Sunday, March 9, 2014

Coup D'etat 3

Assalamualaikum!
Double update!
Bonus sebab dah lama tak hapdet.
Hope you guys enjoy reading this.
Love,
PopiMerah.


            “Aku terima nikahnya, Rifa Aulia binti Malik dengan mas kahwin RM 1000.00, tunai...” anggukan sah beserta tahmid Alhamdulillah dari orang ramai yang memenuhi ruangan masjid itu menandakan Rifa Aulia Dato’ Malik sudah selamat menjadi isteri kepada Rayyan Naufal Tan Sri Halim.
            Tapi itu cerita petang tadi. Malam itu Rifa dah siap bersila di atas katil dengan baju tidur kebangsaannya, singlet kelabu dan sweatshorts hitam. Langsung malas mengambil kira kehadiran suaminya. Suami yang langsung tak pernah bertemu muka dengannya sehinggalah petang tadi. Pintu bilik yang dibuka dari luar langsung tidak mengganggu perhatiannya pada telefon pintar ditangan. Sesekali sengihan menghiasi bibir. Lucu dengan update-update temannya di California sana.
Sebentar hati terasa bagai ditampar rasa terkilan kerana tidak dapat berkongsi dengan teman-temannya di California tentang status barunya. Malas mahu memperbesarkan perkara yang cuma bakal mengkelam-kelibutkan lagi fikirannya. Tambahan nanti kalau Carl bermata hijau lumut tu dah mula ambil port. Silap hari bulan terpacak lelaki itu di depan rumahnya. Nahas dikerjakan papa.
            “Ehem...” deheman kasar dari sisi katil mematikan perhatian Rifa dari skrin telefon. Namun pandangan masih dipakukan di tempat yang sama. Selang tiga saat, Rifa meletakkan telefonnya di atas katil dan berdiri menghadap Rayyan. Boleh tahan tinggi mamat ni. Bisik hati kecilnya. Matanya yang separas dengan pangkal leher Rayyan diangkat tinggi mencari anak mata coklat cair suaminya. Seulas senyuman diukir manja. Terganggu dengan jarak mereka yang agak rapat, Rayyan menapak sedikit ke belakang.
            “Look, aku kahwin dengan kau bukan atas kerelaan sendiri. I was forced into this marriage. Kalau tak, daddy taknak wariskan Sutera Emas pada aku. That company is everything to me. Nyawa aku. Sebab tu aku sanggup kahwin dengan kau. So, I hope you’re not looking forward into this marriage, okay? Once I have Sutera Emas in my hands, I’ll let you go. But for the time being, bear with me. Lagi satu, kalau aku dengar kau cerita bukan-bukan dekat daddy or mummy, atau dengan parents kau sekalipun, siap kau!” ayat terakhirnya berbaur ugutan. Rifa menundukkan sedikit wajahnya, cuba menahan riak dari berubah. Kalau diikutkan hati memang dah terguling tergolek dia ketawa depan lelaki itu. Ayat nak habis drama. Dia ingat dia watak utama novel apa? Perasan.
            “So, you’re this kind of person, ey?” wajah diangkat perlahan. Merenung tajam wajah sombong Rayyan. Hilang senyuman di wajah Rayyan berganti dengan sengihan sinis dibibir Rifa.
            “The kind of people who would do everything it takes to get what they want. Interesting,” setapak Rifa mendekatkan diri, setapak Rayyan menjauh ke belakang.
            “Sayangnya, that is not how it works with me, honey. You need ME, to get your hands on Sutera Emas. But I need nothing from you, sugarplum. Doesn’t it sound...a little bit...unfair, to you?” kening diangkat sebelah. Senyuman semakin panjang ke telinga. Rayyan terkedu. Tindakan Rifa langsung lari perancangan asalnya.
            “Ss..so?” Rifa hampir bersorak gembira mendengar getar suara Rayyan.
            “Don’t worry Rayyan Naufal. I’ll keep my mouth shut. Mark my words. But...” Rayyan telan liur, langsung fikiran perempuan di hadapannya tak dapat dibaca. “But as long as you’re willing to follow everything that I say. And by everything, I mean every single thing. So, are you in?” Rayyan menyumpah dalam hati. Pandai betul perempuan di hadapannya memutar balikkan keadaan. Sepatutnya dia yang mengugut Rifa Aulia. Bukan sebaliknya!
            “But of course, you boleh je turn down my offer and kiss Sutera Emas goodbye. Totally up to you, sayang,” Rayyan semakin melangkah ke belakang sementelah Rifa terus mengasaknya ke depan. Sudahnya dia tersandar di dinding, dengan Rifa yang rapat di hadapannya.
            “Kau?” Rayyan melontar soalan yang melebarkan lagi sengihan Rifa. Penceraian mereka bermaksud terlerainya usahasama antara Megah Holdings dan Sutera Emas. Bukan syarikat papa Rifa saja yang bakal mengalami kerugian, tapi syarikatnya turut terjebak sama. Tapi, mustahil Rifa tahu semua tu, kan?
            “Me? Eheh...” Rifa melepaskan tawa kecil. Kelucuan. “Trust me, Rayyan. I, personally, got nothing to lose,” ringkas balasan Rifa, penuh dengan maksud tersirat. Rayyan tersentak.
            “How about Megah Holdings?” lagi kuat ledakan tawa Rifa.
            “Do I look like someone who would give a damn on whatever happens to that stupid company?” soalan Rifa semakin mendebarkan Rayyan. Dia belum cukup mengenali perempuan itu untuk kenal antara gurau senda dan serius maut Rifa Aulia. Tapi nampaknya Rifa Aulia di hadapannya tidak nampak seperti sedang bermain-main.
            “You tak takut company yang papa you tubuhkan dengan penat lelah dia, hancur macam tu je?” riak terkejut jelas terlukis di muka Rayyan. Rifa tersenyum sinis.
            “Dengan penat lelah dia jual anak dia sendiri? Wow...I’m very touched,” jemari menekan pelipis perlahan. “You seriously tak tahu what’s going on in my family, kan? Do you possibly know why I was sent to US five years ago?” kepala diteleng ke kiri. Menanti jawapan Rayyan. Namun riak pelik yang ditunjukkan oleh Rayyan semakin menggeletek hatinya. “Oh my, this should be very interesting,” ulas Rifa ceria.
            “That’s enough for now. Don’t want to drive you up the wall in just one night. You should get some sleep, Rayyan. We’re going to have so much fun from now on,” ujar Rifa beserta senyuman penuh muslihat. Kaki dah melangkah menjauhi Rayyan sebelum lelaki itu kembali menarik lengannya. Kasar. Rifa merenung tajam muka suaminya. Senyum sinis masih melekat di muka.
            “Apa maksud kau? What are you up to Rifa Aulia?” keras nadanya bertanya. Rifa menjuling mata.
            “Don’t you get it, sweetie pie? You are my new pet. And I’m your new...” kaki dijengket sedikit, mendekatkan bibirnya ke telinga Rayyan. “...master. That is something that we should celebrate, right? Goodnight, handsome,” kucupan hangat dihadiahkan di pipi Rayyan sebelum Rifa berlenggang ke katil. Lampu bilik dimatikan. Tubuh dihayun ke atas katil. Melodi Coup D’etat dialun perlahan dengan senyuman masih dibibir. Masih dapat dilihat bayang tubuh Rayyan yang tegak kaku di tempat tadi.

This is my Coup D’etat.

