Assalamualaikum!!!
New and final chapter!
Yay!
It is quite long.
So...take your time. Eheh.
Comments and critics are welcomed.
And thank you for sticking all way up till here.
May Allah bless all of you.
And for that certain someone, thanks for supporting me.
You're the BEST girlfriend I've ever had.
Thanks for dealing with my never-ending tantrums, stupid fights, overflowed tears.
Thanks for always being there when I need a shoulder to cry on because of some stupid things.
And thanks for keeping all my secret safe walaupun kadang-kadang kita rasa macam nak plaster mulut awak yang 'terbocor'. Eheh.
Thanks bud.
Ukhibukhifillah.
p/s : Nanti dah fly Tassie jangan lupa pos Tasmanian Devil ke Welly :)
Love,
PopiMerah.
Majlis
pertunangan yang meriah dengan kehadiran anak-anak kecil berkejaran,
datin-datin kaya galak bergosip dan anak-anak dara menggedik tenung si teruna
nampak hambar di mata Alia. Kebaya sendat yang tersarung di badan rasa nak
dicarik halus. Pagi tadi penat berperang dengan mama. Ikut kepala keras wanita
itu juga akhirnya. Sebab itu kebaya itu masih di badan. Kalau tak memang dah
dihumban ke perdu pisang. Tudung juga sekadar cukup-cukup menutup leher. Rantai
muatiara berlian tak payah cakaplah, berat tergantung di leher. Dan semua itu
bertambah menyesakkan kepala. Menyerabutkan perut. Mak andam juga segera
dihalau keluar elok sudah bersolek. Dia mahu berseorangan tika ini. Ikut hati
memang dah lama kaki berlari meninggalkan banglo tiga tingkat itu. Tapi bila
fikir malu mama dan papa, niat dimatikan terus. Memang cari nahas kalau buat
macam tu.
Kecoh di luar malas mahu di ambil tahu. Tubuhnya
dibaringkan di atas katil empuk. Mata dipejam. Istikharah yang cukup tujuh kali
dilaksanakan termasuk tadi malam bagai tidak memberi petunjuk apa pun. Namun
hati masih bersangka baik dengan Sang Pencipta. Mungkin ini yang terbaik buat
aku. Mungkin ini yang perlu aku lalui untuk bahagia. Mungkin...mengeluh.
Semakin banyak fikirannya cuba mencari hikmah, semakin kuat hati memberontak
bebal. Mata dah terasa hangat. Dan butir jernih itu buat kesekelian kalinya
mencemar pipi kemerahan itu. Sekuat mana ditahan, setabah mana berjalan, aku
tetap tersungkur.
***
“Assalamualaikum, Mai,”
“Wa’alaikumussalam. Kenapa tiba-tiba call aku ni?”
“Kau tahu rumah Alia kat mana?”
“Kenapa cari rumah dia?”
“Aku...aku ada benda nak pulang dekat dia...”
“La...dah kenapa hari ni jugak kau nak pulangkan?
Besok-besok tak boleh ke?”
“Kenapa dengan hari ni? Dia pergi mana?”
“Dia nak bertunang,”
“What?!”
***
Jeritan Datin Syarifah Sofea menggegar kediaman
tiga tingkat itu. Mata yang dipejam segera terbuka. Alia mengeluh. Apa lagi
yang mama tak puas hati tu? Jam berukir cantik di dinding bilik ditenung
mencari angka. 3.45 petang. Sudah lewat 15 minit. Sepatutnya majlis pertunangan
berlangsung jam 3.30 petang tadi. Derapan yang kedegaran menghampiri biliknya
memaksa Alia bangun dari pembaringan. Selendang putih yang elok tersadai di
kepala katil dicapai dan dibalut ke tubuh, menutup lekuk badan sehabis baik.
Pintu bilik terbuka dan wajah cemas Mak Mah tercengul.
“Alia, cepat. Turun bawah. Mama
Alia...Dato’...Amar...dia...” ayat Mak Mah yang tunggang terbalik memeningkan
kepala Alia. Langsung langkah diatur ke tingkat bawah. Dilihatnya mama sedang
meronta-menjerit dalam pelukan papa. Di satu sudut pula Amar selekeh dengan
kemeja berkedut dan slack, menunduk muka.
“Kau memang kurang ajar, kan? Perangai setan!
