Tuesday, January 21, 2014

The Caged Bird 6

Assalamualaikum!
TCB 6.
Makin malas nak menulis intro panjang2. Haha.
Kbai!

Love,
Popi Merah.


            Pintu dewan bedah ditenung bagai terlihat-lihat kelibat ibunya dibedah oleh para doktor. Sesekali juntaian air mata dihapus-seka. Tengku Faridah yang diam di tepi malas mahu diendahkan kewujudannya. Hati tidak putus-putus mengait rantaian doa buat ibu yang bertarung nyawa di dalam. Elok kaki melangkah masuk tadi, Dr. Haris dah siap menunggu di hadapan bilik ibunya. Bilik B-01.
            “She’s getting worse. Dia dalam keadaan koma sekarang,” tanpa sebarang mukadimah, terus kata-kata itu menyinggah di telinganya. Mata terasa berpinar gelap. Tangan mula menggagau mencari penampung badan. Terasa ada tangan yang melingkar di bahu.
            “Doktor, just do whatever it takes to save my daughter. Saya akan bayar. Berapa pun saya akan bayar, doktor. Please, save her,” dan kata-kata Tengku Faridah yang membuatkan ibu terbaring pasrah di dalam dengan kepala dibelahbuka. Sejam. Dua jam. Tiga jam. Keadaan yang semakin sunyi bertambah tegang. Dira memejam rapat matanya. Ya, Allah. Tolong ibu Ya Allah. Hanya Engkau yang mampu. Rabbi yassir wa la tu’assir. Rabbi tammim bil khayr. Ayat itu diratib-baca berulang kali.
            Pintu dewan bedah yang terbuka tiba-tiba menghentikan degupan jantungnya. Dengung suara para doktor di dalam dan jururawat yang kelam-kabut berlari keluar melemaskan deria telinga. Pantas Dira bangun dari duduk dan menuju ke arah pintu yang cuma tiga langkah dari tempat duduknya.
            “Macam mana ibu saya? Nurse! Doktor?!” soalannya bagai angin lalu yang menyapa telinga-telinga kakitangan hospital yang sedang sibuk menjalankan tugas. Respon yang diberi sekadar, “Maaf, cik,” atau “Sila beri laluan cik,” juga “Sebentar ya cik,” dan terus mereka berlalu pergi.
“Saya nak masuk! Saya nak tengok ibu saya!” Dira mula bertindak agresif dan meluru ke dalam. Tengku Faridah yang dari tadi sekadar memerhati, mula kaget.
            “Fathia!” panggilannya langsung tidak dipedulikan si cucu. Usahanya dan seorang lagi jururawat untuk menahan Dira dari masuk ke dalam juga tidak berhasil. Sudahnya, tubuh wanita tua itu ditolak kasar ke tepi. Berjaya meloloskan diri, Dira terpaku melihat tubuh Puan Maria yang terbaring kaku di atas katil bedah dikelilingi beberapa orang doktor. Bingit mesin disekeliling ibu juga terasa mencucuk tajam gegendang telinga. Riuh suara doktor memberi arahan semakin mendebarkan rasa.
            “Ibu!” dan serentak tubuhnya terasa direntap keluar. Elok tubuhnya selamat menjejak keluar dari bilik pembedahan, pintu segera ditutup dan dikunci rapat.   
            “Ibu! Buka pintu ni! Aku cakap buka! Aku nak jumpa ibu! Ibu!!!” Dira menghentam kuat pintu dewan pembedahan. Tengku Faridah cuba menenangkan cucunya. Belakang badan Dira digosok lembut.
            “Sabar sayang, mengucap banyak-banyak. Fathia tak boleh buat macam ni, sayang,” sebak di dada cuba ditahan. Sayu mendengarkan tangisan Dira. Sakit lagi hatinya melihatkan keadaan tenat puterinya di dalam dewan bedah itu.
            “No! I need to see her. Let me see her, please,” Dira memujuk rayu nendanya pula. Sepertinya wanita tua itu punya kuasa saja mahu membenarkan cucunya masuk ke dalam.