The Caged Bird 7

Assalamualaikum!
Heyya.
Long time no see. Haha.
I was kinda busy with the uni thingy.
Need to kemas rumah also since I'm moving into a new house.
Need to set up everything. Need to masak sendiri tau sekarang ni.
Cayalah.
So I've been really busy with a lil of this, a lil of that...
So...that pretty much sums up my life.
Tapi nak buat macam mana kan.
Dah nama pun hidup. Haha.
And since I'm very, very, very far from home (and also I don't like to read news online...hmph...) I just got to know about the plane crash tragedy. Thanks to facebook, of course.
Let's pray for their safety.
Allah SWT sentiasa mengetahui yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
So, kita yang yang orang biasa-biasa ni, let just not meddle into that by making (what I think) stupid assumptions.
Macam mana dia boleh terhempas?
Kenapa dia terhempas?
Salah siapa dia terhempas?
Siapa dalang sebenar yang rancang dia terhempas?
Come on guys.
You're not even there, watching it crash by your very own eyes.
So please, let just leave it at that sampai kerajaan or any trustworthy party keluarkan kenyataan yang sebenarnya.
Eleh...kau ingat betul sangatlah statement diorang tu? Balaci je semua tu...
Pasti akan ada yang keluarkan kata-kata begini.
Kalau tak ada? Alhamdulillah. Akhirnya berubah jugak keyboard warriors dekat Malaysia ni.
Kalau ada? Then, there's only one thing that you should know, SUKA-HATI-AWAK-LAH.
It's your otak anyway.
Cuma jangan keluarkan spekulasi pelik-pelik yang cuma ada potensi untuk memburukkan keadaan yang sedia ada.
Ingat facebook tu bukan hak milik mutlak orang Malaysia je.
Warga negara lain yang lagi berbilang warna kulit, bahasa juga budaya pun ada.
What do you think their expectations will be about Malaysia?
Otak awak, awak fikir.
For me, yang saya mampu buat #PrayForMH370.

Okay. Back to business.
Here's the latest update for TCB.
Maaf rambles banyak-banyak sebagai mukadimah tadi.
Jangan sakit-sakit kepala.
Have a cuppa coffee.
Bye.

Salam angin sejuk,
RedPoppy.

         Haikal Rifqi berjalan santai tanpa arah tuju lewat tengahari itu. Bersama Canon di tangan, sesekali pemandangan sibuk di tengah kota metropolitan itu disematkan di ruang memori kameranya. Mujur saja waktu itu bilangan manusia tidak ramai. Kalau tidak, percuma dia dihambur kerana berjalan lambat. Lensa Canon diacu lagi ke beberapa arah.
Klik. Klik. Butang diketik. Ditala pula ke arah lain. Lama lensa Canonnya mati di situ. Sebujur wajah kosong milik seorang gadis kurang sepuluh kaki di hadapannya di zoom dekat. Kosong tanpa riak. Senyum. Tawa. Mahupun tangis atau jelik. Kosong. Gadis itu berjalan terus ke arahnya. Sempat beberapa shot gambar gadis itu diambil. Pada perkiraan Rifqi, kemungkinan untuk gadis itu menghamunnya kerana mengambil gambar tanpa kebenaran agak tinggi. Tapi ternyata tanggapannya salah. Gadis itu masih berjalan dengan riak yang kosong. Seperti berada dalam dunianya sendiri. Sengaja dia berdiri di dalam laluan gadis itu.
Gadis berwajah kosong itu semakin mendekat. Dan melanggar bahunya. Tunduk sedikit. Sepatah kata maaf. Dan terus berlalu pergi. Rifqi menarik sengih. Mungkin memang gadis itu punya dunianya sendiri. Langkah pantas diatur melebihi beberapa tapak dari gadis tadi. Perbuatan seperti tadi diulang lagi. Dan lagi sekali, gadis itu tunduk, memohon maaf dan terus berlalu pergi. Tanpa melihat langsung wajahnya. Diulang lagi sekali. Dikejar gadis tadi, memintas jalannya, dan berhenti di laluannya. Juga bahunya dilanggar. Ucapan maaf. Dan mula melangkah pergi. Tapi kali ini, belum sempat gadis itu berlalu, Rifqi segera menahan bahunya.
“Awak sedar tak awak dah langgar saya tiga kali?” soalnya serius. Wajah cuba dikelatkan menahan tawa.
“Huh?” kosong. Masih seperti tadi. “Maaf,” dan terus berlalu pergi. Rifqi menarik nafas dalam. Nampaknya sangat susah mahu menarik gadis itu dari dunianya. Tapi, mengenal erti kalah, bukan Haikal Rifqi namanya. Segera langkah gadis itu dituruti. Pergelangan tangannya dicapai dan ditarik membuntuti langkah panjangnya.
“Jom temankan saya makan,” yang peliknya, gadis itu langsung tidak membantah. Dituruti juga langkah lelaki itu walaupun tidak langsung dikenalinya. Langkahnya diatur ke arah kafe yang berdekatan. Kerusi ditarik dan gadis tadi didudukkan.
Sepuluh minit berlalu. Minuman yang sampai sekejap tadi masih tidak berusik. Rifqi tekun merenung wajah tanpa riak itu. Masih kosong seperti tadi. Soalan yang diaju juga perlahan dibawa pergi angin lalu. Tiada balasan. Penat bertanya akhirnya Rifqi ikut diam. Sesekali jemarinya berlari mengetik cari gambar-gambar menarik di celahan memori Canonnya. Getaran yang tiba-tiba mengisi ruang sepi itu mengganggu konsentrasinya. Pantas matanya mencari punca gangguan. Baru terperasan objek kuning dalam genggaman gadis di hadapannya. Telefon bimbit. Mata si gadis turut tertala di situ.
“Awak…taknak angkat telefon?” diam.
“Do you want me to answer that for you?” juga diam.
Sudahnya getaran itu mati sendiri. Dua saat kemuadian kembali bergetar. Persisten.
“Ada orang pernah cakap dekat saya, kalau betul-betul taknak jawab any calls, we should consider turning off the phone. At least tak ganggu orang lain, or in your case, kebaskan tangan menahan vibrate tu,” ayatnya dihabiskan dengan tawa kecil.
“Keep your nosy nose out of my business,” ayat pertama yang keluar dari bibir itu berbaur amaran. Rifqi menahan senyum.
“So, you’re still not answering the call? Tak kesian dekat boyfriend tunggu lama?” duga Rifqi dengan senyum sinis.
“I said keep your nose outta my business!!!” keras suaranya menarik perhatian beberapa pelanggan lain. Rifqi sekadar mengangkat tangan memohon maaf. Masuk kali ketiga telefon kuning itu bergetar, Rifqi segera merampas dari genggaman si gadis.
“What the…”
“Wow…siap delete number. Quite a fight, eh?” deretan nombor di dada skrin diperhatikan. Emoticon hijau ditolak ke tepi. Panggilan bersambung. Telefon dilekapkan ke telinga. Gadis tadi dah beriak bengang.
“Helo, Cik Dira? Saya ni, Zila, secretary Tengku,” senyap. Rifqi terkedu. Zila?
“Helo? Cik Dira? Dengar tak?” deheman perlahan menjawab pertanyaan itu.
“Err…saya…kawan Dd…Dira. She’s…currently not available. Ada apa?” gapaian dari jemari Dira ditepis ke tepi. Mujur saja Dira tidak terang-terangan menjerit amuk di situ.
“Oohh…tolong sampaikan pada Cik Dira, Nendanya mahu dia segera pulang ke rumah. Urgent. Mengenai ibunya,” terang suara di hujung talian. Ringkas. Rifqi telan liur. Nenda?
“Baiklah…err…Cik Zila, nanti saya beritahu Dira,” Rifqi cuba mengawal riak wajah. Kenapa nama-nama tadi begitu mesra ditelinga. Takkanlah…mustahil!
            Dira yang tiba-tiba menyentak lengan bajunya mematikan lamun. Rifqi kembali sedar melihatkan wajah garang gadis di hadapannya itu. Dira. Bertubi-tubi persoalan menerjah kotak fikirannya. Namun disedapkan hati yang semuanya sekadar kebetulan. Sekadar nama. Mustahil pemiliknya orang yang sama, kan?
            Matanya kembali memfokus ke arah imej gadis tadi yang sedang memegang cawan kosong dengan wajah merah padam. Baru terasa cairan sejuk yang mengalir membasahi dadanya. Turut tempiasnya membasahi Canon kesayangan.
            “The hell you’re doin’ man…” telefon milik Dira spontan dicampak ke atas meja. Mulut dah kumat-kamit menghambur geram. Tisu di atas meja menjadi mangsa tangan rakusnya. Canon kesayangan yang diutamakan dulu. Habis jadi korban semut hitam dek air manis nanti. Nasib baik perempuan yang membuat pasal, kalau lelaki memang dah selamat dilipat lapan gamaknya.
            “Saya yang patut tanya soalan tu. Awak ingat awak siapa suka-suka hati nak jawab telefon saya? Kawan? Boyfriend? Suami? I don’t even know your name,” tajam matanya menatap wajah bengang Rifqi. Rifqi yang tadinya lincah membersihkan kameranya mula beradu pandang dengan Dira. Tisu entah dicampak ke mana. Canon sudah ditolak tepi. Nafas dihela berat.

