Tuesday, May 21, 2013

Cherps Tanpa Nama :) Part 2

Tok! Tok! Tok!

Assalamualaikum!!!
Update! Update! Update! 
Sorry lambat.
Sorry jugak kalau cerita macam dah boring sikit.
Sorry kalau rasa macam 'eh, baru hengko ingat nak hapdet? Ingat dah lupa password belog'.
Sorry untuk everything. 
So...this is it :) Enjoy.

Btw, kalau agak-agak tak paham speaking Utara, mohon tanya pak cik Google, comment kat bawah, ataupun tanya rakan-rakan yang terer speaking Utara. Tengs:)

Love Much Much Much,

Popi Merah

        “Assalamualaikum, Tuk. Assalamualaikum,” Mai separuh menjerit memberi salam pada rumah papan setingkat di hadapan mereka itu. Perjalanan meletihkan hampir 5 jam itu terasa berganda melihat keadaan rumah papan itu. Rumah papan yang confirm takde air-cond. Dengan nyamuk gergasi yang macam kebulur tak pernah jumpa darah orang. Alia pantas bermain aci tepuk-sampai-penyek dengan nyamuk. Mai di sebelah yang masih galak memberi salam juga terasa macam nak ditepuk sehingga penyek. Agak-agaklah member serumah ni pun, takkan nak hantar aku attend sekolah pondok kut? Alia membebel dalam hati. 

        “Wa’alaikumussalam. Hang ka, Aina Maisarah? Aku ingat sapa la tadi. Hingaq sangat duk bagi salam. Aku duk kat dapuq tadi. Tu yang tak dengaq tu,” Alia terlopong. Wajah seorang nenek tua berkain batik, baju kedah, lengkap bertudung sarung tutup dada muncul dengan bahasa alien yang terasa asing di telinga. Jangankan satu ayat, sepatah kata pun belum tentu dia dapat translate dengan betul. “Mai, mai, naik lekaih. Senja-senja ni bukan elok duk kat luaq. Mai, mai. Toksah duk segan sangat,” ramah wanita yang dapat diagak sudah melepasi 70-an itu menjemput masuk. Alia sekadar mengekor. Mai laju menapak masuk. Dan Alia masih juga bertepuk-tampar dengan nyamuk.

        “Ni, kawan hang ni sapa nama tak tau. Duk diam ja. Bisu ka?” zapp! Alia tersengih. Amboi tuk, pedasnya. Pantas Alia menyua tangan, mahu bersalam. Elok usai mencium tangan, wanita tua tersebut menarik Alia ke dalam pelukannya. Hangat. Erat. Alia terasa nak menangis. Rasa macam dah lama je mama tak peluk dia.

        “Kawan cheq ni pemalu tuk oi. Alia nama dia,” terang Mai. Berlagak seperti pengurus si Alia. Tuk kembali mengambil jarak dengan Alia. Namun tangannya masih mesra memegang jemari Alia.

        “Maaflah tuk. Alia...” ayatnya berhenti di situ. Hilang idea mahu beralasan apa. Ikut hati memang dah terasa nak sembur Mai depan-depan sebab sanggup hantar dia ke sekolah pondok ni. Eh, ye ke sekolah pondok? Alia garu kepala.

        “Awat tah yang duk tergharu-gharu tu. Ghumah aku ni nyamuk banyakla. Kutu aku tak tau la kut dok ada melekat celah mana ka,” Mai dah terkekeh ketawa. Aish, budak ni, aku sekeh baru tau. Alia paksa senyum kayu.

        “Eh, lupa aku nak kenalkan. Alia, ni mak tok aku. Puan Hajah Fauziah Haji Ghazali. Orang panggil Cikgu Yah. The best teacher in the world. Guaranteed. Kau nanti duduk elok-elok tau dengan tuk aku,” Mai sudah bergerak ke sebelah tuknya seraya memeluk manja bahu orang tua tersebut. Kepalanya dilabuhkan di bahu Tuk Yah. Manja. “Tuk, ni esok-esok, tuk tolong tengok-tengokkan Alia ni na. Dia ni sebenaqnya nak mai belajaq dengan tuk,” Mai dah macam budak tadika baru dapat kawan baru, excited buka mulut mengenai kedatangan mereka yang sebenarnya.

        “Belajaq apa cheq oi. Tuk bukan pandai sangat pun. Kira-kira pon dah merangkak dah la ni,” dengan senyuman Tuk Yah menutur. Mungkin kaum kerabat si Mai ni memang gemar menarik sengih. Alia ikut tersenyum malu.

        “Dia nak belajaq jadi manusia...”

        Dan senyum lagi.

*** 

        “Assalamualaikum. Tuk, oo tuk...” pintu rumah diketuk dua-tiga kali. Lama baru kedengaran selak dibuka dari dalam.

        “Waalaikumussalam. Haa...Arip. Lambat hang mai. Malam baru nak nampak batang hidung hang. Ingat tak mau mai dah,” panjang intro Tuk Yah yang masih bertelekung sebaik sahaja nampak wajah keletihan si Arip. Baru sudah Maghrib kali.

        “Sorry tuk. Sweetheart Arip hilang tadi. Jenuh pi caghi merata baru jumpa,” ujar Arip separuh merungut. Langkah diatur ke dalam.

        “Combi ka? Awat, dia pi mana?” Tuk Yah dah melabuh duduk di sebelah Arip.

        “Pi jumpa jantan mana tah, kat kampung sebelah. Dia curang dengan Arip tuk,” sayu suara Arip mengadu. Tuk dah gelak sakan.

        “Hang tak bagi dia makan sedap, dia pi la caghi boipren lain,” Arip tarik muncung. Ada je tuk ni nak kenakan dia. “Ni duk sibuk dengan si Combi ni, hang dah Maghrib ka dak lagi ni?” jarum panjang jam dah menuding ke angka sepuluh. 7.50 malam.

        “Of course la belum tuk. Arip dari kandang ni. Ambik susu kat tuk. Tadaa...” tiga botol kaca penuh berisi susu kambing ditayangkan di depan Tuk Yah. Tuk Yah dah bagi pandangan maut. Gila cari pasal nak dekat pukul lapan Maghrib pun tak setel lagi. Arip telan liur. Sedar dengan kesalahan diri. Namun, sungguh. Dia memang sangat sibuk dengan kambing-kambingnya hari ini. Langsung-langsung tiada masa. Tengahari tadi pun sekadar menghadap roti Gardenia dua keping. Nasib.

        “Hang pi solat lekaih. Satgi dengan botoi-botoi ni sekali aku suruh hang telan satgi,” Tuk Yah dah jegil mata. Arip dah laju bangun dan menapak ke dapur. “Susu tu hang buh ataih pagha. Satgi si Mai tu ingat apa ka, pi lempaq buang pulak,” arah Tuk Yah sebelum Arip sempat pergi jauh.

        “Ai, ai, tuk. Eh, ni lupa nak tanya. Mai anak Mak Njang balik ka? Patut Arip nampak kegheta depan tu. Ingat kegheta sapa la tadi,” sempat lagi Arip nak sambung berbual. Saja nak mengusik tuknya yang memang sedia maklum cukup alergi dengan orang yang suka mengamalkan procrastination of solat. Dalam bahasa pasarnya, kerja duk solat gajah. Pantang.

        “Hang ni satgi aku piat telinga mau? Peghangai macam budak tak baliaq,” bebel Tuk Yah, dah bangun dari duduk. Cepat-cepat Arip menapak ke dapur. Bimbang dipiat telinga. Memang malu kalau sepupunya si Mai nampak dia kena piat telinga dah tua-tua gajah ni. Tuk Yah kembali masuk ke dalam biliknya setelah aman melihat Arip hilang ke dapur.

        Elok memijak lantai dapur, mata segera ditala ke arah para yang dimaksudkan tuknya. Para yang terletak berdekatan dengan pintu bilik air. Namun matanya lebih pantas mengesan kelibat lain. Seorang gadis. Elok berdiri depan pintu bilik air, berkemban dengan kain batik. Rambutnya paras pinggang kelihatan masih basah dari balik tuala yang menutup kepala. Arip pantas membuang pandangan ke arah lain. Jaga pandangan Arip, bukan mahram tu. Istighfar. Dapat dirasakan gadis itu turut tergamam dengan kehadirannya.

        “Sorry,” gumam Arip perlahan sebelum botol berisi susu di tangan diletakkan atas meja makan dan Arip berlalu keluar dari dapur. Lupa terus bebelan mak toknya selepas peristiwa tadi. Lupa juga pada pesanan mak toknya tentang tempat penyimpanan susu kambing itu. Kaki laju diatur ke luar rumah. Enjin motor dihidupkan. Vroom...laju motor kapcainya membelah kegelapan malam. Maghrib di rumahlah jawabnya.

