Thursday, December 19, 2013

The Caged Bird 3

Assalamualaikum awak-awak semua!
Sorry lambat update TCB.
This week sibuk sikit.
The upcoming weeks juga mungkin sibuk. 
So the following updates may be a little bit late.
Maybe once per week. Or twice. Depends.
Sorry sangat-sangat.
Got some stuff going around.
Whatever it is, eres the third chapter of TCB.
Hope you guys enjoy reading it.

Love,
Popi Merah.

           Kotak kayu coklat berukir awan larat diselangi bunga-bunga kecil di atas meja ruang tamu itu ditenung kosong. Puas digeledah almari di bilik ibu tadi baru terjumpa dengan kotak legap sederhana besar itu. Tapi hatinya teragak-agak mahu membuka penutup kotak di hadapannya. Pelbagai jenis kemungkinan terbit di ruang fikiran. Yang baik. Yang buruk; pastinya dah dulu timbul. Keluhan demi keluhan terlepas dari bibir. Kata-kata Dr. Haris masih terngiang-ngiang di cuping telinga.
            “Awak kena buat keputusan cepat, Cik Dira. Her condition is getting worse by day. Rawatan kimo pun macam dah tak memberi sebarang kesan. We can’t keep increasing the dosage. The only way is to remove the tumor. Awak faham, kan?” wajah serius doktor muda itu bermain di ruang mata. Dira mengeluh. Lagi. Dan lagi. Walau dia tahu keluhan itu cuma mampu membuang karbon dioksida dari parunya, bukan masalah yang membebani fikirannya. Jauh sekali mengubati penyakit ibunya. Mulut masih ringan juga melepaskan keluhan.
            Akhirnya kotak kayu itu dicapai lemah. Perlahan penutupnya dibuka. Bunyi keriuk engsel kecil itu menandakan kotak itu sedah lama tidak berusik. Kesan karat juga jelas dilihat bertempek di situ. Mengisi ruang dalamnya sekadar beberapa keping foto, sekeping kad hari jadi dan sehelai kertas lusuh yang tertulis beberapa baris ayat yang kelihatannya seperti alamat rumah. Dira mencapai kepingan foto dan dibelek satu persatu. Gambar dua orang wanita. Seorang yang agak berumur tetapi agak bergaya. Dan seorang lagi berwajah muda dengan senyuman yang sangat dikenali Dira. Persis ibu wajahnya. Juga sengihan lebar itu. Dan kerut mata saat bibirnya ditarik panjang melebar. Mereka berdua kelihatan mesra berpelukan di dalam hampir setiap gambar. Berlatar belakangkan rumah agam yang tersergam megah seperti istana raja.
            Kemudian Dira mencapai pula kad hari jadi yang sudah kusam bertukar warna. Berhati-hati, kepingan kad lusuh itu dibuka. Sebaris ayat yang kemas tercatit di dada kad dibaca perlahan.
Meski seluruh dunia berjalan pergi, aku akan kekal bernafas jika kau setia di sisi.
Tengku Sharifah Faridah Tengku Syed Mansor.
            Semakin berkerut dahi Dira cuba memahami. Siapa Tengku Sharifah Faridah? Adakah wanita berumur di dalam gambar itu? Apa hubungannya dengan ibu? Kertas kecil yang bertulis alamat rumah dicapai pula. Lokasi yang beralamat di Kajang itu ditenung dalam. Gaya identiti misteri si pemilik rumah beralamat itu mampu muncul secara magiknya di atas kertas berwarna kuning lusuh di tangannya. Benaknya semakin sempit dengan pelbagai jenis soalan. Siapa? Apa? Mengapa? Bila? Sesak.
            Dentingan jam di dinding sebanyak tiga kali menganggu konsentrasi Dira. Jam sudah menginjak ke angka tiga. Mujur esok Dira tiada kelas pagi. Isi kotak tadi kembali dimasukkan ke tempat asalnya. Mata mula terasa berat menahan kantuk. Malas mahu melangkah ke bilik, akhirnya Dira terlelap di ruang tamu. Tidur bertemankan nyanyian cengkerik dan dengung manja si nyamuk. Juga harapan hati supaya hari esok masih ada untuknya dan ibu. Harapannya. Harapan si anak buat ibunya.
***
            Pintu gerbang tinggi melangit itu di pandang kagum. Cukup mewah dengan urai kerawang bunga dan daun bersalut cat emas. Kepala cuba dijenguk-jenguk ke dalam, meninjau dari kejauhan rumah agam yang berdiri megah di sebalik water fountain di tengah laman. Gambar dari beg galas dikeluarkan. Sekilas latar belakang gambar itu cuba dibanding tengok dengan yang di hadapan mata. Hampir sama. Cuma warna cat rumah dan landskap tamannya sudah banyak berubah. Rumah agam di hadapannya tampak lebih mewah.
            “Cik, cik cari siapa?” garau suara seorang pak cik tua lengkap berseragam pengawal keselamatan menegur dengan wajah cemberut. Dira tersengih serba-salah dengan peluh yang semakin merenik di dahi. Rambut yang semakin panjang sudah tersanggul tinggi. Jurai-jurai beberapa anak rambut yang berselirat di dahi malas mahu diambil kisah.
            “Ini rumah Tengku Sharifah Faridah, kan?” soalnya kembali. Pak cik tua tadi dah merengus kasar. Kelihatannya seperti kurang senang dengan kehadiran Dira di situ.
            “Cik ni cari siapa sebenarnya?” soalan tadi berulang lagi sekali. Cuma kali ini cukup diperasakan dengan nada jelek. Dira masih cuba mengukir senyum manis.
            “Saya nak jumpa dengan Tengku Sharifah Faridah. Dia ada di rumah?” lembut Dira menyusun kata, tidak mahu menyinggung hati si lelaki tua yang sudah sedia jengkel dengannya.
            “Dia tak ada,” ujarnya kasar sebelum mula menyusun langkah menjauhi Dira.
            “Pak cik! Pak cik! Bila dia balik? Saya perlu jumpa dia hari ni jugak. Penting. Ada perkara yang perlu saya tanya pada dia, pak cik,” Dira sudah separuh merayu. Sia-sia saja dia datang ke situ jika kehadirannya cuma untuk dihalau pergi.
            “Kau pun sama! Berapa kali aku nak cakap? Kalau kau nak temuramah, pergi pejabat Dato’. Buat appointment. Yang kau mencari sampai ke rumah, apahal? Menyusahkan orang betul. Sudah. Pergi sebelum aku panggil polis,” baran si pak cik mengikat lidah Dira dari terus menari meluah kata. Sudahnya dia terduduk keletihan di hadapan gerbang tinggi itu. jam di pergelangan kanan dijeling sekilas. Sudah jam satu suku tengahari. Perut semakin galak berkeroncong. Ditambah pula dengan bajunya yang semakin lencun menyerap peluh di tengahari rembang itu. Sekejap lagi sudah masuk waktu solat zohor. Mana pula mahu dicari masjid di tengah lot perumahan elit ini. Kalau ada pun pasti jauh berbatu. Itu pun kalau jumpa. Kalau sesat? Bertambah lagi bala di bahu.
            Rasa menyesal mula merangkak masuk ke dalam hati Dira. Keputusan mengejut untuk menjejaki Tengku Sharifah Faridah nampaknya bukan satu keputusan yang baik. Terpacak mengukur jalan di tempat asing tanpa teman cukup membuatkan Dira mahu berguling meraung di atas jalan tar kehitaman itu. Kalau dia buat shif tambahan di Cafe Lil’ Bean, dah sah-sah dia dapat duit poket lebih untuk belanja bulan ini. Tapi itu ceritanya kalau dia tidak gatal kaki menjejak ke situ. Sekarang ceritanya dia sudah siap berdiri di hadapan pintu gerbang tinggi ini. Suka atau tidak, dia harus berjumpa juga dengan empunya nama Tengku Sharifah Faridah itu. Nak atau taknak, dia harus bertikhtiar sesuatu bagi menampung kos pembedahan untuk ibunya.
            Dira berulang-alik berjalan di hadapan pintu gerbang. Pak cik garang tadi sudah menghilang ke dalam. Malas mahu melayannya mungkin. Jam sudah menginjak ke angka dua. Cahaya mentari semakin terik menyimbah menambah bahang di tanah bumi. Kelaparan semakin galak mengetuk dinding perut. Pedih. Dalam sibuk menunduk mengira batu di tepi jalan, deruman enjin kereta mengejutkan Dira.
Mercedes Kompressor hitam berkilat memberi signal mahu membelok masuk ke dalam pintu gerbang tinggi itu. Pantas Dira terlebih dahulu menahan kereta mewah itu dari berlalu masuk ke dalam. Cermin tempat duduk belakang diketuk perlahan, memberi isyarat supaya diturunkan. Elok cermin tingkap diturunkan, terpacul wajah elegan seorang wanita dalam lingkungan hujung 30-an. Yang pastinya, wajah itu langsung berlainan dengan wajah di dalam gambar dari kotak kayu itu.
“Awak ni siapa?” soal wanita itu dengan memek pelik di muka.
“Saya...saya cari Tengku Sharifah Faridah. Saya ada benda nak tanyakan pada dia. Dia ada tak?” senafas Dira menutur kata. Wajah berona pelik di hadapannya semakin berkerut.
“Maaf, kalau awak nak menjalankan sebarang temuramah, sila datang ke Astana Cemara Holdings. Kami tak...” belum sempat wanita tadi menghabiskan ayatnya, Dira dah terlebih dulu memotong.
“Tak. Bukan. Saya datang sebab gambar ni,” gambar mesra dua orang wanita yang berpelukan diserahkan kepada wanita yang masih selesa ditiup angin sejuk dari penghawa dingin kereta. Bulat matanya menatap figura yang gembira tersenyum di dalam foto di tangannya.
“Mana awak dapat gambar ni?!” naik seoktaf suaranya. Dira garu kepala yang mula gatal dibasahi peluh. Otak mencari kata bagi menjawab pertanyaan wanita itu. Tak tahu ceritanya harus bermula dari mana.
“Ibu...ibu yang beri,” ujarnya teragak-agak. Desah nafas wanita di dalam kereta jelas kedengaran pada pendengaran Dira.
“It’s okay. Masuk dulu. Kita berbincang di dalam. Panas kat luar ni,” pintu kereta dibuka dari dalam dan wanita itu menginjak ke dalam sedikit, memberi ruang untuk Dira mengambil tempat. Senyuman nipis dihadiahkan buat pertama kalinya kepada Dira. Elok pintu kereta ditutup, perlahan Mercedes hitam itu meluncur ke dalam. Dira leka memerhatikan water fountain yang dikelilingi beberapa jenis pokok bunga yang dia kurang pasti spesiesnya. Cantik. Sejuk mata memandang. Pasti Tengku Sharifah Faridah itu bukan orang sebarangan. Tengok pintu gerbang tadi saja sudah dapat diagak.
“Jemput masuk,” ujar wanita tadi. Kali ini nadanya kedengaran lebih mesra. Elok Dira melabuhkan duduk di sofa antik di ruang tamu, dua orang wanita pertengahan umur lengkap memakai seragam pembantu rumah muncul dari balik pintu kecil di satu sudut.
“Cik Zila perlukan apa-apa?” salah seorang dari pembantu rumah mula membuka suara. Dira sekadar diam memerhati.
“Saya nak jus oren...and Dira? Awak nak minum apa?” perhatian berubah pada Dira yang duduk setentang dengannya. Dira tersengih segan.
“Saya tak kisah...err...Cik Zila,” Dira berkira-kira sendiri dalam otaknya. Serba-salah mahu memanggil cik pada wanita itu. Entah betul, entahkan tidak gelaran yang diberi. Takkan wanita ini masih belum berpunya lewat umur begini. Ahh! Dira. Sibuk kau nak kisahkan hidup dia. Hidup ibu kau yang belum tentu di hospital tu yang patut kau fikirkan. Jalan harus dicari supaya empunya nama Tengku Sharifah Faridah itu mahu membantunya nanti.
“Okay. So, tell me...awak ni siapa sebenarnya? Kenapa awak tiba-tiba cari Tengku Faridah? Apa niat awak sebenarnya datang sini?” bertalu-talu soalan yang dihambur. Dira terkelu mencari jawapan. Bingung mahu dimulai dari mana ceritanya. Dia sendiri pun tidak pasti apa hubungan ibunya dengan Tengku Sharifah Faridah itu.
“Ssa...saya...” telefon Cik Zila yang tiba-tiba menyanyi rancak menghentikan bicara Dira. Cik Zila memberi isyarat sebentar sebelum berlalu untuk menjawab panggilan. Sesekali Dira perasan mata Cik Zila yang menjeling ke arahnya sambil mulut terkumat-kamit membalas cakap dengan pihak di sebelah sana. Hampir lima minit, Cik Zila kembali duduk di hadapannya.
“Tengku Faridah ada meeting penting petang ni. So, dia tak dapat nak jumpa awak sekarang. Tapi inshaAllah, tonight she’ll be having dinner with you. But for the mean time, awak boleh berehat dalam bilik tetamu. Nanti saya suruh Siti tunjukkan. Siti!” laungnya ke arah pintu kecil tadi. Tak sampai seminit, salah seorang pembantu rumah tadi dah kelam kabut berkejar ke ruang tamu.
“Ya, Cik Zila?” ujarnya siap menerima arahan dari Cik Zila.
“Awak tunjukkan bilik tetamu pada cik...” pandangannya dialih tiba-tiba ke arah Dira. Baru sedar dia masih belum tahu nama gadis yang tiba-tiba muncul di hadapan istana Tengku Faridah hari ini.
“Ahh...Dira. Fathia Adira Mohd Fikri...” 