            “It’s Rifqi and saya pun cucu Nenda. Puas hati?”

Tuesday, January 21, 2014

The Caged Bird 6

Assalamualaikum!
TCB 6.
Makin malas nak menulis intro panjang2. Haha.
Kbai!

Love,
Popi Merah.


            Pintu dewan bedah ditenung bagai terlihat-lihat kelibat ibunya dibedah oleh para doktor. Sesekali juntaian air mata dihapus-seka. Tengku Faridah yang diam di tepi malas mahu diendahkan kewujudannya. Hati tidak putus-putus mengait rantaian doa buat ibu yang bertarung nyawa di dalam. Elok kaki melangkah masuk tadi, Dr. Haris dah siap menunggu di hadapan bilik ibunya. Bilik B-01.
            “She’s getting worse. Dia dalam keadaan koma sekarang,” tanpa sebarang mukadimah, terus kata-kata itu menyinggah di telinganya. Mata terasa berpinar gelap. Tangan mula menggagau mencari penampung badan. Terasa ada tangan yang melingkar di bahu.
            “Doktor, just do whatever it takes to save my daughter. Saya akan bayar. Berapa pun saya akan bayar, doktor. Please, save her,” dan kata-kata Tengku Faridah yang membuatkan ibu terbaring pasrah di dalam dengan kepala dibelahbuka. Sejam. Dua jam. Tiga jam. Keadaan yang semakin sunyi bertambah tegang. Dira memejam rapat matanya. Ya, Allah. Tolong ibu Ya Allah. Hanya Engkau yang mampu. Rabbi yassir wa la tu’assir. Rabbi tammim bil khayr. Ayat itu diratib-baca berulang kali.
            Pintu dewan bedah yang terbuka tiba-tiba menghentikan degupan jantungnya. Dengung suara para doktor di dalam dan jururawat yang kelam-kabut berlari keluar melemaskan deria telinga. Pantas Dira bangun dari duduk dan menuju ke arah pintu yang cuma tiga langkah dari tempat duduknya.
            “Macam mana ibu saya? Nurse! Doktor?!” soalannya bagai angin lalu yang menyapa telinga-telinga kakitangan hospital yang sedang sibuk menjalankan tugas. Respon yang diberi sekadar, “Maaf, cik,” atau “Sila beri laluan cik,” juga “Sebentar ya cik,” dan terus mereka berlalu pergi.
“Saya nak masuk! Saya nak tengok ibu saya!” Dira mula bertindak agresif dan meluru ke dalam. Tengku Faridah yang dari tadi sekadar memerhati, mula kaget.
            “Fathia!” panggilannya langsung tidak dipedulikan si cucu. Usahanya dan seorang lagi jururawat untuk menahan Dira dari masuk ke dalam juga tidak berhasil. Sudahnya, tubuh wanita tua itu ditolak kasar ke tepi. Berjaya meloloskan diri, Dira terpaku melihat tubuh Puan Maria yang terbaring kaku di atas katil bedah dikelilingi beberapa orang doktor. Bingit mesin disekeliling ibu juga terasa mencucuk tajam gegendang telinga. Riuh suara doktor memberi arahan semakin mendebarkan rasa.
            “Ibu!” dan serentak tubuhnya terasa direntap keluar. Elok tubuhnya selamat menjejak keluar dari bilik pembedahan, pintu segera ditutup dan dikunci rapat.   
            “Ibu! Buka pintu ni! Aku cakap buka! Aku nak jumpa ibu! Ibu!!!” Dira menghentam kuat pintu dewan pembedahan. Tengku Faridah cuba menenangkan cucunya. Belakang badan Dira digosok lembut.
            “Sabar sayang, mengucap banyak-banyak. Fathia tak boleh buat macam ni, sayang,” sebak di dada cuba ditahan. Sayu mendengarkan tangisan Dira. Sakit lagi hatinya melihatkan keadaan tenat puterinya di dalam dewan bedah itu.
            “No! I need to see her. Let me see her, please,” Dira memujuk rayu nendanya pula. Sepertinya wanita tua itu punya kuasa saja mahu membenarkan cucunya masuk ke dalam.
            “I’m so sorry sayang. Let the doctors do their job. Kita tunggu ya sayang. Come,” tubuh Dira ditarik perlahan dan didudukkan kembali. Sesekali sedu terlepas dari bibir Dira. Tangisan yang cuba ditahan seperti enggan berhenti. Hatinya kembali melagukan zikir. Tenanglah hati. Sabarlah jiwa. Ibu tak apa-apa. Ibu okey. Allah tolong ibu. Bisiknya meyakinkan diri yang mula goyah. Suku jam berlalu. Tiada tanda-tanda pintu itu bakal terbuka lagi. Dira kekal merenung pintu putih itu. Sesaat. Dua saat. Dan terbuka perlahan. Dr. Haris melangkah keluar sambil menarik-buka penutup muka dan sarung tangannya yang penuh dengan kesan darah. Darah ibu. Dira segera bangun meluru ke arah doktor yang jelas terlukis kelelahan pada wajahnya.
            “Doktor, macam mana dengan anak saya?” Tengku Faridah dah terlebih dulu bersuara. Dr. Haris merenung tepat ke anak mata Dira. Sepi.
            “I’m sorry, Tengku, Cik Dira. There’s nothing more we could do. We’ve done our best, but we still couldn’t save her. We’re so sorry for your loss,” elok telinganya menangkap perkataan terakhir itu, derianya semua terasa seperti mati. Jelas dimatanya Dr. Haris yang masih cuba menerangkan sesuatu. Juga nenda yang tersedu menahan tangis-raungnya. Tapi langsung telinga tidak dapat menangkap apa-apa. Nil. Mulutnya seakan terbisu mahu membalas. Air matanya seperti kekeringan mahu mengalir. Sudahnya dia cuma berdiri merenung kosong ke wajah doktor sehingga lelaki itu berlalu pergi. Lama dia terdiam seperti itu. Cuba menyusun apa sebenarnya yang telah berlaku. Tangisan tadi yang sayup-sayup di telinga mula terasa jelas. Tangisan nenda. Bahu mula terasa basah. Hangat. Hangat air mata. Juga hangat pelukan. Perlahan tubuh nendanya ditolak menjauh. Wajah yang basah dengan air mata itu ditenung kosong. Sekosong perasaannya sekarang. Sekosong otaknya sekarang. Terasa wajahnya diusap lembut.
            “Fathia, I’m so sorry. This is all my fault. Nenda patut cari ibu dan Fathia dari awal lagi. So that nothing of this could ever happened in your life. In our life. Nenda patut redha dengan apa saja keputusan ibu Fathia dulu. I should have stop her back then,” ujar Tengku Faridah diselangi esak tangisnya.
Pap! Pedih tangan tua itu ditepis kasar.
“But you didn’t,” datar nadanya. Kosong riaknya. Tengku Faridah terdiam kaku.
Setapak, dua, Dira mengundur menjauhinya. Dan terus berjalan pergi. Pergi dari mata wanita berketurunan Tengku itu. Pergi dari mimpi ngeri itu. Pergi dari kisah hidup yang perit itu.
***
Tapak kaki diatur menelusuri kaki lima itu. Melalui deretan kedai-kedai runcit. Bangunan tinggi mencakar langit. Tapak pembinaan ditinggalkan terbiar. Tapi langsung tak diambil peduli arah tuju derap langkahnya. Asalkan dia terus berjalan. Asalkan dia terus menjauhi semua yang baru terjadi. Asalkan dia bisa lari.
Dalam renggang manusia di lewat tengahari itu, terasa bahunya terlanggar seseorang. Kepala ditundukkan sedikit.
“Maaf,” sepatah dan terus berlalu. Tanpa memandang langsung pemilik bahu tadi.
Lagi lima enam langkah, terasa bahunya ditempuh lagi. Seperti tadi. Tunduk.
“Maaf,” dan terus berlalu.
Dan lagi sekali. Terlanggar. Tunduk.
“Maaf,” tapi kali ini, belum sempat dia berlalu pergi, bahunya ditahan.
“Awak sedar tak awak dah langgar saya tiga kali?”
“Huh?”

