Thursday, December 19, 2013

The Caged Bird 3

Assalamualaikum awak-awak semua!
Sorry lambat update TCB.
This week sibuk sikit.
The upcoming weeks juga mungkin sibuk. 
So the following updates may be a little bit late.
Maybe once per week. Or twice. Depends.
Sorry sangat-sangat.
Got some stuff going around.
Whatever it is, eres the third chapter of TCB.
Hope you guys enjoy reading it.

Love,
Popi Merah.

           Kotak kayu coklat berukir awan larat diselangi bunga-bunga kecil di atas meja ruang tamu itu ditenung kosong. Puas digeledah almari di bilik ibu tadi baru terjumpa dengan kotak legap sederhana besar itu. Tapi hatinya teragak-agak mahu membuka penutup kotak di hadapannya. Pelbagai jenis kemungkinan terbit di ruang fikiran. Yang baik. Yang buruk; pastinya dah dulu timbul. Keluhan demi keluhan terlepas dari bibir. Kata-kata Dr. Haris masih terngiang-ngiang di cuping telinga.
            “Awak kena buat keputusan cepat, Cik Dira. Her condition is getting worse by day. Rawatan kimo pun macam dah tak memberi sebarang kesan. We can’t keep increasing the dosage. The only way is to remove the tumor. Awak faham, kan?” wajah serius doktor muda itu bermain di ruang mata. Dira mengeluh. Lagi. Dan lagi. Walau dia tahu keluhan itu cuma mampu membuang karbon dioksida dari parunya, bukan masalah yang membebani fikirannya. Jauh sekali mengubati penyakit ibunya. Mulut masih ringan juga melepaskan keluhan.
            Akhirnya kotak kayu itu dicapai lemah. Perlahan penutupnya dibuka. Bunyi keriuk engsel kecil itu menandakan kotak itu sedah lama tidak berusik. Kesan karat juga jelas dilihat bertempek di situ. Mengisi ruang dalamnya sekadar beberapa keping foto, sekeping kad hari jadi dan sehelai kertas lusuh yang tertulis beberapa baris ayat yang kelihatannya seperti alamat rumah. Dira mencapai kepingan foto dan dibelek satu persatu. Gambar dua orang wanita. Seorang yang agak berumur tetapi agak bergaya. Dan seorang lagi berwajah muda dengan senyuman yang sangat dikenali Dira. Persis ibu wajahnya. Juga sengihan lebar itu. Dan kerut mata saat bibirnya ditarik panjang melebar. Mereka berdua kelihatan mesra berpelukan di dalam hampir setiap gambar. Berlatar belakangkan rumah agam yang tersergam megah seperti istana raja.
            Kemudian Dira mencapai pula kad hari jadi yang sudah kusam bertukar warna. Berhati-hati, kepingan kad lusuh itu dibuka. Sebaris ayat yang kemas tercatit di dada kad dibaca perlahan.
Meski seluruh dunia berjalan pergi, aku akan kekal bernafas jika kau setia di sisi.
Tengku Sharifah Faridah Tengku Syed Mansor.
            Semakin berkerut dahi Dira cuba memahami. Siapa Tengku Sharifah Faridah? Adakah wanita berumur di dalam gambar itu? Apa hubungannya dengan ibu? Kertas kecil yang bertulis alamat rumah dicapai pula. Lokasi yang beralamat di Kajang itu ditenung dalam. Gaya identiti misteri si pemilik rumah beralamat itu mampu muncul secara magiknya di atas kertas berwarna kuning lusuh di tangannya. Benaknya semakin sempit dengan pelbagai jenis soalan. Siapa? Apa? Mengapa? Bila? Sesak.
            Dentingan jam di dinding sebanyak tiga kali menganggu konsentrasi Dira. Jam sudah menginjak ke angka tiga. Mujur esok Dira tiada kelas pagi. Isi kotak tadi kembali dimasukkan ke tempat asalnya. Mata mula terasa berat menahan kantuk. Malas mahu melangkah ke bilik, akhirnya Dira terlelap di ruang tamu. Tidur bertemankan nyanyian cengkerik dan dengung manja si nyamuk. Juga harapan hati supaya hari esok masih ada untuknya dan ibu. Harapannya. Harapan si anak buat ibunya.
***
            Pintu gerbang tinggi melangit itu di pandang kagum. Cukup mewah dengan urai kerawang bunga dan daun bersalut cat emas. Kepala cuba dijenguk-jenguk ke dalam, meninjau dari kejauhan rumah agam yang berdiri megah di sebalik water fountain di tengah laman. Gambar dari beg galas dikeluarkan. Sekilas latar belakang gambar itu cuba dibanding tengok dengan yang di hadapan mata. Hampir sama. Cuma warna cat rumah dan landskap tamannya sudah banyak berubah. Rumah agam di hadapannya tampak lebih mewah.