            “I’m so sorry sayang. Let the doctors do their job. Kita tunggu ya sayang. Come,” tubuh Dira ditarik perlahan dan didudukkan kembali. Sesekali sedu terlepas dari bibir Dira. Tangisan yang cuba ditahan seperti enggan berhenti. Hatinya kembali melagukan zikir. Tenanglah hati. Sabarlah jiwa. Ibu tak apa-apa. Ibu okey. Allah tolong ibu. Bisiknya meyakinkan diri yang mula goyah. Suku jam berlalu. Tiada tanda-tanda pintu itu bakal terbuka lagi. Dira kekal merenung pintu putih itu. Sesaat. Dua saat. Dan terbuka perlahan. Dr. Haris melangkah keluar sambil menarik-buka penutup muka dan sarung tangannya yang penuh dengan kesan darah. Darah ibu. Dira segera bangun meluru ke arah doktor yang jelas terlukis kelelahan pada wajahnya.
            “Doktor, macam mana dengan anak saya?” Tengku Faridah dah terlebih dulu bersuara. Dr. Haris merenung tepat ke anak mata Dira. Sepi.
            “I’m sorry, Tengku, Cik Dira. There’s nothing more we could do. We’ve done our best, but we still couldn’t save her. We’re so sorry for your loss,” elok telinganya menangkap perkataan terakhir itu, derianya semua terasa seperti mati. Jelas dimatanya Dr. Haris yang masih cuba menerangkan sesuatu. Juga nenda yang tersedu menahan tangis-raungnya. Tapi langsung telinga tidak dapat menangkap apa-apa. Nil. Mulutnya seakan terbisu mahu membalas. Air matanya seperti kekeringan mahu mengalir. Sudahnya dia cuma berdiri merenung kosong ke wajah doktor sehingga lelaki itu berlalu pergi. Lama dia terdiam seperti itu. Cuba menyusun apa sebenarnya yang telah berlaku. Tangisan tadi yang sayup-sayup di telinga mula terasa jelas. Tangisan nenda. Bahu mula terasa basah. Hangat. Hangat air mata. Juga hangat pelukan. Perlahan tubuh nendanya ditolak menjauh. Wajah yang basah dengan air mata itu ditenung kosong. Sekosong perasaannya sekarang. Sekosong otaknya sekarang. Terasa wajahnya diusap lembut.
            “Fathia, I’m so sorry. This is all my fault. Nenda patut cari ibu dan Fathia dari awal lagi. So that nothing of this could ever happened in your life. In our life. Nenda patut redha dengan apa saja keputusan ibu Fathia dulu. I should have stop her back then,” ujar Tengku Faridah diselangi esak tangisnya.
Pap! Pedih tangan tua itu ditepis kasar.
“But you didn’t,” datar nadanya. Kosong riaknya. Tengku Faridah terdiam kaku.
Setapak, dua, Dira mengundur menjauhinya. Dan terus berjalan pergi. Pergi dari mata wanita berketurunan Tengku itu. Pergi dari mimpi ngeri itu. Pergi dari kisah hidup yang perit itu.
***
Tapak kaki diatur menelusuri kaki lima itu. Melalui deretan kedai-kedai runcit. Bangunan tinggi mencakar langit. Tapak pembinaan ditinggalkan terbiar. Tapi langsung tak diambil peduli arah tuju derap langkahnya. Asalkan dia terus berjalan. Asalkan dia terus menjauhi semua yang baru terjadi. Asalkan dia bisa lari.
Dalam renggang manusia di lewat tengahari itu, terasa bahunya terlanggar seseorang. Kepala ditundukkan sedikit.
“Maaf,” sepatah dan terus berlalu. Tanpa memandang langsung pemilik bahu tadi.
Lagi lima enam langkah, terasa bahunya ditempuh lagi. Seperti tadi. Tunduk.
“Maaf,” dan terus berlalu.
Dan lagi sekali. Terlanggar. Tunduk.
“Maaf,” tapi kali ini, belum sempat dia berlalu pergi, bahunya ditahan.
“Awak sedar tak awak dah langgar saya tiga kali?”
“Huh?”