Berambus! Aku takkan benarkan anak aku kahwin dengan kau! Berambus!” suara mama
masih nyaring menyumpah seranah walaupun Dato’ Zulkiefli dah penat menenangkan
isterinya.
“MAMA!!!” nyaring juga suara Alia melawan. Dan
hingar-bingar itu seakan terhenti sendiri bila mereka sedar dengan kehadiran
Alia di anak tangga terakhir. “Apa yang dah jadi ni?” mengendur sedikit suara
Alia meminta penjelasan. Semua diam. Termasuk mamanya. Jelas kelihatan bahu
mamanya turun naik menahan sabar.
“Bakal menantu kesayangan mama awak ni kena tangkap
basah pagi tadi,” bersahaja Dato Zulkiefli menutur. Memang sejak dari awal lagi
dia tidak berapa berkenan dengan pilihan isterinya. Tapi dia malas mahu masuk
campur. Nanti anak sendiri beranak-pinak, dia juga yang bercerai-berai.
“Abang!!!” melengking suara Datin Syarifah Sofea.
Geramnya pada si Amar belum surut, kini suaminya turut menambah minyak. “Saya
tak kira. Amar, kau dengan kaum kerabat kau dipersilakan berambus dari rumah
ni. Kau tak layak jadi menantu aku!” keras suara mama menghalau pergi Amar dan
keluarganya.
“Habis tu, macam mana dengan perjanjian kita? Kau
dah dapat bahagian kau, senang je kau nak lepas tangan, kan?” sinis balasan
Amar mencuri perhatian hampir kesemua tetamu yang hadir termasuklah Alia
sendiri.
“Perjanjian? Apa ni mama? Ada benda yang Alia tak
tahu ke?” Alia mengatur langkah ke arah mamanya tapi terhenti separuh jalan
sebaik sahaja melihat riak muka mamanya. Riak yang jelas menceritakan onar mama
di belakangnya. Riak yang sama bila dia demam-demam mengurung diri dalam bilik
mengulangkaji untuk SPM. Riak yang sama bila dia terpaksa bersengkang mata
mencari jalan menaikkan jualan novelnya. Riak bersalah.
“Did little kitty got your tounge, Datin Syarifah
Sofea? Why don’t you tell your dearest little princess, what have you done for
your own sake?” bagaikan mencabar suara Amar berlagu. Tiada langsung rasa
bersalah. Tajam Alia merenung mamanya.
“Apa mama buat belakang Alia? Cakap, ma. Apa mama
buat?” desak Alia bertubi. Dari nada sinis lelaki itu sudah dapat diagak agenda
mamanya disebalik pernikahan ini.
“You beloved mother, agreed to this wedding, if and
only if, I granted her with one of Millenia Holdings subsidiary. And now that
she’s officially owned that little company, senang je dia nak batalkan
perkahwinan ni sesukahati. Kau ingat aku bodoh?!” tercungap Alia mendengar
berita itu. Sanggup mama...
“Sayang, mama tak bersalah. Dia yang umpan mama
dengan helah dia tu sayang. Mama tak salah,” meluru Datin Syarifah Sofea mahu
memeluk puterinya namun tubuh itu sekadar dingin membeku. Perlahan Alia menolak
mamanya dan menjarakkan diri. Sungguh dalam hati memang dah tersangat remuk
mengenangkan tindakan mamanya yang sanggup menjual puteri sendiri. Sayu
pandangannya merenung mata hitam milik mama. Kabur. Sekabur kasih-sayangnya
pada mama. Tiba-tiba rasa rindunya pada Tok Yah bertimpa datang. Tok Yah walau
bukan darah dagingnya, tapi Tok Yah sayang dia macam Tok Yah sayang Mai. Tok
Yah marah dia, macam Tok Yah marah Mai. Tok Yah peluk dia, macam Tok Yah peluk
Mai. Rindunya pada tubuh tua itu. Rindunya pada gemersik suara serak yang sayu
mengalun ayat suci saat mentari malu-malu memancar sinar. Rindunya pada bebelan
mesra tatkala dirinya dilihat hanyut terleka. Rindunya pada Tok Yah.