            “Cik, cik cari siapa?” garau suara seorang pak cik tua lengkap berseragam pengawal keselamatan menegur dengan wajah cemberut. Dira tersengih serba-salah dengan peluh yang semakin merenik di dahi. Rambut yang semakin panjang sudah tersanggul tinggi. Jurai-jurai beberapa anak rambut yang berselirat di dahi malas mahu diambil kisah.
            “Ini rumah Tengku Sharifah Faridah, kan?” soalnya kembali. Pak cik tua tadi dah merengus kasar. Kelihatannya seperti kurang senang dengan kehadiran Dira di situ.
            “Cik ni cari siapa sebenarnya?” soalan tadi berulang lagi sekali. Cuma kali ini cukup diperasakan dengan nada jelek. Dira masih cuba mengukir senyum manis.
            “Saya nak jumpa dengan Tengku Sharifah Faridah. Dia ada di rumah?” lembut Dira menyusun kata, tidak mahu menyinggung hati si lelaki tua yang sudah sedia jengkel dengannya.
            “Dia tak ada,” ujarnya kasar sebelum mula menyusun langkah menjauhi Dira.
            “Pak cik! Pak cik! Bila dia balik? Saya perlu jumpa dia hari ni jugak. Penting. Ada perkara yang perlu saya tanya pada dia, pak cik,” Dira sudah separuh merayu. Sia-sia saja dia datang ke situ jika kehadirannya cuma untuk dihalau pergi.
            “Kau pun sama! Berapa kali aku nak cakap? Kalau kau nak temuramah, pergi pejabat Dato’. Buat appointment. Yang kau mencari sampai ke rumah, apahal? Menyusahkan orang betul. Sudah. Pergi sebelum aku panggil polis,” baran si pak cik mengikat lidah Dira dari terus menari meluah kata. Sudahnya dia terduduk keletihan di hadapan gerbang tinggi itu. jam di pergelangan kanan dijeling sekilas. Sudah jam satu suku tengahari. Perut semakin galak berkeroncong. Ditambah pula dengan bajunya yang semakin lencun menyerap peluh di tengahari rembang itu. Sekejap lagi sudah masuk waktu solat zohor. Mana pula mahu dicari masjid di tengah lot perumahan elit ini. Kalau ada pun pasti jauh berbatu. Itu pun kalau jumpa. Kalau sesat? Bertambah lagi bala di bahu.
            Rasa menyesal mula merangkak masuk ke dalam hati Dira. Keputusan mengejut untuk menjejaki Tengku Sharifah Faridah nampaknya bukan satu keputusan yang baik. Terpacak mengukur jalan di tempat asing tanpa teman cukup membuatkan Dira mahu berguling meraung di atas jalan tar kehitaman itu. Kalau dia buat shif tambahan di Cafe Lil’ Bean, dah sah-sah dia dapat duit poket lebih untuk belanja bulan ini. Tapi itu ceritanya kalau dia tidak gatal kaki menjejak ke situ. Sekarang ceritanya dia sudah siap berdiri di hadapan pintu gerbang tinggi ini. Suka atau tidak, dia harus berjumpa juga dengan empunya nama Tengku Sharifah Faridah itu. Nak atau taknak, dia harus bertikhtiar sesuatu bagi menampung kos pembedahan untuk ibunya.
            Dira berulang-alik berjalan di hadapan pintu gerbang. Pak cik garang tadi sudah menghilang ke dalam. Malas mahu melayannya mungkin. Jam sudah menginjak ke angka dua. Cahaya mentari semakin terik menyimbah menambah bahang di tanah bumi. Kelaparan semakin galak mengetuk dinding perut. Pedih. Dalam sibuk menunduk mengira batu di tepi jalan, deruman enjin kereta mengejutkan Dira.
Mercedes Kompressor hitam berkilat memberi signal mahu membelok masuk ke dalam pintu gerbang tinggi itu. Pantas Dira terlebih dahulu menahan kereta mewah itu dari berlalu masuk ke dalam. Cermin tempat duduk belakang diketuk perlahan, memberi isyarat supaya diturunkan. Elok cermin tingkap diturunkan, terpacul wajah elegan seorang wanita dalam lingkungan hujung 30-an. Yang pastinya, wajah itu langsung berlainan dengan wajah di dalam gambar dari kotak kayu itu.
“Awak ni siapa?” soal wanita itu dengan memek pelik di muka.