Friday, January 17, 2014

The Caged Bird 5

Assalamualaikum!!!
New update. Kali ni panjang sikit. Sikit je. Haha.
Minggu ni macam lapang sikit.
Idea pun tercurah banyak sikit.
Semua pun sikitlah.
Mukadimah pun sikit.
Haha.
Enjoy!

Love,
Popi Merah

            Siling plaster mewah berukir kerawang bunga ditenung kosong. Empuk katil pembaringannya langsung gagal memujuk mata untuk lelap. Bicara Tengku Faridah yang membahasakan dirinya sebagai Nenda awal tadi membuatkan otaknya ligat berputar. Seingat Dira cuma sekali dia pernah bertanya pada ibu tentang nenek di sebelah ibunya. Itupun ketika Dira masih berusia enam tahun. Jawapan ibunya juga sudah lama luput dari ingatan. Cuma yang dia ingat, wajah keruh ibunya ketika menjawab setiap butir soalannya, sebab itu Dira sudah tidak bertanya lagi, risau melihat ibunya bersedih. Di sebelah papa pula memang Dira sedia maklum sudah lama tiada. Selama ini keluarga yang dia kenal cuma ibu dan papa. Dan bila papa meninggal dunia dua tahun lepas, dunianya cuma dihiasi dengan kerenah ibu. Cuma ibu. Bila wanita berketurunan Tengku itu hadir, otaknya mula keliru. Serabut.
            “Saya...saya tak tahu...nak cakap apa, Tengku,”
            “Panggil Nenda, sayang. Ini nenek Fathia, bukan orang lain,”
            Bukan orang lain? Habis tu, kenapa ibu tak pernah bercerita pasal Nenda? Apa yang dah terjadi dulu? Tadi Tengku Faridah sekadar menceritakan susur galur keturunannya. Mengapa ibu tiada Tengku di pangkal namanya. Itupun secara ringkas. Musababnya ibu pergi jauh dari rumah agam itu, tidak pula diulas lanjut oleh Tengku Faridah. Dira mengeluh lagi. Masuk kali ini, rasanya parunya juga sudah letih mengumpul udara untuk dihembus keluar.
            Pening berbaring, Dira lantas bangkit berdiri. Langkahnya diatur mengelilingi bilik yang dihiasi serba mewah itu. Kalau tidak difikirkan perasaan nendanya tadi, malas dia mahu bermalam di rumah agam ini. Buat serabut otak saja. Kata Tengku Faridah, itu kamar tidur ibunya sebelum dia bertegas mahu keluar dari rumah agam itu. Kenapa ibu mahu keluar, masih menjadi tanda tanya di celah-celah selirat otaknya.
            Bingkai-bingkai gambar yang kemas tersusun di atas almari berlaci setinggi bahunya dibelek satu persatu. Gambar ibunya seorang. Gambar ibunya dan Tengku Faridah. Gambar ibunya dan seorang lelaki tua. Dan bingkai yang terakhir merupakan gambar ibunya bersama tiga orang lelaki segak dan seorang wanita jelita. Siapa mereka? Bercambah lagi persoalan di dalam fikiran seorang Fathia Adira Mohd Fikri.
            Laci dibuka satu persatu. Bukan niatnya mahu menceroboh privasi tuan rumah, tapi memandangkan semua barang di dalam bilik itu milik ibunya, maka tak ada salahnya jika dia mahu mengambil tahu. Laci pertama dipenuhi dengan album gambar yang sedikit berhabuk, mungkin sudah lama tidak dibuka. Laci kedua juga turut menempatkan beberapa buah album gambar dan sebuah buku kulit hitam yang agak usang. Terukir jelas huruf M dan E dengan font tulisan yang sangat klasik. M, E? Maria Elisa? Takkan diari ibu? Belum sempat tangannya mahu mencapai, terdengar ketukan di pintu bilik. Luruh jantungnya. Laci segera ditutup. Nanti apa pula tanggapan Tengku Faridah terhadapnya. Baru mengaku cucu dah pandai-pandai nak menyelongkar barang orang.
            “Ya?” ujar Dira elok pintu dibuka. Pembantu rumah yang bernama Siti petang tadi dah terjegat menatang segelas susu dan sejag air masak di dalam dulang.
            “Tengku Faridah suruh saya hantarkan susu pada Cik Fathia. Cik Fathia perlukan apa-apa lagi? Saya boleh ambilkan,” ujar wanita separuh umur itu ramah. Dira ikut tersenyum. Serba-salah pula dengan layanan mewah yang diberikan padanya.
            “Eh...tak apalah Kak Siti. Kalau Dir...err...Fathia perlukan apa-apa nanti, pandailah Fathia cari sendiri. Susahkan Kak Siti je malam-malam ni,” pantas pintu direnggangkan dan tangan mencapai dulang berisi susu dan jag air kosong itu. Kemudian Dira mula menapak ke meja tepi katil dan meletakkan dulang di atasnya. Kak Siti ikut membuntuti.
            “Cik Fathia ni baik, saling tak tumpah macam ibu Cik Fathia dulu. Dalam ramai-ramai anak Tengku Faridah, akak paling rapat dengan Cik...eh...Puan Lisa dulu. Puan Lisa memang peramah dengan semua pekerja. Pendek kata, memang disayangi ramailah,” ramah Kak Siti membuka cerita. Baru ada peluang bertemu muka dengan anak  majikan kesayangannya. Persis seperti ibunya, itulah tanggapan pertama Kak Siti bila bertentang mata dengan anak gadis itu.
            “Kak Siti dah kerja lama ya dekat sini? Tapi nampak macam muda lagi,” mengekek Kak Siti ketawa menyambut kata-kata Dira. Muda? Haih...pandai ambil hati sungguh budak bertuah ni.
            “Muda apanya, nak masuk 5-series dah ni. Puan Lisa tu, muda sikit pada akak. Eh...patutnya Cik Fathia panggil Mak Siti la dekat akak ni. Macam muda sangat je panggil kakak,” Dira ketawa kecil.
            “Mana ada tua. Baya ibu lah. Ibu Fathia muda lagi tau. Lagi satu, panggil Fathia je dahlah. Cik Fathia tu panjang sangat, penat nak tunggu habis satu ayat,” Dira buat muka comel. Makin lebar senyuman Kak Siti.
            “Pandainya budak ni bergurau. Akak dah kerja sini lama dah. Memang sejak dari kecil lagi akak duduk sini. Mak akak pun dulu kerja sini jugak. Orang susah. Tengku pun dah banyak berjasa pada kami. Bagi tempat berteduh. Makan pakai. Tak sampai hati akak nak cari makan dekat tempat lain. Lagipun ada si Minah tu, ringan sikitlah kerja akak, tak adalah penat sangat macam dulu, masa anak-cucu Tengku Faridah tu duduk sini,” terang Kak Siti panjang lebar.
            “Sekarang ni, mereka tak tinggal sini dah ke kak?” Dira mula mengorek cerita. Hairan juga melihat rumah  agam sebesar ini sunyi tanpa ramai penghuni.
            “Tak dah. Masing-masing ada kehidupan sendiri. Lagipun, sejak-sejak Puan Lisa keluar, rumah ni dah tak ceria macam dulu. Tengku Faridah pun kerja naik angin je memanjang. Ni akak tengok Fathia datang ni, ceria sikit muka Tengku. Kalau tak, serius je. Anak-anak Tengku kebanyakannya menetap di luar negara. Yang ada pun, cucu-cucu dia yang duduk dekat-dekat. Tapi, tu lah. Balik pun sekali-sekala. Yang duduk sini pun Tengku Adib jelah, tu pun kadang-kadang dia outstation, macam malam ni. Tinggallah Tengku sorang-sorang dalam rumah ni. Kesian Tengku,” Dira tersengih geli hati melihatkan ekspresi muka pembantu rumah nendanya itu. Cakap gaya nenda tu anak kecil yang selalu ditinggalkan pulak.
            “Okeylah, Fathia. Akak tengok kamu ni macam letih je. Tidur awal ya. Nanti kalau ada apa-apa, tekan je telefon tu, nombor 9, terus ke bilik akak. Nombor 1 bilik Tengku Faridah. Selamat malam ya,” Kak Siti mula menyusun langkah mahu keluar. Pantas Dira memintas dan menarik tangannya. Disalam dan dicium penuh hormat.