“I...I don’t know you anymore...” pantas ayat itu
meluncur sepantas air mata yang dingin mengalir membasahi pipi. Juga sepantas
kaki yang melangkah pergi. Dari tapak-tapak kecil yang perlahan, Alia mula
melangkah laju dan langsung berlari ke luar. Tidak mengendahkan mata-mata yang
melihat, suara-suara yang memanggil, tangan-tangan yang menghalang. Dia mahu
keluar dari situ. Dia lemas. Rimas. Dia cuma mahu ke teratak papan di hujung
kampung itu. Dia cuma mahu bertemu dia si pemilik teratak.
***
Meter had laju yang sesekali mencecah angka 160
km/h itu dibuat tak peduli. Yang penting dia segera sampai. Kalau ada surat
saman yang mengiringi pun dia cuma mampu terima. Telinganya peka mendengar
setiap arahan yang dikeluarkan oleh telefon pintar. Mujur Mai berbaik hati mahu
memberikan alamat rumah si Alia. Tak adalah susah nak mencari dengan bantuan
telefon pintarnya. Kelajuan mula diperlahankan bila memasuki kawasan perumahan
mewah itu. Khuatir terlepas simpang.
“In 50 metres, turn left, then turn right,” fasih
suara mesin itu menyampaikan arahan.
“In 80 metres, turn right and you have reach your
destination,” semakin menghampiri rumah Alia, semakin kuat hatinya bergendang.
Istighfar dah lama bermain di bibir. Selawat dan doa juga tidak ketinggalan.
Semoga dipermudahkan urusan. Semoga segalanya selamat. Elok stereng dipusing ke
kanan, bayangan putih yang tiba-tiba melintas laju menyentak fikiran. Pantas
kaki memainkan peranan menekan brek. Mujur sempat. Kalau tidak mahu jadi kes
lain yang lagi parah. Wajah diangkat merenung makhluk yang cuba membunuh diri
secara tidak sengaja itu. Mata berkaca. Pipi yang lencun. Dan mascara yang
comot. Tapi wajah itu masih sangat dikenalinya. Pantas pintu kereta dibuka dan
di melangkah keluar ke arah wanita berwajah sayu itu.
“Awak buat apa ni Alia?” nada keras yang keluar
menyebakkan lagi dada Alia. Makin kuat tangisannya berlagu.
“Saya nak jumpa Tok Yah. Bawak saya jumpa Tok Yah,”
mendayu suara itu meminta. Arip mengeluh.
“Majlis awak macam mana?” berkerut dahinya
memikirkan apa yang sudah berlaku.
“Arip!” dari jauh suara yang melaung menarik
perhatiannya. Maisarah laju melangkah keluar dari pagar rumah yang tidak berapa
jauh dari situ.
“Mai, apa yang dah jadi? Kenapa Alia macam ni?”
soal Arip pantas. Tidak tenang hatinya melihat wajah yang dulunya selalu ceria,
menjadi keruh begini.
“Alia, kau tak boleh buat macam ni. Mama dengan
papa kau risau. Kita balik dulu ya. Bincang elok-elok,” pujuk Mai lembut.
Tangannya dah menarik lengan Alia, mahu menuju ke arah yang dia datang tadi.
Arip termangu di situ. Penjelasannya masih tidak diperolehi.
“Saya nak pergi rumah Tok Yah. Kalau awak taknak
bawak, saya boleh pergi sendiri!” marah Alia pada Arip. Mai dah tepuk dahi. Alia
menarik lengannya dan mula menapak pergi. Baru Arip perasan Alia yang berkaki
ayam memijak tar panas di tengah rembang itu. Sesekali terdengar desis dari
bibir mungil itu.
“Dah, tak payah nak buat kerja gila. Masuk kereta
saya hantar,” tegas arahan yang dikeluarkan. Hujung selendang Alia ditarik dan
pintu Ferrari merah itu dibuka. “Masuk,” lagi sekali arahan veto itu
dikeluarkan. Alia sekadar menurut. Selamat Alia melabuhkan punggung, Arip
segera menutup pintu kereta.
“Aku bawak dia balik rumah Tok Yah. Kalau berkeras
pun, bukan dia nak dengar. Nanti kau explain je dekat parents dia apa yang dah
jadi. Apa-apa call aku. Aku pergi dulu. Assalamualaikum,” lima saat kemudian,
Ferrari merah itu sudah meluncur laju meninggalkan Mai keseorangan.