“Saya...saya cari Tengku Sharifah Faridah. Saya ada benda nak tanyakan pada dia. Dia ada tak?” senafas Dira menutur kata. Wajah berona pelik di hadapannya semakin berkerut.
“Maaf, kalau awak nak menjalankan sebarang temuramah, sila datang ke Astana Cemara Holdings. Kami tak...” belum sempat wanita tadi menghabiskan ayatnya, Dira dah terlebih dulu memotong.
“Tak. Bukan. Saya datang sebab gambar ni,” gambar mesra dua orang wanita yang berpelukan diserahkan kepada wanita yang masih selesa ditiup angin sejuk dari penghawa dingin kereta. Bulat matanya menatap figura yang gembira tersenyum di dalam foto di tangannya.
“Mana awak dapat gambar ni?!” naik seoktaf suaranya. Dira garu kepala yang mula gatal dibasahi peluh. Otak mencari kata bagi menjawab pertanyaan wanita itu. Tak tahu ceritanya harus bermula dari mana.
“Ibu...ibu yang beri,” ujarnya teragak-agak. Desah nafas wanita di dalam kereta jelas kedengaran pada pendengaran Dira.
“It’s okay. Masuk dulu. Kita berbincang di dalam. Panas kat luar ni,” pintu kereta dibuka dari dalam dan wanita itu menginjak ke dalam sedikit, memberi ruang untuk Dira mengambil tempat. Senyuman nipis dihadiahkan buat pertama kalinya kepada Dira. Elok pintu kereta ditutup, perlahan Mercedes hitam itu meluncur ke dalam. Dira leka memerhatikan water fountain yang dikelilingi beberapa jenis pokok bunga yang dia kurang pasti spesiesnya. Cantik. Sejuk mata memandang. Pasti Tengku Sharifah Faridah itu bukan orang sebarangan. Tengok pintu gerbang tadi saja sudah dapat diagak.
“Jemput masuk,” ujar wanita tadi. Kali ini nadanya kedengaran lebih mesra. Elok Dira melabuhkan duduk di sofa antik di ruang tamu, dua orang wanita pertengahan umur lengkap memakai seragam pembantu rumah muncul dari balik pintu kecil di satu sudut.
“Cik Zila perlukan apa-apa?” salah seorang dari pembantu rumah mula membuka suara. Dira sekadar diam memerhati.
“Saya nak jus oren...and Dira? Awak nak minum apa?” perhatian berubah pada Dira yang duduk setentang dengannya. Dira tersengih segan.
“Saya tak kisah...err...Cik Zila,” Dira berkira-kira sendiri dalam otaknya. Serba-salah mahu memanggil cik pada wanita itu. Entah betul, entahkan tidak gelaran yang diberi. Takkan wanita ini masih belum berpunya lewat umur begini. Ahh! Dira. Sibuk kau nak kisahkan hidup dia. Hidup ibu kau yang belum tentu di hospital tu yang patut kau fikirkan. Jalan harus dicari supaya empunya nama Tengku Sharifah Faridah itu mahu membantunya nanti.
“Okay. So, tell me...awak ni siapa sebenarnya? Kenapa awak tiba-tiba cari Tengku Faridah? Apa niat awak sebenarnya datang sini?” bertalu-talu soalan yang dihambur. Dira terkelu mencari jawapan. Bingung mahu dimulai dari mana ceritanya. Dia sendiri pun tidak pasti apa hubungan ibunya dengan Tengku Sharifah Faridah itu.
“Ssa...saya...” telefon Cik Zila yang tiba-tiba menyanyi rancak menghentikan bicara Dira. Cik Zila memberi isyarat sebentar sebelum berlalu untuk menjawab panggilan. Sesekali Dira perasan mata Cik Zila yang menjeling ke arahnya sambil mulut terkumat-kamit membalas cakap dengan pihak di sebelah sana. Hampir lima minit, Cik Zila kembali duduk di hadapannya.
“Tengku Faridah ada meeting penting petang ni. So, dia tak dapat nak jumpa awak sekarang. Tapi inshaAllah, tonight she’ll be having dinner with you. But for the mean time, awak boleh berehat dalam bilik tetamu. Nanti saya suruh Siti tunjukkan. Siti!” laungnya ke arah pintu kecil tadi. Tak sampai seminit, salah seorang pembantu rumah tadi dah kelam kabut berkejar ke ruang tamu.
“Ya, Cik Zila?” ujarnya siap menerima arahan dari Cik Zila.
“Awak tunjukkan bilik tetamu pada cik...” pandangannya dialih tiba-tiba ke arah Dira. Baru sedar dia masih belum tahu nama gadis yang tiba-tiba muncul di hadapan istana Tengku Faridah hari ini.
“Ahh...Dira. Fathia Adira Mohd Fikri...” 