        “Kyahhh!!!!” sampai ke luar dengar jeritan si Alia. Arip kerut dahi.

        Bala.

*** 

        Mai yang sedang elok terlentang atas katil melayan novel islamiknya tersentak. Meroyan apa perempuan ni jerit malam-malam ni. Mau kena sound dengan mak tok nanti. Mai malas-malas bangun dari pembaringan dan menapak ke dapur. Mulutnya kumat-kamit macam baca jampi serapah.

        “Alia, agak-agaklah kalau nak test vocal pun. Setakat lipas dua-tiga ekor tu, kau pijak Innalillah la makhluk tu,” bebel Mai belum pun sempat matanya melihat susuk Alia. Dan elok matanya hinggap pada Alia yang duduk bersimpuh ayu depan pintu bilik air, bulat matanya.

        “Kau apahal weh? Okey tak ni?” Mai meluru ke arah sahabatnya yang bagai terketar nampak hantu.

        “Ni awat yang duk hingaq maghrib-maghrib ni? Alia, awat? Nampak jebon ka apa?” celah pula suara mak tok yang jelas ke-‘irritate’-annya.

        “Ada...lelaki...masuk...Alia...dia...” serentak itu matanya terasa kabur. Laju air matanya mengalir macam empangan baru lepas kena bom. Mai terkedu. Lelaki? Siapa?

        “Jantan? Arip ka? Astaghfirullah. Aku lupa nak habaq kat dia, hang mai dengan Aina Maisarah. Dia buat apa-apa dak kat hang?” Alia yang masih terkejut tenggelam dalam dunianya. Sedangkan adik-beradik lelakinya pun belum pernah tengok dia berkemban, inikan pula lelaki tadi. Entah budak kampung ceruk mana entah. Alia terasa nak meletup.

        “Takpa kut tuk. Ghasanya tadi depa terserempak ja kut. Tu yang Alia terkejut tu. Arip pun takdak dah. Dia pun dah balik ghumah dia kut. Tak pa, esok Mai pi tanya kat dia,” Tuk Yah mengangguk perlahan. Hatinya masih terasa kesal dengan kecuaian diri. “Dah Alia. Jom. Masuk bilik. Nanti demam pulak kau malam-malam ni,” Mai menarik tangan Alia dan memapahnya ke bilik. Tuk Yah dah kembali hilang ke biliknya.

        “Mai,” Mai angkat kening. Dah ni suara gaya baru lepas kena dera ni apahal?

        “Aku nak balik,”

        Mai tepuk dahi.

        Alia minta simpati.

        Ah...sudah.

*** 

        “Maisarah...” separuh merengek Alia berbisik di sebelah sahabatnya. Bimbang telinga tua Tuk Yah menangkap. Maisarah baru sudah letak beg pakaiannya ke dalam but kereta. Buat kesekian kalinya, Mai mengeluh panjang. Haru budak sekoq ni la. Aku sekeh baru tau.

        “Chill la teman. Tak sampai sehari kau duk sini, dah nak give up. Ini ke Alia Hanis yang aku kenal ni. Yang berani tak cukup tanah ni?” provoke Mai. Alia dah macam nak kepit kepala si Maisarah dengan pintu kereta. Supaya sahabatnya faham betapa malunya rasa hati ketika itu.

        “Aku nak balik...” namun hanya itu yang mampu keluar. Mai geleng kepala.

        “Aku taknak kau menyesal kalau balik sekarang. By the way, yang semalam tu, cousin aku. I  know him too well to say anything bad about him. Aku guarantee dia tak akan buat benda bukan-bukan dekat kau. Dia cucu kesayangan tuk tau. Ada dia berani nak buat hal dengan tuk. Silap haribulan dia dengan kambing-kambing dia kena sembelih,” Mai geli perut. Tak dapat bayang rupa si Arip kena piat telinga dengan Tuk Yah.

        “Kambing?” Alia ternganga. Aku dah cakap dah. Confirm mamat kampung ceruk hutan punya.

        “Haah. Kerja dia jaga kambing,” Mai mula sibuk menarik bakul rotan berisi buah rambutan dan manggis yang mahu di bawa pulang. Musim buah-buahanlah katakan.

        “Pengembala kambing?”

        “Sort of. Eh...okeylah. Aku chow dulu. Takut sampai rumah lambat,” Mai menapak ke arah Tuk Yah. Tangan tua itu di salam, cium. Pipi berkedut itu pula menjadi mangsa lipbalm melekit yang tersalut di bibir Mai. Dapat dilihat dari jauh Tuk Yah dah kesat pipi guna tudung yang tersarung di kepala dengan mulut terkumat-kamit membebel. Alia senyum kecil. Iri melihat kemesraan mereka. Kemudian Mai kembali menapak ke arahnya bersama Tuk Yah. Tubuh Alia dirangkul mesra.

        “Take care okay sahabat? Grab apa yang sempat. May Allah ease. Any problem, call je aku. Pakai telefon rumah okey? Ukhibukifillah, Alia Hanis. Assalamualaikum,” Mai memboloskan diri ke dalam kereta. Hon dibunyikan dua kali sebelum Kelisa kuning-hitam itu meluncur laju meninggalkan Alia sendiri dengan Tuk Yah.

        ‘Wa’alaikumussalam,’ cuma hati yang menjawab. Tubir mata terasa panas. Dada terasa sesak. Sentuhan hangat di bahu menyedarkan Alia. Mata dikedip beberapa kali, menyingkir air mata. Nanti risau pulak hati orang tua ni.

        “Mai, masuk dalam lekaih. Panaih ni. Luhuq pun nak masuk dah ni,” Tuk Yah dah melangkah masuk ke dalam. Mungkin hati tua itu sudah biasa ditinggalkan. Sebab itu rasanya sudah sebati. Alia mengekor Tuk Yah dari belakang. Sesekali matanya dikalih ke arah jalan raya. Berharap Mai akan berubah fikiran dan membawanya pulang. Dan harapan akan terus menjadi harapan kalau tiada yang merealisasikannya. Alia mengeluh. Lagi.

*** 

        Sudah hampir seminggu Alia menetap bersama Tuk Yah. Sungguh, kalau kereta ada depan mata, memang dah lama dia cabut balik ke Gombak. Sayangnya, yang ada cuma basikal tua milik arwah suami Tok Yah. Ya, segalanya masih berstatus harapan. Namun seminggu itu, banyak perkara yang dapat dia belajar dari Tuk Yah. Tapi banyak lagi yang makan hati. Si pengembala kambing tu memang kerja nak cari pasal je hari-hari. Mak Tuk pula macam sebelahkan sangat si mamat kampung tu. Memang hangit kalau sebulan macam ni.

        “Eh, awak reti masak nasi tak ni? Lembik,”

        “Cik Alia, awak perap tak daging ni? Bau hamis dia tak hilanglah,”

        “Awak ni anak dara apa asyik lepak tengok TV je?”

        “Cik Alia...”

        “Awak...”

        “Cik...”

        “What?!” naik seoktaf sudah tahap suaranya. Bebola matanya sudah mencerun tajam menikam sepasang mata coklat cair itu. Sejak insiden minta-maaf-tak-berapa-nak-ikhlas tempoh hari sebab kes lelaki misteri masuk rumah, makin galak si Arip ni mengacaunya. Lebih kepada meng-complaint sebenarnya. Ada saja yang Arip sakit mata-hati-jiwa tengok dia buat. Sabarnya dah menipis macam kulit bawang yang kena rendam dengan cuka.

        “Macam ni cara cakap dengan tuan rumah?” Arip angkat kening. Alia ketap bibir. Terlepas sudah. Keluhan terzahir.

        “Sorry. Tak berniat. Ya? Ada apa?” kembali sopan suaranya. Sedar dengan kedudukan diri.

        “Siap. Petang ni pergi kandang,” ringkas lagi padat arahan Arip. Tapi itulah yang menyentap bronchi si Alia bagai nak putus. What the?!

        “Macam ni cara layan tetamu?” cuba dikawal sinisnya sebaik mungkin. Harapan.

        “Orang yang datang ziarah melebihi tiga hari, bukan tetamu dah namanya,” dush! Sedas dah terlepas ke muka Alia. Ali ketap bibir. Arip senyum senang.

        “10 minit. Lambat. Tinggal,” arahan mandatori tanpa kompromi.

        “Cakap pergi petang karang,” masih gentar membidas. Arip garu kepala. Kemudian lurus jarinya menala ke arah jam dinding. Lima minit ke pukul empat.