Friday, January 17, 2014

The Caged Bird 5

Assalamualaikum!!!
New update. Kali ni panjang sikit. Sikit je. Haha.
Minggu ni macam lapang sikit.
Idea pun tercurah banyak sikit.
Semua pun sikitlah.
Mukadimah pun sikit.
Haha.
Enjoy!

Love,
Popi Merah

            Siling plaster mewah berukir kerawang bunga ditenung kosong. Empuk katil pembaringannya langsung gagal memujuk mata untuk lelap. Bicara Tengku Faridah yang membahasakan dirinya sebagai Nenda awal tadi membuatkan otaknya ligat berputar. Seingat Dira cuma sekali dia pernah bertanya pada ibu tentang nenek di sebelah ibunya. Itupun ketika Dira masih berusia enam tahun. Jawapan ibunya juga sudah lama luput dari ingatan. Cuma yang dia ingat, wajah keruh ibunya ketika menjawab setiap butir soalannya, sebab itu Dira sudah tidak bertanya lagi, risau melihat ibunya bersedih. Di sebelah papa pula memang Dira sedia maklum sudah lama tiada. Selama ini keluarga yang dia kenal cuma ibu dan papa. Dan bila papa meninggal dunia dua tahun lepas, dunianya cuma dihiasi dengan kerenah ibu. Cuma ibu. Bila wanita berketurunan Tengku itu hadir, otaknya mula keliru. Serabut.
            “Saya...saya tak tahu...nak cakap apa, Tengku,”
            “Panggil Nenda, sayang. Ini nenek Fathia, bukan orang lain,”
            Bukan orang lain? Habis tu, kenapa ibu tak pernah bercerita pasal Nenda? Apa yang dah terjadi dulu? Tadi Tengku Faridah sekadar menceritakan susur galur keturunannya. Mengapa ibu tiada Tengku di pangkal namanya. Itupun secara ringkas. Musababnya ibu pergi jauh dari rumah agam itu, tidak pula diulas lanjut oleh Tengku Faridah. Dira mengeluh lagi. Masuk kali ini, rasanya parunya juga sudah letih mengumpul udara untuk dihembus keluar.
            Pening berbaring, Dira lantas bangkit berdiri. Langkahnya diatur mengelilingi bilik yang dihiasi serba mewah itu. Kalau tidak difikirkan perasaan nendanya tadi, malas dia mahu bermalam di rumah agam ini. Buat serabut otak saja. Kata Tengku Faridah, itu kamar tidur ibunya sebelum dia bertegas mahu keluar dari rumah agam itu. Kenapa ibu mahu keluar, masih menjadi tanda tanya di celah-celah selirat otaknya.
            Bingkai-bingkai gambar yang kemas tersusun di atas almari berlaci setinggi bahunya dibelek satu persatu. Gambar ibunya seorang. Gambar ibunya dan Tengku Faridah. Gambar ibunya dan seorang lelaki tua. Dan bingkai yang terakhir merupakan gambar ibunya bersama tiga orang lelaki segak dan seorang wanita jelita. Siapa mereka? Bercambah lagi persoalan di dalam fikiran seorang Fathia Adira Mohd Fikri.
            Laci dibuka satu persatu. Bukan niatnya mahu menceroboh privasi tuan rumah, tapi memandangkan semua barang di dalam bilik itu milik ibunya, maka tak ada salahnya jika dia mahu mengambil tahu. Laci pertama dipenuhi dengan album gambar yang sedikit berhabuk, mungkin sudah lama tidak dibuka. Laci kedua juga turut menempatkan beberapa buah album gambar dan sebuah buku kulit hitam yang agak usang. Terukir jelas huruf M dan E dengan font tulisan yang sangat klasik. M, E? Maria Elisa? Takkan diari ibu? Belum sempat tangannya mahu mencapai, terdengar ketukan di pintu bilik. Luruh jantungnya. Laci segera ditutup. Nanti apa pula tanggapan Tengku Faridah terhadapnya. Baru mengaku cucu dah pandai-pandai nak menyelongkar barang orang.
            “Ya?” ujar Dira elok pintu dibuka. Pembantu rumah yang bernama Siti petang tadi dah terjegat menatang segelas susu dan sejag air masak di dalam dulang.