***
Dua jam di dalam kereta cuma terisi dengan sayup
desiran penghawa dingin dan deruman enjin kenderaan lain. Alia leka merenung
keluar tingkap dan Arip tenggelam dalam pemanduannya. Sesekali matanya
menjeling ke arah Alia. Ingin ditanya apa yang terjadi, tapi waras akal dah
terlebih dahulu menghalang. Kalau ada adegan kejar-mengejar di tengah Lebuh
Raya Utara Selatan ni, tak ke haru? Kereta dibelok memasuki simpang Hentian
R&R Sg. Perak.
“Asar?” pendek soalan Arip sekadar dijawab dengan
gelengan kepala. Arip mengangguk faham. Tengah cuti umum.
“Awak tunggu sekejap,” ujar Arip sebelum berlalu
keluar dan hilang dicelahan orang ramai. Sejam menunggu membuahkan geram di
hati Alia. Dah ke mana pulak mamat ni? Takkan pergi solat sampai sejam kut?
Tengah sibuk mengutuk Arip dalam hati, ternampak tubuh sasa itu muncul dari
balik orang yang bersesak dengan tangan yang penuh. Tangan kanannya memegang
plastik Dunkin Donut dan tangan kirinya pula penuh dengan dua cawan berlogo DD
di atas tray kertas. Pintu bahagian penumpang dibuka dan semuanya diserahkan
pada Alia. Alia menyambut tanpa kata. Selesai menutup pintu kereta, Arip
berlalu ke but belakang untuk mengambil sesuatu. Lima saat kemudian Arip sudah
melabuhkan duduk di kerusi pemandu.
“Nah,
sejukkan?” Arip menghulurkan duvet di tangan. Teragak-agak Alia mencapai.
“Dalam plastik DD ada wet tissues. Lap muka. Takkan nak jumpa Tok Yah muka
comot-comot macam tu?” Alia mengangguk lemah. Suaranya hilang walau sekadar
hendak mengiakan pun.
Selesai membersihkan muka, Alia kembali merenung
keluar tingkat. Ferrari merah itu sudah lama meluncur di atas jalan. Perut yag
terasa pedih, malas mahu dilayan. Mood makannya memang tak kunjung tiba sejak
insiden tadi. Bunyi ‘kriukk’ yang tiba-tiba mencemar sunyi mengundang tawa
kecil dari kerusi pemandu. Arip pantas memberi signal ke kiri, mahu berhenti di
bahu jalan. Plastik berisi donut dicapai dari ribaan Alia. Sebiji donut
bersalut gula halus dihulur pada Alia. Tapi sekadar menerima pandangan sepi
gadis itu.
“Nak saya suapkan ke?” laju Alia menggeleng. Segera
donut itu dicapai dan digigit kecil. Lima minit, selesai satu donut. Arip
sekadar memerhati. Perutnya kenyang melihat selera Alia melahap si donut bulat.
Perasan ada sisa jem strawberry di tepi bibir Alia. “Awak...” panggilnya
sebelum menunjuk pada tepi bibirnya sendiri. Alia kelam kabut mengesat tapi
masih ada kesan yang tertinggal. Jenuh Arip menunjuk dekat sepuluh kali, masih
juga ada yang tersisa. Sudahnya...
“Awak lap je mulut awak dengan wet tissue tu.
Confirm hilang,” rengus Arip. Penat menunjuk tempat, tak hilang-hilang jugak.
Alia tergelak kecil sebelum melakukan apa yang disuruh Arip. Bersih. Licin.
Comot-less.
“Awak tahu, kalau bakal-tunang-tak-jadi saya, dia
dah lap sendiri pakai jari dia, tak heran pun nak bagitahu dulu,” perlahan tapi
masih jelas di pendengaran Arip.
“Itu yang membezakan saya, dengan dia,” pendek
balasan Arip sebelum keretanya mula bergerak membelah lebuh raya PLUS.
***
Tepat jam 9 malam, teratak papan itu
mula kelihatan di mata Alia. Belum pun sempat Arip mematikan enjin, Alia dah
terlebih dulu meluru ke muka pintu. Salam diberi, pintu diketuk. Bertalu-talu.
Gaya macam pintu rumah tu boleh hilang sekelip mata. Sayup kedengaran suara Tok
Yah membebel dari dalam. Alia tersenyum. Mata terasa hangat. Elok pintu
terbuka, Alia memeluk erat tubuh tua Tok Yah yang masih bertelekung. Kepalanya
disembam ke bahu Tok Yah. Terkedu sekejap orang tua itu.