Thursday, December 12, 2013

Coup D'etat 2

Assalamulaikum lovelies sekalian!
And salam sejahtera :)
Disebabkan CD dapat feedback yang sangatlah best from the readers...
So this is the second part...
Tapi pendek je. Sorry.
The third part might be a lil bit longer.
InshaAllah.
And thanks for the endless support.
May Allah bless all of you.

Love.
Popi Merah


Mata-mata yang bulat memandang pelik di KLIA malas mahu diambil pusing. Masih belum berubah nampaknya rakyat Malaysia. Masih sibuk nak menyelak kain orang lain. Masih gagah nak menjuling mata menjeling orang lain. Troli yang penuh menanggung dua buah bagasi besar dan beberapa beg kertas ditolak perlahan. Hoodie yang menutup kepala dikemaskan, menutup separuh muka. Headphone kemas menekup kedua belah telinga, berdentum dengan Coup D’etat – GD. Entah sejak dua tiga minggu ni telinga dah sedap didendang dengan suara pak cik berambut kuning telur itu. Pengaruh Jenny Kim, si teman dari Korea pastinya. Peminat setia si naga bersuara merdu itu.
            Coup d’etat. Seizure of power. Rampasan kuasa.
            Coup. Seize. Rampas.
            Sengihan semakin melebar. Semakin sinis.
            This game is just starting people. Ain’t gonna end any soon.
***
            Dentingan sudu dan garfu di meja makan mengisi sunyi malam itu. Sesekali Datin Zara menjeling anak gadisnya yang duduk setentang. Rambut hitam berjalur merah di sisi kiri. Wajah sedikit pucat keletihan. Bersinglet hitam dengan cardigan putih gaya jala ikan. Sangat berlainan dengan gayanya lima tahun yang lepas. Gaya heavy metal siap berlipstik ungu bagai. Lega sedikit hatinya. Deheman Dato’ Malik mengejutkan Datin Zara dari terus merenung Rifa. Pantas pandangannya ditala pula pada si suami di kepala meja.
            “Papa nak kahwinkan Rifa dengan anak kawan papa,” senafas ayat tanpa nada itu meluncur keluar. Sudu yang baru hendak menyuap ke mulut tergantung di udara. Rifa mengukir senyum nipis.
            “Sure,” balas Rifa, gaya baru setuju nak teman papanya ke annual dinner syarikat. Kemudian kembali meneruskan suapan yang terhenti tadi seperti tiada apa-apa yang berlaku.
            “Rifa,” meleret suara mamanya kerisauan. Rifa memberhentikan suapannya.
            “Yes, ma?” sahutnya seperti biasa. Mata ditala tepat memandang kosong mamanya.
            “Are you sure? Ini bukan perkara main-main, sayang,” lembut Datin Zara cuba berdiplomasi. Senang sangat Rifa bersetuju dengan cadangan papanya. Takkan jetlag sampai effect ke otak kut?
            “Am I even allowed to say ‘no’?” soalan berupa sindiran dilontar beku ke arah Datin Zara. Sunyi sekejap ruang makan itu dari sebarang bunyi. Ketawa kecil terlepas dari bibir Rifa. “I’m done,” ujarnya sambil meletakkan sudu dan garfu ke dalam pinggan. Kerusi ditolak ke belakang, bersedia untuk bangun.
            “Rifa Aulia!” bergetar ruang makan itu dipenuhi suara keras milik Dato’ Malik. Datin Zara mencapai lengan suaminya yang cuba bangkit dari kerusi.
            “You, sudahlah tu. Rifa tu budak lagi. You can’t put too much pressure on her,” nasihat Datin Zara lembut. Dato’ Mali kembali duduk, namun matanya masih tajam terpaku pada sengihan sinis Rifa.

            “Kids, ey?” berlagu suara Rifa dengan sengihan sinis sebelum dia berjalan naik ke biliknya. Datin Zara menggeleng lemah. Tidak dapat langsung dibaca gerak fikiran anak gadisnya. Dan perkataan terakhir anaknya tadi cukup menghantar amaran yang Rifa Aulia kini bukan Rifa Aulia lima tahun yang lepas. Rifa Aulia kini lebih sukar difahami. Lebih payah didekati.

Tuesday, December 10, 2013

Coup D'etat 1

Assalamualaikum!

And a very good day peeps:)
Patutnya this new series nak update weekend lepas.
Tapi tiba-tiba one of my old friend popped up.
Haha...dah gaya macam notification fesbuk pulak.
Okay...so we spent the whole weekend dgn berlayar di lautan memory lane. Eheh.
Makanya saya tak dapat nak update mahupun sambung cherita yang tergantung.
But still. Seperti yang dijanjikan di dinding mukabuku saya.
This is it.
Coup D'etat (dibaca ku-de-ta).
Kalau siapa yang hardcore pakcik rambut kuning tu (G-Dragon) mungkin familiar dengan perkataan pelik ni.
Memang inspired from lagu tu pun.
Walau cerita tersirat mungkin berbeza.
Whatever it is, hope you'll enjoy the story.
And yes, don't forget to leave your comments.

Love,
Popi Merah.


Beep!  

Hey, Riff baby! Umm...it’s Carl. You didn’t pick up your cell phone. Just wondering how you’re doing. I’m really sorry about what happened that night. I was...out of control. Ring me back whenever you’re ready, cupcakes. I’ll be waiting. Love you, baby.