        “Awak nak tunggu Combi mati kebulur ke baru awak nak pergi?” das kedua dah terlepas. Alia muka macam nak makan orang. Combi! Combi! Kalau kutahu mana satu kambing dia yang nama Combi tu, aku sembelih buat sup bagi dia makan. Baru rasa macam hidup Bawang Merah sikit. Eh, tak. Mungkin Bawang Busuk, untuk kes-kes terpencil seperti ini.

        “Tunggu apa lagi tu? Cepat. Nanti Combi tunggu,” gesa Arip. Dan buat kesekian  kalinya berbakul umpatan meniti di hati si Alia. Memang gemuk dengan dosa je lah aku duduk dekat sini.

        “Dasar diktator spesies kambing,”

        “Apa?”

        “Nothing,”

        Dan Alia pantas berlalu ke bilik.

*** 

        “Alia, kan?” sapa seorang wanita badan sedang-sedang, umur dalam 30-an mungkin. Berbaju kurung bunga-bunga kecil ringkas dengan tudung menutup kepala. Juga senyum mesra di bibir. Alia sengih serba-salah. Mamat diktator dah tinggalkan Alia sendiri selepas cakap,

        “Tempat awak,” menunjuk ke satu kerusi kosong sebelah meja kakak pakai baju kurung bunga-bunga kecil itu. Dan terus masuk ke dalam bilik. Macam ni gaya nak mintak tolong. Memang aku cari Combi kesayangan dia sampai dapat.

        “Alia, dengar tak akak cakap apa ni?” bahu Alia disentuh lembut bila tengk gadis tu tenung pintu pejabat Arip bagai nak tembus.

        “Hah? Dengar, dengar,” Alia jawab sambil lewa. Tapi memang dia dengar kakak itu cakap ‘apa ni’. Haha. Itu saja yang masuk ke otaknya.

        “Jadi nanti Alia cari document tu dalam computer atas meja tu, lepas tu edit apa yang patut, terus hantar pada Arip ya,” arah Kak Melah, dia dah perkenalkan diri tadi.

        “Edit? Nak edit apa?” Alia muka blur. Kak Melah kerut dahi.

        “Tengoklah kalau ada salah eja ke, tatabahasa ke, apa ke. Kata dengar apa yang akak cakap tadi,” Alia tarik sengih. Kantoi terang-terangan.

        “Oh...dengar je. Kalau macam tu, Alia buat sekarang,” Alia melabuh duduk pada tempat sementaranya. Pantas tangan melarikan mouse, mata mencari dokumen yang dimaksudkan. Jumpa. Ikon diklik dua kali. Terpapar kertas kerja hapa entah. Alia sekadar baca sekali lalu. Beberapa perkataan yang typo dibetulkan pantas. Banyak jugaklah. Kelam kabut betul siapa yang buat paperwork ni. Telefon berdering. Sekali. Dua kali. Tiga kali dering. Alia paling muka dari skrin komputer. Meja sebelah menjadi sasaran. Kosong. Kemana pulak pergi Cik Melah kita ni? Punggung diangkat, melangkah pantas ke arah telefon di meja Kak Melah.

        “Hello,” garau suara dari sebelah sana menyapa.

        “Er...” mata berlari laju di meja Kak Melah mencari nama syarikat. Lokek-lokek company ni mesti ada nama jugakkan? Bullseye. “Hello. Syarikat La Chèvre Sdn. Bhd.,” eh, apa ke pelik nama syarikat mamat ni. Betul ke ni nama syarikat dia? Kalau salah ni mati aku. Alia garu kepala.

        “Yes, may I speak to Harith Daniel please,” speaking London pulak dah. Harith Daniel? Siapa pula beliau itu. Salah company ke dia ni telefon. Tambah lagi pening dikepalanya.

        “Sorry sir. There’s no one here named Harith Daniel. I think you got the wrong numbe...” zapp! Ganggang terlepas dari tangan. Melaun mana yang bersivik sangat ni aci rampas ganggang mengikut perasaan suka hatinya. Elok pusing, terus muka terasa pijar menerima renungan tajam si Arip. Gaya kau-memang-nak-cari-pasal sudah gah terserlah di mukanya.

        “Harith Daniel speaking,” jatuh rahang. Bapak kambing ni reti cakap homputeh? HomaiGod. “Oh...nahh! She’s a new staff. Susanne is on leave today,” angguk-angguk. Gelak. “Yeah sure. Can’t wait to see you too, dude,” gelak lagi. “Sure...sure. Tomorrow, 6 p.m., Royal Penang Hotel. Noted. See you soon. Bye,” letak ganggang dan terus berlalu. Sebelum masuk biliknya kembali, Arip bersuara.

        “Mana paperwork yang Kak Melah suruh buat tu?” suara masih cool walau Alia rasa berbahang je mamat tu dengan silapnya tadi.

        “Ad...ada...dalam...err...tak print lagi,” dah aku kenapa tergagap pulak dengan bapak kambing ni, bukannya bapak rimau pun.

        “On my table, before 5. Lambat awak balik jalan kaki. And, make sure you got my name right this time,” Alia tahu lelaki itu senyum sinis sebelum berlalu masuk ke pejabatnya. Walaupun Alia sekadar menatap belakang lelaki itu, dia tahu. Sebab sebelum ni pun, kalau dah begitu nadanya, memang kompom senyum sinis je yang dia reti ukir. Sama nada macam bila tok yah asyik sokong dia memanjang. Nada aku-menang-padan-muka-kau. Alia ketap bibir. Memang sungguh aku sembelih Combi kesayangan dia tu nanti. Kembali ke tempat duduknya, Alia teringat pesanan maut lelaki tadi, “...make sure you got my name right this time,” nama dia. Pantas page kertas kerja di-scroll down. Mencari page yang ada nama penuh CEO syarikat bernama pelik ini a.k.a Ari si bapak kambing. Jumpa.

        Tengku Harith Daniel bin Tengku Hisham Zulkifli.
        Ternganga.

        Siapa kau sebenarnya?


Glosari (eceh.)

Hingaq - hingar/bising
Pagha - para/some sort of almari punya compartmentlah
Cheq - saya
Kegheta - kereta
Baliaq - baligh
Jebon - spesies hantu
Luhuq - Zohor

Wednesday, May 15, 2013

Cherps Tanpa Nama :) Part 1


Assalamualaikum!

Exam is OVER!!! 
Okey, tipu je. I still have one paper. Programming. *sakitkepala*
Tapi, tiba-tiba terasa nak saharing-sharing my latest cherps (meaning : cerpen).
But this is only the first part.

#Ada berapa part total?

Eh, awak! Hi :) hehe
Tak sure ada berapa part sebenarnya. eheh
Depends...
Maybe 3...or 4...
Probability nak jadik 5 juga pretty high...
Doa-doa semoga cepat habis :)

Pardon my sentence structure. Kalau terasa pusing pening koma ke hapa.
Just my way of expressing things.
I'm not good in BM, apatah lagi BI.
So, saya just tulis apa yang hati saya suruh tulis.
Hati saya memang diktator.
Degil tak cukup tanah. Okey, merepek.

Tajuk dia, taktahu lagi. Sebab cerita juga baru halfway.
Hati masih berahsia tentang endingnya. Ceit...
Whatever it is...enjoy! ENJOY! EnJoY! *gedikjap*

Sorry-sorry. Mood excited nak habis final. Hewhew...

Love Much,

Overly-excited PopiMerah :)
  
