Tuesday, December 30, 2014

Review: Terbaik Dari Langit

Assalamualaikum awak-awak semua!

Dah lamanya tak melontar idea di sini.
Haha.
Okay. Ayat kelakar di atas.
Dah lama tak me-rambles kat sini. Ritu dah bersihkan sikitkan, habuk kat sini?
Haha. Lepas tu senyap balik. Lol.
Sorry. Sibuk dengan intern <--- class="GINGER_SOFTWARE_mark" ginger_software_uiphraseguid="e0ae52c3-7e48-411d-9734-eb6ab7f2b349" gs="" id="da2ab4b6-f172-45cc-b165-10eaa46cf33c">alasan
 -_-"
Oooookay.
Tujuan membebel? Review.
Review apa? Filem. (Mohon baca tajuk post sebelum teruskan bacaan.)
Yes! Terbaik Dari Langit.
Sebelum aku mulakan nukilan yang panjang berjela ini, meh nak belanja satu gambar dulu.
Mohon jangan drooling over your lappy. Haha.


Yup. Yang muka tucen-perasan-comey tu adalah aku yang tak berapa nak lawa. Ain't gonna show you my face. Muahaha.
Maaf. Over di situ. Maaf lagi.

Last Saturday, kitorang (me & my officemates) dapat free tickets from this one blogger, Abby Latif (click here to be redirected to her blog) to watch this freaking awesome movie. 

Okay. Mesti korang rasa macam "apa geng TDL dah sogok budak ni sampai puji melambung sangat?" kan?

Ahah. Selain dari free movie tiket tu, dorang dah sogok aku dengan satu cerita yang sangat-sangat-sangatlah awesome. Okay. Puji melambung lagi.

Sebelum aku lambung filem ni dengan lebih tinggi, adalah lebih baik kalau aku ceritakan dulu sinopsis cerita ini.

Sinopsis.
Lima sekawan berkumpul naik satu van semata-mata nak pergi kejar UFO. Sekian.

Lol. 

Yes. Kalau nak suruh cerita sinopsis dia, memang tu je yang mampu aku cerita kat sini untuk filem yang berdurasi lebih kurang 110 minit ni. Jalan cerita yang cukup simple. Sangat simple actually.

Tapi dari storyline yang sesimple-simple benda ni, they managed to show me soooooo many things.

So when my brother asked me "Cite Terbaik Dari Langit ni pasal apa ek?"

I said "Pasal hidup. Period."

I can see myself in each and every character in this movie. Sungguh.

Dari watak Berg yang cukup gila untuk mengejar UFO sampai ke watak pakcik naik lori yang assume alien tu benda khurafat. Haha. Comelsss sangat cerita dia.

Toyu. I still remember when I was in sekolah rendah. I was so much like him. 
Tak apalah. Nothing. Okay je. Itu je ayat yang selalu aku cakap.
I kept everything inside. Bila rasa nak burst, I cried. And that's it.
Nobody knew my pain. I bottled up everything. Every single thing. 

And I grew up to be lebih kurang macam Berg. During my high school years. Zaman bila kita lagi suka nak ikut gila otak dari rasional akal. Bila kita cuba buat benda yang kita suka despite all the hate that we get. Bila kita rasa, everything that we're doing adalah yang Terbaik Dari Langit. We're in love with ourselves. Our dreams. Sweet days.

Masuk zaman universiti, which is now, I'm becoming more like Ijam. Tersekat. Nahh. It's not like I'm complaining pasal my current life ke apa. It's just that, I'm feeling like losing myself. Bila apa yang kita nak tak sama dengan apa yang kita buat. Bila kehendak orang lain jauh lagi penting dari kehendak diri sendiri. Bila kita baru nak belajar berlari di dunia nyata tapi dah ada yang menolak-nolak di belakang kita. 
Jatuh. Sakit. Bangun dan kembali berlari. The cycle goes on and on and on. 