Beep!

Riff, Lena’s here. Can you please tell Carl to stop asking me about you? He’s getting on my nerves. See you at school darl. Toodles!

Beep!

Rifa Aulia, you’re not picking up the phone again. Your Dad is furious. Call Maria as soon as you get this message. You’re coming back to Malaysia in two weeks. Maria already booked the flight ticket for you. And, please. Jangan buat hal lagi. We had more than enough right now. Thanks to your sister. Bye.

Beep!

            Elok pesanan ketiga tamat, senyum sinis terukis jelas di muka. Tak sangka disambut pesanan dari mamanya sepulang dari berjogging tadi. Peluh di dahi dikesat perlahan. Bahang mula terasa dek mentari negara barat yang mula menyuluh terang melalui pintu slide di dapur. Hoodie pullover dibuka pantas, hanya meninggalkan singlet turquoise lembut membaluti tubuh langsingnya. Rambut panjang melepasi bahu, berjalur merah darah di sisi kiri rambut disebak ke belakang, lemas. Ganggang telefon diangkat. Punat ditekan pantas, sudah dihafal nombor yang mahu didail.
            “Maria, it’s Riff...”
And I’m coming home.

***

            “Are you sure, Malik? I mean, tak terburu-buru sangat ke? Kita pun tak tanya lagi pendapat Rifa pasal hal ni,” ujar Datin Zara, ragu-ragu. Dato’ Malik sekadar melepaskan keluhan keras.
            “Habis tu? Nak biar dia terus macam tu? Tak ada arah tuju hidup. Tahu nak berseronok saja. Plus, don’t you think this is a very good opportunity for Megah Holdings?” Dato’ Malik mengukir senyum nipis. Bangga dengan syarikatnya yang semakin pesat membangun. Dan usahasamanya dengan syarikat milik Tan Sri Halim pasti akan membawa syarikatnya ke satu takuk yang lebih tinggi. Terlepas tawa kecil dari dua ulas bibirnya. Datin Zara mengeluh perlahan.
            “At the end of the day, this is just about your company, kan?” nadanya seperti berjauh hati. Dato’ Malik kerut dahi.
            “Maksud awak?”
            “For God’s sake, Malik! She’s your daughter! Our daughter! Awak buat dia macam token yang boleh ditukar-tukar dengan syarikat lain. Hanya demi sebuah kerjasama, Malik, for saying out loud!” naik seoktaf suara si isteri. Dato’ Malik merengus kasar.
            “Kalau dia anggap kita ni parents dia, she wouldn’t acted that way dulu. She’ll behave more appropriately. Dia takkan malukan kita sampai macam tu sekali,” tegas Dato’ Malik membangkang. Datin Zara tersenyum sinis.
            “I bet you don’t even have the gut to tell Tan Sri Halim kenapa Rifa is staying in US, right? Lima tahun, Malik, lima tahun. You sorok dia dekat California. Just because she...”
            “Zara!!!” bergema suara Dato’ Malik memenuhi kamar tidur serba mewah itu. “Can we please drop the subject? Saya dah taknak dengar awak ungkit-ungkit perkara tu depan saya. Malu saya dengar. Saya nak keluar. Malam ni saya dinner di luar. Tak perlu tunggu,” sejurus berdentum pintu kamar mereka ditutup kuat. Datin Zara termangu di atas katil. Kepala semakin berserabut dengan rancangan gila suaminya.

Tuesday, December 3, 2013

The Caged Bird 2

Assalamualaikum!
Hadeylaa...
Sorry for the late update.
Just came back from this awesome camp.
InshaAllah kalau jemari rajin nak berkejar menaip, I'll do some updates on that particular camp.
Maybe. Eheh.
So, this is the second chapter, the third update.
Enjoy and do leave some comments after you're done.

Love,
Popi Merah.

           Meja yang kotor dengan kesan titisan air berwarna dilap menggunakan kain lembap. Sesekali spray di tangan kiri ditala ke arah meja, buat kotoran degil yang enggan tanggal. Walau kedua tangan sibuk menyelesaikan kerja, otak dah terbang jauh ke hospital. Bilik B-01. Bilik ibu. Senario semalam bermain galak memenuhi ruang kepala. Kata Dr. Haris, itu kali kedua ibunya mengalami cardiac arrest. Kegagalan jantung mengepam darah ke anggota penting. Kata Dr. Haris lagi ibunya semakin tenat. Sesak lagi dadanya semalam. Serabut lagi kepalanya mencari jalan.
            Dira mula melangkah ke meja sebelah. Kerjanya masih belum selesai. Habis kelas hari ini, terus dia bergegas ke Cafe’ Lil Bean. Mencari duit tambahan. Malam baru dia berkejar ke hospital, melawat ibu pula. Dr. Haris tidak membenarkan ibunya pulang ke rumah seperti selalunya. Sekurang-kurangnya sehingga rawatan kimoterapi hujung minggu ini. Itupun kalau keadaan ibunya tidak semakin merosot.
            “Watch it!” rengus kasar suara seorang perempuan dan pedih di tangan menyedarkan Dira dari lamunan panjang. Perlahan wajahnya diangkat mencari pemilik suara. Baru perasan dua biji cawan kopi yang dah selamat tergolek di hujung kaki. Isinya dah elok mengalir mencemar jubin lantai. Wajah perempuan bergaya mewah di hadapannya dipandang dengan riak bersalah.
            “Maaf, saya...” belum pun habis kata maaf ditutur, suara perempuan itu dah terlebih dulu memotong.
            “That’s why I tak suka minum dekat cafe low class macam ni. Menyusahkan betul!” rungutnya pada pemuda segak berkot di sebelahnya.
            “Maaf, saya tak sengaja. Baju cik...dah kotor. Ni sapu ta...”
            “Shuh. Awak tak rasa sapu tangan awak akan lagi merosakkan baju saya ke?” sinis. Tangan Dira yang cuba mengelap kesan kopi di bajunya ditepis keras. Jelingan tajam diberikan pada Dira sebelum perempuan itu melangkah pergi. Kelam-kabut lelaki berkot tadi menurut.
            Dira tersenyum kecil. Terasa seperti mahu mentertawakan diri sendiri. Ibu, kalau kita kaya, agak-agak Dira jadi macam dia jugak ke?
***
            “Adib,” suara cuba dilenggok semanja mungkin. Tubuh langsingnya didaratkan di atas kerusi berhadapan dengan lelaki berkot kelabu yang asyik dengan longgokan fail di atas meja. Tiada reaksi. Tangan dipanjangkan mencuit hidung si jejaka.
            “Hana,” suaranya bergetar amaran. Muka dipalingkan sedikit, kurang selesa dengan perilaku sepupunya. Tengku Farhana Danielle ketawa kecil. Dapat diagak reaksi Tengku Adib dengan usikannya.
            “Itulah, I panggil, you taknak layan. Look what I brought for you,” cawan kopi dari kafe kegemaran Tengku Adib diunjuk perlahan ke arah tuan empunya cawan. Senyuman kecil dari Tengku Adib melegakan sedikit hati Tengku Hana. Tengku Adib mencapai cawan kopi yang jelas bertampal dengan lambang Cafe Lil’ Bean.
            “Penat I beratur tau. Lepas tu, ada pulak pelayan mana tiba-tiba langgar I, habis tumpah dekat baju I. She even tried to wipe the coffee stain using her worn out hanky. Eww...disgusting!” kejadian di cafe tadi meluncur keluar beserta dengan tawa sinis. “Tak pasal-pasal I kena beratur balik,” muka kesian dipamerkan di hadapan Tengku Adib. Padahal tadi dia sekadar menyuruh si Kamal, pembantu peribadinya, untuk membeli ganti caramel latte yang dah selamat tumpah ke lantai. Malas mahu mengotorkan lagi kasutnya ke tempat-tempat seperti itu. Kalau bukan kerana caramel latte di cafe itu merupakan kegemaran Tengku Adib, nak menjeling cafe kecil itu pun belum tentu dia mahu.
            “Lain kali tak perlu menyusahkan diri belikan untuk I,” dingin Tengku Adib membalas. Caramel latte disisip sedikit. Riak wajah masih beku. Kehangatan caramel latte langsung tidak memberi kesan. Cawan kopi diletak jauh dari kertas-kertas yang bersepah di atas meja. Takut tertumpah.
            “Sikitnya you minum. Selalu macam tak cukup. Kenapa? Tak sedap?” tanya Tengku Hana, kemudian menyisip sedikit dari cawan kopi miliknya. Sedap lagi latte di Dome. “Itulah, I pun tak faham apa yang you...”
            “Hana, I busy ni. Apa-apa nanti kita cakap dekat rumah, boleh?” pertanyaan berupa ayat menghalau secara sopan dituturkan. Kepala terasa makin berserabut dengan kehadiran Tengku Hana di situ. Tengku Hana terdiam sesaat. Bibir bawah digigit geram.
            “Fine. I balik. See you at home then,” tuturnya sebelum melangkah pergi. Tengku Adib yang kembali memfokuskan pandangan ke arah fail di atas meja semakin menyebalkan hati. Sudahnya pintu pejabat Tengku Adib dihempas kasar. Protes.
            Dentuman pintu pejabatnya sekadar membuahkan senyum kecil di bibir Tengku Adib. Masak dengan perangai sepupunya yang berangin tak kira masa. Cawan kopi dari Cafe Lil’ Bean dipandang kosong.