            “Selamat malam Kak Siti. Assalamualaikum,” Kak Siti tersenyum kecil.
            “Wa’alaikumussalam,”
***
            “Good morning, Kak Siti!” tubuh gempal itu dicuit perlahan.
            “Eh...morning, afternoon! Night! Eh...bukan!” hampir terpelanting sudip di tangan. Kak Siti mengurut dada, terkejut. “Bertuah punya budak. Mana salamnya Fathia sayang oi,” berjela panjang namanya diseru. Dira dah mengekek ketawa. Sengaja pagi itu seawal subuh dia sudah siap-siap mandi dan berkemas. Tepat pukul 6.55 pagi dia sudah terpacak di depan pintu bilik. Lima minit berpusing melilau mencari jalan ke dapur baru terjumpa. Itupun sebab bau nasi goreng kampung Kak Siti yang sungguh menggoda perutnya. Hatinya dari malam tadi sudah terasa kurang enak. Risau memikirkan ibunya di hospital. Kalau tidak memang setiap malam dia akan menjenguk ibunya.
            “Sorry, sorry. Assalamualaikum, Kak Siti!” dengan sisa ketawa Dira memberi salam. Entah kenapa, dia terasa senang dengan pembantu rumah nendanya itu. Mungkin sebab umurnya yang lebih kurang sebaya ibu. Haih, teringat lagi ibu di hospital. Dira mahu bersegera ke sana. Hatinya semakin tidak enak.
            “Wa’alaikumussalam. Awalnya Fathia bangun. Pergilah tengok tv dulu. Nanti dah siap akak panggil. Lagi sikit je ni. Fathia nak kopi ke teh? Jus dengan susu pun ada ni,” Kak Siti kembali sibuk menggaul nasi goreng kampungnya di dalam kuali. Minah pula diam memerhati sambil mengacau teh di dalam teko. Segan, mungkin.
            “Taknaklah. Bukan ada cerita best pun. Tolong Kak Siti lagi seronok. Ni telur ni akak nak dadarkan ke goreng telur mata je?” bakul berisi telur di tepi kaunter dicapai dan lima biji telur di dalamnya dicuci bersih. Nanti tak pasal-pasal termasuk ‘baja pokok’ pula dalam makanan.
            “Eh, janganlah macam tu pulak. Kerja akak tu. Fathia pergi duduk sana,” Kak Siti cuba mencapai bakul kecil berisi telur dari Fathia tapi segera dibawa lari jauh.
            “Alaa...Fathia bukan nak curi kerja Kak Siti. Fathia nak tolong je. Jangan risau, Fathia tak mintak share gaji pun,” meledak tawa Kak Siti dek jenaka spontan si Dira. Ke situ pulak perginya.
            “Aduilaa...ada je jawapan budak ni. Memang sebijik macam perangai Puan Lisa dulu,” elok nama ibunya terbit dari bibir Kak Siti, tawar sedikit senyuman di bibir Dira. “Ni dah kenapa? Muram pulak. Tadi ceria bukan main,” api dapur ditutup. Kak Siti mampir pula ke rak mahu mencari pinggan besar, untuk diisi dengan nasi goreng kampungnya.
            “Fathia teringat ibu. Sepatutnya Fathia pergi jenguk ibu malam semalam, tapi sebab bermalam dekat rumah Nenda, tak dapat spend masa dengan ibu,” luah Dira perlahan. Nafasnya berat dihembus keluar. Terasa ada tangan yang lembut menyentuh bahu.
            “Puan Lisa tahu, Fathia datang sini?” soal Kak Siti ragu-ragu. Khuatir jika dia dibilang penyibuk. Gelengan kecil dari Dira membuahkan senyum tawar di bibir Kak Siti.
            “Fathia cakap dekat ibu ada study group dekat rumah kawan. Tu yang rasa tak sedap hati dari semalam. Rasa bersalah sebab tipu ibu. Tapi Fathia takut kalau bagitahu ibu, nanti ibu risau,” tangan yang menyentuh bahu terasa lembut menepuk. Dira menala pandang ke arah Kak Siti.
            “Boleh Kak Siti tahu, Puan Lisa sakit apa? Tengku ada cakap yang Puan Lisa tengah sakit, tapi tak cakap pulak sakit apa,” Dira telan liur. Terasa berat pula mahu mengeluarkan suara. Memang selama ini pun dia cuba sekeras hati menafikan sakit ibunya. Sebab dia tahu, sakit ibu memang susah nak sembuh. Walau dibawa ke doktor pakar ceruk mana sekalipun.
            “Ibu...ada brain tumor. Masa arwah papa ada dulu dah operate buang dah. Cuma lepas tu ada buat kimo dua, tiga kali as rawatan susulan, tapi tiba-tiba, macam mana entah, ada balik. Tu yang makin teruk tu,” Dira cuba menerangkan seringkas mungkin. Entah faham, entahkan tidak Kak Siti ni. Sudahnya Kak Siti sekadar tersenyum sambil menggosok lembut bahunya.
            “InshaAllah, minta pada Allah, Fathia. Ujian ni, Allah yang turunkan dan Allah jugalah yang akan bagi jalan penyelesaiannya, kalau kita minta pada Dia. Jangan penat meminta, sebab Allah tak pernah lokek nak memberi. Sabar ya, sayang,” Dira mengangguk lemah. Sabar. Selalu sangat perkataan itu meniti dicuping telinganya akhir-akhir ini. Dia sendiri sudah letih mahu mencari tampal tembok kesabarannya. Tapi ibu masih begitu. Masih terbaring lemah di katil. Masih menelan ubat menahan sakit. Sampai bila ibu nak tanggung sakit tu? Sampai bila dia nak tengok ibu menderita?
            “Fathia,” lembut suara Nenda yang tiba-tiba menyapa, mematikan momen melankolik itu. Fathia tersenyum mesra. Meski terasa kaku, tapi dicuba sedaya mungkin.
            “Ya, Teng...err...Nenda,” masih berat panggilan itu di bibirnya. Dira terperasan riak Tengku Faridah yang sedikit suam mendengarkan ketelanjurannya. Senyuman cuba dipekatkan kemanisannya, mahu mengambil hati nenda kembali.
            “Risau Nenda cari Fathia dia bilik tak jumpa. Ingatkan dah balik tak beritahu pada Nenda,” mesra tubuh cucunya dirangkul kemas. “Jom, teman Nenda breakfast di depan. Siti, cepat sikit ya. Kesian cucu saya ni dah lapar,” dengan ketawa kecil, Tengku Faridah mengeluarkan arahan pada Kak Siti. Pembantu rumahnya sekadar mengangguk dengan sengihan lebar. “Jom,” tubuh Dira ditarik melangkah keluar dari dapur. Dira sekadar mengikut. Terbantut niatnya mahu membantu Kak Siti.
            “Lepas breakfast, kita pergi melawat ibu Fathia di hospital, ya sayang? Nenda rindu sangat nak jumpa dia,” Dira sekadar membalas dengan senyuman tawar. Persoalan yang bermain ligat di dalam kepalanya sejak semalam meminta segera dilontar keluar. Tapi lidah teragak-agak mahu menuturkan. Bimbang Tengku Faridah berkecil hati.
“Is there anything you want to ask, darling?” soal Tengku Faridah, hairan. Ajakannya dibalas dengan respon yang agak hambar dari si cucu.
“Huh? Err...umm...kenapa...kenapa Nenda tak cari ibu, kalau betul Nenda rindu dia,” terkeluar juga soalan itu. Riak keruh di wajah Tengku Faridah mengundang gusar di hati Dira. Risau sekiranya kata-kata yang terlafaz sudah mengguris hati tua itu. Sedangkan dia cuma mahu tahu musababnya. Lama Tengku Faridah mendiamkan diri. Teh yang sudah siap terhidang juga sekadar dipandang kosong.
“Nenda...Nenda taknak ganggu kebahagiaan ibu Fathia, sayang. Because I know, I’m not part of it anymore,” dan dentingan sudu berlaga pinggan mula kedengaran. Dira juga sudah kekok mahu bersuara. Jelas-jelas nendanya seperti malas mahu mengingati perkara yang sudah lepas.
Getaran yang dirasakan pada poket jeans yang dipakai menggangu suapan Dira. Pantas Samsung Y berwarna kuning dikeluarkan. Hospital. Degup jantung terasa berubah rentak.
“Helo, Cik Fathia Adira?”
“Yes?”
“Emak cik dalam keadaan tenat. Boleh ke hospital sekarang?”
          “Saya datang!”