Thursday, December 12, 2013

Coup D'etat 2

Assalamulaikum lovelies sekalian!
And salam sejahtera :)
Disebabkan CD dapat feedback yang sangatlah best from the readers...
So this is the second part...
Tapi pendek je. Sorry.
The third part might be a lil bit longer.
InshaAllah.
And thanks for the endless support.
May Allah bless all of you.

Love.
Popi Merah


Mata-mata yang bulat memandang pelik di KLIA malas mahu diambil pusing. Masih belum berubah nampaknya rakyat Malaysia. Masih sibuk nak menyelak kain orang lain. Masih gagah nak menjuling mata menjeling orang lain. Troli yang penuh menanggung dua buah bagasi besar dan beberapa beg kertas ditolak perlahan. Hoodie yang menutup kepala dikemaskan, menutup separuh muka. Headphone kemas menekup kedua belah telinga, berdentum dengan Coup D’etat – GD. Entah sejak dua tiga minggu ni telinga dah sedap didendang dengan suara pak cik berambut kuning telur itu. Pengaruh Jenny Kim, si teman dari Korea pastinya. Peminat setia si naga bersuara merdu itu.
            Coup d’etat. Seizure of power. Rampasan kuasa.
            Coup. Seize. Rampas.
            Sengihan semakin melebar. Semakin sinis.
            This game is just starting people. Ain’t gonna end any soon.
***
            Dentingan sudu dan garfu di meja makan mengisi sunyi malam itu. Sesekali Datin Zara menjeling anak gadisnya yang duduk setentang. Rambut hitam berjalur merah di sisi kiri. Wajah sedikit pucat keletihan. Bersinglet hitam dengan cardigan putih gaya jala ikan. Sangat berlainan dengan gayanya lima tahun yang lepas. Gaya heavy metal siap berlipstik ungu bagai. Lega sedikit hatinya. Deheman Dato’ Malik mengejutkan Datin Zara dari terus merenung Rifa. Pantas pandangannya ditala pula pada si suami di kepala meja.
            “Papa nak kahwinkan Rifa dengan anak kawan papa,” senafas ayat tanpa nada itu meluncur keluar. Sudu yang baru hendak menyuap ke mulut tergantung di udara. Rifa mengukir senyum nipis.
            “Sure,” balas Rifa, gaya baru setuju nak teman papanya ke annual dinner syarikat. Kemudian kembali meneruskan suapan yang terhenti tadi seperti tiada apa-apa yang berlaku.
            “Rifa,” meleret suara mamanya kerisauan. Rifa memberhentikan suapannya.
            “Yes, ma?” sahutnya seperti biasa. Mata ditala tepat memandang kosong mamanya.
            “Are you sure? Ini bukan perkara main-main, sayang,” lembut Datin Zara cuba berdiplomasi. Senang sangat Rifa bersetuju dengan cadangan papanya. Takkan jetlag sampai effect ke otak kut?
            “Am I even allowed to say ‘no’?” soalan berupa sindiran dilontar beku ke arah Datin Zara. Sunyi sekejap ruang makan itu dari sebarang bunyi. Ketawa kecil terlepas dari bibir Rifa. “I’m done,” ujarnya sambil meletakkan sudu dan garfu ke dalam pinggan. Kerusi ditolak ke belakang, bersedia untuk bangun.
            “Rifa Aulia!” bergetar ruang makan itu dipenuhi suara keras milik Dato’ Malik. Datin Zara mencapai lengan suaminya yang cuba bangkit dari kerusi.
            “You, sudahlah tu. Rifa tu budak lagi. You can’t put too much pressure on her,” nasihat Datin Zara lembut. Dato’ Mali kembali duduk, namun matanya masih tajam terpaku pada sengihan sinis Rifa.