            Kenapa tak rasa macam biasa caramel latte hari ini? Orang lain ke yang buat? Pekerja baru? Keluhan dilepaskan perlahan. Hati tadi dah girang melihat cawan kopi dari Cafe Lil’ Bean yang dibawa Tengku Hana langsung surut elok aroma caramel latte memenuhi rongga mulutnya. Kalau selalu caramel latte dari cafe itu yang menceriakan harinya, tapi kali ini bukan. Mata diubah tala ke arah cermin tingkap. Hari yang mendung di luar terasa makin mendung. Dan mula renyai membasahi cermin pejabatnya.

Wednesday, November 20, 2013

The Caged Bird 1

Assalamualaikum lovelies!

New updates.
I'm not sure how long this stories gonna be.
So, just bear with me, okay! XD
And I've already tagged all my posts, so it'll be much easier for you guys.
Oh...don't forget to leave some comments after you're done.
Thanks!

Love,
PopiMerah.

            “Tengku Adib Fayyadh,” dingin suara serak itu menyapa. Langkah Tengku Adib termati belum sempat pun menapak ke anak tangga pertama. Mata manjeling tubuh perempuan tua yang santai membaca surat khabar di ruang tamu. “You’re late. How many times...”
            “Kalau nenda tak ada apa-apa yang penting nak cakap, Adib naik dulu,” potongnya malas. Lelah bermesyuarat dari pagi tadi masih bersisa. Belum termasuk beban kerja yang bertimbun sampai terpaksa dibawa pulang, kepala malas mahu dirunsingkan dengan bebelan nendanya pula.
            “Nenda tak habis cakap lagi. Where do you think you’re going, young man?” tegas suara Tengku Faridah berbaur amaran. Tengku Adib mengeluh berat. Sudahnya dia sekadar mengunci mulut di sisi tangga. Sunyi diisi dengan bunyi cengkerik menyanyi riang diluar rumah agam itu. “Dah bisu? I’m asking you, Tengku Adib Fayyadh, dah tak pandai nak menyahut ke?” suara naik seoktaf. Kesabaran hati tuanya makin menipis.
            “Why don’t you do all the talking, nenda, I’ll listen. Like I always do,” beku tanpa sebarang riak. Tanpa sebarang nada. Tengku Faridah mendengus kasar.
            “Nenda tak pernah ajar cucu nenda berkurang ajar. Where’s your manner, Adib Fayyadh?” surat khabar dah dicampak ke meja di hadapannya. Geram.
            “Of course, you just teach us on how to manage the company, nenda. You’ve done a great job here,” balas Tengku Adib datar. “If there’s nothing else, excuse me,” kaki mula mendaki anak tangga. Tengku Faridah mengukir senyum sinis. Perangai cucunya yang satu itu tak ubah seperti perangainya dahulu. Degil. Sinis. Keluhan dilepaskan berat. Dada kiri yang tiba-tiba terasa menyengat diurut perlahan.
            “Siti!”
***
            “Ibu dah sedar?” ceria Dira menyapa Puan Maria yang terlantar lemah di atas katil hospital. Anggukan balasan si ibu memekarkan lagi senyuman Dira. “Ibu nak minum?” tanyanya pula. Gelengan perlahan pula menjadi jawapan. “Do you need anything? Shoud I call Doc Haris to check up on you?” Dira sudah bersedia mahu bangun dari duduknya, namun jemarinya dicapai lembut Puan Maria.
            “Ibu okey, sayang,” serak suara Puan Maria beralasan. Dira kembali duduk. Jemari ibunya digenggam kemas dan dicium lama.
            “Lain kali ibu jangan takutkan Dira macam tadi. Pendek nyawa anak ibu ni nanti,” Dira cuba begurau. Hambar. Cuma senyuman kecil yang terukir di bibir Puan Maria.
            “I’m sorry, princess,” Puan Maria menepuk perlahan lengan puterinya. Dira memaksa senyum. Kata-kata Dr. Haris masih kuat terngiang ditelinganya. Otak laju mengira di mana harus mencari duit sebanyak itu. Seratus ribu ringgit. Bukan seratus ringgit. Bukan seribu ringgit. Kalau dalam masa sesingkat ini, cuma lintah darat yang terlintas di fikiran. Tapi itu dah termasuk dalam senarai mencari bala. Lagipun kedudukan kewangannya sudah cukup goyah dengan bil rawatan ibu dan belanja harian mereka dua beranak. Nak ditambah lagi dengan hutang, silap haribulan mahu kudung dua tangannya. Nasib baik duit simpanan arwah papa masih berbaki beberapa ribu di dalam bank. Itupun haruslah dia berjimat cermat untuk belanja rawatan kanser ibu. Dengan ubatnya, kimoterapi lagi. Bibir bawah diketap menahan sayu.
            “Dira dengar tak ibu cakap ni? Senyap je,” Puan Maria mengelus lembut pipi anaknya. Terkebil-kebil Dira memandang wajah pucat Puan Maria.
            “Ibu cakap apa tadi?” kelam-kabut Dira kembali bertanya. Puan Maria tersenyum kecil. Anaknya jarang termenung, lagi-lagi kalau ada orang sedang bercakap dengannya. Hati ibu Puan Maria dah dapat mengesan kesusahan anaknya menanggung beban. Soalan Dira dijawab dengan gelengan lemah.
            “Ibu nak buah? Sekejap Dira potongkan buah ya,” Dira berlalu ke meja kecil di sisi katil Puan Maria. Dua biji epal dicapai. Pisau kecil di dalam laci diambil. Kaki mula mengatur langkah ke pintu bilik, mahu ke bilik air mencuci buah.
            “Dira,” panggil Puan Maria perlahan. Langkah kaki Dira membeku. Muka dipaling ke katil Puan Maria, mencari wajah ibunya.
            “Hmm?”
            “Kotak kayu dalam laci meja solek ibu. If anything ever happens to me, find that wooden box,” ujar Puan Maria dengan senyuman nipis. Jantung Dira terasa seperti berhenti berdegup. Namun digagahkan senyuman buat si ibu.
“Nothing...nothing is going to happen to you, ibu,” Dira menarik nafas panjang. Dada terasa sesak. “You’ll be just fine,” senyum dan terus berlalu keluar. Usai menutup pintu bilik, Dira tersandar lemah.
If anything ever happens to you, ibu, mungkin nak bernafas pun Dira dah tak mampu.
***
            Epal yang dah siap dibasuh dibawa melangkah kembali ke bilik yang menempatkan Puan Maria. Sesekali berselisih dengan jururawat, Dira melontar senyum tanpa gula. Derap kaki yang melangkah lemah semakin diperlahankan. Nafas ditarik dalam. Belum pun sempat Dira menghembus keluar nafas di dada, bunyi kaca berderai dari bilik B-01 memecah sunyi.
            “Ibu!!!”
            Epal dah tergolek ke lantai.
            Derap kaki semakin laju menghampiri.
            Bingit suara Dr. Haris memberi arahan.
            Juga tindakan tangkas para jururawat menjalankan tugas.
            Tapi Dira masih berdiri di situ.
            Memandang kosong ke arah katil ibu yang sibuk dikerumuni doktor dan jururawat.
            Ini bukan kali pertama ibu jadi begitu.
            Ini bukan kali pertama ibu tercungap mencari nafas seperti itu.
            Ini bukan kali pertama ibu dilihat menderita meminta nyawa.
            Dira terduduk lemah.
            Tahu dia tak mampu menolong.
            Tahu dia sekadar mampu melihat.
  Juga berdoa.
  Berdoa.
  Dan terus berdoa.
           Ibu, kalau boleh Dira tanggung walau separuh dari sakit ibu, I’ll do anything for that, ibu. Anything. Ya Allah, bantulah ibuku Ya Allah. She’s the strongest woman I’ve ever met. Please, don’t let her leave me, Ya Rabb. Please.

Sunday, November 17, 2013

The Caged Bird Prolog

Assalamualaikum!!!

Dah lama tak hapdet.
Memang dah bersawang tak hengat.
Sebab otak tuan dia pun dah agak bersawang juga. Haha.
So, this is it.
The Caged Bird.
Inspired by Song of the Caged Bird by Lindsey Stirling.
She's super awesome.
Do checkout on her. Eheh.
Ini iklan tak berbayar okay. Wink!
Hope you enjoy the story.
It is quite sad though.
And thank you so much.

Love,
Red Poppy.

