Thursday, December 11, 2014

Coup D'etat 4

Assalamualaikum!

I don't have any solid alasan to give you on why dah lama blog ni tak ber-update.
Hehe.
So, I can just say sorry--
Truly deeply sorry--

Without further ado, I present you the fourth chapter of Coup D'etat.

Enjoy.

Love,
Popi Merah.


“Morning, everyone!” ceria Rifa mengumumkan ketibaannya di ruang makan pagi itu. Puan Sri Dahlia yang baru hendak mencedok nasi goreng ke dalam pinggan suaminya, Tan Sri Halim tersengih senang. Bik Tina yang sedang menyusun cawan air turut menarik senyum.
“Mummy dengan Tina je yang ada ni, Rifa sayang. Baba tengah bersiap di atas tu. Rayyan mana? Tak turun lagi?” Rifa mengambil tempat di hadapan ibu mertuanya.
Ha’ah mummy. Anak mummy tu bersiap mengalahkan perempuan. Nak pergi mall je pun,” bersahaja Rifa membalas dengan sengihan panjang. Kotak jus oren dicapai dan gelas kaca di hadapannya dipenuhkan.
“Mall? Bukan hari ni Rayyan dah mula kerja ke? Thought he’s only taking leaves for one week,” terhenti gerak tangannya menyenduk nasi goreng ke pinggan.
“Yeah. But I need to buy something,” balas Rifa selamba. Kerut hairan di wajah ibu mentuanya malas mahu dipedulikan.
“Morning, my,” sapa Rayyan sambil tangan ligat membetulkan letak duduk tali leher biru tuanya.
“Mummy je?” sindir Rifa dengan mulut yang sengaja dimuncungkan. Mummy dah menggeleng kepala dengan telatah anak-menantunya.
“Morning, Rifa,” dingin. Rifa menahan sengih sinis. Jus oren disisip sedikit. Rayyan mengambil tempat bersebelahan dengan isteri-tak-relanya.
Cakap tak masuk office. Kenapa pakai formal ni?” soalan dari mummynya menarik kening Rayyan membentuk kerutan.
Siapa cakap? Rayyan...” belum pun sempat Rayyan menghabiskan bicara, jemari Rifa selamat mendarat di atas lengannya.
Kan semalam you cakap nak teman I pergi mall. Lupa?” mata dipicingkan merenung Rayyan. Rayyan mendekatkan sedikit badannya ke arah Rifa. Muka kemerahan menahan geram.
            “Kau jangan cari pasal boleh tak? Aku ada mesyuarat penting pagi ni. Don’t you dare...” keras bisikannya dipotong selamba oleh si isteri.
Abang, you don’t have to say sorry to me, dear. Sayang faham. Lagi pun abangkan dah seminggu tak masuk kerja. Setakat temankan sayang pergi mall, Pak Mat pun boleh buat. Kan?” senyuman tawar diukir sambil sudu dibawa berlari menolak nasi goreng di dalam pinggan.
“Rayyan, tak baik buat Rifa macam tu. Temankan sekejap. Bukan bersehari pun. After lunch ke, Rayyan masuklah office,” saran mummynya pula. Rayan menarik nafas, menahan sabar. Faham dengan permainan yang cuba diaturkan oleh Rifa.
“But, mum, I have...”
Betul cakap mummy kamu tu. Kamu tu baru kahwin, buat cara baru kahwin. Bukan fikir kerja saja 24 jam sehari,” selit Tan Sri Halim yang entah bila dah tercongok sebelah isterinya. Rayyan mengeluh berat. Nampaknya dia berada diambang kekalahan.
“Fine,” sepatah dibalas menandakan dia sudah malas mahu beradu kata. Fed-up.
Itulah, lain kali, kalau berjanji, make sure boleh fulfil. Jangan aci angguk gaya orang mabuk. Kan dah tersepit. Banyak kali dah baba pesan,” sambung Tan Sri Halim lagi. Rayyan tersenyum sinis. Janji? Bila masa minah ni pernah tanya aku pun, aku taktau. Nikan pulak berjanji bagai. Keras hatinya memberontak.
“Tak apa, baba. We all know how mindless Rayyan could be if he’s sleepy, right mummy?” sengih manja dihadiahkan pada si ibu mertua.
“Sleepy tak sleepy, dah janji, jalan je. Rifa, kalau lain kali Rayyan buat macam ni lagi dekat Rifa, just send in your report. Tahulah apa baba nak ajar budak ni,” Rifa tersengih manja. Dalam hati dah bersorak riang. Setelah seminggu berkahwin, cubaan pertamanya mengenakan Rayyan menjadi.
“Sure, baba. Okeylah. Rifa nak naik ambil beg. Abang tunggu sekejap ya,” berlari-lari anak Rifa menaiki tangga dan terus masuk ke dalam kamar ‘pengantin’nya. Tawa dihambur sepuas hati. Perut ditekan menahan senak.