            “Kids, ey?” berlagu suara Rifa dengan sengihan sinis sebelum dia berjalan naik ke biliknya. Datin Zara menggeleng lemah. Tidak dapat langsung dibaca gerak fikiran anak gadisnya. Dan perkataan terakhir anaknya tadi cukup menghantar amaran yang Rifa Aulia kini bukan Rifa Aulia lima tahun yang lepas. Rifa Aulia kini lebih sukar difahami. Lebih payah didekati.

Tuesday, December 10, 2013

Coup D'etat 1

Assalamualaikum!

And a very good day peeps:)
Patutnya this new series nak update weekend lepas.
Tapi tiba-tiba one of my old friend popped up.
Haha...dah gaya macam notification fesbuk pulak.
Okay...so we spent the whole weekend dgn berlayar di lautan memory lane. Eheh.
Makanya saya tak dapat nak update mahupun sambung cherita yang tergantung.
But still. Seperti yang dijanjikan di dinding mukabuku saya.
This is it.
Coup D'etat (dibaca ku-de-ta).
Kalau siapa yang hardcore pakcik rambut kuning tu (G-Dragon) mungkin familiar dengan perkataan pelik ni.
Memang inspired from lagu tu pun.
Walau cerita tersirat mungkin berbeza.
Whatever it is, hope you'll enjoy the story.
And yes, don't forget to leave your comments.

Love,
Popi Merah.


Beep!  

Hey, Riff baby! Umm...it’s Carl. You didn’t pick up your cell phone. Just wondering how you’re doing. I’m really sorry about what happened that night. I was...out of control. Ring me back whenever you’re ready, cupcakes. I’ll be waiting. Love you, baby.

Beep!

Riff, Lena’s here. Can you please tell Carl to stop asking me about you? He’s getting on my nerves. See you at school darl. Toodles!

Beep!

Rifa Aulia, you’re not picking up the phone again. Your Dad is furious. Call Maria as soon as you get this message. You’re coming back to Malaysia in two weeks. Maria already booked the flight ticket for you. And, please. Jangan buat hal lagi. We had more than enough right now. Thanks to your sister. Bye.

Beep!

            Elok pesanan ketiga tamat, senyum sinis terukis jelas di muka. Tak sangka disambut pesanan dari mamanya sepulang dari berjogging tadi. Peluh di dahi dikesat perlahan. Bahang mula terasa dek mentari negara barat yang mula menyuluh terang melalui pintu slide di dapur. Hoodie pullover dibuka pantas, hanya meninggalkan singlet turquoise lembut membaluti tubuh langsingnya. Rambut panjang melepasi bahu, berjalur merah darah di sisi kiri rambut disebak ke belakang, lemas. Ganggang telefon diangkat. Punat ditekan pantas, sudah dihafal nombor yang mahu didail.
            “Maria, it’s Riff...”
And I’m coming home.