        Gelas jernih berisi air suam dihulur beserta bekas kecil berisi beberapa biji ubat berlainan bentuk. Sekali harung, ubat tersebut selamat menghilang ke dalam rongga mulut wanita berwajah pucat itu. Beserta senyuman hambar, si gadis yang setia menanti di sebelah menyambut gelas yang masih separuh bersisa air.
“Ibu, you’re getting better at this. Telan ubat macam makan gula-gula je,” ujar si gadis disambut tawa kecil si ibu.
“Perli ibu, ya?” gelas yang masih di tangan ditilik tembus. Balasan si ibu dijawab dengan senyum kecil.
“Ibu gonna be just fine, kan? There’s nothing I should worry about, kan?” mata kuyu itu telus beradu pandang dengan mata tua Puan Maria. Senyuman lebar menghiasi wajah yang kelihatan tua berkedut halus walau umurnya baru menjejak empat puluhan.
“Of course, sayang. I’m going to be just fine. Ibu sakit kepala sikit saja,” rambut separas bahu anaknya dibelai lembut.
“Kan bagus kalau kita ada banyak duit. Ibu boleh dapat better treatment. Lagi cepat baik. Papa pun takkan--” belum sempat ayatnya dinoktahkan, si ibu dah terlebih dulu memotong.
“Sayang, berapa kali ibu pesan. Tak elok cakap macam tu. Allah marah sayang,” si gadis tadi tertunduk lemah.
“Tapi kalau kita ada banyak duit,we’ll have a better life, right? We’ll be happier, kan? At least, ibu tak selalu sakit-sakit macam ni,” sedu halus mula kedengaran mengisi ruang kamar sederhana besar itu.
“Fathia Adira Mohd Fikri, ibu pernah cakap, kan. Money is not everything. Mungkin, kalau ibu dengan ayah dulu ada banyak duit, Allah tak bagi princess ibu ni. Or worse, we won’t care much on you, like we always do, honey. Ibu, tak kisah langsung selalu sakit-sakit macam ni. Sebab I know, you are always by my side. Itu dah terlebih cukup untuk ibu. Lagipun, ibu sakit tak teruk pun. Kan doktor cakap, kalau ibu makan ubat ikut masa, I’ll be good in no time. Don’t worry much ya sayang,” pipi puteri tunggalnya ditepuk lembut. Dira mengangguk perlahan. Gelas jernih tadi diletakkan perlahan ke dalam dulang.
“Well, I just thought that maybe--” keluhan terlepas dari bibir muramnya. “Takpelah ibu. Ibu tidur, rehat banyak-banyak, okey? Biar cepat sihat. Boleh teman Dira buat homework,” ujarnya dengan tawa hambar. “Dira keluar dulu,” pipi Puan Maria dikucup lembut. Dulang berisi gelas air dan beberapa botol ubat diangkat dari meja sisi katil. Kaki perlahan mengatur langkah ke arah pintu bilik. Sebelum menutup rapat daun pintu, kepala kembali dijenguk ke dalam.
“Ibu--” lembut Dira memanggil.
“Hmm?” mata yang separa terkatup dicelik luas mencari wajah layu di balik daun pintu.
“You won’t leave me alone, aite?” soalnya datar. Walau jawapan samar-samar dah berlegar dalam ruang fikiran, gelengan lemah dari ibunya tetap melegakan sedikit resah di hati. Senyuman diukir paksa. “Have a good rest,” dan pintu ditutup tanpa bunyi.
***
“For now, there’s nothing more we could do. The last resort tetap pembedahan untuk buang tumor tu. It’s getting worst, Cik Dira. Even you’re just an engineering student, you should understand that more than anyone else. Melambatkan rawatan yang sepatutnya diterima pesakit, is just going to make things worse,” tegas lelaki berkot putih itu menerangkan. Dira tertunduk. Pagi tadi ibu tiba-tiba pengsan. Dengan darah merah pekat mengalir dari hidung. Basah cadar putih ibu. 
“How much?” soal Dira perlahan. Terdengar keluhan dari bibir doktor pertengahan umur itu.
“About RM 100,000.00. But the surviving chance is 50-50. Saya tak boleh jamin semuanya akan selamat,” Dira ketap bibir. 50-50. Dan jumlah itu bukan sedikit. Tersangatlah besar. Kalau dikumpul pun semua duit elaun yang dia ada, masih terlalu jauh nilai dengan yang diperlukan. Air mata dah bertakung di kelopak. Kabur. Kelam.
“I’ll think about it first. Thanks, Dr. Haris,” lemah Dira membalas. Dr. Haris memandang simpati. 
“But you have to make a quick decision. Lagi cepat awak buat keputusan, the surviving chance is higher,” ujar Dr. Haris, cuba memberi semangat. Dira tersenyum hambar. Beserta anggukan lemah. Usai berbicara dengan Dr. Haris, kaki diatur melangkah ke wad yang menempatkan ibu. 
Bilik B-01. Plat yang tertera nombor bilik dipandang tembus. Sekali ini, kaki terasa sangat berat mahu melangkah ke dalam. Walaupun dulu dah berkali ibu di-admit masuk ke wad. Walaupun dulu selalu saja teman arwah papa ke sini. Walaupun dulu wad ini pernah menjadi rumah keduanya. Walaupun dulu arwah papa juga pernah terlantar di katil besi itu. Cuma sekali ini, kaki terasa berat. Sangat. Dira tak kuat ibu. Dira tak kuat macam ibu.

Mata yang sedari tadi kabur dipejam rapat. Bibir diketap kuat. Jemari yang hampir menyentuh tombol sejuk tadi diturunkan perlahan. Sudahnya dia terduduk di depan Bilik B-01. Teresak di situ. Di hadapan Bilik B-01. 

Sunday, July 28, 2013

Cherps Tanpa Nama :) Part 10 (Final) - KAMI

Assalamualaikum!!!

New and final chapter!
Yay!
It is quite long.
So...take your time. Eheh.
Comments and critics are welcomed.
And thank you for sticking all way up till here.
May Allah bless all of you.
And for that certain someone, thanks for supporting me.
You're the BEST girlfriend I've ever had.
Thanks for dealing with my never-ending tantrums, stupid fights, overflowed tears.
Thanks for always being there when I need a shoulder to cry on because of some stupid things.
And thanks for keeping all my secret safe walaupun kadang-kadang kita rasa macam nak plaster mulut awak yang 'terbocor'. Eheh.
Thanks bud.
Ukhibukhifillah.
p/s : Nanti dah fly Tassie jangan lupa pos Tasmanian Devil ke Welly :)

Love,
PopiMerah.

