Wednesday, January 7, 2015

Susah.

And suddenly I miss Wellington.
Mungkin sebab separuh jiwa memang dah melekat di sana.
Okay, now I sounds so ungrateful.
Bukan kata orang lain. Tapi kata sendiri.
Mungkin juga sebab di sana, apart from masalah study, grade yang macam bengong dan elaun yang xcukup dilahap nafsu, memang tak ada masalah lain yang perlu dihadam.
Di sini, bila otak mula dikerah berfikir benda asing, memang kata susah itu selalu saja menutur di bibir.
Susah kerja.
Susah komitmen.
Susah hati.
Hati.
Yang tu yang paling susah.
Hati duduk di sini memang susah nak senang.
Susah lagi.
Kalau dikira kata susah yang terbit dalam post ini, memang susah. Secara literal, mahu pun tersirat. Sebab memang susah.
Kalau hal duit yang susah, masuk elaun, hilang susahnya.
Kalau hal study yang susah, belajar hadap buku, hilang susahnya. (Dalam mimpila. Lol.)
Kalau hal hati?
Susah. Memang susah.
Hati sendiri pun susah, apatah lagi hati manusia lain.
Susah nak explain.
Haha.
Susah lagi.
Sebab itu hati aku lebih tenang di sana.
Lari sebenarnya.
Manusia kan gemar berlari.
Sebab lari itu lebih mudah.
Tapi kalau dah jatuh tersungkur, lutut sendiri juga yang luka.
Susah jugak kalau macam tu.
Tak apa.
Lagi mudah berlari dari fikirkan jatuh yang macam yakin benar boleh dielak.
Optimis.
Optimis ke pendek akal?
Hmmm.
Hujan, cepatlah berhenti.
Susah saya nak balik ni.

Ampang Park
18:41

1 comment:

  1. Bilaaaa nak update blogggggg. Sincerely roommate tahun 2013

    ReplyDelete