***

            “Are you sure, Malik? I mean, tak terburu-buru sangat ke? Kita pun tak tanya lagi pendapat Rifa pasal hal ni,” ujar Datin Zara, ragu-ragu. Dato’ Malik sekadar melepaskan keluhan keras.
            “Habis tu? Nak biar dia terus macam tu? Tak ada arah tuju hidup. Tahu nak berseronok saja. Plus, don’t you think this is a very good opportunity for Megah Holdings?” Dato’ Malik mengukir senyum nipis. Bangga dengan syarikatnya yang semakin pesat membangun. Dan usahasamanya dengan syarikat milik Tan Sri Halim pasti akan membawa syarikatnya ke satu takuk yang lebih tinggi. Terlepas tawa kecil dari dua ulas bibirnya. Datin Zara mengeluh perlahan.
            “At the end of the day, this is just about your company, kan?” nadanya seperti berjauh hati. Dato’ Malik kerut dahi.
            “Maksud awak?”
            “For God’s sake, Malik! She’s your daughter! Our daughter! Awak buat dia macam token yang boleh ditukar-tukar dengan syarikat lain. Hanya demi sebuah kerjasama, Malik, for saying out loud!” naik seoktaf suara si isteri. Dato’ Malik merengus kasar.
            “Kalau dia anggap kita ni parents dia, she wouldn’t acted that way dulu. She’ll behave more appropriately. Dia takkan malukan kita sampai macam tu sekali,” tegas Dato’ Malik membangkang. Datin Zara tersenyum sinis.
            “I bet you don’t even have the gut to tell Tan Sri Halim kenapa Rifa is staying in US, right? Lima tahun, Malik, lima tahun. You sorok dia dekat California. Just because she...”
            “Zara!!!” bergema suara Dato’ Malik memenuhi kamar tidur serba mewah itu. “Can we please drop the subject? Saya dah taknak dengar awak ungkit-ungkit perkara tu depan saya. Malu saya dengar. Saya nak keluar. Malam ni saya dinner di luar. Tak perlu tunggu,” sejurus berdentum pintu kamar mereka ditutup kuat. Datin Zara termangu di atas katil. Kepala semakin berserabut dengan rancangan gila suaminya.

Tuesday, December 3, 2013

The Caged Bird 2

Assalamualaikum!
Hadeylaa...
Sorry for the late update.
Just came back from this awesome camp.
InshaAllah kalau jemari rajin nak berkejar menaip, I'll do some updates on that particular camp.
Maybe. Eheh.
So, this is the second chapter, the third update.
Enjoy and do leave some comments after you're done.

Love,
Popi Merah.