            Skrin laptop yang memaparkan mukasurat kosong Microsoft Words tiba-tiba menjadi gelap, berganti dengan wajah ceria kanak-kanak berusia 2 tahun tersengih nakal memakai spek Hello Kitty. Juga colourful bubbles yang indah berterbangan menutupi wajah ceria kanak-kanak tersebut. Alia mengeluh.
            “Oit, buat apa?” sapa si sahabat, Mai melabuhkan duduk di kerusi sebelahnya. Alia garu kepala yang berlapikkan tudung. Serabut.
            “Kira bintang,” spontan jawapan sarkastik Alia di tengah-tengahari buta itu.
            “Matahari tu, kau kiralah sepuluh kali pun tetap ada satu je,” Mai teguk air. Alia tutup muka. “Writers block lagi?” Alia alih tangan dari muka. Tudung dah menyenget macam baru lepas kena langgar taufan. Langsung dibiar saja.
            “Writers block? Jauh pen dari kertas. Idea untuk storyline pun samar-samar lagi,” adu Alia gaya itik patah muncung. Mai tergelak kecil.
            “Kahwin paksa? Jodoh aturan? Bukan cerita macam tu tengah hot ke sekarang? Hmm?” Alia angkat kening. Amboi, ustazah ni dah pandai layan novel jiwang ke?
            “Sejak bila kau pandai nak kahwin bagai ni? Lagipun, benda tu dah commonlah Mai. Gaduh, baik. Lepas tu gaduh balik. As a writer, aku pun dah naik muak tulis cerita macam tu,” Alia dongak ke langit. Mencari idea yang sudi hinggap di kepala. Deadline novelnya kali ini sudah ditetapkan lagi tiga bulan. Kerja dengan Kak Longnya memang perah otak. Kerja aci nak laju je. Kalau otak macam Uni-fi bolehlah tahan. Ini nak cari idea pun semput, manatah lagi nak tulis novelnya dalam masa tiga purnama. Oh my! Mohon sangat Kak Longnya bisa mengerti.
            “Then, buatlah cerita yang tak common,” senang jawapan yang terlontar dari bibir Mai. Alia terasa nak goncang kepala Mai kalau-kalau ada idea yang boleh tergolek keluar.
            “Kau nak suruh aku buat cerita pasal alien invade bumi ke hape?” Mai ketawa kecil. Ada ke situ pula simpangnya. Mai geleng kepala.
            “Why not kau buat novel yang boleh sentuh hati your readers?” Alia kerut dahi. Berbelit sungguh bicara Ustazah Maisarah tengahari ini.
            “Sentuh...hati?” Alia masih kabur. Mai mengukir senyum di bibir.
            “Remind me again why you chose PopiMerah as your nama pena?” soalan Alia berbalas dengan soalan juga.
            “Sebab...aku nak semua orang ‘addict’ dengan karya aku. I want my readers to experience love through my novels. Bunga popi is indeed a type of drug, kan? Addictive, that’s what I want my novel to be,” Alia tersenyum dengan angannya.
            “Niat kau tak salah. Tapi kalau niat kau dipercantikkan lagi dengan sentuhan Islam, InshaAllah, urusan kau akan lebih dipermudahkan,” lembut saranan Mai menyapa telinga. Alia tersentak. Semakin jelas kerutan di dahi.
            “Tapi...aku...” katanya mati di situ. Keluhan yang berganti. Mai masih tersenyum. Faham dengan kondisi sahabatnya yang bukan berlatar-belakangkan keluarga yang terlalu alim. Sekadar sederhana ilmu agamanya. Apa yang diajar di sekolah, itu yang diamalkannya. Alhamdulillah, pegangan agamanya walau tak sehebat alim ‘ulama tetapi masih mampu memandu diri di jalan Allah S.W.T.  
            “Kau?” Mai cuba mengorek kata-kata yang tertimbus di hati sahabatnya.
            “Don’t you think I’m too young to write all those stuffs? Aku tak nak bercakap perkara yang aku tak tahu hujung pangkalnya,” Alia beralasan. Dan Mai masih juga tersenyum.
            “Umur kau berapa?” Mai menyandar santai.
            “24,” perlahan Alia memberi jawapan.
            “Aku?” Mai pejam mata, menyelesakan diri.
            “Pun 24,” makin perlahan jawapannya.
            “My, my, tua sudah rupanya diri ini,” gurau Mai mengundang tamparan lembut di bahunya.
            “Kau lain. Profession kau memang ustazah,” Alia masih memberi alasan.
            “Pembetulan Cik Alia Najla. Aku BELAJAR ilmu agama. That’s why aku bekerja sebagai ustazah, untuk tabur kembali apa yang aku dah kutip. Bukan lahir je dekat dunia ni terus pandai mengaji Quran, tarbiyah orang sana-sini tau. Aku belajar, dan aku sebarkan. Sebab Nabi Muhammad S.A.W. sendiri bersabda ‘Sampaikanlah apa yang kamu dapat dari ku walau satu ayat sekalipun, dan ceritakanlah apa yang sampai kepada kamu dari hal Bani Israel dan tidak ada salahnya kalau kamu tidak ceritakan. Dan ingatlah, sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyediakan tempatnya dalam neraka.’ Dari Abdullah bin 'Amr ra. Hadis riwayat Bukhari dan Tirmizi,” Alia termangu mendengar hujah temannya. Hilang sudah alasan yang bertebaran dalam otaknya sebentar tadi. “Kau tak tahu, boleh belajar. It is never too late or too early for something like this. Aku ada, boleh-boleh saja aku tolong guidekan apa yang patut. Tapi ingat ya, aku cuma boleh tolong masakkan lunch untuk kau saja. Sama ada kau nak makan, atau biar makanan tu basi, it’s totally up to you,” berlapik Mai memberikan analoginya. Alia menunduk. Sepertinya sedang berfikir.

           “Aku...” Alia angkat kepala, memandang terus ke wajah bersih Mai.

           “Fikirkan dulu?” Senyum. “Aku doakan yang terbaik untuk sahabat aku yang seorang ini. Okeylah, aku nak masuk dalam dulu. Lunch belum masak lagi ni. Harap ke kau, makan kertas cecah dakwat printer jawabnya aku,” Mai menolak kerusinya kebelakang dan mengatur langkah ke pintu rumah. Alia masih keras di atas kerusi. Sebelum melangkah masuk, Mai berpaling kembali ke arah Alia.

            “Alia,” panggilnya sedikit kuat. Alia memandang kosong. “Kalau kau nak sentuh hati orang, kau kena sentuh hati kau dulu,” pendek dan ringkas pesanan akhir sahabatnya itu. Alia memandang skrin laptop yang masih penuh dengan colourful bubbles.


             ‘Hati aku?’ ... 
***

              Petang itu angin sepoi bahasa. Matahari macam malu-malu nak tunjuk rupa walau hakikatnya penunjuk jarum jam masih belum pun melepasi angka empat. Kesempatan itu Alia guna pakai dengan efisiennya, melepak di tempat semalam, tapi kali ini tanpa laptopnya. Dia mahu memikirkan cadangan yang diberikan oleh Maisarah semalam.

             “Termenung?” sapa Mai. Baru pulang dari kerja, mungkin. Alia masih termenung. Kehadiran Mai dengan briefcase kembung berisi buku latihan murid dipandang sepi. Tiba-tiba Nokia 3310nya menjerit. Oh my, terhentak jantung I. Amar. Sungguh manusia itu tidak pernah mengerti. Atau lupa kali pesanannya? Alia memandang sayu ke arah Mai, minta bantuan.

             “Apa?” Mai jeling skrin Nokia di atas meja kayu tersebut. Lagi? Pantas telefon bimbit temannya dicapai. Butang hijau ditekan. “Assalamualaikum,” lembut tapi tegas.

             “Wa...wa’alaikumussalam. Alia?” ragu-ragu si pemanggil bertanya.

             “No. This is Maisarah speaking. Ada apa ya Encik Amar call Alia?” lurus tanpa belok Mai terus bertanya.

             “I want to speak to Alia. Where is she? Kenapa awak yang angkat telefon dia?” jelas kejengkelannya pada nada suara itu. Mai juling mata. Laki macam ni nak buat suami? Suruh si Alia kahwin dengan gembala kambing di kampungnya lagi bagus.

            “Ada je depan saya ni. Dia yang suruh saya angkat phone call Encik Amar. Dia rasa kurang selesa bercakap dengan encik. Lepas ini saya harap Encik Amar tak akan telefon, mesej mahupun berjumpa dengan teman saya sekiranya tiada benda yang penting. Itu sahaja, kalau tiada apa-apa lagi, saya letak telefon dulu. Assalamualaikum,” click! Talian dimatikan. Alia masih termenung di tepinya.

            “Dia masih contact kau?” Mai letak nokia kembali ke tempatnya. Alia mengeluh.

            “Aku dah cakap banyak kali. But he won’t listen. Nasib baik dia tak serbu datang sini. Haru aku kalau macam tu,” Mai dah tersandar lesu di kerusi sebelah Alia. Dia tahu kisah cinta Alia dan Amar. Bertemu di pesta buku. Berkenalan. Dan bercinta? Tak...hampir sahaja. Sikap Amar yang terlalu terbuka telah menutup hati Alia. Open-minded katanya. Pegang tangan tak kira masa. Berpeluk cium tak kira tempat. Perkara biasa katanya. Kata Alia pula sebaliknya. Sudahnya Alia runsing sendiri.

            “Habis tu, macam mana?” Mai tutup muka. Tiba-tiba rasa mengantuk. Tidur petang-petang memang sedap. Syaitan dah mula main bisik-bisik. Pantas dibalas dengan istighfar.

            “Lari rumah?” Alia dah mula masuk mode gilanya. Mai kalih pandang ke arah housematenya. Tawa kecil terlepas dari bibirnya. Alia...Alia...

            “Kau ingat dia ayah kau yang nak mengamuk gila-gila kalau anak dara dia lari rumah?” Alia cebik.