Tengok Ali dalam cerita ni, faham sangat dengan perasaan dia. Perasaan bila orang selalu salah faham dengan kita tapi tak pernah nak ambik port dengan apa sebenarnya yang jadi. Tahu nak marah je. Bagi sejuta alsan sekalipun, marahnya tetap terhambur pada kita.
Sudahnya that thing left unsettle macam tu je. Unfair. Tapi dunia kan memang macam tu? Aite?

Dan Sofia. I want to be like her. Berani. I want to be brave enough to face the world. I want to be brave enough to tell other people to be brave. Berani untuk diri sendiri.  Untuk apa yang kita nak. Sebab tak ada orang lain yang dapat tolong kita sebenarnya. Sigh.

There were lots of quotes yang menarik dalam filem ni, but I was too overwhelmed to remember everything. So kena tengok untuk second time nampaknya. Haha

Overall, filem ni memang sangat terbaik. You guys should really watch this. Feeling korang suruh kawan korang cerita balik filem ni TAKKAN, diulangi, TAKKAN sama dengan feeling korang tengok sendiri dekat panggung. The script was amazing. Hats off to Redza Minhat. Kalau ada pelunag, I would really love to meet you and maybe have some sembang kopi. Looking forward to your next karya. Pelakon-pelakon dia memang double thumbs up. Sinematografi dia was way beyond average. Memang sangat cantik. Sangat terbaik. Serious korang memang kena tengok filem ni. Bak kata Berg, takkan menyesal. Terbaik dari langit. Haha.

Penutup kata.
Doakan saya cukup kuat untuk tidak kembali menjadi Toyu. 
Cukup gila untuk tetap menjadi Berg. 
Cukup sabar untuk bertahan sebagai Ijam.
Cukup baik untuk menjadi seperti Ali.
Dan cukup berani untuk berdiri menjadi Sofia.
InshaAllah.
May Allah ease.
May Allah bless.
Me and all of you jugak :)

Kbai!

P/s : Kalau ada masa inshaAllah I'll update lagi TCB and CD ;P

By the way, click here for the trailer.

Love,
Popi Merah. 












Thursday, December 11, 2014

Coup D'etat 4

Assalamualaikum!

I don't have any solid alasan to give you on why dah lama blog ni tak ber-update.
Hehe.
So, I can just say sorry--
Truly deeply sorry--

Without further ado, I present you the fourth chapter of Coup D'etat.

Enjoy.

Love,
Popi Merah.