            “Tengku Faridah suruh saya hantarkan susu pada Cik Fathia. Cik Fathia perlukan apa-apa lagi? Saya boleh ambilkan,” ujar wanita separuh umur itu ramah. Dira ikut tersenyum. Serba-salah pula dengan layanan mewah yang diberikan padanya.
            “Eh...tak apalah Kak Siti. Kalau Dir...err...Fathia perlukan apa-apa nanti, pandailah Fathia cari sendiri. Susahkan Kak Siti je malam-malam ni,” pantas pintu direnggangkan dan tangan mencapai dulang berisi susu dan jag air kosong itu. Kemudian Dira mula menapak ke meja tepi katil dan meletakkan dulang di atasnya. Kak Siti ikut membuntuti.
            “Cik Fathia ni baik, saling tak tumpah macam ibu Cik Fathia dulu. Dalam ramai-ramai anak Tengku Faridah, akak paling rapat dengan Cik...eh...Puan Lisa dulu. Puan Lisa memang peramah dengan semua pekerja. Pendek kata, memang disayangi ramailah,” ramah Kak Siti membuka cerita. Baru ada peluang bertemu muka dengan anak  majikan kesayangannya. Persis seperti ibunya, itulah tanggapan pertama Kak Siti bila bertentang mata dengan anak gadis itu.
            “Kak Siti dah kerja lama ya dekat sini? Tapi nampak macam muda lagi,” mengekek Kak Siti ketawa menyambut kata-kata Dira. Muda? Haih...pandai ambil hati sungguh budak bertuah ni.
            “Muda apanya, nak masuk 5-series dah ni. Puan Lisa tu, muda sikit pada akak. Eh...patutnya Cik Fathia panggil Mak Siti la dekat akak ni. Macam muda sangat je panggil kakak,” Dira ketawa kecil.
            “Mana ada tua. Baya ibu lah. Ibu Fathia muda lagi tau. Lagi satu, panggil Fathia je dahlah. Cik Fathia tu panjang sangat, penat nak tunggu habis satu ayat,” Dira buat muka comel. Makin lebar senyuman Kak Siti.
            “Pandainya budak ni bergurau. Akak dah kerja sini lama dah. Memang sejak dari kecil lagi akak duduk sini. Mak akak pun dulu kerja sini jugak. Orang susah. Tengku pun dah banyak berjasa pada kami. Bagi tempat berteduh. Makan pakai. Tak sampai hati akak nak cari makan dekat tempat lain. Lagipun ada si Minah tu, ringan sikitlah kerja akak, tak adalah penat sangat macam dulu, masa anak-cucu Tengku Faridah tu duduk sini,” terang Kak Siti panjang lebar.
            “Sekarang ni, mereka tak tinggal sini dah ke kak?” Dira mula mengorek cerita. Hairan juga melihat rumah  agam sebesar ini sunyi tanpa ramai penghuni.
            “Tak dah. Masing-masing ada kehidupan sendiri. Lagipun, sejak-sejak Puan Lisa keluar, rumah ni dah tak ceria macam dulu. Tengku Faridah pun kerja naik angin je memanjang. Ni akak tengok Fathia datang ni, ceria sikit muka Tengku. Kalau tak, serius je. Anak-anak Tengku kebanyakannya menetap di luar negara. Yang ada pun, cucu-cucu dia yang duduk dekat-dekat. Tapi, tu lah. Balik pun sekali-sekala. Yang duduk sini pun Tengku Adib jelah, tu pun kadang-kadang dia outstation, macam malam ni. Tinggallah Tengku sorang-sorang dalam rumah ni. Kesian Tengku,” Dira tersengih geli hati melihatkan ekspresi muka pembantu rumah nendanya itu. Cakap gaya nenda tu anak kecil yang selalu ditinggalkan pulak.
            “Okeylah, Fathia. Akak tengok kamu ni macam letih je. Tidur awal ya. Nanti kalau ada apa-apa, tekan je telefon tu, nombor 9, terus ke bilik akak. Nombor 1 bilik Tengku Faridah. Selamat malam ya,” Kak Siti mula menyusun langkah mahu keluar. Pantas Dira memintas dan menarik tangannya. Disalam dan dicium penuh hormat.