           Meja yang kotor dengan kesan titisan air berwarna dilap menggunakan kain lembap. Sesekali spray di tangan kiri ditala ke arah meja, buat kotoran degil yang enggan tanggal. Walau kedua tangan sibuk menyelesaikan kerja, otak dah terbang jauh ke hospital. Bilik B-01. Bilik ibu. Senario semalam bermain galak memenuhi ruang kepala. Kata Dr. Haris, itu kali kedua ibunya mengalami cardiac arrest. Kegagalan jantung mengepam darah ke anggota penting. Kata Dr. Haris lagi ibunya semakin tenat. Sesak lagi dadanya semalam. Serabut lagi kepalanya mencari jalan.
            Dira mula melangkah ke meja sebelah. Kerjanya masih belum selesai. Habis kelas hari ini, terus dia bergegas ke Cafe’ Lil Bean. Mencari duit tambahan. Malam baru dia berkejar ke hospital, melawat ibu pula. Dr. Haris tidak membenarkan ibunya pulang ke rumah seperti selalunya. Sekurang-kurangnya sehingga rawatan kimoterapi hujung minggu ini. Itupun kalau keadaan ibunya tidak semakin merosot.
            “Watch it!” rengus kasar suara seorang perempuan dan pedih di tangan menyedarkan Dira dari lamunan panjang. Perlahan wajahnya diangkat mencari pemilik suara. Baru perasan dua biji cawan kopi yang dah selamat tergolek di hujung kaki. Isinya dah elok mengalir mencemar jubin lantai. Wajah perempuan bergaya mewah di hadapannya dipandang dengan riak bersalah.
            “Maaf, saya...” belum pun habis kata maaf ditutur, suara perempuan itu dah terlebih dulu memotong.
            “That’s why I tak suka minum dekat cafe low class macam ni. Menyusahkan betul!” rungutnya pada pemuda segak berkot di sebelahnya.
            “Maaf, saya tak sengaja. Baju cik...dah kotor. Ni sapu ta...”
            “Shuh. Awak tak rasa sapu tangan awak akan lagi merosakkan baju saya ke?” sinis. Tangan Dira yang cuba mengelap kesan kopi di bajunya ditepis keras. Jelingan tajam diberikan pada Dira sebelum perempuan itu melangkah pergi. Kelam-kabut lelaki berkot tadi menurut.
            Dira tersenyum kecil. Terasa seperti mahu mentertawakan diri sendiri. Ibu, kalau kita kaya, agak-agak Dira jadi macam dia jugak ke?
***
            “Adib,” suara cuba dilenggok semanja mungkin. Tubuh langsingnya didaratkan di atas kerusi berhadapan dengan lelaki berkot kelabu yang asyik dengan longgokan fail di atas meja. Tiada reaksi. Tangan dipanjangkan mencuit hidung si jejaka.
            “Hana,” suaranya bergetar amaran. Muka dipalingkan sedikit, kurang selesa dengan perilaku sepupunya. Tengku Farhana Danielle ketawa kecil. Dapat diagak reaksi Tengku Adib dengan usikannya.
            “Itulah, I panggil, you taknak layan. Look what I brought for you,” cawan kopi dari kafe kegemaran Tengku Adib diunjuk perlahan ke arah tuan empunya cawan. Senyuman kecil dari Tengku Adib melegakan sedikit hati Tengku Hana. Tengku Adib mencapai cawan kopi yang jelas bertampal dengan lambang Cafe Lil’ Bean.
            “Penat I beratur tau. Lepas tu, ada pulak pelayan mana tiba-tiba langgar I, habis tumpah dekat baju I. She even tried to wipe the coffee stain using her worn out hanky. Eww...disgusting!” kejadian di cafe tadi meluncur keluar beserta dengan tawa sinis. “Tak pasal-pasal I kena beratur balik,” muka kesian dipamerkan di hadapan Tengku Adib. Padahal tadi dia sekadar menyuruh si Kamal, pembantu peribadinya, untuk membeli ganti caramel latte yang dah selamat tumpah ke lantai. Malas mahu mengotorkan lagi kasutnya ke tempat-tempat seperti itu. Kalau bukan kerana caramel latte di cafe itu merupakan kegemaran Tengku Adib, nak menjeling cafe kecil itu pun belum tentu dia mahu.
            “Lain kali tak perlu menyusahkan diri belikan untuk I,” dingin Tengku Adib membalas. Caramel latte disisip sedikit. Riak wajah masih beku. Kehangatan caramel latte langsung tidak memberi kesan. Cawan kopi diletak jauh dari kertas-kertas yang bersepah di atas meja. Takut tertumpah.
            “Sikitnya you minum. Selalu macam tak cukup. Kenapa? Tak sedap?” tanya Tengku Hana, kemudian menyisip sedikit dari cawan kopi miliknya. Sedap lagi latte di Dome. “Itulah, I pun tak faham apa yang you...”
            “Hana, I busy ni. Apa-apa nanti kita cakap dekat rumah, boleh?” pertanyaan berupa ayat menghalau secara sopan dituturkan. Kepala terasa makin berserabut dengan kehadiran Tengku Hana di situ. Tengku Hana terdiam sesaat. Bibir bawah digigit geram.
            “Fine. I balik. See you at home then,” tuturnya sebelum melangkah pergi. Tengku Adib yang kembali memfokuskan pandangan ke arah fail di atas meja semakin menyebalkan hati. Sudahnya pintu pejabat Tengku Adib dihempas kasar. Protes.
            Dentuman pintu pejabatnya sekadar membuahkan senyum kecil di bibir Tengku Adib. Masak dengan perangai sepupunya yang berangin tak kira masa. Cawan kopi dari Cafe Lil’ Bean dipandang kosong.

            Kenapa tak rasa macam biasa caramel latte hari ini? Orang lain ke yang buat? Pekerja baru? Keluhan dilepaskan perlahan. Hati tadi dah girang melihat cawan kopi dari Cafe Lil’ Bean yang dibawa Tengku Hana langsung surut elok aroma caramel latte memenuhi rongga mulutnya. Kalau selalu caramel latte dari cafe itu yang menceriakan harinya, tapi kali ini bukan. Mata diubah tala ke arah cermin tingkap. Hari yang mendung di luar terasa makin mendung. Dan mula renyai membasahi cermin pejabatnya.