“Eh, Alia. Awat ni? Apa dah jadi?”
kecoh Tok Yah bertanya. Risau pula hatinya melihat keadaan Alia.
“Rindunya Alia dekat Tok Yah,”
bertalu-talu wajah penuh kedutan itu dicium. Langsung tak menjawab pertanyaan
tadi. “Alia nak duduk sini lagi, boleh Tok Yah?” serak suara itu bertanya. Tok
Yah sekadar mengangguk dengan muka yang jelas penuh dengan tanda tanya. Wajah
tenang Arip juga tidak menceritakan apa-apa. Ketika Alia sibuk mandi dan
menukar baju, sempat juga Tok Yah menyoal siasat Arip. Tapi hampa. Arip juga
macam keliru dengan apa yang terjadi. Sudahnya orang tua itu terpaksa tunggu
hingga Alia selesai membersihkan diri baru dia boleh bertanya.
***
Pintu bilik yang diketuk menyedarkan
Alia dari lamun. Air mata yang masih mengalir diseka laju. Senyuman dilemparkan
pada Tok Yah. Keras. Kejung. Tawar. Dienjakkan sedikit tubuh ke hujung katil,
memberi ruang pada Tok Yah untuk melabuhkan duduk disebelahnya.
“Awat duk sedih sorang-sorang ni?
Tak mau cerita dekat tok ka?” lembut jemari tua itu mengelus pipi Alia yang
masih basah dengan air mata. Alia menarik nafas. Dalam. Dan dihembus keluar.
Sepertinya masalah boleh terbang pergi dengan hembusan kuat itu.
“Mama nak jual Alia, tok,” serentak
ayat itu meluncur, air matanya kembali mengalir laju. Fakta yang sangat, sangat
menyakitkan hatinya. Menyesakkan dadanya. “Apa pun yang Alia buat untuk dia
selama ni, dia tak pernah hargai. Dia cuma anggap Alia macam alat untuk dia
capai apa yang dia nak. Dia tak pernah anggap Alia ni macam anak dia. Apa salah
Alia? Alia dah buat semua yang dia suruh. Alia dah cuba penuhi semua yang dia
minta. Tapi dia tetap macam tu. Salah ke tok, kalau Alia nak benci dia? Salah
ke?” lencun baju Tok Yah menyerap air mata Alia bersama sedu-sedannya. Belakang
badan gadis itu diusap perlahan. Ingin menenangkan. Dadanya turut merasa sebak
mendengar suara hati anak gadis itu. Wajah ceria yang selama ini tersenyum
riang rupanya menyimpan seribu duka. Dilayan begitu oleh ibu sendiri, siapa
yang sanggup?
“Sayang, dengaq ni tok nak habaq.
Ibu tu, buruk lagu mana pun dia, dia tetap ibu kita. Dia yang mengandungkan
kita. Lahiaqkan kita. Susukan, jaga elok-elok. Awat nak benci kat dia, sayang?
Sakit tau, nak bersalin kat anak tu. Bukan semua orang larat nak buat lagu tu,”
air mata yang masih mengalir diseka lembut. Nanar hatinya melihat wajah sayu
itu. “Alia ingatkan, tok cerita dulu. Nabi Muhammad S.A.W. ulang tiga kali,
Ummi, Ummi, Ummi, lepaih tu baru baginda kata Abi. Sebab tu kita tak boleh
benci ibu kita, buruk macam mana pun dia tu. Sebab dia ibu kita,” sambung Tok
Yah lagi.
“Tapi Alia...” ayatnya tergantung.
Tok Yah mengangguk faham. Mengerti rasa sakit yang Alia pendam selama ini.
“Mama Alia tu pun manusia jugak,
sayang. Dah nama pun manusia, memang akan selalu buat silap. Tapi itu tak
bermakna kita boleh nak buang dia lagu tu saja. In sha Allah, doa banyak-banyak
dekat Allah. Supaya dibukakan pintu hati mama Alia. Diberi hidayah olehNya.
Itukan jauh lagi baik pada Alia duk benci dekat mama Alia sendiri. Nanti kalau
mama Alia dah takdak, dekat sapa Alia nak panggil mama lagi? Mama Alia ada
sorang ja tau. Pergi yang tu, tak dak mai dah yang lain. Satu saja,” lembut
jemari tua itu mengusap rambut Alia. Alia angkat muka. Ada betulnya cakap Tok
Yah, tapi hatinya yang sakit, macam mana? Bukan sekejap dia bertahan dengan
onar mama. 24 tahun. Dan rasanya, sabarnya sudah sampai ke pengakhiran.