            “Selamat malam Kak Siti. Assalamualaikum,” Kak Siti tersenyum kecil.
            “Wa’alaikumussalam,”
***
            “Good morning, Kak Siti!” tubuh gempal itu dicuit perlahan.
            “Eh...morning, afternoon! Night! Eh...bukan!” hampir terpelanting sudip di tangan. Kak Siti mengurut dada, terkejut. “Bertuah punya budak. Mana salamnya Fathia sayang oi,” berjela panjang namanya diseru. Dira dah mengekek ketawa. Sengaja pagi itu seawal subuh dia sudah siap-siap mandi dan berkemas. Tepat pukul 6.55 pagi dia sudah terpacak di depan pintu bilik. Lima minit berpusing melilau mencari jalan ke dapur baru terjumpa. Itupun sebab bau nasi goreng kampung Kak Siti yang sungguh menggoda perutnya. Hatinya dari malam tadi sudah terasa kurang enak. Risau memikirkan ibunya di hospital. Kalau tidak memang setiap malam dia akan menjenguk ibunya.
            “Sorry, sorry. Assalamualaikum, Kak Siti!” dengan sisa ketawa Dira memberi salam. Entah kenapa, dia terasa senang dengan pembantu rumah nendanya itu. Mungkin sebab umurnya yang lebih kurang sebaya ibu. Haih, teringat lagi ibu di hospital. Dira mahu bersegera ke sana. Hatinya semakin tidak enak.
            “Wa’alaikumussalam. Awalnya Fathia bangun. Pergilah tengok tv dulu. Nanti dah siap akak panggil. Lagi sikit je ni. Fathia nak kopi ke teh? Jus dengan susu pun ada ni,” Kak Siti kembali sibuk menggaul nasi goreng kampungnya di dalam kuali. Minah pula diam memerhati sambil mengacau teh di dalam teko. Segan, mungkin.
            “Taknaklah. Bukan ada cerita best pun. Tolong Kak Siti lagi seronok. Ni telur ni akak nak dadarkan ke goreng telur mata je?” bakul berisi telur di tepi kaunter dicapai dan lima biji telur di dalamnya dicuci bersih. Nanti tak pasal-pasal termasuk ‘baja pokok’ pula dalam makanan.
            “Eh, janganlah macam tu pulak. Kerja akak tu. Fathia pergi duduk sana,” Kak Siti cuba mencapai bakul kecil berisi telur dari Fathia tapi segera dibawa lari jauh.
            “Alaa...Fathia bukan nak curi kerja Kak Siti. Fathia nak tolong je. Jangan risau, Fathia tak mintak share gaji pun,” meledak tawa Kak Siti dek jenaka spontan si Dira. Ke situ pulak perginya.
            “Aduilaa...ada je jawapan budak ni. Memang sebijik macam perangai Puan Lisa dulu,” elok nama ibunya terbit dari bibir Kak Siti, tawar sedikit senyuman di bibir Dira. “Ni dah kenapa? Muram pulak. Tadi ceria bukan main,” api dapur ditutup. Kak Siti mampir pula ke rak mahu mencari pinggan besar, untuk diisi dengan nasi goreng kampungnya.
            “Fathia teringat ibu. Sepatutnya Fathia pergi jenguk ibu malam semalam, tapi sebab bermalam dekat rumah Nenda, tak dapat spend masa dengan ibu,” luah Dira perlahan. Nafasnya berat dihembus keluar. Terasa ada tangan yang lembut menyentuh bahu.
            “Puan Lisa tahu, Fathia datang sini?” soal Kak Siti ragu-ragu. Khuatir jika dia dibilang penyibuk. Gelengan kecil dari Dira membuahkan senyum tawar di bibir Kak Siti.
            “Fathia cakap dekat ibu ada study group dekat rumah kawan. Tu yang rasa tak sedap hati dari semalam. Rasa bersalah sebab tipu ibu. Tapi Fathia takut kalau bagitahu ibu, nanti ibu risau,” tangan yang menyentuh bahu terasa lembut menepuk. Dira menala pandang ke arah Kak Siti.
            “Boleh Kak Siti tahu, Puan Lisa sakit apa? Tengku ada cakap yang Puan Lisa tengah sakit, tapi tak cakap pulak sakit apa,” Dira telan liur. Terasa berat pula mahu mengeluarkan suara. Memang selama ini pun dia cuba sekeras hati menafikan sakit ibunya. Sebab dia tahu, sakit ibu memang susah nak sembuh. Walau dibawa ke doktor pakar ceruk mana sekalipun.