Thursday, January 9, 2014

The Caged Bird 4

Assalamualaikum!
Phew!
Akhirnya.
4th chapter.
Sory sgt2 buat yg lama menunggu...
Mmg sgt2 busy.
Oke...tipu.
Die lambat sebab busy, dengan writer block yang seskati je datang xberjemput, campur urusan-urusan lain yang tak berapa nak penting tapi sengaja dipentingkan.
So...tu yang buat ting tong sikit. Eheh.
Makanya...mohon enjoy dengan sepenuh hati. Acewah! Haha.

Love,
Popi Merah.

            “Fathia Adira?” suara serak wanita mencuri tumpuan Dira dari hidangan yang bersusun penuh di atas meja makan panjang itu. Tengkuknya seperti terkunci dari berpaling ke belakang. Senafas diambil dan dihembus keluar sebelum kepalanya diberanikan berpusing mencari pemilik suara tadi. Pandangan disambut dengan renungan tajam dari seorang wanita tua berkot bulu mewah. Familiar dengan wajah itu, Dira melepaskan keluhan lega. Lega kerana akhirnya dapat juga bertemu empat mata dengan wanita di dalam foto milik ibunya. Senyuman nipis lekas diukir, memaniskan muka.
            “Saya, Tengku Sharifah Faridah?” teragak-agak sebaris nama itu disebut. Kurang pasti kata ganti diri apa yang perlu digunapakai. Elok mata mereka bertentang, aura terkejut dapat dikesan dari riak wajah Tengku Faridah.
            “Fathia Adira Mohd Fikri?” lagi sekali namanya meniti di bibir berkedut seribu itu. Kali ini nadanya lebih lembut.
            “Iya Tengku, saya yang nak jumpa...”
            “Panggil Nenda, sayang,” wajah tegas yang tiba-tiba bertukar rupa mengejutkan Dira. Mata tua yang sedikit berair mengundang lagi seribu persoalan dalam fikiran serabutnya.
            “Nn...nenda? Tapi saya...” ayatnya termati sendiri. Kurang pasti mahu disambung dengan tutur yang bagaimana. Penat mencari jawapan, Dira sekadar tersengih menutup malu. Dari detik mereka mencapai kutleri di tepi pinggan sehinggalah selesai menikmati pencuci mulut, tiada satu suara pun yang mengisi ruang makan itu. Kekok. Pelik.
            Usai makan malam, Tengku Faridah dan Dira mula bertapak ke ruang tamu. Makan malam yang diharap dapat membongkar seribu satu persoalan cuma tinggal harapan. Otak yang laju menyusun soalan beku begitu sahaja elok mata bertentang lurus dengan renungan Tengku Faridah. Sudahnya Dira sekadar diam menelan nasi di pinggan. Sofa empuk yang pastinya diimport dari luar negara menjadi mangsa henyakan tubuh tua Tengku Faridah. Dira masih tegak berdiri di sisinya, segan mahu melabuhankan duduk selagi tidak diajak.
            “Duduk, Fathia,” nada tegas bersulam senyum tawar dihulur bibir tua itu. Dira sekadar mengikut arahan. Perlahan duduknya dilabuhkan di kerusi bertentangan dengan Tengku Faridah. Liur ditelan buat penghilang debar.
            “So, Zila told me that you have something to show me,” monoton Tengku Faridah membuka bicara. “What is it?” teh pudina yang baru dihidangkan disisip sedikit. Segar. Kelam kabut Dira menyelongkar beg sandang yang diheret sejak petang tadi. Kotak kayu milik ibunya dikeluarkan. Perlahan tutupnya dibuka. Bunyi keriuk engsel mengisi ruang sunyi diantara mereka. Kepingan foto dicapai dan diserahkan kepada Tengku Faridah.
            “Saya tak bermaksud nak kacau hidup Tengku tiba-tiba macam ni. But ibu needs your help. We...need your help,” ayat yang dikarang sejak petang tadi dihambur terus. Rasa malu yang mula menebal dikikis pantas.
            “What kind of help?” wajah diangkat dari menatap foto di tangan.
            “Duit. We need money,” sebaris ayat itu begitu berat meluncur dari bibir mungil milik Dira. Tidak pernah diajar papa dan ibunya untuk meminta-minta harta orang seperti ini.
            “Awak tahu siapa saya, Fathia Adira?” beserta soalan itu, satu renungan tajam menikam mata Dira. Bibir digigit menahan debaran di hati. Air mata sedaya upaya cuba diempang dari meluncur turun ke pipi.
            “Saya...saya tahu siapa saya. Even kalau saya melutut pun, saya tahu saya tak layak meminta-minta macam ni dengan Tengku. Dan mungkin juga hubungan antara Tengku dan ibu cuma sekadar satu memori silam. But please, demi ibu, demi hubungan baik Tengku dengan ibu dulu, tolong ringankan beban ibu. She suffered enough. Saya sanggup buat apa saja. Saya sanggup bekerja dengan Tengku. I’ll pay for every single cent yang saya pinjam. Saya janji,” hangat. Dira mengelap rakus cairan yang mula melimpah keluar membasahi pipinya. Ego yang sudah senipis kulit bawang masih cuba dipertahankan supaya tidak terus rabak terkoyak.
            “She didn’t tell you anything, kan?” ayat yang lebih berupa kenyataan itu menjentik kembali rasa ingin tahu yang semakin terkubur dek renungan tajam Tengku Faridah tadi.
            “Bagitahu apa?”
            “Siapa Nenda yang sebenarnya...”
***
            “Bonda tak benarkan! If you ever see him again, you’re no longer my daughter!” nyaring suara itu memenuhi ruang istirahat berdinding kaca itu. Rimbunan bunga segar yang tertanam di balik dinding kaca sudah tidak mampu mengendurkan suasana tegang itu.
            “No, bonda. Lisa dah penat dengan bonda. With all your endless rules. Lisa bukan robot bonda. You can’t control me like how you’re being controlled by arwah Nenda Shitah. This is my life and I’m going to do what I’m supposed to do,” pantas langkah diatur mahu segera berlalu keluar dari situ.
            “Maria Elisa! You’re aware of what you’re walking away from, right?” nada tegas soalan yang diutarakan menarik sengih di pinggir bibir wanita bernama Maria Elisa itu.

            “Yes, I’m walking away from your ‘cage’, bonda. And I’m not coming back,”

Thursday, December 19, 2013

The Caged Bird 3

Assalamualaikum awak-awak semua!
Sorry lambat update TCB.
This week sibuk sikit.
The upcoming weeks juga mungkin sibuk. 
So the following updates may be a little bit late.
Maybe once per week. Or twice. Depends.
Sorry sangat-sangat.
Got some stuff going around.
Whatever it is, eres the third chapter of TCB.
Hope you guys enjoy reading it.

Love,
Popi Merah.