“Sat, Tok Yah nak tunjuk dekat hang
satu benda,” Tok Yah bangun dari birai katil dan menuju ke almari usang di
sudut bilik. Album gambar berwarna biru muda dikeluarkan dari laci almari dan
dia kembali mengambil tempat di sisi Alia. Album berkulit tebal itu dibuka
perlahan dan gambar seorang wanita ayu berbaju kurung yang sedang mengendong
bayi tersenyum ceria. Gambar itu ditatap sebentar sebelum diserahkan pada Alia.
“Itu arwah ibu Arip,” sendu suara
itu memberitahu. Alia tersenyum kecil melihat gambar itu. Terasa kasih-sayang
yang melimpah ruah dari pandangan mata wanita muda itu. Hangat. “Dia menigggal
masa Arip umoq 2 tahun. Barah otak,” Alia perasan mata Tok Yah yang berkaca
menahan tangis. Perlahan tubuh tua itu dipeluk erat.
“Arip, tak pernah cerita apa-apa pun
dekat Alia,” Alia masih memakukan pandangan pada gambar wanita itu.
22
tahun lepas...
“Baba! I’m home! Baba!” suara anak
kecil riuh memanggil sang ayah kedengaran dari tingkat bawah. Seorang lelaki
segak berkot hitam bergegas laju ke arah anak kecil yang masih segak beruniform
sekolah dengan beg yang tersandang di bahu.
“Tuan muda, Tuan ada di taman luar,
sedang minum petang bersama tetamu,” ujar lelaki itu mesra. Beg di bahu anak
kecil itu segera diambil dan diserahkan pada seorang gadis lengkap berpinafore
hitam-putih. Ceria anak kecil itu berlari menuju ke arah taman yang terletak
bersebelahan dengan villa tiga tingkat itu.
“Baba!” riuh lagi suara itu menjerit.
“Danny, jangan lari. Jatuh nanti,”
suara garau itu menasihati lembut. Segera tubuh kecil itu diraih ke dalam
pelukan.
“Baba, baba. Tadikan, mama Amel
datang sekolah. Sebab Amel demam. That’s why mama dia jemput dia balik. Mama
dia cantik, baba,” petah anak kecil itu bercerita. Babanya sekadar tekun
mendengar sambil mengangguk-angguk. “Tapi baba, why masa Danny demam, Uncle Farid
yang jemput Danny? Boleh tak lepas ni, ibu yang jemput Danny? Mesti kawan Danny
semua cakap ibu cantik,” semangat Danny memberi cadangan. Babanya terdiam.
Tidak tahu balasan bagaimana yang harus diberikan pada si kecil.
“Comelnya anak you. Come here. Come
to aunty sayang,” suara lembut seorang wanita menyapa. Danny merapatkan diri
pada babanya, takut.
“Uh...sorry. Danny, kenalkan, ni
Aunty Amy. She’s going to be your ibu soon,” tubuh kecil Danny ditolak perlahan
ke arah Aunty Amy.
“But ibu is prettier than her. She’s
not ibu! I don’t want her!” protes Danny. Kakinya dihentak kasar.
“Harith Daniel!!!”
***
Dulang yang berisi seteko kopi dan
dua biji cawan ditatang berhati-hati ke arah pangkin depan rumah papan Tok Yah.
Kelihatan Arip santai membaca surat khabar. Alia serba-salah. Sejak sampai di
rumah Tok Yah seminggu lepas, dia memang
tidak pernah bercakap lagi dengan Arip. Matanya melilau mencari Tok Yah.
Beria tadi Tok Yah menyuruhnya membancuh kopi. Teringin minum katanya. Tapi
sekarang dah menghilang ke mana pula.
“Tok Yah pergi rumah Tok Usu,
melawat orang sakit,” ujar Arip, perasan dengan Alia yang tertinjau-tinjau mencari
sesuatu. Nasib baik tak terlepas dulang di tangan. Perlahan langkah diatur ke
arah pangkin, dulang selamat mendarat di hadapan Arip. Pantas tangan menuang
kopi yang masih berasap tipis ke dalam cawan. Niat dalam hati nak terus berlalu
pergi seusai menuang kopi, tapi belum sempat kaki menapak, Arip dah terlebih
dulu menyuruhnya duduk. Limi minit berlalu tanpa ada suara yang berbicara.