            “Ibu...ada brain tumor. Masa arwah papa ada dulu dah operate buang dah. Cuma lepas tu ada buat kimo dua, tiga kali as rawatan susulan, tapi tiba-tiba, macam mana entah, ada balik. Tu yang makin teruk tu,” Dira cuba menerangkan seringkas mungkin. Entah faham, entahkan tidak Kak Siti ni. Sudahnya Kak Siti sekadar tersenyum sambil menggosok lembut bahunya.
            “InshaAllah, minta pada Allah, Fathia. Ujian ni, Allah yang turunkan dan Allah jugalah yang akan bagi jalan penyelesaiannya, kalau kita minta pada Dia. Jangan penat meminta, sebab Allah tak pernah lokek nak memberi. Sabar ya, sayang,” Dira mengangguk lemah. Sabar. Selalu sangat perkataan itu meniti dicuping telinganya akhir-akhir ini. Dia sendiri sudah letih mahu mencari tampal tembok kesabarannya. Tapi ibu masih begitu. Masih terbaring lemah di katil. Masih menelan ubat menahan sakit. Sampai bila ibu nak tanggung sakit tu? Sampai bila dia nak tengok ibu menderita?
            “Fathia,” lembut suara Nenda yang tiba-tiba menyapa, mematikan momen melankolik itu. Fathia tersenyum mesra. Meski terasa kaku, tapi dicuba sedaya mungkin.
            “Ya, Teng...err...Nenda,” masih berat panggilan itu di bibirnya. Dira terperasan riak Tengku Faridah yang sedikit suam mendengarkan ketelanjurannya. Senyuman cuba dipekatkan kemanisannya, mahu mengambil hati nenda kembali.
            “Risau Nenda cari Fathia dia bilik tak jumpa. Ingatkan dah balik tak beritahu pada Nenda,” mesra tubuh cucunya dirangkul kemas. “Jom, teman Nenda breakfast di depan. Siti, cepat sikit ya. Kesian cucu saya ni dah lapar,” dengan ketawa kecil, Tengku Faridah mengeluarkan arahan pada Kak Siti. Pembantu rumahnya sekadar mengangguk dengan sengihan lebar. “Jom,” tubuh Dira ditarik melangkah keluar dari dapur. Dira sekadar mengikut. Terbantut niatnya mahu membantu Kak Siti.
            “Lepas breakfast, kita pergi melawat ibu Fathia di hospital, ya sayang? Nenda rindu sangat nak jumpa dia,” Dira sekadar membalas dengan senyuman tawar. Persoalan yang bermain ligat di dalam kepalanya sejak semalam meminta segera dilontar keluar. Tapi lidah teragak-agak mahu menuturkan. Bimbang Tengku Faridah berkecil hati.
“Is there anything you want to ask, darling?” soal Tengku Faridah, hairan. Ajakannya dibalas dengan respon yang agak hambar dari si cucu.
“Huh? Err...umm...kenapa...kenapa Nenda tak cari ibu, kalau betul Nenda rindu dia,” terkeluar juga soalan itu. Riak keruh di wajah Tengku Faridah mengundang gusar di hati Dira. Risau sekiranya kata-kata yang terlafaz sudah mengguris hati tua itu. Sedangkan dia cuma mahu tahu musababnya. Lama Tengku Faridah mendiamkan diri. Teh yang sudah siap terhidang juga sekadar dipandang kosong.
“Nenda...Nenda taknak ganggu kebahagiaan ibu Fathia, sayang. Because I know, I’m not part of it anymore,” dan dentingan sudu berlaga pinggan mula kedengaran. Dira juga sudah kekok mahu bersuara. Jelas-jelas nendanya seperti malas mahu mengingati perkara yang sudah lepas.
Getaran yang dirasakan pada poket jeans yang dipakai menggangu suapan Dira. Pantas Samsung Y berwarna kuning dikeluarkan. Hospital. Degup jantung terasa berubah rentak.
“Helo, Cik Fathia Adira?”
“Yes?”
“Emak cik dalam keadaan tenat. Boleh ke hospital sekarang?”
          “Saya datang!”