            “Sekurang-kurangnya dia tak boleh cari aku. Aku rasa runsing. Penat. Rasa pack sangat, dengan novel lagi, hamba Allah tu lagi. Tapi...rasa kosong tu masih ada. Aku rasa macam telur burung kasuari yang dah kena tebuk,” Mai bantai gelak dengar analogi gila si Alia. Ada ke pulak telur burung kasuari? Tapi logiknya masih ada. Keras di luar, tapi dalamnya kosong. Hatta hantuk ke kepala sekalipun belum tentu telur tu yang akan pecah dulu. Tapi, KOSONG. Mai kembali senyum mesra. Lucunya sudah hilang.

            “I know the best place for you to stay sepanjang kau jadi pelarian ni. But...” ayatnya tergantung di situ.

            “But?” Alia angkat kening. Berdebar dengan idea Mai.

            “But, no facebook, twitter, instag apa benda yang kau duk hadap tu. Senang cerita, no handphone’s allowed. Sepanjang kau di sana. Kau cuma boleh bawak laptop je. For your novel, of course. Broadband pun strictly forbidden,” tu dia jawapan Maisarah. Alia melopong. Kepala yang tak gatal tiba-tiba terasa gatal.

             “Nokia baling anjing ni pun not allowed?” Alia buat muka kesian.

             “Kau nak lari rumah ke tak ni?” Alia angguk laju. “Then, problem is solved,” senyum. Mai angkat kaki, mahu masuk ke dalam. Nak mandi, lekit di badan terasa dah sangat. “No worries babe, telefon rumah ada je, cuma...” Alia jungkit kening. Memang niat Mai petang ni nak main gantung-gantung ayat ke?

             “Nothing. Aku masuk dulu. Toodles!” Mai hilang di balik pintu.

             ‘Lari dari rumah?’

            ‘Seriously, Alia? Haih...’

             Gila.
A/N : Story tiada kaitan dengan yang bernyawa, pengsan, koma, titik. Sekadar medium bagi hati untuk berkata-kata:)

Saturday, May 11, 2013

Tuhan KITA

Assalamualaikum:)

Jangan ditanya exam dah habis ke belum -_-"
Stress.
Rasa macam nak meletup.
Rasa macam nak menangis.
Rasa stress sampai dah tak rasa apa-apa.
Nothing.
Null.
Lapar juga...eheh..

This is just going to be a short post.
About how stress I am today. Eh...tak tak...tipu je *sigh*

#Hang duk potpet ni dah habih revise kaa?

Eh...mestilah belum -_-"

Tengah stress. Macam mana nak studykan?

Sebab sibuk takutkan hari yang bakal menjelang esok.
Takut.
Manusia dan sifat penakutnya.
Takut fail.
Takut tak faham soalan.
Takut fail.
Takut tak ingat formula.
Takut fail.
Takut soalan susah.
Takut fail.
Takut dapat markah corot.
Takut fail.
Takut.

I was saying all those stuff to one of my friends, sampai tiba-tiba dia cakap...

"ALLAH, kalau DIA nak bagi, DIA bagi.
Kau studylah last minute macam mana pun, kalau DIA cakap DIA nak bagi boleh jawab soalan tu, DIA bagi.
Kau studylah seawal mana pun, kalau DIA taknak bagi, takkan dapat kalau kau cuba sekuat mana pun."

Sumpah rasa macam kena tampar.

Saya terlupa.

Sibuk rasa takut sampai terlupa kita ada ALLAH S.W.T.

"Tidakkah kamu tahu bahawa ALLAH memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu pelindung dan penolong selain ALLAH." (2:107)

Enough said.

ALLAH itu PENOLONG TERBAIK.
ALLAH itu PENYOKONG TERBAIK.
ALLAH itu PELINDUNG TERBAIK.

Minta padaNya, InshaALLAH, dapat.

Cuma jangan pernah letih BERUSAHA.
Sebab ALLAH takkan pernah letih MEMBERI.

Okey, nak sambung study:)

p/s : sorry tak colourful macam selalu. It was just a quickie:)

Much LOVE;

Red Poppy

Sunday, May 5, 2013

Dengki & Kucing

Assalamualaikum w.b.t. :)

#Eh...awak. Dah habis exam?

Erk? Taklah. Tak start pon lagi...

# -_-"

Okay~
Let just make this fast...
Something happened, which trigger my ramble sense...
Haha...yes, I do have RAMBLE sense..
It will make me wanna ramble non-stop..
Until I realize that I've much more important things to do...haih *pity me*

So~ *this where the story begin*
I was feeding a cat just now...
An OYEN cat..
It's not that cute though...
But it's a very POLITE one:)
And also a PENAKUT one...haha
But at least, for a cat, he (a male cat) sure has some manner :D
Kemudian, came this one black&white cat (a female one)...
Who was of course, not invited to the party -_-"
But hey, I'm just a person who was being ENTRUSTED to hold HIS rezeki and tolong bahagikan pada the others:)
So, she was more than welcomed to join the party.

But the B&W cat was so aggressive that every time I want to feed the oyen cat, she immediately went to chase after that poor cat. Haih...tak larat nak kepung...

Cemburu mungkin. Atau dengki?

Even when I separated the cats' food pun, the female cat still nak pergi ligan the oyen one...
She don't even want to see me anywhere near that oyen cat...and the oyen cat anywhere near the food...

So, I have to put Oyen's food a lil' bit farther from hers.
Kesian that polite cat...kena makan sorang-sorang :(

Bila Oyen dah habis makan, dia terus tunggu dekat tepi tangga...
Watching me feeding that aggressive B&W cat...
He was like still hungry but afraid to ask for more...
I took a peep at his bekas...to my surprise...
It was totally LICIN!!! *the female cat makan tak habis, but still ask for more -_-"
So I asked my friend to take out the extra cat food and put some more dekat bekas Oyen.
Uih...si Hitam Putih ni kalut nak pi sama, konon-konon nak halang my friend from feeding Oyen. pfft.
I tried to distract her, fortunately it worked...haih

Five minute later, saya perasan Oyen dah kembali ke tepi tangga...HABIS?
He was very hungry, indeed:)
So, I decided to put more.
Tapi macam mana entah, si kucing betina ni pi sergah si Oyen, siap ajak berlawan lagi.
But Oyen just acted cool and moved away. Or maybe he was too scared to fight back O.o"
Bila dah banyak kali the B&W cat tried to attack him, dia pun buat bunyi sedih *preow* and turun tangga...
I tried to call him back, but maybe he was too sad to came back :'(

I was like...

"What's wrong with you MITCH?! "(cat version of b***h)

So I took all the cat food in, leave some on the floor and close the door. Takut dia ikut masuk rumah.
Lagipun that cat dah makan cukup banyak sampai nak ajak si Oyen bertumbuk.

I had enough of her.
I was fed up.
Dissapointed.
Angry.

But I know.
She's just a cat.
She sure got brain.
But she got no wit.
Sebab dia binatang.
Dia cuma seekor kucing.

But I sure get some points from this incident.

DENGKI

#Haih...kucing kut. Depa mana ada akai nak pikiaq benda-benda macam ni-_-"

Ya...ayat makan dalam:)

Kucing yang tiada akal tu tak mampu fikir DENGKI itu salah, cuba bagi one solid lagi konkrit reason kenapa manusia yang lengkap ALLAH S.W.T. bagi akal ni juga, SESETENGAHnya tak mampu menyuluh dengan terang?

Sabda Rasulullah s.a.w.: 

“Jauhilah olehmu sekalian akan sifat dengki, kerana sesungguhnya dengki itu menghapuskan kebaikan, sebagaimana api menghanguskan kayu bakar.”

Lagi,

Sebuah hadis Rasulullah s.a.w. dari Abdullah bin Basyar, 

Rasulullah bersabda:

“Tidak termasuk golonganku si pendengki, orang mengadu domba, orang yang mempunyai ilmu menilik dan akupun tidak dari golongannya.”

Clear enough?

#Tapi, kalau orang dengki kat kita? Takkan kita diam je? Lemak betul!

Lemak? Memang:)
Pahala itu memang sesuatu yang manis lemak berkrim disukai ramai.
Dan awak akan dapat pahala itu kalau awak bersabar.

“Hai orang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah waspada dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” (3:200)

“Kecuali orang sabar (terhadap ujian) dan mengerjakan amal soleh, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.” (11:11)

Questions?

#Kalau dia sebar fitnah, buka aib. Masih nak diam?

Whoop...siapa cakap kita diam?
Kita ada ALLAH. Remember? *senyum*

“Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Kabuq lagi kaa?

#Crystal clear.

Oh ya. Dan jangan lupa berdoa.
Bukan berdoa supaya dia digilis lori sampah DBKL.
Bukan juga berdoa dia dihentam meteor sesat dalam atmosfera bumi.
Apatah lagi berdoa dia diculik alien galaksi lain. Erk...