          Majlis pertunangan yang meriah dengan kehadiran anak-anak kecil berkejaran, datin-datin kaya galak bergosip dan anak-anak dara menggedik tenung si teruna nampak hambar di mata Alia. Kebaya sendat yang tersarung di badan rasa nak dicarik halus. Pagi tadi penat berperang dengan mama. Ikut kepala keras wanita itu juga akhirnya. Sebab itu kebaya itu masih di badan. Kalau tak memang dah dihumban ke perdu pisang. Tudung juga sekadar cukup-cukup menutup leher. Rantai muatiara berlian tak payah cakaplah, berat tergantung di leher. Dan semua itu bertambah menyesakkan kepala. Menyerabutkan perut. Mak andam juga segera dihalau keluar elok sudah bersolek. Dia mahu berseorangan tika ini. Ikut hati memang dah lama kaki berlari meninggalkan banglo tiga tingkat itu. Tapi bila fikir malu mama dan papa, niat dimatikan terus. Memang cari nahas kalau buat macam tu.
Kecoh di luar malas mahu di ambil tahu. Tubuhnya dibaringkan di atas katil empuk. Mata dipejam. Istikharah yang cukup tujuh kali dilaksanakan termasuk tadi malam bagai tidak memberi petunjuk apa pun. Namun hati masih bersangka baik dengan Sang Pencipta. Mungkin ini yang terbaik buat aku. Mungkin ini yang perlu aku lalui untuk bahagia. Mungkin...mengeluh. Semakin banyak fikirannya cuba mencari hikmah, semakin kuat hati memberontak bebal. Mata dah terasa hangat. Dan butir jernih itu buat kesekelian kalinya mencemar pipi kemerahan itu. Sekuat mana ditahan, setabah mana berjalan, aku tetap tersungkur.    
***
“Assalamualaikum, Mai,”
“Wa’alaikumussalam. Kenapa tiba-tiba call aku ni?”
“Kau tahu rumah Alia kat mana?”
“Kenapa cari rumah dia?”
“Aku...aku ada benda nak pulang dekat dia...”
“La...dah kenapa hari ni jugak kau nak pulangkan? Besok-besok tak boleh ke?”
“Kenapa dengan hari ni? Dia pergi mana?”
“Dia nak bertunang,”
“What?!”
***
Jeritan Datin Syarifah Sofea menggegar kediaman tiga tingkat itu. Mata yang dipejam segera terbuka. Alia mengeluh. Apa lagi yang mama tak puas hati tu? Jam berukir cantik di dinding bilik ditenung mencari angka. 3.45 petang. Sudah lewat 15 minit. Sepatutnya majlis pertunangan berlangsung jam 3.30 petang tadi. Derapan yang kedegaran menghampiri biliknya memaksa Alia bangun dari pembaringan. Selendang putih yang elok tersadai di kepala katil dicapai dan dibalut ke tubuh, menutup lekuk badan sehabis baik. Pintu bilik terbuka dan wajah cemas Mak Mah tercengul.
“Alia, cepat. Turun bawah. Mama Alia...Dato’...Amar...dia...” ayat Mak Mah yang tunggang terbalik memeningkan kepala Alia. Langsung langkah diatur ke tingkat bawah. Dilihatnya mama sedang meronta-menjerit dalam pelukan papa. Di satu sudut pula Amar selekeh dengan kemeja berkedut dan slack, menunduk muka.
“Kau memang kurang ajar, kan? Perangai setan! Berambus! Aku takkan benarkan anak aku kahwin dengan kau! Berambus!” suara mama masih nyaring menyumpah seranah walaupun Dato’ Zulkiefli dah penat menenangkan isterinya.
“MAMA!!!” nyaring juga suara Alia melawan. Dan hingar-bingar itu seakan terhenti sendiri bila mereka sedar dengan kehadiran Alia di anak tangga terakhir. “Apa yang dah jadi ni?” mengendur sedikit suara Alia meminta penjelasan. Semua diam. Termasuk mamanya. Jelas kelihatan bahu mamanya turun naik menahan sabar.
“Bakal menantu kesayangan mama awak ni kena tangkap basah pagi tadi,” bersahaja Dato Zulkiefli menutur. Memang sejak dari awal lagi dia tidak berapa berkenan dengan pilihan isterinya. Tapi dia malas mahu masuk campur. Nanti anak sendiri beranak-pinak, dia juga yang bercerai-berai.
“Abang!!!” melengking suara Datin Syarifah Sofea. Geramnya pada si Amar belum surut, kini suaminya turut menambah minyak. “Saya tak kira. Amar, kau dengan kaum kerabat kau dipersilakan berambus dari rumah ni. Kau tak layak jadi menantu aku!” keras suara mama menghalau pergi Amar dan keluarganya.
“Habis tu, macam mana dengan perjanjian kita? Kau dah dapat bahagian kau, senang je kau nak lepas tangan, kan?” sinis balasan Amar mencuri perhatian hampir kesemua tetamu yang hadir termasuklah Alia sendiri.
“Perjanjian? Apa ni mama? Ada benda yang Alia tak tahu ke?” Alia mengatur langkah ke arah mamanya tapi terhenti separuh jalan sebaik sahaja melihat riak muka mamanya. Riak yang jelas menceritakan onar mama di belakangnya. Riak yang sama bila dia demam-demam mengurung diri dalam bilik mengulangkaji untuk SPM. Riak yang sama bila dia terpaksa bersengkang mata mencari jalan menaikkan jualan novelnya. Riak bersalah.
“Did little kitty got your tounge, Datin Syarifah Sofea? Why don’t you tell your dearest little princess, what have you done for your own sake?” bagaikan mencabar suara Amar berlagu. Tiada langsung rasa bersalah. Tajam Alia merenung mamanya.
“Apa mama buat belakang Alia? Cakap, ma. Apa mama buat?” desak Alia bertubi. Dari nada sinis lelaki itu sudah dapat diagak agenda mamanya disebalik pernikahan ini.
“You beloved mother, agreed to this wedding, if and only if, I granted her with one of Millenia Holdings subsidiary. And now that she’s officially owned that little company, senang je dia nak batalkan perkahwinan ni sesukahati. Kau ingat aku bodoh?!” tercungap Alia mendengar berita itu. Sanggup mama...
“Sayang, mama tak bersalah. Dia yang umpan mama dengan helah dia tu sayang. Mama tak salah,” meluru Datin Syarifah Sofea mahu memeluk puterinya namun tubuh itu sekadar dingin membeku. Perlahan Alia menolak mamanya dan menjarakkan diri. Sungguh dalam hati memang dah tersangat remuk mengenangkan tindakan mamanya yang sanggup menjual puteri sendiri. Sayu pandangannya merenung mata hitam milik mama. Kabur. Sekabur kasih-sayangnya pada mama. Tiba-tiba rasa rindunya pada Tok Yah bertimpa datang. Tok Yah walau bukan darah dagingnya, tapi Tok Yah sayang dia macam Tok Yah sayang Mai. Tok Yah marah dia, macam Tok Yah marah Mai. Tok Yah peluk dia, macam Tok Yah peluk Mai. Rindunya pada tubuh tua itu. Rindunya pada gemersik suara serak yang sayu mengalun ayat suci saat mentari malu-malu memancar sinar. Rindunya pada bebelan mesra tatkala dirinya dilihat hanyut terleka. Rindunya pada Tok Yah.
“I...I don’t know you anymore...” pantas ayat itu meluncur sepantas air mata yang dingin mengalir membasahi pipi. Juga sepantas kaki yang melangkah pergi. Dari tapak-tapak kecil yang perlahan, Alia mula melangkah laju dan langsung berlari ke luar. Tidak mengendahkan mata-mata yang melihat, suara-suara yang memanggil, tangan-tangan yang menghalang. Dia mahu keluar dari situ. Dia lemas. Rimas. Dia cuma mahu ke teratak papan di hujung kampung itu. Dia cuma mahu bertemu dia si pemilik teratak.
***
Meter had laju yang sesekali mencecah angka 160 km/h itu dibuat tak peduli. Yang penting dia segera sampai. Kalau ada surat saman yang mengiringi pun dia cuma mampu terima. Telinganya peka mendengar setiap arahan yang dikeluarkan oleh telefon pintar. Mujur Mai berbaik hati mahu memberikan alamat rumah si Alia. Tak adalah susah nak mencari dengan bantuan telefon pintarnya. Kelajuan mula diperlahankan bila memasuki kawasan perumahan mewah itu. Khuatir terlepas simpang.
“In 50 metres, turn left, then turn right,” fasih suara mesin itu menyampaikan arahan.
“In 80 metres, turn right and you have reach your destination,” semakin menghampiri rumah Alia, semakin kuat hatinya bergendang. Istighfar dah lama bermain di bibir. Selawat dan doa juga tidak ketinggalan. Semoga dipermudahkan urusan. Semoga segalanya selamat. Elok stereng dipusing ke kanan, bayangan putih yang tiba-tiba melintas laju menyentak fikiran. Pantas kaki memainkan peranan menekan brek. Mujur sempat. Kalau tidak mahu jadi kes lain yang lagi parah. Wajah diangkat merenung makhluk yang cuba membunuh diri secara tidak sengaja itu. Mata berkaca. Pipi yang lencun. Dan mascara yang comot. Tapi wajah itu masih sangat dikenalinya. Pantas pintu kereta dibuka dan di melangkah keluar ke arah wanita berwajah sayu itu.
“Awak buat apa ni Alia?” nada keras yang keluar menyebakkan lagi dada Alia. Makin kuat tangisannya berlagu.
“Saya nak jumpa Tok Yah. Bawak saya jumpa Tok Yah,” mendayu suara itu meminta. Arip mengeluh.
“Majlis awak macam mana?” berkerut dahinya memikirkan apa yang sudah berlaku.
“Arip!” dari jauh suara yang melaung menarik perhatiannya. Maisarah laju melangkah keluar dari pagar rumah yang tidak berapa jauh dari situ.
“Mai, apa yang dah jadi? Kenapa Alia macam ni?” soal Arip pantas. Tidak tenang hatinya melihat wajah yang dulunya selalu ceria, menjadi keruh begini.
“Alia, kau tak boleh buat macam ni. Mama dengan papa kau risau. Kita balik dulu ya. Bincang elok-elok,” pujuk Mai lembut. Tangannya dah menarik lengan Alia, mahu menuju ke arah yang dia datang tadi. Arip termangu di situ. Penjelasannya masih tidak diperolehi.
