nendanya pula. Sepertinya wanita tua itu punya kuasa saja mahu
membenarkan cucunya masuk ke dalam.
“I’m so sorry sayang. Let the doctors do their job. Kita
tunggu ya sayang. Come,” tubuh Dira ditarik perlahan dan didudukkan kembali.
Sesekali sedu terlepas dari bibir Dira. Tangisan yang cuba ditahan seperti
enggan berhenti. Hatinya kembali melagukan zikir. Tenanglah hati. Sabarlah
jiwa. Ibu tak apa-apa. Ibu okey. Allah tolong ibu. Bisiknya meyakinkan diri
yang mula goyah. Suku jam berlalu. Tiada tanda-tanda pintu itu bakal terbuka
lagi. Dira kekal merenung pintu putih itu. Sesaat. Dua saat. Dan terbuka
perlahan. Dr. Haris melangkah keluar sambil menarik-buka penutup muka dan
sarung tangannya yang penuh dengan kesan darah. Darah ibu. Dira segera bangun
meluru ke arah doktor yang jelas terlukis kelelahan pada wajahnya.
“Doktor, macam mana dengan anak saya?” Tengku Faridah dah
terlebih dulu bersuara. Dr. Haris merenung tepat ke anak mata Dira. Sepi.
“I’m sorry, Tengku, Cik Dira. There’s nothing more we could
do. We’ve done our best, but we still couldn’t save her. We’re so sorry for
your loss,” elok telinganya menangkap perkataan terakhir itu, derianya semua
terasa seperti mati. Jelas dimatanya Dr. Haris yang masih cuba menerangkan
sesuatu. Juga nenda yang tersedu menahan tangis-raungnya. Tapi langsung telinga
tidak dapat menangkap apa-apa. Nil. Mulutnya seakan terbisu mahu membalas. Air
matanya seperti kekeringan mahu mengalir. Sudahnya dia cuma berdiri merenung
kosong ke wajah doktor sehingga lelaki itu berlalu pergi. Lama dia terdiam
seperti itu. Cuba menyusun apa sebenarnya yang telah berlaku. Tangisan tadi
yang sayup-sayup di telinga mula terasa jelas. Tangisan nenda. Bahu mula terasa
basah. Hangat. Hangat air mata. Juga hangat pelukan. Perlahan tubuh nendanya
ditolak menjauh. Wajah yang basah dengan air mata itu ditenung kosong. Sekosong
perasaannya sekarang. Sekosong otaknya sekarang. Terasa wajahnya diusap lembut.
“Fathia, I’m so sorry. This is all my fault. Nenda patut
cari ibu dan Fathia dari awal lagi. So that nothing of this could ever happened
in your life. In our life. Nenda patut redha dengan apa saja keputusan ibu
Fathia dulu. I should have stop her back then,” ujar Tengku Faridah diselangi
esak tangisnya.
Pap!
Pedih tangan tua itu ditepis kasar.
“But
you didn’t,” datar nadanya. Kosong riaknya. Tengku Faridah terdiam kaku.
Setapak,
dua, Dira mengundur menjauhinya. Dan terus berjalan pergi. Pergi dari mata
wanita berketurunan Tengku itu. Pergi dari mimpi ngeri itu. Pergi dari kisah
hidup yang perit itu.
***
Tapak
kaki diatur menelusuri kaki lima itu. Melalui deretan kedai-kedai runcit.
Bangunan tinggi mencakar langit. Tapak pembinaan ditinggalkan terbiar. Tapi
langsung tak diambil peduli arah tuju derap langkahnya. Asalkan dia terus
berjalan. Asalkan dia terus menjauhi semua yang baru terjadi. Asalkan dia bisa
lari.
Dalam
renggang manusia di lewat tengahari itu, terasa bahunya terlanggar seseorang.
Kepala ditundukkan sedikit.
“Maaf,”
sepatah dan terus berlalu. Tanpa memandang langsung pemilik bahu tadi.
Lagi
lima enam langkah, terasa bahunya ditempuh lagi. Seperti tadi. Tunduk.
“Maaf,”
dan terus berlalu.
Dan
lagi sekali. Terlanggar. Tunduk.
“Maaf,”
tapi kali ini, belum sempat dia berlalu pergi, bahunya ditahan.
“Awak
sedar tak awak dah langgar saya tiga kali?”
“Huh?”