Berdoa supaya dia puya kesedaran untuk berubah.
Supaya Allah tolong buka pintu serta tingkap hatinya luas-luas.
InshaAllah. Kita pun ada share di akhirat kelak.

Oh. Sedikit sambungan cerita tadi.

Saya : *bebel*
Sahabat : Mungkin kucing betina tu marah sebab kucing jantan tu dah curang dengan dia?
Saya : Apa kaitan dengan aku? Bukan aku yang curang dengan dia-_-"

Haha.

Itu sahaja ramble untuk petang ini. 

InshaAllah. Selepas ini memang sungguh tak tulis dah. Exam dah dekat sangat.
Simpang depan tu saja. Heh.
Mungkin 2 minggu.
Kemudian aktif kembali. InshaAllah.

Tolong doakan semuanya selamat :)
Walaupun cuma seorang yang baca. Atau dua.
One is better than none, kan? 

Minta maaf. Salah silap. Harsh words. Makan dalam. Atau makan luar. 
Niat menegur. Bukan mencaci. Mahupun menghina.
Sebab ironi kalau seorang yang hina pun mahu menghina.
Dunia.
Kita cuma sementara ditumpangkan di sini.
Macam maid dari Indonesia, mahupun Myanmar.
Majikan kita ALLAH S.W.T. 
Dia yang beri 'gaji'. Dia juga yang memberi 'tempat berteduh'.
Jangan menggigit tangan yang memberi makan.
Memang ALLAH tak effect apa pun dengan kebiadapan kita.
Tapi, takut nanti kita yang menangis guling-guling di Padang Mahsyar.

Dan ayat terakhir untuk petang ini;

Dia (Allah) berfirman, "Demikianlah, dahulu telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, dan kamu mangabaikannya, jadi begitu (pula) pada hari ini kamu diabaikan." (20:126)

Sorry again :)

Love Much,
Popi Merah yang Hina


*ligan = kejar
*kalut = kelam-kabut
*kabuq = kabur

Friday, May 3, 2013

Rezeki & Kita:)

Assalamualaikum w.b.t.

#Eh?

Ya, saya tau sepatutnya I'm on hiatus right now-_-''
Tapi tiba-tiba mood nak RAMBLES tu mai... *tak bagi salam pulak tu...haih
But, it's totally cool man!
Good things, kan?

#Alasan! Sebenaqnya hang malaih nak study kan?

Shuh shuh! Setan pi main jaoh-jaoh! O.o"

Okay~ *serious*

Our beloved Prophet Muhammad p.b.u.h said that *ehem*

"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku hari kiamat, maka hendaklah kamu menanamnya dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut."- Hadith riwayat Imam Ahmad.

Makanya, saya punya exam bermula next week...
So, a little ramble here and there won't do any harm, kan? InshaAllah:)

Tonight's rambles is about *drumroll*


Yup! 
I :)

Tajuk ini juga merupakan pengisian usrah tadi *berkobar-kobar*

It was CLEARLY stated in the Al-Quran Al-Karim (34:36)

"Say : Surely my Lord amplifies the means of subsistence for whom He pleases and straitens (for whom He pleases), but most men do not know."

Translationnya;

Katakanlah, "Sungguh Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan membatasinya (bagi siapa yang Dia kehendaki), tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Yes, indeed, we do not know.

Sebab kadang-kadang...

Bila kita tak dapat beli skirt cantik dekat butik depan rumah sebab belum gaji@elaun,
Kita jadi meroyan macam baru lepas mati anak kucing...

Bila result exam lagi sikit nak capai GPA 3.5,
Kita macam apek kalah judi balik mengamuk sampai terbalik rumah...

Bila novel latest favourite author kita sold out,
Kita rasa macam nak menangis guling-guling dekat booth JS #OpssHaha

Tapi selalu...

Bila kita dapat beli skirt bunga-bunga dekat Kitschen pakai duit sendiri,
Kita bangga macam dapat beli satu kedai dia pakai duit gaji yang tak berapa nak ada...

Bila kita dapat 4 rata dalam mid-sem exam,
Kita rasa macam berbaloi GILA stay-up tiap-tiap malam baca buku sampai huruf B dengan D pun dah tak dapat beza...

Bila kita antara orang yang dapat quote book yang limited edition,
Kita rasa macam "Gawd, sumpah I manusia paling lucky dalam alam semesta ni"...

Indeed, "...WE DO NOT KNOW".

But, how about now?

#Now? Awat? Ada beza kaa?

Eh, datang balik makhluk Allah ni :)

Mestilah ada bezanya.
Awak nampak benda coklat dalam kotak cantik...
Kawan awak kata benda tu latest chocolate papa dia beli dari Chocoland masa outstation *tiputipu
Tapi bila awak bau... *yark*
Smells like s**t man!

#Dah memang t**i pun kan?

Pandai:)
Awak nak makan tak?

#T**i kut -_-"

Eh, ada beza kaa?
Benda yang sama...
Berbalut dalam kotak yang cantik...
Warnanya masih sama...
Cuma bezanya awak dah tahu...
Hakikat sebenar tentang 'benda' itu...

Beza tak?

#Fine! Ambiklah. Nak menang sangatkan? *clapclap*

No, sahabat.

"Islam is not about ‘I am better than you’. Islam is about ‘let me show you something that is better for you’." - Nouman Ali Khan

Plus, kalau kita betul-betul yakin dengan janji Allah S.W.T., dari semua rezeki milik-Nya, ada share kita, kita akan lebih semangat untuk berusaha. Sebab kita tahu, rezeki itu ADA. Sebab kita tahu, we didn't work for nothing. Sebab, Allah itu Maha Adil:)

#Dah kalau gitu, usaha macam nak terbalik dunia pun, dapat banyak tu juga? Kalau tak dapat langsung? Erk...

Awak...

Itu maksudnya, Allah ada benda yang lagi BEST nak bagi kat awak...

Mungkin...

Awak tak dapat beli skirt tadi sebab Allah tau awak saja nak menunjuk dekat mak cik sebelah rumah...
Awak tak dapat GPA 3.5 sebab Allah sayang nak bagi awak duduk dalam comfort zone, nanti awak mudah lalai...
Awak tak dapat beli novel favourite author awak sebab Allah tak nak awak ngalit baca sampai lupa nak study untuk up coming final exam...

Bersangka baiklah dengan Allah:)

#Tapi kecewa kut. Ingat senang ke nak pulihkan lara di hati? T~T

Niat awak asalnya apa?

#Erk?

Kalau...

Awak beli skirt sebab nak mula belajar tutup aurat, tak mahu pakai seluar ketat...Alhamdulillah:)
Awak nak dapat GPA 4 rata supaya dapat memperjuangkan agama Allah bila dah berjaya nanti...Alhamdulillah:)
Awak beli novel supaya dapat tarbiyah diri awak towards being a better Muslim...Alhamdulillah:)

Oleh itu, La Tahzan:)
Sebab, Allah is the best Planner. THE BEST PLANNER. *Mohon mengerti penggunaan perkataan. 
Tak perlu sedih kalau semuanya berpaksi pada jalan Allah.
InshaAllah, kalau betul itu rezeki kita, Allah bagi. 
Allah kan Maha Pemurah, aite?

"...Dan jika Allah mengkehendaki kebaikan bagi kamu, maka tiada yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia memberikan kebaikan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya. Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang." (11:107)

Have faith in Allah S.W.T. 
Faith.
Macam biskut Captain Munch yang kejap macam banyak, kejap macam dah tinggal redak. 
Tapi sedapnya, MashaAllah:)

Itu sahaja dari saya,
 Love Much,
Popi Merah yang Semangat

*ngalit = leka

Wednesday, May 1, 2013

Aku, Dia dan Lagu Itu


Assalamualaikum:)

My first fruity hand (buah tangan? Ahaks!) before I'm on hiatus for awhile. Yep. Hiatus.
#Derr, baru second entry dah hiatus cactus bagai?
I have final exam around the corner. Can't help it guys. Break jap so that I can give my fullest attention to the examination. Haih...

But~ do enjoy the short story. 
Sorry if it doesn't hit your expectation. I wrote this when I was still in my lower secondary. Maka, paham-paham jelah yer...
It may be childish...but I guess maybe it just my way of seeing things:)

credit to : Laskar Pelangi by Nidji :)

So, enjoy!
              
