Sunday, April 6, 2014

The Caged Bird 8&9

Assalamualaikum!
Sorry for the late update.
I was very busy with assignments and stuff.
And whenever I decided to update a new chapter, adeeee je benda yang akan tetiba turn up.
So so so sorry guys.
This one is a double chapter entry...
Sebab chapter 8 is so pendek, so I decided to gabungkan dia dengan chapter 9.
Tapi takdelah nak panjang berjela sangat.
Maaf. *senyumtutupmuka*
I've been trying my best untuk keep this story going.
So sorry if it doesn't met your expectations.
Anyhow, any comments and kritikspanaspanas are most welcome di sini.
Just, skip the harsh words, please. Thanks.

Muchos Love,
PopiMerah.


            “That is the worst pick up line…ever! Saya tak ada masa nak buat lawak dengan awak dekat sini. Don’t even know how I ended up here with you,” spontan Dira mengangkat punggung. Semakin panas hatinya di situ. Nanti tak memasal semua amarahnya terhambur ke lelaki asing itu. Langkah laju diatur menjauhi kafe. Penat dengan jalan hidupnya hari ini. Penat fizikal. Penat mental. Tiba-tiba terasa seperti begnya ditarik dari belakang. Wajah serius lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Rifqi itu mengisi ruang pandangan.
            “Awak dah basahkan kesayangan saya ni, awak nak blah macam tu je? Banyak cantik,” sinis sengihan yang terukir di bibir Rifqi.
            “Awak nak apa lagi? Saya tak ada masa nak layan awak. Pergi main jauh-jauh boleh tak?” malas mahu melayan, beg yang dipegang Rifqi cuba direntap kasar, mahu cepat-cepat berlalu dari situ. Tapi malangnya genggaman kuat itu langsung tidak terjejas. Dira mengetap bibir. Sabarnya makin nipis. Makan hamun jugak lelaki ni karang.
            “Saya hantar awak balik. Sekurang-kurangya, kalau rosak saya tahu mana nak cari awak,” Rifqi cuba beralasan mahu menghantar gadis itu pulang. Hatinya bersungguh mahu tahu siapa ‘Nenda’ dan ‘Zila’ yang bercakap dengannya tadi.
            “Saya taknak balik,” lemah suaranya menjawab. Dapat dikesan mata gadis itu yang sedikit berair. Rifqi menarik nafas dalam.
            “Awak lari dari rumah?” lembut suara Rifqi separuh memujuk Dira dari terus mengamuk dengannya.
            “Awak ingat saya budak kecik yang seronok-seronok main lari-lari rumah? Stop making stupid assumptions out of me, will you?” makin tinggi pula nada amarahnya. Rifqi terdongak dengan sengihan yang makin melebar.
            “Whatever your problem is, it won’t go just like that if you keep running away. And I seriously think your ‘saya-tak-nak-balik’ attitude is just some stupid tantrums thrown by immature kids, macam awak,” Dira dah tertunduk, menyembunyikan wajah dari pandangan Rifqi. Ah, sudah. Rifqi menyentuh lembut bahu Dira. Terasa tangannya bergegar. Esak tangis Dira mula dapat dikesan. Sudah, ni dah kenapa? Kepala digaru perlahan. Serba-salah mahu memujuk. Nanti kalau lagi kuat dia meraung dekat sini, siapa nak jawab Haikal Rifqi? Pandai-pandai sangat cari masalah kenapa?
            “Look, I’m so sorry. Come, saya hantar awak balik. The caller just now…”
            “Just leave me alone, will you?” bersulam sedu suara yang semakin serak itu menutur kata. Rifqi terdiam.
            “I can’t. In fact, I won’t. At least not until you stop crying. Damn…I don’t even know what your problem is. Just…let me send you home. Saya hantar awak balik, then saya takkan kacau awak lagi. Okay?” Rifqi masih enggan mengalah. Hati bercampur-baur dengan rasa bersalah dan ingin tahu. Lama Dira mengunci suara. Tiba-tiba tubuh langsing itu melorot ke bawah. Sedu yang cuba ditahan semakin kuat. Rifqi meraup wajahnya yang semakin kusut. Orang sekeliling mula menjeling pandang.
            “Kalau awak menangis dekat sini, masalah tak akan selesai,” ujar Rifqi mula hilang sabar.

            “Dan kalau saya berhenti menangis pun,” wajah lencunnya dongak mencari raut lelaki yang tadinya dianggap asing, “Nothing will change, kan?”