“Saya nak pergi rumah Tok Yah. Kalau awak taknak bawak, saya boleh pergi sendiri!” marah Alia pada Arip. Mai dah tepuk dahi. Alia menarik lengannya dan mula menapak pergi. Baru Arip perasan Alia yang berkaki ayam memijak tar panas di tengah rembang itu. Sesekali terdengar desis dari bibir mungil itu.
“Dah, tak payah nak buat kerja gila. Masuk kereta saya hantar,” tegas arahan yang dikeluarkan. Hujung selendang Alia ditarik dan pintu Ferrari merah itu dibuka. “Masuk,” lagi sekali arahan veto itu dikeluarkan. Alia sekadar menurut. Selamat Alia melabuhkan punggung, Arip segera menutup pintu kereta.
“Aku bawak dia balik rumah Tok Yah. Kalau berkeras pun, bukan dia nak dengar. Nanti kau explain je dekat parents dia apa yang dah jadi. Apa-apa call aku. Aku pergi dulu. Assalamualaikum,” lima saat kemudian, Ferrari merah itu sudah meluncur laju meninggalkan Mai keseorangan.
***
Dua jam di dalam kereta cuma terisi dengan sayup desiran penghawa dingin dan deruman enjin kenderaan lain. Alia leka merenung keluar tingkap dan Arip tenggelam dalam pemanduannya. Sesekali matanya menjeling ke arah Alia. Ingin ditanya apa yang terjadi, tapi waras akal dah terlebih dahulu menghalang. Kalau ada adegan kejar-mengejar di tengah Lebuh Raya Utara Selatan ni, tak ke haru? Kereta dibelok memasuki simpang Hentian R&R Sg. Perak.
“Asar?” pendek soalan Arip sekadar dijawab dengan gelengan kepala. Arip mengangguk faham. Tengah cuti umum.
“Awak tunggu sekejap,” ujar Arip sebelum berlalu keluar dan hilang dicelahan orang ramai. Sejam menunggu membuahkan geram di hati Alia. Dah ke mana pulak mamat ni? Takkan pergi solat sampai sejam kut? Tengah sibuk mengutuk Arip dalam hati, ternampak tubuh sasa itu muncul dari balik orang yang bersesak dengan tangan yang penuh. Tangan kanannya memegang plastik Dunkin Donut dan tangan kirinya pula penuh dengan dua cawan berlogo DD di atas tray kertas. Pintu bahagian penumpang dibuka dan semuanya diserahkan pada Alia. Alia menyambut tanpa kata. Selesai menutup pintu kereta, Arip berlalu ke but belakang untuk mengambil sesuatu. Lima saat kemudian Arip sudah melabuhkan duduk di kerusi pemandu.
            “Nah, sejukkan?” Arip menghulurkan duvet di tangan. Teragak-agak Alia mencapai. “Dalam plastik DD ada wet tissues. Lap muka. Takkan nak jumpa Tok Yah muka comot-comot macam tu?” Alia mengangguk lemah. Suaranya hilang walau sekadar hendak mengiakan pun.
Selesai membersihkan muka, Alia kembali merenung keluar tingkat. Ferrari merah itu sudah lama meluncur di atas jalan. Perut yag terasa pedih, malas mahu dilayan. Mood makannya memang tak kunjung tiba sejak insiden tadi. Bunyi ‘kriukk’ yang tiba-tiba mencemar sunyi mengundang tawa kecil dari kerusi pemandu. Arip pantas memberi signal ke kiri, mahu berhenti di bahu jalan. Plastik berisi donut dicapai dari ribaan Alia. Sebiji donut bersalut gula halus dihulur pada Alia. Tapi sekadar menerima pandangan sepi gadis itu.
“Nak saya suapkan ke?” laju Alia menggeleng. Segera donut itu dicapai dan digigit kecil. Lima minit, selesai satu donut. Arip sekadar memerhati. Perutnya kenyang melihat selera Alia melahap si donut bulat. Perasan ada sisa jem strawberry di tepi bibir Alia. “Awak...” panggilnya sebelum menunjuk pada tepi bibirnya sendiri. Alia kelam kabut mengesat tapi masih ada kesan yang tertinggal. Jenuh Arip menunjuk dekat sepuluh kali, masih juga ada yang tersisa. Sudahnya...
“Awak lap je mulut awak dengan wet tissue tu. Confirm hilang,” rengus Arip. Penat menunjuk tempat, tak hilang-hilang jugak. Alia tergelak kecil sebelum melakukan apa yang disuruh Arip. Bersih. Licin. Comot-less.
“Awak tahu, kalau bakal-tunang-tak-jadi saya, dia dah lap sendiri pakai jari dia, tak heran pun nak bagitahu dulu,” perlahan tapi masih jelas di pendengaran Arip.
“Itu yang membezakan saya, dengan dia,” pendek balasan Arip sebelum keretanya mula bergerak membelah lebuh raya PLUS.
***
            Tepat jam 9 malam, teratak papan itu mula kelihatan di mata Alia. Belum pun sempat Arip mematikan enjin, Alia dah terlebih dulu meluru ke muka pintu. Salam diberi, pintu diketuk. Bertalu-talu. Gaya macam pintu rumah tu boleh hilang sekelip mata. Sayup kedengaran suara Tok Yah membebel dari dalam. Alia tersenyum. Mata terasa hangat. Elok pintu terbuka, Alia memeluk erat tubuh tua Tok Yah yang masih bertelekung. Kepalanya disembam ke bahu Tok Yah. Terkedu sekejap orang tua itu.
            “Eh, Alia. Awat ni? Apa dah jadi?” kecoh Tok Yah bertanya. Risau pula hatinya melihat keadaan Alia.
            “Rindunya Alia dekat Tok Yah,” bertalu-talu wajah penuh kedutan itu dicium. Langsung tak menjawab pertanyaan tadi. “Alia nak duduk sini lagi, boleh Tok Yah?” serak suara itu bertanya. Tok Yah sekadar mengangguk dengan muka yang jelas penuh dengan tanda tanya. Wajah tenang Arip juga tidak menceritakan apa-apa. Ketika Alia sibuk mandi dan menukar baju, sempat juga Tok Yah menyoal siasat Arip. Tapi hampa. Arip juga macam keliru dengan apa yang terjadi. Sudahnya orang tua itu terpaksa tunggu hingga Alia selesai membersihkan diri baru dia boleh bertanya.
***
            Pintu bilik yang diketuk menyedarkan Alia dari lamun. Air mata yang masih mengalir diseka laju. Senyuman dilemparkan pada Tok Yah. Keras. Kejung. Tawar. Dienjakkan sedikit tubuh ke hujung katil, memberi ruang pada Tok Yah untuk melabuhkan duduk disebelahnya.
            “Awat duk sedih sorang-sorang ni? Tak mau cerita dekat tok ka?” lembut jemari tua itu mengelus pipi Alia yang masih basah dengan air mata. Alia menarik nafas. Dalam. Dan dihembus keluar. Sepertinya masalah boleh terbang pergi dengan hembusan kuat itu.
            “Mama nak jual Alia, tok,” serentak ayat itu meluncur, air matanya kembali mengalir laju. Fakta yang sangat, sangat menyakitkan hatinya. Menyesakkan dadanya. “Apa pun yang Alia buat untuk dia selama ni, dia tak pernah hargai. Dia cuma anggap Alia macam alat untuk dia capai apa yang dia nak. Dia tak pernah anggap Alia ni macam anak dia. Apa salah Alia? Alia dah buat semua yang dia suruh. Alia dah cuba penuhi semua yang dia minta. Tapi dia tetap macam tu. Salah ke tok, kalau Alia nak benci dia? Salah ke?” lencun baju Tok Yah menyerap air mata Alia bersama sedu-sedannya. Belakang badan gadis itu diusap perlahan. Ingin menenangkan. Dadanya turut merasa sebak mendengar suara hati anak gadis itu. Wajah ceria yang selama ini tersenyum riang rupanya menyimpan seribu duka. Dilayan begitu oleh ibu sendiri, siapa yang sanggup?
            “Sayang, dengaq ni tok nak habaq. Ibu tu, buruk lagu mana pun dia, dia tetap ibu kita. Dia yang mengandungkan kita. Lahiaqkan kita. Susukan, jaga elok-elok. Awat nak benci kat dia, sayang? Sakit tau, nak bersalin kat anak tu. Bukan semua orang larat nak buat lagu tu,” air mata yang masih mengalir diseka lembut. Nanar hatinya melihat wajah sayu itu. “Alia ingatkan, tok cerita dulu. Nabi Muhammad S.A.W. ulang tiga kali, Ummi, Ummi, Ummi, lepaih tu baru baginda kata Abi. Sebab tu kita tak boleh benci ibu kita, buruk macam mana pun dia tu. Sebab dia ibu kita,” sambung Tok Yah lagi.
            “Tapi Alia...” ayatnya tergantung. Tok Yah mengangguk faham. Mengerti rasa sakit yang Alia pendam selama ini.
            “Mama Alia tu pun manusia jugak, sayang. Dah nama pun manusia, memang akan selalu buat silap. Tapi itu tak bermakna kita boleh nak buang dia lagu tu saja. In sha Allah, doa banyak-banyak dekat Allah. Supaya dibukakan pintu hati mama Alia. Diberi hidayah olehNya. Itukan jauh lagi baik pada Alia duk benci dekat mama Alia sendiri. Nanti kalau mama Alia dah takdak, dekat sapa Alia nak panggil mama lagi? Mama Alia ada sorang ja tau. Pergi yang tu, tak dak mai dah yang lain. Satu saja,” lembut jemari tua itu mengusap rambut Alia. Alia angkat muka. Ada betulnya cakap Tok Yah, tapi hatinya yang sakit, macam mana? Bukan sekejap dia bertahan dengan onar mama. 24 tahun. Dan rasanya, sabarnya sudah sampai ke pengakhiran.
            “Sat, Tok Yah nak tunjuk dekat hang satu benda,” Tok Yah bangun dari birai katil dan menuju ke almari usang di sudut bilik. Album gambar berwarna biru muda dikeluarkan dari laci almari dan dia kembali mengambil tempat di sisi Alia. Album berkulit tebal itu dibuka perlahan dan gambar seorang wanita ayu berbaju kurung yang sedang mengendong bayi tersenyum ceria. Gambar itu ditatap sebentar sebelum diserahkan pada Alia.
            “Itu arwah ibu Arip,” sendu suara itu memberitahu. Alia tersenyum kecil melihat gambar itu. Terasa kasih-sayang yang melimpah ruah dari pandangan mata wanita muda itu. Hangat. “Dia menigggal masa Arip umoq 2 tahun. Barah otak,” Alia perasan mata Tok Yah yang berkaca menahan tangis. Perlahan tubuh tua itu dipeluk erat.
            “Arip, tak pernah cerita apa-apa pun dekat Alia,” Alia masih memakukan pandangan pada gambar wanita itu.