“Kalau tak ada benda nak cakap, saya
ma...”
“Are you okay?” datar Arip memotong.
Matanya lurus memandang ke jalan tar. Alia terdiam. Berat keluhan terlepas.
“I’m...good. Sorry susahkan awak
hari tu,” jemarinya bermain dengan bucu tudung. Kekok.
“It’s okay. Benda kecil je,”
kemudian diam lagi. Arip termenung mencari kata.
“Okeylah. Saya nak masuk dulu. Nak
masak,” baru dua langkah Alia menapak, Arip dah bangkit mengejar bersama sampul
di tangan.
“Nah!” sampul di tangan disua ke
arah Alia. “Lain kali jangan pandai-pandai guna nama orang lain jadi watak
novel tanpa kebenaran,” dingin suaranya menutur kata. Alia tersentak. Come
again?
“Bila masa saya guna nama awak?
Jangan perasan boleh tak?!” naik satu level suaranya. Mencari pasal tak kira
masa sungguh mamat kambing ni.
“Are you...sure?” wink! Kenyitan
nakal dihadiahkan untuk Alia sebelum Arip melangkah masuk ke dalam. Sebelum
menapak masuk, Arip berjeda di muka pintu.
“Salin baju kurung. Lagi sepuluh
minit turun. Lambat, saya masuk bilik awak,” ugutnya sebelum berlalu masuk.
Alia tarik muka menyampah. Sempat lagi nak mengarah orang tu. Tapi baju kurung?
Dia nak bawa aku pergi mana? Nasib baik Mai datang hantar baju, laptop, harta
karun semua. Kalau tak, tak pasal-pasal kena pinjam baju Tok Yah. Tambah dengan
perangai tak tentu mamat kambing tu lagi. Double bala.
Selesai menyalin baju, Alia duduk
melepak dekat pangkin, menuggu Arip. Lima minit berlalu, baru nampak batang
hidung Arip dengan tikar dikepit lengan kiri dan dua Yassin di tangan kanan,
lengkap bersongkok. Alia tersentak. Dah tahu ke mana tujuannya Arip petang itu.
Langkah perlahan diatur ke arah kereta. Suasana masih kekok seperti tadi.
Sepanjang perjalanan, Alia sekadar merenung ke luar tingkap, menikmati suasana
kampung. Elok sampai saja ke tanah perkuburan, Arip menapak keluar bersama
tikar tadi dan Yassin tanpa sepatah kata. Alia cuma mengekor dari belakang.
Arip berhenti betul-betul di tepi
kubur yang bersih tanpa sebarang rumput liar. Cuma beberapa keping daun kering
tersadai di tepi batu nisan. Itupun, segera dibersihkan oleh Arip. Tikar
dibentangkan dan Arip menyerahkan Yassin ke arahnya. Sepuluh minit kemudiannya
cuma kedengaran dua suara berlagu sayu membaca Yassin. Sesekali bacaan Arip
tersekat. Berganti dengan deheman perlahan, menghilangkan suara serak. Alia
perasan mata Arip yang berkaca. Dan bibir yang sesekali dikemam menahan sendu.
Sehabis membaca doa, Arip merenung ke arah nisan kubur itu. Lama. Hampir lima
minit berlalu, Arip tiba-tiba bangun. Alia ikut berdiri. Alia sekadar diam
memerhatikan Arip yang sibuk menggulung tikar. Selesai menggulung tikar, Arip
kembali merenung ke arah nisan tadi. Matanya jelas terlukis seribu kesedihan.
“I don’t know what sorts of problem
you’re having with your mom, but...you should be very grateful to have her. At
least, you still have one. I just have a woman who said she truly loves me, but
push me away whenever I needed her. You’re way luckier than you thought,” Arip
mengukir senyum kecil.
“I...um...I’m sorry to hear what
happened to your mom. Tok Yah ada cerita, and I know it wasn’t easy,” Alia
turut ikut merenung ke arah nisan yang berukir emas itu.