           Dia seperti orang ‘bisu’. Bukan tak boleh bercakap, tapi taknak. Ketika dia berusia sepuluh tahun, ibubapanya meninggal dunia dalam satu kemalangan tragis. Dia nampak, depan mata dia sendiri, ibubapanya dilanggar sebuah trak ketika mahu melintas jalan…semuanya begitu jelas sehingga dia trauma. Trauma dengan kehidupan yang ternyata bukan selalunya indah. Dan sejak itu, dia berubah menjadi pendiam. Dia tiada kawan…langsung. Semua orang anggap dia freak. Temannya cuma buku. Dia…Lily.
            Tapi sejak lelaki itu hadir…everything’s changing. Tiada lagi sedih menghantui, tiada lagi air mata yang mengalir, tiada lagi sepi yang bertebaran. Yang ada cuma senyuman dan gelak ketawa. Di tepi padang itu…segalanya bermula. Lelaki itu dan gitarnya…dan lagu itu, Laskar Pelangi…mengubah dunia Lily.
                        Cinta kepada hidup
                        Memberikan senyuman abadi
                        Walau hidup kadang tak adil
                        Tapi cinta lengkapi kita...oh~
            “Siapa nama kau?” lelaki itu menjeling sekilas sambil memetik gitar di riba. Lily tersentak, tak sangka lelaki itu sedar dia sedang berdiri di belakangnya. Lily membisu, seperti biasa. “Duduklah, aku Kim,” ujar lelaki itu lagi. Lily masih membisu. Kim angkat kening. Bisu ke budak ni…
            “Wei, tengok tu. Budak baru tu cakap ngan budak freak tu la. Eii…macam mana la dia boleh layan si budak bisu tu,” teguran yang berupa sindiran menjengah telinga Kim. Lily yang duduk di sebelahnya cuma menundukkan kepala. Dah biasa…
            “Kau…bisu? Sorry…aku tak tau,” Kim kembali menumpukan perhatian pada gitarnya. Lily menggeleng perlahan. Mulutnya masih terkunci. “Lily ek…nama kau?” Lily tertunduk memandang buku catatan di riba. Jelas tertulis  Lily’s di kulit buku. Tiba-tiba senyum kecil terukir di bibir. “Cantik kau senyum. Tapi kenapa kau selalu muram? Sejak first day aku kat sekolah ni, aku tak pernah tengok kau rapat dengan sesiapa. Selalu duduk sorang-sorang je…” gitar dipetik melagukan korus lagu Laskar Pelagi. Lily humming mengikut rentak petikan gitar. “Kau suka lagu ni?” spontan Kim bertanya. Lily mengangguk perlahan. Kim terus memetik gitar melagukan melodi indah Laskar Pelangi.  
                        Menarilah dan terus tertawa
                        Walau dunia tak seindah syurga
                        Bersyukurlah pada yang Kuasa
                        Cinta kita di dunia…selamanya…
            Dan sejak itu…Lily tidak lagi bersendirian. Kim sentiasa di sisinya. Menemaninya tatkala gembira atau sedih, suka atau duka, gelak tawa atau tangis hiba. Kim setia menunggu walaupun Lily tidak pernah berbicara. Maha sepatah pun…langsung tidak pernah. Tapi dia tidak kisah…sebab Lily adalah kawannya. A good one. Kim tahu.
            Hampir lima bulan Lily berkawan dengan Kim. Lelaki itu tidak pernah jemu bercakap. Di tepi padang, dibawah sepohon pokok yang rendang menjadi port mereka ‘bersembang’. Tentang isu semasa, perihal sekolah, tentang diri, tentang segalanya…di situ…bersama gitar. Walaupun cuma Kim yang buka mulut, walaupun cuma Kim yang becok bercerita…tapi dia langsung tak kisah. Pernah juga terdetik di hati Lily…tidak bosankah lelaki itu melayannya? Tidak penatkah lelaki itu menemaninya? Tidak pernah disuarakannya. Disimpan di sudut hati sekemas-kemasnya. Cukuplah lelaki asing itu sudi berteman dengannya. Siapa dia untuk mempertikaikan kerelaan lelaki itu? Dia tak layak…langsung tak layak…
            Hari ini, seperti biasa…Lily mengatur langkah ke port mereka. Seperti selalu. Dengan senyuman yang makin mekar di bibir, dengan hati yang makin penuh dengan bunga bahagia. Tapi…apa yang ditunggu tidak muncul. Mana Kim pergi? Dua jam menunggu membuatkan Lily makin gelisah. Hatinya nekad menelefon Kim. Nombor telefon yang tertulis di buku catatannya didail di public phone. Tiada jawapan. Mana Kim pergi? Persoalan itu menghantui Lily. Adakah Kim sudah bosan dengan dirinya? Sudah jelak dengan sikapnya? Sudah mengalah dengan dirinya? Lily mengeluh.
            Sejak hari itu, Kim tidak hadir ke sekolah. Seminggu…dua minggu…tiga minggu…Lily mengalah. Mungkin Kim sama sahaja dengan orang lain. Berteman dengannya atas dasar simpati. Atau pun Kim sudah muak dengan si ‘bisu’ ini. Sudah muak dengan kesunyian yang dibawa oleh Lily.
            Lily mengeluh lagi. Tepi padang itu bagaikan kosong tanpa kehadiran Kim. Lily rindu sangat dekat Kim. Kenapa Kim buat Lily macam ni? Salah ke kalau Lily ‘bisu’? Salah ke kalau Lily enggan berbicara? Kalau dulu Kim tak kisah, kenapa baru sekarang…baru sekarang Kim mengalah? Kenapa bila Lily dah mula terbiasa baru Kim nak undur diri?
            Lily tersentak apabila bahunya disentuh. Airmata diseka laju. Kepala dipaling kebelakang. Seyuman hangat itu menyapa pandangan. Kim?
            Hei, tak sedar pun aku datang. Ingat kat balak ek? Jauh termenung,” airmata Lily kembali mengalir. Namun bibirnya tetap mengukir senyum. Walaupun hambar. “Sheesh, apa nangis-nangis ni? Tak malu la kau ni,” Kim ketawa. Tapi kedengaran canggung.
Lily perasan. Wajah itu tidak ceria seperti dulu lagi. Pucat lesi. Tak bermaya. “Sorry dah lama tak datang sekolah. Aku…aku ada hal,” Kim melabuhkan punggung di sebelah Lily. Lily tersenyum kecil. Takpe…Lily tak kisah asalkan Kim masih ingat dekat Lily. Kim mengeluh. Gelisah yang mula terbang kini kembali bertandang. Keluhan Kim seperti membawa maksud yang dalam. Kim berpaling menghadap Lily. “Kau…kau memang betul-betul…bisu ke?” soalan Kim menyentak hati Lily. Langsung tak pernah disangka Kim akan bertanya soalan yang sebegitu rupa. Lily bingkas bangun.
            Mungkin benar telahan hatinya. Kim dah berubah. Dia bukan Kim yang dulu. Mungkin selama tiga minggu mereka tidak bersua muka membuatkan Kim berfikir tentang mereka. Tentang hubungan mereka yang ternyata…tiada kebaikannya. Kim pantas menarik tangan Lily. Dia terkejut dengan respon yang ditunjukkan oleh Lily. Sumpah tidak terniat di hatinya untuk melukakan Lily. Masa yang memaksanya bertanyakan soalan begitu kepada Lily. Masa yang semakin pendek, suntuk.
            “Sorry…aku tak bermaksud nak…lukakan hati kau. Aku…cuma…aku…” kepalanya makin sakit. Genggaman tangannya makin longgar. Pandangannya makin gelap, kelam. Semuanya bertukar kabur dan…hitam…
            Lily membuka matanya perlahan. Silau cahaya mentari menyakitkan mata. Samar-samar wajah itu menyapa pandangan. Ceria. Sayup-sayup kedengaran korus Laskar Pelangi. Kim sedang asyik memetik gitar. Bibirnya pula menutur lirik penuh perasaan sambil badan diayun ke kiri-kanan mengikut rentak lagu. Menarilah dan terus tertawa…Lily tersenyum kecil. Teragak-agak Lily memanggil nama Kim. Walau dunia tak seindah syurga…Kim? Tak dengar ke Lily panggil ni? Kim…Bersyukurlah pada yang Kuasa…tiba-tiba bayangan Kim hilang berganti kegelapan yang mula menelan. Petikan gitar juga semakin perlahan…dan terus hilang…cinta kita di dunia…selamanya…meninggalkan Lily termangu sendiri.
            Lily terkejut apabila seseorang menepuk pipinya berkali-kali. Badannya automatik ditegakkan.
            “Maaf ya, dik. Tak boleh tidur di sini. Emm…adik yang hantar budak lelaki tu tadikan?” jururawat itu bertanya lembut. Lily mengangguk laju. “Dia dah sedar. Adik boleh melawat dia sekarang. Mari ikut saya,” jururawat tersebut membawa Lily ke wad yang menempatkan Kim. Cikgu Natrah, guru yang berbaik hati membantu Lily menghantar Kim ke hospital tadi, sedang bercakap sesuatu dengan Kim yang terbaring lesu di atas katil. Apabila sedar kehadiran Lily, perbualan mereka terhenti. Cikgu Natrah meminta diri untuk menghubungi ibubapa Kim dan menguruskan beberapa prosedur yang lain. Jururawat tersebut pula pergi membuat kerjanya yang belum selesai, meninggalkan Lily bersama Kim.
            “Hei…janganlah sedih. Takde papela. Aku okey je…” Kim menutur lesu. Mukanya semakin pucat. Lily sedaya-upaya cuba menahan airmata daripada mengalir. Tapi tak mampu. Dulu, semasa kematian ibubapanya juga dia seperti ini. Segalanya disimpan sendiri. Dia tak pernah cakap dengan sesiapa pun. Walaupun dengan Tok Wan yang setia membelanya sejak kematian ibubapanya. Sebab dia tahu, Tok Wan pun sedih, macam dia juga. Dia taknak bebankan orang lain. Dia tak suka. “Kau okey ke ni? Aku yang sakit pulak risau tengok kau. Haha…” Kim ketawa hambar. Sesekali memicit kapalanya yang terasa berdenyut.
            “Kim…Lily minta maaf,” perlahan suara kecil Lily menyapa gegendang telinga Kim. Kim tersentak. Namun senyuman mula terukir.
            “Kau…suara kau…sedap,” Kim mencari kata. Lily tersenyum kelat mendengar respon Kim. “First time aku dengar kau cakap. Aku gembira sangat. At least, permintaan terakhir aku dah jadi kenyataan,” walaupun perlahan, telinga Lily tetap dapat menangkap.
            “Maksud Kim?” nafas Lily bagaikan terhenti. Hatinya mengatakan ada sesuatu yang buruk bakal terjadi.
            “Sebenarnya, Kim dah tak lama kat dunia ni. Mula-mula Kim ingat Kim akan sembuh, tapi…nampaknya Kim menaruh harapan yang terlalu tinggi. Final stage…barah otak. Siapa yang boleh survive?” Kim berjeda.
            “Kim tak pernah bagitahu…” airmata Lily mengalir semakin laju. Suaranya tenggelam timbul.
            “Sebab kalau Kim bagitahu…Lily pun akan layan Kim  macam semua orang layan Kim. Diorang bagi Kim harapan palsu. Cakap Kim boleh sembuh, everything’s gonna be just fine…Kim dah muak dengar kata-kata tu. Hakikatnya, Kim still dekat sini jugak. Kim still kena telan pil-pil tu semua. They never try to understand me. Apa yang diorang tau buat cuma bagi harapan palsu. Dan bila Kim tau yang Kim takkan pernah sembuh. It hurts like hell!” Kim tewas sebagai lelaki. Airmata yang ditahan tumpah juga. Malunya sudah hilang. Egonya menyurut sama seperti harapannya.
            “I’m sorry. Lily tak tau. Lily…” Kim meraup wajahnya. Satu keluhan terzahir dari bibirnya.
            “Never mind. It’s not your fault. Kim yang overreacted. Lagi pun semua orang akan mati. It’s just the matter of time. Lambat…atau cepat. Itu je…” Kim tersenyum nipis. “By the way, Kim nak cakap yang Kim rasa seronok sangat dapat kawan dengan Lily. ‘Bersembang’ dengan Lily. The best moment I’ve ever had. Kim takkan pernah lupakan semua tu. And Kim harap, bila Kim dah takde nanti, Lily takkan pernah lupakan Kim and our friendship,” Lily angkat muka menghadap Kim. Airmatanya masih laju mengalir. Lily mengangguk lemah. “Promise me to move on with your life, be happy and never turn back, ‘kay? Befriend with everybody, jangan duduk sorang-sorang macam dulu. Boleh?” Kim tersenyum. Hambar.
            “Lily janji, tapi Kim jangan cakap macam tu. Lily tak puas lagi cakap dengan Kim. Kim, please…jangan tinggalkan Lily. I’ve lost my parents, I can’t lose you too,” Lily teresak bagaikan anak kecil.
            “Sorry…Kim…,” Kim menjadi sesak nafas tiba-tiba. Dadanya turun naik. Mukanya menjadi semakin pucat. Lily menjerit memanggil doktor. Semuanya bertukar menjadi kelam kabut. Semuanya berlaku begitu pantas dan apabila Lily tersedar, semuanya sudah berakhir. Kim’s gone. Forever…Al-Fatihah…