Thursday, January 9, 2014

The Caged Bird 4

Assalamualaikum!
Phew!
Akhirnya.
4th chapter.
Sory sgt2 buat yg lama menunggu...
Mmg sgt2 busy.
Oke...tipu.
Die lambat sebab busy, dengan writer block yang seskati je datang xberjemput, campur urusan-urusan lain yang tak berapa nak penting tapi sengaja dipentingkan.
So...tu yang buat ting tong sikit. Eheh.
Makanya...mohon enjoy dengan sepenuh hati. Acewah! Haha.

Love,
Popi Merah.

            “Fathia Adira?” suara serak wanita mencuri tumpuan Dira dari hidangan yang bersusun penuh di atas meja makan panjang itu. Tengkuknya seperti terkunci dari berpaling ke belakang. Senafas diambil dan dihembus keluar sebelum kepalanya diberanikan berpusing mencari pemilik suara tadi. Pandangan disambut dengan renungan tajam dari seorang wanita tua berkot bulu mewah. Familiar dengan wajah itu, Dira melepaskan keluhan lega. Lega kerana akhirnya dapat juga bertemu empat mata dengan wanita di dalam foto milik ibunya. Senyuman nipis lekas diukir, memaniskan muka.
            “Saya, Tengku Sharifah Faridah?” teragak-agak sebaris nama itu disebut. Kurang pasti kata ganti diri apa yang perlu digunapakai. Elok mata mereka bertentang, aura terkejut dapat dikesan dari riak wajah Tengku Faridah.
            “Fathia Adira Mohd Fikri?” lagi sekali namanya meniti di bibir berkedut seribu itu. Kali ini nadanya lebih lembut.
            “Iya Tengku, saya yang nak jumpa...”
            “Panggil Nenda, sayang,” wajah tegas yang tiba-tiba bertukar rupa mengejutkan Dira. Mata tua yang sedikit berair mengundang lagi seribu persoalan dalam fikiran serabutnya.
            “Nn...nenda? Tapi saya...” ayatnya termati sendiri. Kurang pasti mahu disambung dengan tutur yang bagaimana. Penat mencari jawapan, Dira sekadar tersengih menutup malu. Dari detik mereka mencapai kutleri di tepi pinggan sehinggalah selesai menikmati pencuci mulut, tiada satu suara pun yang mengisi ruang makan itu. Kekok. Pelik.
            Usai makan malam, Tengku Faridah dan Dira mula bertapak ke ruang tamu. Makan malam yang diharap dapat membongkar seribu satu persoalan cuma tinggal harapan. Otak yang laju menyusun soalan beku begitu sahaja elok mata bertentang lurus dengan renungan Tengku Faridah. Sudahnya Dira sekadar diam menelan nasi di pinggan. Sofa empuk yang pastinya diimport dari luar negara menjadi mangsa henyakan tubuh tua Tengku Faridah. Dira masih tegak berdiri di sisinya, segan mahu melabuhankan duduk selagi tidak diajak.
            “Duduk, Fathia,” nada tegas bersulam senyum tawar dihulur bibir tua itu. Dira sekadar mengikut arahan. Perlahan duduknya dilabuhkan di kerusi bertentangan dengan Tengku Faridah. Liur ditelan buat penghilang debar.