“And it’s harder to beg for other
woman’s motherly love. Saya tak salahkan baba sebab kahwin lain. He deserves to
be loved again. It’s just the fact that he’s maybe forgetting ibu, sometimes
hurt me,” Arip merenung tepat ke mata Alia. Dan pertama kali Alia melihat
ekspressi Arip yang begitu terluka. Kalau tiada agama yang membataskan, mahu
dipeluk erat tubuh itu dan dipujuk bagai anak kecil. Kerana lelaki di depannya
itu kelihatan seperti kanak-kanak lelaki
yang sangat rapuh.
“Look, after this, I’m going to call
my mom and clear things up. And I think, you should do the same. Maybe, he
still remember your ibu. And maybe, my mama always think of the best for me. It’s
just they don’t know how to express those feelings. Okay?” Arip mengangguk
perlahan. Dan Alia tersenyum senang. Walaupun perjalanan pulang itu masih sunyi
seperti tadi, tapi udaranya tidak setegang tadi. Alia masih merenung ke luar
tingkap, menikmati suasana kampung. Kampung yang telah banyak mengubah
hidupnya. Mendewasakan dirinya. Mematangkan perasaannya. Dan Alia bersyukur diberi
peluang menapak ke situ. Sekilas wajah Arip di tempat pemandu dijeling. Wajah
itu sedang tersenyum fokus ke arah jalan. Nafas lega dilepaskan. Everything
started to get better. Everything started to feel better. And it will.
***
Setahun
kemudian...
Beberapa patah kata yang terakhir ditaip laju. Jam hampir
yang menginjak ke angka satu dijeling buat kali yang keseribu kalinya. Elok
noktah terakhir terpapar di skrin laptop, tangan diangkat tinggi, menggeliat
menghilangkan sengal sendi. Teras tubuh dipeluk dari belakang. Alia menepuk
lembut jemari yang mengusap perut kempisnya, geli.
“Remember what I said last week, sayang? About how
drinking Nescafe at one o’clock in the morning may have bad effects on our baby
in your belly,” kedengaran serak suara tegas itu mengingatkan dirinya. Alia
tersengih bersalah.
“Alah. One last chapter. Dah habis pun. Baby pun
tak kisah. Kan sayang, kan?” jemari lembut mengusap perut. “Eh, did I woke you
up? Sorry pumpkin,” suara sengaja dimanjakan. Bulat mata si suami.
“Berapa kali nak cakap, stop calling me pumpkin. It
sounds...awkward,” pipi montel Alia dicubit geram.
“Sorry. Terlupa. I should have call you little
handsome goatie,” laju telunjuknya mencuit hidung si suami. Masih ingat idea
gila suaminya yang tiba-tiba cakap nak simpan goatee ala-ala Chombi. Tapi belum
sampai sebulan, habis dicukurnya semua. Rimas katanya. Semangat tahi ayam
sungguh.
“Alia Hanis Zulkiefli, I thought we’re over those
things,” Alia tahan ketawa. Keluar dah aura merajuk dia tu.
“But I really miss your goatee, Tengku Harith
Daniel,” perlahan Alia berdiri dan memeluk erat tubuh Arip. Lima bulan lepas,
mereka selamat diijabkabulkan. Dua bulan lepas, doktor mengesahkan ada benih
yang membesar di dalam rahimnya. Dan InshaAllah, bulan ini, dia akan
mengeluarkan novelnya yang terbaru.
K.A.M.I.
Kami (神) yang bermaksud Tuhan.
Kami yang
berdiri atas nama keluarga.
Alia dan mamanya.
Danny dan
babanya.
Juga papa
yang setia di sisi.
Tok Yah di
teratak hujung kampung.
Juga Mai
yang masih gagah mengemudi arah.
Tapi yang
melihat di atas, Dia yang berkuasa ke atas seluruh semesta.
D.I.A adalah
K.A.M.I.
Begitu hikayatnya Alia Hanis dan
Harith Daniel berakhir. Hikayat yang bercerita seribu duka, diadun dengan seribu
bahagia. Kerana itu adalah hidup. Kalau boleh dizahirkan dalam bentuk persamaan
matematik;
Life = 1/2 happy + 1/2 sad
Dan kalau boleh
dibicarakan dalam sastera, life is indeed a bed of roses. Mungkin kita bisa
tenggelam dalam haruman menggodanya, tapi sesekali akan ada duri yang mencucuk
menyedarkan diri. Bahawa hidup sememangnya begitu. There’re ups and downs. It
depends on how we enjoy our life. To the fullest. But still led by The One.
InshaAllah.