“I hope this will teach him enough. Silaplah kalau nak cari pasal dengan aku. Memang silap besar!” bebel Rifa di hadapan cermin solek. Berpuas hati dengan penampilan ringkasnya, sling beg di tepi meja solek dicapai. Sebelum kaki diatur menjauhi cermin, matanya merenung lama refleksi bayang di dalam cermin. Perlahan jemarinya dilarikan ke sisi kiri rambutnya. Hitam. Tiba-tiba rindu mahu mengenakan hair crayon seperti dulu. Merah. Hijau. Ungu. Dan kadang-kadang biru. Ikut moodnya ketika itu. Tapi sekarang...ahh! Malas mahu difikirkannya lagi. Rencananya harus diteruskan. Biar tahu rasa manusia-manusia yang cuma reti berlagak hebat itu.
***
Kaki diatur mengikut rentak hati. Berjalan terus tanpa arah tujuan. Kalau terasa ada yang menarik perhatian, dimatikan langkah. Kalau tidak, terus diatur. Rayyan yang mengekori dari belakang sudah berbakul sumpah seranah tertadah dalam hati. Cakap macam gaya ada barang penting nak cari, bila dah sampai macam tak ada arah tujuan pula. Memang cari pasal betul. Batang tubuh Rifa yang kini elok terpacak di butik Kitschen dikerling sekilas. Isterinya sedang ralit membelek oversized bat wing bertampal dengan berlian membentuk tengkorak. Rayyan tepuk dahi. Apa punya taste bini aku pakai ni. Kepala digaru perlahan.
“Are you buying this?” pandangan jelik dilontarkan ke arah batwing ala-ala punk itu.
Kenapa? Tak suka?” tanpa nada Rifa membalas.
“Yup, I don’t like it,” pendek jawapannya. Rifa tersengih sinis.
“So? Bukan I nak suruh you pakai, I yang nak pakai,” jemarinya berlari pada outwear seperti jala ikan pula.
“You’re my wife. You should listen to me,” tegas suara Rayyan membantah. Geram di hati semakin mencanak naik.
“I tak tahu pulak parents I jodohkan I dengan fashion advisor. Kalau macam tu dah awal-awal I kenalkan mama dengan papa dekat my friend from US tu. He has a very good sense in fashion,” jelas di pendengarannya rengusan kasar si suami. Hati dah menjerit riang. Memang aku saja bagi darah kau naik hari ni Rayyan Naufal. Rasakan.
“This is not about fashion, Rifa Aulia. You tak malu ke pakai baju-baju tak cukup kain macam ni? Ke you memang suka nak tayang dekat semua orang? Are you really that cheap?” ujar Rayyan menyindir. Wajahnya tersuging senyum sinis. Tapi sekadar disambut dengan tawa kecil dari bibir Rifa.
“Seethis is why I rasa berat sangat nak balik Malaysia. You guys and your endless judgements. Pakai terbukak sikit, jalang. Pakai jarang sikit, cheap. Habis tu kalau pakai menutup macam you ni, baik sangatlah? Taraf Tuhan sampai boleh jugde orang? Is it like that my dearest husband?” mati senyum di bibir Rayyan. “Kalau macam tu, senangnya nak masuk syurga,” bisik Rifa keras sebelum berlalu pergi. Hatinya puas dapat membidas cakap si suami.  
“Apa masalah you ni sebenarnya, Rifa Aulia?” sedar-sedar Rayyan dah mengejar ke depan dan menarik kasar lengan Rifa. Geram hatinya dengan tuduhan semberono Rifa terhadapnya. Dia cuma mahu menegur. Rifa isterinya, takkan nak dibiarkan macam tu saja. Nanti tak pasal-pasal berat bahunya memikul dosa si isteri sekali. Ke cara menegurnya yang salah? Arghhh!!!
“I pulak yang kena? You yang tiba-tiba bash I tak tentu pasal, tiba-tiba you nak salahkan I balik,” Rifa cuba menarik kembali lengannya. Pedih yang menjalar dibuat tak peduli. Juga pandangan orang sekeliling. Dia sudah lama lali.
“Kalau kau setakat ajak aku datang sini sebab nak bergaduh, baik balik je. Menyusahkan orang tau tak?!” keras kata-kata Rayyan menampar gegendang telinga Rifa, mematikan segala pergelutannya.
“Fine, kita balik,” pendek balasan dari Rifa sebelum merentap lengannya dan terus menapak ke pintu utama. Menyusahkan? Rifa tersenyum sendiri. Dah lama perkataan itu tak dijamah telinganya.

No comments:

Post a Comment