           Kotak kayu coklat berukir awan larat diselangi bunga-bunga kecil di atas meja ruang tamu itu ditenung kosong. Puas digeledah almari di bilik ibu tadi baru terjumpa dengan kotak legap sederhana besar itu. Tapi hatinya teragak-agak mahu membuka penutup kotak di hadapannya. Pelbagai jenis kemungkinan terbit di ruang fikiran. Yang baik. Yang buruk; pastinya dah dulu timbul. Keluhan demi keluhan terlepas dari bibir. Kata-kata Dr. Haris masih terngiang-ngiang di cuping telinga.
            “Awak kena buat keputusan cepat, Cik Dira. Her condition is getting worse by day. Rawatan kimo pun macam dah tak memberi sebarang kesan. We can’t keep increasing the dosage. The only way is to remove the tumor. Awak faham, kan?” wajah serius doktor muda itu bermain di ruang mata. Dira mengeluh. Lagi. Dan lagi. Walau dia tahu keluhan itu cuma mampu membuang karbon dioksida dari parunya, bukan masalah yang membebani fikirannya. Jauh sekali mengubati penyakit ibunya. Mulut masih ringan juga melepaskan keluhan.
            Akhirnya kotak kayu itu dicapai lemah. Perlahan penutupnya dibuka. Bunyi keriuk engsel kecil itu menandakan kotak itu sedah lama tidak berusik. Kesan karat juga jelas dilihat bertempek di situ. Mengisi ruang dalamnya sekadar beberapa keping foto, sekeping kad hari jadi dan sehelai kertas lusuh yang tertulis beberapa baris ayat yang kelihatannya seperti alamat rumah. Dira mencapai kepingan foto dan dibelek satu persatu. Gambar dua orang wanita. Seorang yang agak berumur tetapi agak bergaya. Dan seorang lagi berwajah muda dengan senyuman yang sangat dikenali Dira. Persis ibu wajahnya. Juga sengihan lebar itu. Dan kerut mata saat bibirnya ditarik panjang melebar. Mereka berdua kelihatan mesra berpelukan di dalam hampir setiap gambar. Berlatar belakangkan rumah agam yang tersergam megah seperti istana raja.
            Kemudian Dira mencapai pula kad hari jadi yang sudah kusam bertukar warna. Berhati-hati, kepingan kad lusuh itu dibuka. Sebaris ayat yang kemas tercatit di dada kad dibaca perlahan.
Meski seluruh dunia berjalan pergi, aku akan kekal bernafas jika kau setia di sisi.
Tengku Sharifah Faridah Tengku Syed Mansor.
            Semakin berkerut dahi Dira cuba memahami. Siapa Tengku Sharifah Faridah? Adakah wanita berumur di dalam gambar itu? Apa hubungannya dengan ibu? Kertas kecil yang bertulis alamat rumah dicapai pula. Lokasi yang beralamat di Kajang itu ditenung dalam. Gaya identiti misteri si pemilik rumah beralamat itu mampu muncul secara magiknya di atas kertas berwarna kuning lusuh di tangannya. Benaknya semakin sempit dengan pelbagai jenis soalan. Siapa? Apa? Mengapa? Bila? Sesak.
            Dentingan jam di dinding sebanyak tiga kali menganggu konsentrasi Dira. Jam sudah menginjak ke angka tiga. Mujur esok Dira tiada kelas pagi. Isi kotak tadi kembali dimasukkan ke tempat asalnya. Mata mula terasa berat menahan kantuk. Malas mahu melangkah ke bilik, akhirnya Dira terlelap di ruang tamu. Tidur bertemankan nyanyian cengkerik dan dengung manja si nyamuk. Juga harapan hati supaya hari esok masih ada untuknya dan ibu. Harapannya. Harapan si anak buat ibunya.
***
            Pintu gerbang tinggi melangit itu di pandang kagum. Cukup mewah dengan urai kerawang bunga dan daun bersalut cat emas. Kepala cuba dijenguk-jenguk ke dalam, meninjau dari kejauhan rumah agam yang berdiri megah di sebalik water fountain di tengah laman. Gambar dari beg galas dikeluarkan. Sekilas latar belakang gambar itu cuba dibanding tengok dengan yang di hadapan mata. Hampir sama. Cuma warna cat rumah dan landskap tamannya sudah banyak berubah. Rumah agam di hadapannya tampak lebih mewah.
            “Cik, cik cari siapa?” garau suara seorang pak cik tua lengkap berseragam pengawal keselamatan menegur dengan wajah cemberut. Dira tersengih serba-salah dengan peluh yang semakin merenik di dahi. Rambut yang semakin panjang sudah tersanggul tinggi. Jurai-jurai beberapa anak rambut yang berselirat di dahi malas mahu diambil kisah.
            “Ini rumah Tengku Sharifah Faridah, kan?” soalnya kembali. Pak cik tua tadi dah merengus kasar. Kelihatannya seperti kurang senang dengan kehadiran Dira di situ.
            “Cik ni cari siapa sebenarnya?” soalan tadi berulang lagi sekali. Cuma kali ini cukup diperasakan dengan nada jelek. Dira masih cuba mengukir senyum manis.
            “Saya nak jumpa dengan Tengku Sharifah Faridah. Dia ada di rumah?” lembut Dira menyusun kata, tidak mahu menyinggung hati si lelaki tua yang sudah sedia jengkel dengannya.
            “Dia tak ada,” ujarnya kasar sebelum mula menyusun langkah menjauhi Dira.
            “Pak cik! Pak cik! Bila dia balik? Saya perlu jumpa dia hari ni jugak. Penting. Ada perkara yang perlu saya tanya pada dia, pak cik,” Dira sudah separuh merayu. Sia-sia saja dia datang ke situ jika kehadirannya cuma untuk dihalau pergi.
            “Kau pun sama! Berapa kali aku nak cakap? Kalau kau nak temuramah, pergi pejabat Dato’. Buat appointment. Yang kau mencari sampai ke rumah, apahal? Menyusahkan orang betul. Sudah. Pergi sebelum aku panggil polis,” baran si pak cik mengikat lidah Dira dari terus menari meluah kata. Sudahnya dia terduduk keletihan di hadapan gerbang tinggi itu. jam di pergelangan kanan dijeling sekilas. Sudah jam satu suku tengahari. Perut semakin galak berkeroncong. Ditambah pula dengan bajunya yang semakin lencun menyerap peluh di tengahari rembang itu. Sekejap lagi sudah masuk waktu solat zohor. Mana pula mahu dicari masjid di tengah lot perumahan elit ini. Kalau ada pun pasti jauh berbatu. Itu pun kalau jumpa. Kalau sesat? Bertambah lagi bala di bahu.
            Rasa menyesal mula merangkak masuk ke dalam hati Dira. Keputusan mengejut untuk menjejaki Tengku Sharifah Faridah nampaknya bukan satu keputusan yang baik. Terpacak mengukur jalan di tempat asing tanpa teman cukup membuatkan Dira mahu berguling meraung di atas jalan tar kehitaman itu. Kalau dia buat shif tambahan di Cafe Lil’ Bean, dah sah-sah dia dapat duit poket lebih untuk belanja bulan ini. Tapi itu ceritanya kalau dia tidak gatal kaki menjejak ke situ. Sekarang ceritanya dia sudah siap berdiri di hadapan pintu gerbang tinggi ini. Suka atau tidak, dia harus berjumpa juga dengan empunya nama Tengku Sharifah Faridah itu. Nak atau taknak, dia harus bertikhtiar sesuatu bagi menampung kos pembedahan untuk ibunya.
            Dira berulang-alik berjalan di hadapan pintu gerbang. Pak cik garang tadi sudah menghilang ke dalam. Malas mahu melayannya mungkin. Jam sudah menginjak ke angka dua. Cahaya mentari semakin terik menyimbah menambah bahang di tanah bumi. Kelaparan semakin galak mengetuk dinding perut. Pedih. Dalam sibuk menunduk mengira batu di tepi jalan, deruman enjin kereta mengejutkan Dira.
Mercedes Kompressor hitam berkilat memberi signal mahu membelok masuk ke dalam pintu gerbang tinggi itu. Pantas Dira terlebih dahulu menahan kereta mewah itu dari berlalu masuk ke dalam. Cermin tempat duduk belakang diketuk perlahan, memberi isyarat supaya diturunkan. Elok cermin tingkap diturunkan, terpacul wajah elegan seorang wanita dalam lingkungan hujung 30-an. Yang pastinya, wajah itu langsung berlainan dengan wajah di dalam gambar dari kotak kayu itu.
“Awak ni siapa?” soal wanita itu dengan memek pelik di muka.
“Saya...saya cari Tengku Sharifah Faridah. Saya ada benda nak tanyakan pada dia. Dia ada tak?” senafas Dira menutur kata. Wajah berona pelik di hadapannya semakin berkerut.
“Maaf, kalau awak nak menjalankan sebarang temuramah, sila datang ke Astana Cemara Holdings. Kami tak...” belum sempat wanita tadi menghabiskan ayatnya, Dira dah terlebih dulu memotong.
“Tak. Bukan. Saya datang sebab gambar ni,” gambar mesra dua orang wanita yang berpelukan diserahkan kepada wanita yang masih selesa ditiup angin sejuk dari penghawa dingin kereta. Bulat matanya menatap figura yang gembira tersenyum di dalam foto di tangannya.
“Mana awak dapat gambar ni?!” naik seoktaf suaranya. Dira garu kepala yang mula gatal dibasahi peluh. Otak mencari kata bagi menjawab pertanyaan wanita itu. Tak tahu ceritanya harus bermula dari mana.
“Ibu...ibu yang beri,” ujarnya teragak-agak. Desah nafas wanita di dalam kereta jelas kedengaran pada pendengaran Dira.
“It’s okay. Masuk dulu. Kita berbincang di dalam. Panas kat luar ni,” pintu kereta dibuka dari dalam dan wanita itu menginjak ke dalam sedikit, memberi ruang untuk Dira mengambil tempat. Senyuman nipis dihadiahkan buat pertama kalinya kepada Dira. Elok pintu kereta ditutup, perlahan Mercedes hitam itu meluncur ke dalam. Dira leka memerhatikan water fountain yang dikelilingi beberapa jenis pokok bunga yang dia kurang pasti spesiesnya. Cantik. Sejuk mata memandang. Pasti Tengku Sharifah Faridah itu bukan orang sebarangan. Tengok pintu gerbang tadi saja sudah dapat diagak.
“Jemput masuk,” ujar wanita tadi. Kali ini nadanya kedengaran lebih mesra. Elok Dira melabuhkan duduk di sofa antik di ruang tamu, dua orang wanita pertengahan umur lengkap memakai seragam pembantu rumah muncul dari balik pintu kecil di satu sudut.
“Cik Zila perlukan apa-apa?” salah seorang dari pembantu rumah mula membuka suara. Dira sekadar diam memerhati.
“Saya nak jus oren...and Dira? Awak nak minum apa?” perhatian berubah pada Dira yang duduk setentang dengannya. Dira tersengih segan.
“Saya tak kisah...err...Cik Zila,” Dira berkira-kira sendiri dalam otaknya. Serba-salah mahu memanggil cik pada wanita itu. Entah betul, entahkan tidak gelaran yang diberi. Takkan wanita ini masih belum berpunya lewat umur begini. Ahh! Dira. Sibuk kau nak kisahkan hidup dia. Hidup ibu kau yang belum tentu di hospital tu yang patut kau fikirkan. Jalan harus dicari supaya empunya nama Tengku Sharifah Faridah itu mahu membantunya nanti.
“Okay. So, tell me...awak ni siapa sebenarnya? Kenapa awak tiba-tiba cari Tengku Faridah? Apa niat awak sebenarnya datang sini?” bertalu-talu soalan yang dihambur. Dira terkelu mencari jawapan. Bingung mahu dimulai dari mana ceritanya. Dia sendiri pun tidak pasti apa hubungan ibunya dengan Tengku Sharifah Faridah itu.
“Ssa...saya...” telefon Cik Zila yang tiba-tiba menyanyi rancak menghentikan bicara Dira. Cik Zila memberi isyarat sebentar sebelum berlalu untuk menjawab panggilan. Sesekali Dira perasan mata Cik Zila yang menjeling ke arahnya sambil mulut terkumat-kamit membalas cakap dengan pihak di sebelah sana. Hampir lima minit, Cik Zila kembali duduk di hadapannya.
“Tengku Faridah ada meeting penting petang ni. So, dia tak dapat nak jumpa awak sekarang. Tapi inshaAllah, tonight she’ll be having dinner with you. But for the mean time, awak boleh berehat dalam bilik tetamu. Nanti saya suruh Siti tunjukkan. Siti!” laungnya ke arah pintu kecil tadi. Tak sampai seminit, salah seorang pembantu rumah tadi dah kelam kabut berkejar ke ruang tamu.
“Ya, Cik Zila?” ujarnya siap menerima arahan dari Cik Zila.
“Awak tunjukkan bilik tetamu pada cik...” pandangannya dialih tiba-tiba ke arah Dira. Baru sedar dia masih belum tahu nama gadis yang tiba-tiba muncul di hadapan istana Tengku Faridah hari ini.
“Ahh...Dira. Fathia Adira Mohd Fikri...” 