            “So, Zila told me that you have something to show me,” monoton Tengku Faridah membuka bicara. “What is it?” teh pudina yang baru dihidangkan disisip sedikit. Segar. Kelam kabut Dira menyelongkar beg sandang yang diheret sejak petang tadi. Kotak kayu milik ibunya dikeluarkan. Perlahan tutupnya dibuka. Bunyi keriuk engsel mengisi ruang sunyi diantara mereka. Kepingan foto dicapai dan diserahkan kepada Tengku Faridah.
            “Saya tak bermaksud nak kacau hidup Tengku tiba-tiba macam ni. But ibu needs your help. We...need your help,” ayat yang dikarang sejak petang tadi dihambur terus. Rasa malu yang mula menebal dikikis pantas.
            “What kind of help?” wajah diangkat dari menatap foto di tangan.
            “Duit. We need money,” sebaris ayat itu begitu berat meluncur dari bibir mungil milik Dira. Tidak pernah diajar papa dan ibunya untuk meminta-minta harta orang seperti ini.
            “Awak tahu siapa saya, Fathia Adira?” beserta soalan itu, satu renungan tajam menikam mata Dira. Bibir digigit menahan debaran di hati. Air mata sedaya upaya cuba diempang dari meluncur turun ke pipi.
            “Saya...saya tahu siapa saya. Even kalau saya melutut pun, saya tahu saya tak layak meminta-minta macam ni dengan Tengku. Dan mungkin juga hubungan antara Tengku dan ibu cuma sekadar satu memori silam. But please, demi ibu, demi hubungan baik Tengku dengan ibu dulu, tolong ringankan beban ibu. She suffered enough. Saya sanggup buat apa saja. Saya sanggup bekerja dengan Tengku. I’ll pay for every single cent yang saya pinjam. Saya janji,” hangat. Dira mengelap rakus cairan yang mula melimpah keluar membasahi pipinya. Ego yang sudah senipis kulit bawang masih cuba dipertahankan supaya tidak terus rabak terkoyak.
            “She didn’t tell you anything, kan?” ayat yang lebih berupa kenyataan itu menjentik kembali rasa ingin tahu yang semakin terkubur dek renungan tajam Tengku Faridah tadi.
            “Bagitahu apa?”
            “Siapa Nenda yang sebenarnya...”
***
            “Bonda tak benarkan! If you ever see him again, you’re no longer my daughter!” nyaring suara itu memenuhi ruang istirahat berdinding kaca itu. Rimbunan bunga segar yang tertanam di balik dinding kaca sudah tidak mampu mengendurkan suasana tegang itu.
            “No, bonda. Lisa dah penat dengan bonda. With all your endless rules. Lisa bukan robot bonda. You can’t control me like how you’re being controlled by arwah Nenda Shitah. This is my life and I’m going to do what I’m supposed to do,” pantas langkah diatur mahu segera berlalu keluar dari situ.
            “Maria Elisa! You’re aware of what you’re walking away from, right?” nada tegas soalan yang diutarakan menarik sengih di pinggir bibir wanita bernama Maria Elisa itu.

            “Yes, I’m walking away from your ‘cage’, bonda. And I’m not coming back,”