***
            Suasana agak tegang di dalam Audi TT merah saga itu. Rifqi tenang di kerusi pemandu sementara Dira tersandar memejamkan mata di kerusi sebelah. Sunyi. Setelah puas dipujuk tadi, baru Dira mahu dihantar pulang. Itupun setelah dia sendiri terkedu dengan reaksi Dira.
            “Nothing will change, kan?”
            Suara sayu itu masih galak mengetuk cuping telinga. Rifqi pening sendiri mencari kemungkinan apa yang telah terjadi dalam episod hidup gadis di sebelahnya. Apa pula kaitannya Dira dengan Nenda dan Zila? Atau dia yang paranoid sendiri semata-mata kerana nama yang kedengaran biasa di telinganya? Tapi mungkin saja Dira itu…whoops! Tak mungkin dunia ini begitu kecil, kan?
            “Awak…err…” suara kecil yang menyapa di sebelah mematikan lamunan. Sepintas wajah pucat Dira dikerling.
            “Yes?” sahutnya pendek. Terkejut sebenarnya.
            “Awak tahu ke nak hantar saya ke mana?” tanpa nada soalannya. Mata juga kosong merenung ke hadapan.
            “Err…tak. Sorry, lupa nak mintak alamat,” ayatnya diakhiri dengan tawa canggung. Telefon dicapai dari dashboard kereta dan dihulurkan ke arah Dira tanpa memandang wajah gadis itu. “Nah, masukkan alamat dalam Google Maps. Saya bukan hafal sangat jalan KL ni,” telefon bersambut. Beberapa minit kemudian, suara wanita berbahasa Inggeris memenuhi ruang kereta, menggantikan serak suara Dira juga bicara canggung Rifqi.
            Hampir dua puluh minit arahan wanita dari telefon itu diikuti, baru Rifqi terperasankan arah tujuan keretanya. Mustahil. Mustahil. Mustahil. Mustahil sangkaannya benar. Mustahil Dira itu…mustahil. Liur ditelan.
            “Awak pasti alamat yang awak masukkan tu betul?” soalan pertama yang terbit dari bibirnya setelah dua puluh minit dia diam memandu. Dira mengangguk, teragak-agak.
            “Kenapa?” pandangannya ditala tepat ke wajah Rifqi. Pelik disoal begitu tiba-tiba.
            “Err…tak. Nen…nenek…err…kawan saya tinggal area sini,” stereng digenggam mencari kekuatan. Akal masih kuat menafikan. Namun setiap arahan yang dikeluarkan suara wanita mesin tu seakan menombak hancur penafiannya. Dan akhirnya…
            “You have reach your destination,” dan pintu gerbang bercorak kerawang bunga dan daun bersalut cat emas menampan ruang pandangan. Beberapa buah kereta mewah yang memenuhi ruang halaman rumah agam itu turut menimbulkan persoalan. Senyum sumbang dilempar ke arah luar tingkap sisinya. Ternyata persangkaannya tidak lari.
            “Dah sampai,” ujar Rifqi setelah lama mendiamkan diri. Dira di sebelahnya masih membatukan diri merenung jauh ke arah pintu utama rumah agam itu. “Dira? Saya…salah rumah ke?” masih terselit juga soalannya dengan baur penafian itu. Akalnya masih cuba mencari kemungkinan yang diiyakan sedari tadi.
            “I was hoping so,” balas Dira, perlahan. Dahi Rifqi mula menzahirkan kerutan.
            “Apa maksud awak?” spontan soalan itu terlontar dari benak fikirannya.
            “Jom masuk,” ajak Dira, cuba melarikan diri dari menjawab soalan itu. Kalau pun diterang lanjut, dia tak rasa lelaki itu akan mengerti. Dia tak rasa siapa pun akan mengerti. Hatta wanita berketurunan Tengku itu pun.
            “Saya tak rasa ni masa yang sesuai. Maybe next time. Plus, I’ve few things to do,” Rifqi beralasan. Jemarinya terasa sejuk. Bibir diketap kuat.
            “Okay. Thanks for sending me home. Assalamualaikum,” dan Dira terus melangkah keluar. Lama dia berdiri di hadapan pintu gerbang itu. Deruman Audi TT juga sudah lama hilang dari deria telinganya. Kaki seakan mengeras terlekat di atas tanah. Nafas ditarik dalam. Mata mula terasa kabur. Panas. Perlahan langkah diatur satu-persatu. Sayup kedengaran bacaan Yasin dari dalam rumah agam itu. Dada terasa sebu. Langkahnya semakin menghampiri pintu utama yang sedia terbuka. 
Sekumpulan wanita yang khusyuk menatap naskhah Yasin menghalang pengelihatannya ke ruang tengah. Hati dikuatkan. Kaki mula melangkah masuk ke ruang tamu mewah itu. Mata-mata yang terperasankan kehadirannya membuahkan bisik-bisik di bibir. Dengungan Yasin yang tadinya jelas kedengaran dari luar, mula surut. Sunyi. Langkah dimajukan lagi ke ruang tengah. Sekujur tubuh kaku yang terbaring diselimuti kain batik lepas direnung kosong. Lama. Tubuh kaku itu mula dirapati. Kain batik lepas yang menutupi muka dibuka perlahan.
Ibu.
Wajah pucat itu dielus lembut.
Kedutan di dahi yang semakin jelas diusap sayu.
Turun ke mata ibu yang rapat terpejam.
Pipi yang semakin cengkung.
Juga bibir kering merekah tanpa senyuman.
Tekun ditilik lama.
Untuk kali terakhir.
Wajah itu ingin disemat kukuh di dalam hatinya.
Ibu. Hatinya memanggil lagi.
Dira dah rindu ibu.
Baru sekejap ibu tak ada.
Esok macam mana?
Siapa nak sembang dengan Dira?
Siapa nak teman Dira belajar petang-petang?
Siapa nak tinggal dengan Dira dekat rumah papa? 
Mata dipejam rapat. Wajah ditunduk mencium dahi sejuk itu. Geraknya mati di situ.
Ibu.
Ampunkan salah-silap Dira.
Halalkan makan minum Dira.
Terima kasih jaga Dira.
Terima kasih sebab jadi ibu yang terbaik buat Dira.
Terima kasih untuk setiap segala yang ibu berikan pada Dira.
Take care, ibu.
Have a good rest.
Dira sayang ibu.

No comments:

Post a Comment