Thursday, December 12, 2013

Coup D'etat 2

Assalamulaikum lovelies sekalian!
And salam sejahtera :)
Disebabkan CD dapat feedback yang sangatlah best from the readers...
So this is the second part...
Tapi pendek je. Sorry.
The third part might be a lil bit longer.
InshaAllah.
And thanks for the endless support.
May Allah bless all of you.

Love.
Popi Merah


Mata-mata yang bulat memandang pelik di KLIA malas mahu diambil pusing. Masih belum berubah nampaknya rakyat Malaysia. Masih sibuk nak menyelak kain orang lain. Masih gagah nak menjuling mata menjeling orang lain. Troli yang penuh menanggung dua buah bagasi besar dan beberapa beg kertas ditolak perlahan. Hoodie yang menutup kepala dikemaskan, menutup separuh muka. Headphone kemas menekup kedua belah telinga, berdentum dengan Coup D’etat – GD. Entah sejak dua tiga minggu ni telinga dah sedap didendang dengan suara pak cik berambut kuning telur itu. Pengaruh Jenny Kim, si teman dari Korea pastinya. Peminat setia si naga bersuara merdu itu.
            Coup d’etat. Seizure of power. Rampasan kuasa.
            Coup. Seize. Rampas.
            Sengihan semakin melebar. Semakin sinis.
            This game is just starting people. Ain’t gonna end any soon.
***
            Dentingan sudu dan garfu di meja makan mengisi sunyi malam itu. Sesekali Datin Zara menjeling anak gadisnya yang duduk setentang. Rambut hitam berjalur merah di sisi kiri. Wajah sedikit pucat keletihan. Bersinglet hitam dengan cardigan putih gaya jala ikan. Sangat berlainan dengan gayanya lima tahun yang lepas. Gaya heavy metal siap berlipstik ungu bagai. Lega sedikit hatinya. Deheman Dato’ Malik mengejutkan Datin Zara dari terus merenung Rifa. Pantas pandangannya ditala pula pada si suami di kepala meja.
            “Papa nak kahwinkan Rifa dengan anak kawan papa,” senafas ayat tanpa nada itu meluncur keluar. Sudu yang baru hendak menyuap ke mulut tergantung di udara. Rifa mengukir senyum nipis.
            “Sure,” balas Rifa, gaya baru setuju nak teman papanya ke annual dinner syarikat. Kemudian kembali meneruskan suapan yang terhenti tadi seperti tiada apa-apa yang berlaku.
            “Rifa,” meleret suara mamanya kerisauan. Rifa memberhentikan suapannya.
            “Yes, ma?” sahutnya seperti biasa. Mata ditala tepat memandang kosong mamanya.
            “Are you sure? Ini bukan perkara main-main, sayang,” lembut Datin Zara cuba berdiplomasi. Senang sangat Rifa bersetuju dengan cadangan papanya. Takkan jetlag sampai effect ke otak kut?
            “Am I even allowed to say ‘no’?” soalan berupa sindiran dilontar beku ke arah Datin Zara. Sunyi sekejap ruang makan itu dari sebarang bunyi. Ketawa kecil terlepas dari bibir Rifa. “I’m done,” ujarnya sambil meletakkan sudu dan garfu ke dalam pinggan. Kerusi ditolak ke belakang, bersedia untuk bangun.
            “Rifa Aulia!” bergetar ruang makan itu dipenuhi suara keras milik Dato’ Malik. Datin Zara mencapai lengan suaminya yang cuba bangkit dari kerusi.
            “You, sudahlah tu. Rifa tu budak lagi. You can’t put too much pressure on her,” nasihat Datin Zara lembut. Dato’ Mali kembali duduk, namun matanya masih tajam terpaku pada sengihan sinis Rifa.

            “Kids, ey?” berlagu suara Rifa dengan sengihan sinis sebelum dia berjalan naik ke biliknya. Datin Zara menggeleng lemah. Tidak dapat langsung dibaca gerak fikiran anak gadisnya. Dan perkataan terakhir anaknya tadi cukup menghantar amaran yang Rifa Aulia kini bukan Rifa Aulia lima tahun yang lepas. Rifa Aulia kini lebih sukar difahami. Lebih payah didekati.