“Morning, everyone!” ceria Rifa mengumumkan ketibaannya di ruang makan pagi itu. Puan Sri Dahlia yang baru hendak mencedok nasi goreng ke dalam pinggan suaminya, Tan Sri Halim tersengih senang. Bik Tina yang sedang menyusun cawan air turut menarik senyum.
“Mummy dengan Tina je yang ada ni, Rifa sayang. Baba tengah bersiap di atas tu. Rayyan mana? Tak turun lagi?” Rifa mengambil tempat di hadapan ibu mertuanya.
Ha’ah mummy. Anak mummy tu bersiap mengalahkan perempuan. Nak pergi mall je pun,” bersahaja Rifa membalas dengan sengihan panjang. Kotak jus oren dicapai dan gelas kaca di hadapannya dipenuhkan.
“Mall? Bukan hari ni Rayyan dah mula kerja ke? Thought he’s only taking leaves for one week,” terhenti gerak tangannya menyenduk nasi goreng ke pinggan.
“Yeah. But I need to buy something,” balas Rifa selamba. Kerut hairan di wajah ibu mentuanya malas mahu dipedulikan.
“Morning, my,” sapa Rayyan sambil tangan ligat membetulkan letak duduk tali leher biru tuanya.
“Mummy je?” sindir Rifa dengan mulut yang sengaja dimuncungkan. Mummy dah menggeleng kepala dengan telatah anak-menantunya.
“Morning, Rifa,” dingin. Rifa menahan sengih sinis. Jus oren disisip sedikit. Rayyan mengambil tempat bersebelahan dengan isteri-tak-relanya.
Cakap tak masuk office. Kenapa pakai formal ni?” soalan dari mummynya menarik kening Rayyan membentuk kerutan.
Siapa cakap? Rayyan...” belum pun sempat Rayyan menghabiskan bicara, jemari Rifa selamat mendarat di atas lengannya.
Kan semalam you cakap nak teman I pergi mall. Lupa?” mata dipicingkan merenung Rayyan. Rayyan mendekatkan sedikit badannya ke arah Rifa. Muka kemerahan menahan geram.
            “Kau jangan cari pasal boleh tak? Aku ada mesyuarat penting pagi ni. Don’t you dare...” keras bisikannya dipotong selamba oleh si isteri.
Abang, you don’t have to say sorry to me, dear. Sayang faham. Lagi pun abangkan dah seminggu tak masuk kerja. Setakat temankan sayang pergi mall, Pak Mat pun boleh buat. Kan?” senyuman tawar diukir sambil sudu dibawa berlari menolak nasi goreng di dalam pinggan.
“Rayyan, tak baik buat Rifa macam tu. Temankan sekejap. Bukan bersehari pun. After lunch ke, Rayyan masuklah office,” saran mummynya pula. Rayan menarik nafas, menahan sabar. Faham dengan permainan yang cuba diaturkan oleh Rifa.
“But, mum, I have...”
Betul cakap mummy kamu tu. Kamu tu baru kahwin, buat cara baru kahwin. Bukan fikir kerja saja 24 jam sehari,” selit Tan Sri Halim yang entah bila dah tercongok sebelah isterinya. Rayyan mengeluh berat. Nampaknya dia berada diambang kekalahan.
“Fine,” sepatah dibalas menandakan dia sudah malas mahu beradu kata. Fed-up.
Itulah, lain kali, kalau berjanji, make sure boleh fulfil. Jangan aci angguk gaya orang mabuk. Kan dah tersepit. Banyak kali dah baba pesan,” sambung Tan Sri Halim lagi. Rayyan tersenyum sinis. Janji? Bila masa minah ni pernah tanya aku pun, aku taktau. Nikan pulak berjanji bagai. Keras hatinya memberontak.
“Tak apa, baba. We all know how mindless Rayyan could be if he’s sleepy, right mummy?” sengih manja dihadiahkan pada si ibu mertua.
“Sleepy tak sleepy, dah janji, jalan je. Rifa, kalau lain kali Rayyan buat macam ni lagi dekat Rifa, just send in your report. Tahulah apa baba nak ajar budak ni,” Rifa tersengih manja. Dalam hati dah bersorak riang. Setelah seminggu berkahwin, cubaan pertamanya mengenakan Rayyan menjadi.
“Sure, baba. Okeylah. Rifa nak naik ambil beg. Abang tunggu sekejap ya,” berlari-lari anak Rifa menaiki tangga dan terus masuk ke dalam kamar ‘pengantin’nya. Tawa dihambur sepuas hati. Perut ditekan menahan senak.