3 bulan kemudian…

            Lily termenung di tepi padang. Tempat dia dan Kim selalu lepak. Kaki dilunjurkan sambil bersandar pada sebatang pokok yang semakin merendang. Gitar Kim terletak elok di ribanya. Gitar kapok itu diserahkan sendiri oleh mama Kim padanya. Katanya, Kim pasti mahu gitar itu sentiasa di samping Lily. Sebagai pengganti diri yang telah pergi. Lily hanya menerima separuh rela. Ingin sekali menyimpan sebagai kenangan abadi, tetapi separuh hatinya menolak mengenang kecewa di hati bahana pemergian Kim. Namun ditabahkan hati, dikuatkan diri menerima dugaan yang hadir. Takdirnya sudah begini, siapa dia untuk menolak? Hanya hamba yang lemah tanpa kuasa. Tanpa kekuatan.
            Bunyi ranting kayu patah mengejutkan Lily dari lamunan yang makin tidak berpenghujung. Tanpa mangalihkan kepala ke belakang, Lily menutur bicara, menegur empunya diri. Hati diikhlaskan dengan niat berteman, amanat Kim, harus dipenuhi. 
            “Siapa nama kau?” perlahan suara Lily menyapa. Tiada jawapan. “Aku Lily, duduklah,” Lily mengalih pandang ke kanan bila terasa ada tubuh yang melabuhkan punggung di sebelahnya, agak jauh sedikit. Lelaki? Mata meliar melihat sebarang tanda pengenalan diri. <name: Len> Jelas tertulis pada buku nota di ribanya. Ada jugak lelaki nama Len. Maybe, he just another me. I mean, another ‘past’ me…

Sekian, Terima Kasih :)
Love Much,
Popi Merah yang Stress -_-"  

A/N : And yes, don't forget to drop your comments below:) Cheers!

Introduction Chaptre :)

Hi. Hello. 
Assalamualaikum w.b.t. :)

Selamat datang.
Welcome.
Ahlan Wasahlan.

So I guess this is how I'm going to start off with my not-so-lawa blog.
Rambles. Haha...pardon me readers -_-"

of WORDS and MUSICS

That is my BLOG. I can't believe I had pink doodles as my background. pfft.
But, why?
Why I would choose such things as the name of my blog?

Because I love books ~O-O~
And because musics inspire me most of the times:)
Simple.

#Dah tu kenapa tak letak "Buku &Musik" saja? Perlu ke speaking bagai? *angkatkening*

Haih...shuh! Saya boleh cakap bahasa melayu. I can't talk in English. Watashi can also speak Japanese -_-" Derr *eksyen je lebih*

Haha. So, it is also depends on my mood. It may be in English, kalau terasa macam ayu sikit, saya pakai malay O_o or korean ka yang hampa mau sebenaqnya? *winkwink*

Tapi saya tak cakap bahasa GWIYOMI. Zettai yada! (ni pula bahasa jepun)

I am a RAMBLER. (already mentioned in the descriptions)
So don't expect me to talk about brilliant stuff all the time...
Or politics -_-"
Or gossips...
Or latest fashion in town...
Maybe...just MAYBE I'll write about that kind of stuff...
Cuma mungkin jarang-jarang. Depends on my mood:)

For me, RAMBLES = benda merepek meraban yang saya rasa worth nak share dengan kalian. haha:)

But, I may be harsh on times, sebab saya juga manusia. Kadang-kadang rasa nak bash orang tak kira tempat. Or maybe kutuk orang like I'm the greatest human alive.
When that time comes, sila jangan segan lagi silu untuk tegur saya. You have the right readers. Please do so.

Like what was stated in the Al-Quran Al-Karim (16:125)

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik."

Okay, I think that's about it.

Again...

I'm a poppy. A red one.
I'm a wanderer. A bold one.
I'm a rambler. A thinking one.
I'm a Muslim. A devoted one, InshaAllah:)

A daughter. A sister. A friend. A student. A Malaysian. A Muslim. InshaAllah. If Allah wills:)

Oh ya! Saya juga akan post karya-karya saya yang tak berapa nak laku ni dekat sini.
So, please. Read and comment. Don't be a silent reader, kay?

P/S : Feel free to visit this link http://www.penulisan2u.my/tag/red-poppy/ kalau terasa nak 'lagha' kejap dengan kisah dunia. I'll also post something on ukhrawi. InshaAllah. No worries:)

Love,
Sleepy Popi Merah