22 tahun lepas...
            “Baba! I’m home! Baba!” suara anak kecil riuh memanggil sang ayah kedengaran dari tingkat bawah. Seorang lelaki segak berkot hitam bergegas laju ke arah anak kecil yang masih segak beruniform sekolah dengan beg yang tersandang di bahu.
            “Tuan muda, Tuan ada di taman luar, sedang minum petang bersama tetamu,” ujar lelaki itu mesra. Beg di bahu anak kecil itu segera diambil dan diserahkan pada seorang gadis lengkap berpinafore hitam-putih. Ceria anak kecil itu berlari menuju ke arah taman yang terletak bersebelahan dengan villa tiga tingkat itu.
            “Baba!” riuh lagi suara itu menjerit.
            “Danny, jangan lari. Jatuh nanti,” suara garau itu menasihati lembut. Segera tubuh kecil itu diraih ke dalam pelukan.
            “Baba, baba. Tadikan, mama Amel datang sekolah. Sebab Amel demam. That’s why mama dia jemput dia balik. Mama dia cantik, baba,” petah anak kecil itu bercerita. Babanya sekadar tekun mendengar sambil mengangguk-angguk. “Tapi baba, why masa Danny demam, Uncle Farid yang jemput Danny? Boleh tak lepas ni, ibu yang jemput Danny? Mesti kawan Danny semua cakap ibu cantik,” semangat Danny memberi cadangan. Babanya terdiam. Tidak tahu balasan bagaimana yang harus diberikan pada si kecil.
            “Comelnya anak you. Come here. Come to aunty sayang,” suara lembut seorang wanita menyapa. Danny merapatkan diri pada babanya, takut.
            “Uh...sorry. Danny, kenalkan, ni Aunty Amy. She’s going to be your ibu soon,” tubuh kecil Danny ditolak perlahan ke arah Aunty Amy.
            “But ibu is prettier than her. She’s not ibu! I don’t want her!” protes Danny. Kakinya dihentak kasar.
            “Harith Daniel!!!”
***
            Dulang yang berisi seteko kopi dan dua biji cawan ditatang berhati-hati ke arah pangkin depan rumah papan Tok Yah. Kelihatan Arip santai membaca surat khabar. Alia serba-salah. Sejak sampai di rumah Tok Yah seminggu lepas, dia memang  tidak pernah bercakap lagi dengan Arip. Matanya melilau mencari Tok Yah. Beria tadi Tok Yah menyuruhnya membancuh kopi. Teringin minum katanya. Tapi sekarang dah menghilang ke mana pula.
            “Tok Yah pergi rumah Tok Usu, melawat orang sakit,” ujar Arip, perasan dengan Alia yang tertinjau-tinjau mencari sesuatu. Nasib baik tak terlepas dulang di tangan. Perlahan langkah diatur ke arah pangkin, dulang selamat mendarat di hadapan Arip. Pantas tangan menuang kopi yang masih berasap tipis ke dalam cawan. Niat dalam hati nak terus berlalu pergi seusai menuang kopi, tapi belum sempat kaki menapak, Arip dah terlebih dulu menyuruhnya duduk. Limi minit berlalu tanpa ada suara yang berbicara.
            “Kalau tak ada benda nak cakap, saya ma...”
            “Are you okay?” datar Arip memotong. Matanya lurus memandang ke jalan tar. Alia terdiam. Berat keluhan terlepas.
            “I’m...good. Sorry susahkan awak hari tu,” jemarinya bermain dengan bucu tudung. Kekok.
            “It’s okay. Benda kecil je,” kemudian diam lagi. Arip termenung mencari kata.
            “Okeylah. Saya nak masuk dulu. Nak masak,” baru dua langkah Alia menapak, Arip dah bangkit mengejar bersama sampul di tangan.
            “Nah!” sampul di tangan disua ke arah Alia. “Lain kali jangan pandai-pandai guna nama orang lain jadi watak novel tanpa kebenaran,” dingin suaranya menutur kata. Alia tersentak. Come again?
            “Bila masa saya guna nama awak? Jangan perasan boleh tak?!” naik satu level suaranya. Mencari pasal tak kira masa sungguh mamat kambing ni.
            “Are you...sure?” wink! Kenyitan nakal dihadiahkan untuk Alia sebelum Arip melangkah masuk ke dalam. Sebelum menapak masuk, Arip berjeda di muka pintu.
            “Salin baju kurung. Lagi sepuluh minit turun. Lambat, saya masuk bilik awak,” ugutnya sebelum berlalu masuk. Alia tarik muka menyampah. Sempat lagi nak mengarah orang tu. Tapi baju kurung? Dia nak bawa aku pergi mana? Nasib baik Mai datang hantar baju, laptop, harta karun semua. Kalau tak, tak pasal-pasal kena pinjam baju Tok Yah. Tambah dengan perangai tak tentu mamat kambing tu lagi. Double bala.
            Selesai menyalin baju, Alia duduk melepak dekat pangkin, menuggu Arip. Lima minit berlalu, baru nampak batang hidung Arip dengan tikar dikepit lengan kiri dan dua Yassin di tangan kanan, lengkap bersongkok. Alia tersentak. Dah tahu ke mana tujuannya Arip petang itu. Langkah perlahan diatur ke arah kereta. Suasana masih kekok seperti tadi. Sepanjang perjalanan, Alia sekadar merenung ke luar tingkap, menikmati suasana kampung. Elok sampai saja ke tanah perkuburan, Arip menapak keluar bersama tikar tadi dan Yassin tanpa sepatah kata. Alia cuma mengekor dari belakang.
            Arip berhenti betul-betul di tepi kubur yang bersih tanpa sebarang rumput liar. Cuma beberapa keping daun kering tersadai di tepi batu nisan. Itupun, segera dibersihkan oleh Arip. Tikar dibentangkan dan Arip menyerahkan Yassin ke arahnya. Sepuluh minit kemudiannya cuma kedengaran dua suara berlagu sayu membaca Yassin. Sesekali bacaan Arip tersekat. Berganti dengan deheman perlahan, menghilangkan suara serak. Alia perasan mata Arip yang berkaca. Dan bibir yang sesekali dikemam menahan sendu. Sehabis membaca doa, Arip merenung ke arah nisan kubur itu. Lama. Hampir lima minit berlalu, Arip tiba-tiba bangun. Alia ikut berdiri. Alia sekadar diam memerhatikan Arip yang sibuk menggulung tikar. Selesai menggulung tikar, Arip kembali merenung ke arah nisan tadi. Matanya jelas terlukis seribu kesedihan.
            “I don’t know what sorts of problem you’re having with your mom, but...you should be very grateful to have her. At least, you still have one. I just have a woman who said she truly loves me, but push me away whenever I needed her. You’re way luckier than you thought,” Arip mengukir senyum kecil.
            “I...um...I’m sorry to hear what happened to your mom. Tok Yah ada cerita, and I know it wasn’t easy,” Alia turut ikut merenung ke arah nisan yang berukir emas itu.
            “And it’s harder to beg for other woman’s motherly love. Saya tak salahkan baba sebab kahwin lain. He deserves to be loved again. It’s just the fact that he’s maybe forgetting ibu, sometimes hurt me,” Arip merenung tepat ke mata Alia. Dan pertama kali Alia melihat ekspressi Arip yang begitu terluka. Kalau tiada agama yang membataskan, mahu dipeluk erat tubuh itu dan dipujuk bagai anak kecil. Kerana lelaki di depannya itu kelihatan seperti kanak-kanak  lelaki yang sangat rapuh.
            “Look, after this, I’m going to call my mom and clear things up. And I think, you should do the same. Maybe, he still remember your ibu. And maybe, my mama always think of the best for me. It’s just they don’t know how to express those feelings. Okay?” Arip mengangguk perlahan. Dan Alia tersenyum senang. Walaupun perjalanan pulang itu masih sunyi seperti tadi, tapi udaranya tidak setegang tadi. Alia masih merenung ke luar tingkap, menikmati suasana kampung. Kampung yang telah banyak mengubah hidupnya. Mendewasakan dirinya. Mematangkan perasaannya. Dan Alia bersyukur diberi peluang menapak ke situ. Sekilas wajah Arip di tempat pemandu dijeling. Wajah itu sedang tersenyum fokus ke arah jalan. Nafas lega dilepaskan. Everything started to get better. Everything started to feel better. And it will.
***
Setahun kemudian...
Beberapa patah kata yang terakhir ditaip laju. Jam hampir yang menginjak ke angka satu dijeling buat kali yang keseribu kalinya. Elok noktah terakhir terpapar di skrin laptop, tangan diangkat tinggi, menggeliat menghilangkan sengal sendi. Teras tubuh dipeluk dari belakang. Alia menepuk lembut jemari yang mengusap perut kempisnya, geli.
“Remember what I said last week, sayang? About how drinking Nescafe at one o’clock in the morning may have bad effects on our baby in your belly,” kedengaran serak suara tegas itu mengingatkan dirinya. Alia tersengih bersalah.
“Alah. One last chapter. Dah habis pun. Baby pun tak kisah. Kan sayang, kan?” jemari lembut mengusap perut. “Eh, did I woke you up? Sorry pumpkin,” suara sengaja dimanjakan. Bulat mata si suami.
“Berapa kali nak cakap, stop calling me pumpkin. It sounds...awkward,” pipi montel Alia dicubit geram.
“Sorry. Terlupa. I should have call you little handsome goatie,” laju telunjuknya mencuit hidung si suami. Masih ingat idea gila suaminya yang tiba-tiba cakap nak simpan goatee ala-ala Chombi. Tapi belum sampai sebulan, habis dicukurnya semua. Rimas katanya. Semangat tahi ayam sungguh.
“Alia Hanis Zulkiefli, I thought we’re over those things,” Alia tahan ketawa. Keluar dah aura merajuk dia tu.
“But I really miss your goatee, Tengku Harith Daniel,” perlahan Alia berdiri dan memeluk erat tubuh Arip. Lima bulan lepas, mereka selamat diijabkabulkan. Dua bulan lepas, doktor mengesahkan ada benih yang membesar di dalam rahimnya. Dan InshaAllah, bulan ini, dia akan mengeluarkan novelnya yang terbaru.
K.A.M.I.
Kami () yang bermaksud Tuhan.
Kami yang berdiri atas nama keluarga.
Alia dan mamanya.
Danny dan babanya.
Juga papa yang setia di sisi.
Tok Yah di teratak hujung kampung.
Juga Mai yang masih gagah mengemudi arah.
Tapi yang melihat di atas, Dia yang berkuasa ke atas seluruh semesta.
D.I.A adalah K.A.M.I.
            Begitu hikayatnya Alia Hanis dan Harith Daniel berakhir. Hikayat yang bercerita seribu duka, diadun dengan seribu bahagia. Kerana itu adalah hidup. Kalau boleh dizahirkan dalam bentuk persamaan matematik;
Life     =      1/2 happy + 1/2 sad
            Dan kalau boleh dibicarakan dalam sastera, life is indeed a bed of roses. Mungkin kita bisa tenggelam dalam haruman menggodanya, tapi sesekali akan ada duri yang mencucuk menyedarkan diri. Bahawa hidup sememangnya begitu. There’re ups and downs. It depends on how we enjoy our life. To the fullest. But still led by The One. InshaAllah.