“I hope this will teach him enough. Silaplah kalau nak cari pasal dengan aku. Memang silap besar!” bebel Rifa di hadapan cermin solek. Berpuas hati dengan penampilan ringkasnya, sling beg di tepi meja solek dicapai. Sebelum kaki diatur menjauhi cermin, matanya merenung lama refleksi bayang di dalam cermin. Perlahan jemarinya dilarikan ke sisi kiri rambutnya. Hitam. Tiba-tiba rindu mahu mengenakan hair crayon seperti dulu. Merah. Hijau. Ungu. Dan kadang-kadang biru. Ikut moodnya ketika itu. Tapi sekarang...ahh! Malas mahu difikirkannya lagi. Rencananya harus diteruskan. Biar tahu rasa manusia-manusia yang cuma reti berlagak hebat itu.
***
Kaki diatur mengikut rentak hati. Berjalan terus tanpa arah tujuan. Kalau terasa ada yang menarik perhatian, dimatikan langkah. Kalau tidak, terus diatur. Rayyan yang mengekori dari belakang sudah berbakul sumpah seranah tertadah dalam hati. Cakap macam gaya ada barang penting nak cari, bila dah sampai macam tak ada arah tujuan pula. Memang cari pasal betul. Batang tubuh Rifa yang kini elok terpacak di butik Kitschen dikerling sekilas. Isterinya sedang ralit membelek oversized bat wing bertampal dengan berlian membentuk tengkorak. Rayyan tepuk dahi. Apa punya taste bini aku pakai ni. Kepala digaru perlahan.
“Are you buying this?” pandangan jelik dilontarkan ke arah batwing ala-ala punk itu.
Kenapa? Tak suka?” tanpa nada Rifa membalas.
“Yup, I don’t like it,” pendek jawapannya. Rifa tersengih sinis.
“So? Bukan I nak suruh you pakai, I yang nak pakai,” jemarinya berlari pada outwear seperti jala ikan pula.
“You’re my wife. You should listen to me,” tegas suara Rayyan membantah. Geram di hati semakin mencanak naik.
“I tak tahu pulak parents I jodohkan I dengan fashion advisor. Kalau macam tu dah awal-awal I kenalkan mama dengan papa dekat my friend from US tu. He has a very good sense in fashion,” jelas di pendengarannya rengusan kasar si suami. Hati dah menjerit riang. Memang aku saja bagi darah kau naik hari ni Rayyan Naufal. Rasakan.
“This is not about fashion, Rifa Aulia. You tak malu ke pakai baju-baju tak cukup kain macam ni? Ke you memang suka nak tayang dekat semua orang? Are you really that cheap?” ujar Rayyan menyindir. Wajahnya tersuging senyum sinis. Tapi sekadar disambut dengan tawa kecil dari bibir Rifa.
“Seethis is why I rasa berat sangat nak balik Malaysia. You guys and your endless judgements. Pakai terbukak sikit, jalang. Pakai jarang sikit, cheap. Habis tu kalau pakai menutup macam you ni, baik sangatlah? Taraf Tuhan sampai boleh jugde orang? Is it like that my dearest husband?” mati senyum di bibir Rayyan. “Kalau macam tu, senangnya nak masuk syurga,” bisik Rifa keras sebelum berlalu pergi. Hatinya puas dapat membidas cakap si suami.  
“Apa masalah you ni sebenarnya, Rifa Aulia?” sedar-sedar Rayyan dah mengejar ke depan dan menarik kasar lengan Rifa. Geram hatinya dengan tuduhan semberono Rifa terhadapnya. Dia cuma mahu menegur. Rifa isterinya, takkan nak dibiarkan macam tu saja. Nanti tak pasal-pasal berat bahunya memikul dosa si isteri sekali. Ke cara menegurnya yang salah? Arghhh!!!
“I pulak yang kena? You yang tiba-tiba bash I tak tentu pasal, tiba-tiba you nak salahkan I balik,” Rifa cuba menarik kembali lengannya. Pedih yang menjalar dibuat tak peduli. Juga pandangan orang sekeliling. Dia sudah lama lali.
“Kalau kau setakat ajak aku datang sini sebab nak bergaduh, baik balik je. Menyusahkan orang tau tak?!” keras kata-kata Rayyan menampar gegendang telinga Rifa, mematikan segala pergelutannya.
“Fine, kita balik,” pendek balasan dari Rifa sebelum merentap lengannya dan terus menapak ke pintu utama. Menyusahkan? Rifa tersenyum sendiri. Dah lama perkataan itu tak dijamah telinganya.